Kucing alami masalah bulu mula menjadi satu isu yang normal buat pemilik kucing. Individu ini tampil kongsi cara untuk atasi masalah tersebut.

Haiwan KESIHATAN kucing

Buat pencinta kucing, antara masalah yang membelenggu mereka ialah bulu kucing banyak gugur. Bagi sesetengah pemilik kucing, ada yang tak kisah membelikan produk yang mahal buat kucing kesayangan mereka. Namun begitu, jika ada cara yang mudah dan murah, tak salahkan mencuba.

Seorang warganet ini telah berkongsi satu tips bagaimana cara untuk manjaga kesihatan dan melebatkan bulu kucing. Berikut antara cara yang dikongsi. Pertama, beri makan kuning telur setiap minggu dan sekurang kurangnya sebulan sekali. Lebih kerap lebih bagus. Kemudian campurkan dalam makanan kucing dan pastikan beri makanan tersebut masa ia lapar. Akhir sekali, kena ajar dari umur 3 bulan lagi

Penjagaan Bulu Bagi Kucing Yang Berusia

Sepanjang kehidupannya, kucing anda akan menghabiskan banyak masa dalam sehari untuk memenuhi naluri semula jadinya untuk berdandan. Dandanan tidak sahaja membantu kucing anda menjaga bulunya, tetapi juga memperkukuhkan ikatan sosial dan mengawal parasit.

Bagaimanapun, apabila kucing anda semakin meningkat usia, mungkin lebih sukar baginya untuk mengekalkan bulu yang berkilat dan sihat seperti biasa. Sekiranya ia tidak menghiraukan dandanannya, kulit kucing anda mungkin bersisik, dan warna bulunya mungkin menjadi kelabu atau putih.

 Membantu kucing anda berdandan

Anda mungkin selalu membantu kucing anda untuk mendandan dirinya sendiri, dan menikmati semua detik ikatan yang indah yang telah dilalui. Oleh itu, pastikan anda meneruskan rutin dandanan secara tetap, yang akan membantu memastikan bulunya berkilat dan sihat, dan kelembutan kulitnya. Ingat bahawa, apabila kucing anda semakin meningkat usia, anda mungkin perlu mengendalikannya dengan lebih baik berbanding ketika ia seekor kucing muda yang sentiasa ceria!

Gumpalan yang teruk

Jika bulu kucing anda bergumpal dan melekat, ia mungkin sukar bagi anda untuk mengatasinya dan baik anda mahupun kucing anda tidak suka dengan pengalaman untuk meleraikan  bulu yang bergumpal! Jika bulunya tidak boleh dileraikan, bawa kucing anda ke doktor haiwan untuk memotong gumpalan bulu tersebut.

Diet yang betul

Diet memainkan peranan yang besar pada keadaan bulu kucing anda! Apabila kucing anda semakin meningkat usia, ia mungkin tidak dapat menyerap semua nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan bulunya dalam keadaan yang terbaik. Itulah sebabnya penting bagi anda untuk memastikan kucing anda makan makanan yang tepat mengikut usianya. Rangkaian Whiskas, yang direka untuk keperluan khusus kucing yang lebih berusia, mengandungi zink dan asid linoleik dalam jumlah yang tepat untuk membantu mengekalkan kulit dan bulu kucing anda.

Kucing Tak Sihat . Berikut Ada Petanda Punca Kucing Anda Alami Perkara Tersebut

Buat pencinta kucing, sudah pasti anda akan khuatir dengan keadaan kucing kesayangan anda bila mereka tetap mntah tanpa tahu punca sebenar. Ikutkan keadaan tersebut tak seharusnya diabaikan dan ia juga mungkin menandakan yang kucing anda ada masalah dari segi kesihatan.

Berdasarkan portal Mntal Floss, dinyatakan beberapa petunjuk yang menyebabkan kucing anda mntah. Pertama, kucing anda mungkin makan terlalu cepat. Difahamkan makan terlalu cepat atau berlebihan boleh menjadi satu sebab mnth kucing yang paling biasa dan tak berbahaya. Bahkan tingkah laku ini dapat dielak dengan memberi makanan dalam bahagian yang kecil atau menambah halangan seperti bola bersaiz sederhana ke mangkuk mereka. Dan jika masalah tersebut masih berlaku, mungkin ia disebabkan oleh perkara lain.

Kedua, hairballs ataupun orang panggil gumpalan bulu . Ini juga mungkin antara potensi yang menyebabkan kucing anda mnth. Berkemungkinan juga gumpalan bulu itu akan membuat anda rasa terganggu namun ia boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius untuk kucing anda. Sememangya kucing keluarkan bulu yang tak dapat dicerna oleh mereka, ia boleh menyebabkan penymbtn berbahaya pada usus mereka. Anda juga boleh menyikat bulu kucing bagi mengelakkan ia menjilat bulu tersebut.

Ketiga, masalah kesihatan. Bila kucing mnth, ia mungkin petanda kucing anda mengalami sakit radang usus, d1abetes,hipertiroidsme dan sakit ginjal yang teruk ada kemungkinan juga kucing anda makan sesuatu yang berbahaya. Keempat, mereka mengalami al3rgik pada makanan. Perhatikan perilaku yang ditunjukkan kucing anda sebelum dan selepas makan, adakah ia mengalami ciit-birit, kebotakan atau kulit gatal. Mereka terkadang memerlukan makanan khas atau terapi untuk mengatasi masalah tersebut.

Kelima, alami kercunan. Apabila kucing memakan sesuatu yang berbahaya, mekanisme pelindung tubuh mereka melawan menghilangkan raun tersebut melalui muntah.Racvn merangkumi makanan manusia serta tumbuhan tertentu, ubat manusia, raun serangga dan bahan kimia tertentu. Kes kercunan boleh membahayakan kepada kucing, ia biasanya disertai dengan cirit-birit.

Akhir sekali, Jangkitan dan p4rasit .Dalam keadaan yang jarang berlaku, parasit dalaman boleh menyebabkan mvntah. Antara parasit dalaman adalah cacing gelang, cacing pita dan cacing kuku. Jangkitan bakteria dan virus seperti salmonella dan giardia juga boleh menyebabkan mvntah. Keadaan ini juga biasanya disertai dengan ciit-birit, penurunan berat badan dan kurang selera makan. Walau apa pun, segera pergi ke klinik haiwan untuk memberikan rawatan yang segera kepada kucing anda jika ia mengalami muntah yang berterusan.

Kucing Dah Mula Alami 4 Tanda Tiba Waktunya Kelahiran Kucing. Ini Cara Yang Anda Perlu Tahu

Hari ini kita akan kongsikan 4 tanda yang bermaksud sudah tibanya waktu kelahiran kucing anda dan cara untuk membantunya. Di saat anda memiliki kucing yang hamil dan nampak macam dah siap sedia untuk melahirkan, berkemungkinan besar anda tak perlu buat apapun kecuali membantunya.

Tambahan pula, mesti acap kali anda nampak kucing sudah menyusui anak anak kucingnya, berkemungkinan besar ia lahir pada malam harinya. Walaupun kucing ada cara untuk mengurus dirinya sendiri, anda harus tahu cara mengenali potensi masalah dan apa yang mungkin perlu anda lakukan untuk membantu kucing yang mahu melahirkan. Berdasarkan kenyataan dari The Spruce Pets, berikut beberapa tanda kucing sudah tiba waktu untuk melahirkan dan yang harus anda lakukan untuk membantu.  Tanda kucing mahu melahirkan dalam tempoh kehamilan kucing kira-kira 60 hari. Jika anda tidak yakin sejauh mana usia kehamilan kucing anda, perhatikan tanda-tanda bahawa kelahiran akan segera terjadi.

Berikut beberapa tanda kucing akan melahirkan. Yang pertama ialan bersarang. Untuk pengetahuan, satu atau dua hari sebelum persalinan, kucing akan mencari tempat yang tenang dan aman untuk melahirkan anak kucingnya. Dia mungkin memilih tempat yang anda buat untuknya atau mencari tempat persembunyian di belakang almari atau di bawah tempat tidur.

Kedua, perubahan pada tingkah laku. Cuba perhatikan kucing anda. Anda mungkin dapat melihat kucing akan mulai bergerak dengan gelisah, terengah-engah, pembersihan berlebihan terutama di area alat kelminnya, dan penyuaraan yang berlebihan. Dia juga akan berhenti makan.Ketiga, perubahan fizikal. Untuk pengetahuan, suhu kucing anda boleh turun hingga sekitar 37 darjah celcius dan mungkin mntah. Anda mungkin melihat perut kucing anda “jatuh” beberapa hari sebelum melahirkan, dan puting kucing mungkin menjadi lebih besar, lebih gelap atau lebih merah jambu. Seterusnya, tanda persalinan aktif. Kucing kelihatan akan membuat kontraksi atau pergerakan rahim yang menggerakkan anak kucing ke saluran kelahiran. Ini boleh menyebabkan kucing anda merasa sakit. Anda juga mungkin melihat darh atau cecair lain.

Seterusnya, kita ikuti proses kucing melahirkan anaknya. Pencetus proses kelahiran tidak diketahui, tetapi faktor-faktornya meliputi ukuran dan berat rahim, ukuran dan berat janin, serta keseimbangan hormonal janin dan ratu. Selama proses persalinan, kontraksi uterus dengan ritma secara bertahap meningkat untuk menolak  janin keluar dari rahim dan masuk ke laluan kelahiran.

Untuk makluman, Kelahiran satu anak kucing boleh berlaku dalam masa 5 hingga 30 minit. Anak kucing dilahirkan di dalam kantung ketuban mereka, yang akan dikeluarkan oleh induk kucing. Induk kucing akan merangsang anak kucing untuk bernafas dengan cara memandikannya dengan lidah yang kasar. Dia juga akan memutuskan tali pusat dengan mengnyahnya kira-kira satu inci dari tubuh anak kucing. Dia mungkin juga memakan plasenta. Anak kucing akan segera tertarik ke arah pvting susu, menempel dan menyusu.

Jika induk kucing mengabaikan anak kucing dan masih dalam kantungnya, anda harus memotong atau koyakkan kantong membran dengan hati-hati dan menstimulasi pernafasan anak kucing dengan menggosok hidung dan mulutnya dengan lembut menggunakan tuala kering yang kasar. Juga jika induk kucing mengalami kesukaran menggigit tali pusat, ikat erat benang gigi di sekitar tali pusar 1 inci dari tubuh anak kucing dan potong tali pusat di bagian sisi induknya.

Jika plasenta tidak keluar bersama setiap anak kucing, pastikan plasenta keluar dalam waktu 24 jam setelah lahir. Setiap anak kucing harus memiliki satu plasenta. Jika plasenta tertinggal di dalam perut kucing, anda perlu berjumpa doktor haiwan. Jika ada penundaan antara kelahiran lebih dari dua jam dan anda yakin masih ada anak kucing, anda memerlukan pemeriksaan oleh doktor haiwan. Baik persalinan berjalan lancar atau tidak, induk kucing dan anak kucing harus diperiksa oleh doktor haiwan dalam waktu 24 jam setelah melahirkan.

Kita teruskan dengan jangka kelahiran. Rata-rata, kucing memerlukan waktu setengah hari bagi seekor ibu kucing untuk melahirkan semua anaknya. Anak kucing pertama akan lahir dalam waktu satu jam sejak awal persalinan aktif. Di sela-sela kelahiran anak kucing, induk kucing akan berehat dan harus diizinkan untuk mengasuh dan membersihkan anak kucing yang dilahirkan. Jika anda telah memelihara anak kucing di kotak lain, pindahkan kembali bersama induk kucing dan bantu mereka menemukan pting.

Akhir sekali, rehat dalam persalinan adalah saat yang tepat bagi anda untuk menawarkan makanan, pengganti susu anak kucing, atau yogurt tanpa rasa. Anak kucing yang sihat jarang lahir setelah tujuh jam. Jika menurut anda induk kucing belum melahirkan semua anak kucing, bawalah ibu dan anak kucingnya ke doktor haiwan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *