Si bulus ini tampil bantu selamatkan warga emas ini. Sekali tak sangka diberi anugerah ini atas perbuatannya.

Haiwan kucing Viral

Di Jepun, seekor kucing betina, Koko-chan, dilantik sebagai ketua polis untuk satu hari. Koko-chan telah menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang pengsan dan terjatuh ke dalam parit. Kejadian ini terjadi di kota Toyama, Jepun, Jun tahun lalu.

Koko-chan bertindak memberi petunjuk kepada tuannya, Tomoko Nitta. Lelaki warga emas yang sudah tidak sedarkan diri tersebut diselamakan Nitta bersama warga yang lalu-lalang. Dalam sebuah majlis anjuran pihak polis, Koko-chan dikurniakan sijil penghargaan kerana memberi komitmen dalam melindungi keselamatan warga sekitar. Majlis tersebut tidak kurang meriah walaupun yang diraikan adalah seekor kucing.

Koko-chan dilantik sebagai ‘ketua polis’ di Balai Polis Toyama Minami selama sehari, 13 April lalu. Sebagai ‘ketua polis’ untuk hari itu, Koko-chan dibawa melawat ke kelas keselamatan jalan raya di Sekolah Rendah Kumano. Kanak-kanak di sana diajar undang-undang keselamatan jalan raya seperti melihat kiri dan kanan apabila melintas, dan mengangkat sebelah tangan sebagai isyarat melintas. “Koko nampak gementar dan selalu keluar rumah bila anak-anak mahu berangkat ke sekolah. Jika terjadi apa-apa, saya berharap Koko memberi isyarat kepada saya seperti sebelumnya,” kata Nitta.

Sumber: NHK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemilik Harus Sedar Dengan Tanda Tanda Ini. Ini 9 Ciri Ciri Si Bulus Anda Sedang Sakit.

Kucing tak boleh mengungkapkan apa yang sedang mereka rasakan, apakah sedang bahagia, takut, atau sedang sakit. Padahal, sebagai pemilik, kamu harus segera membawa kucing ke doktor, atau segera diberi ubat. Sayangnya, tak mudah mengetahui apa yang sedang dirasakan oleh Si Meong. Untuk para pemilik, berikut adalah sembilan ciri kucing sedang kesakitan yang boleh meningkatkan kewaspadaanmu, seperti dilansir oleh Catster, Minggu (18/4/2021).

1. Perubahan perilaku

Jika kucing super aktif mulai menghabiskan sebagian besar waktunya untuk tidur, ini boleh memberikan tanda bahawa kucing yang sakit. Demikian pula, jika kucing menjadi pemarah, itu bukan kerana dia semakin tua, namun ada sesuatu yang menyakitkan yang sedang dirasakannya. Kucing yang biasanya tenang boleh menjadi sangat hiper dan gelisah akibat rasa sakit juga.

2. Enggan disentuh

Jika kucing mulai menggeram, menolak, atau menjauh saat dibelai, disentuh, atau dipangku, itu tandanya ada sesuatu yang mengganggunya.

3. Tidur pada satu posisi yang sama

Kucing yang tidur hanya dalam satu posisi saja boleh jadi pertanda bahawa mereka sedang merasa kesakitan di bahagian tubuh lainnya. Misalnya, kucing tidur hanya miring ke kiri saja dan enggan berganti posisi, ianya boleh jadi sisi kanan tubuhnya sedang bermasalah.

4. Bersembunyi

Kerana kucing tahu bahawa rasa sakit membuat mereka lemah, kucing yang sakit akan bersembunyi agar tidak dilakukan apa-apa oleh haiwan yang lebih kuat.

5. Menjilat area tubuh secara berlebihan

Kucing yang kesakitan akan meredakan sakit dengan menjilat kawasan yang sakit. Entah itu sakit di kawasan luar, atau bahagian dalam tubuh kucing.

6. Enggan mandi kucing

Kucing yang tubuhnya tiba-tiba menjadi berminyak dan rosak adalah hal yang tidak normal. Jika hal ini terjadi, ada beberapa kemungkinan yang terjadi, salah satunya artritis atau keadaan lain yang membuat kucing merasa kesakitan saat tubuhnya harus meregang ketika merawat tubuhnya. Setiap kucing yang berhenti merawat tubuhnya harus diperiksa oleh doktor haiwan.

7. Posisi tubuh yang tidak normal

Seekor kucing yang kesakitan teruk akan duduk membongkok dengan kaki terselip di bawahnya dan hidungnya hampir menyentuh lantai. Tetapi ada posisi abnormal lainnya yang mungkin boleh dilakukan kucing kerana kesakitan.

8. Tatapan mengelamun

Kucing yang menatap satu titik dengan pandangan mengelamun, boleh menjadi pertanda bahwa ia sedang sakit. Jika hal ini dipadukan dengan keadaan tubuh yang tidak normal, ini boleh menjadi petanda bahaya.

9. Perubahan dalam kebiasaan membuang najisnya.

Kucing dengan punggung dan pinggul yang sakit mungkin akan kesukaran untuk menggunakan kotak membuang najisnya. Menahan posisi yang tepat untuk buang air kecil dan buang air besar boleh menyukarkan bagi kucing yang sakit dengan pinggul atau lutut. Untuk itu, jika kucing yang tadinya sudah tertib buang air di kotak kotorannya, namun tiba-tiba buang air sembarangan, ada baiknya untuk segera membawa kucing ke doktor haiwan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Peliharaan Selalu Buang Merata Di Kawasan Perumahan. Ini Dia Tips Yang Boleh Anda Gunakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca tertutamanya si pencinta kucing yang tengah membaca ni. Admin nak tanya korang pernah nampak tak deretan botol botol plastik berwarna warni diletakkan di perkarangan kawasan rumah? BUkan apa, percaya atau tidak ia merupakan satu petua khas yang mungkin hanya sesetengah pencinta kucing tahu.

Tak dinafikan, kucing sememangnya binatang yang comel tetapi kalau dah setiap kali buang air kecil merata di kawasan rumah boleh tertekn dibuatnya. Apatah lagi bila nak sarung kasut tiba tiiba sahaja terpijak air kecil kucing. BAu kncing kucing ni lain macam. Lagi kuat bau jika ianya kucing jantan sebab menanda kawasan sememangnya kerja kucing jantan dewasa

Sebenarnya banyak je petua yang dicadangkan. Antara tipsnya ialah bersihkan dengan air rebusan serai, cuka, lada hitam dan guna coklat bar khas bagi elak kucing membuang merata. Namun begitu rata rata tips ini tak berapa nak berkesan. Mesti ada di antara pencinta kucing yang masih mencari inisiatif untuk elakkan kucing anda membuang merata. Usah khuatir, kami ada jalan penyelesaian yang mungkin dapat membantu anda. Dengan isin Allah.

Jika dilihat di sumber google dan tips yang diperoleh oleh pengusaha taska, mereka gunakan petua ini. Pertama, Bancuh air dengan pewarna merah. (kalau nak warna-warni juga boleh) Kedua, Isikan air tersebut ke dalam botol plastik (botol mineral) Akhir sekali Letakkan botol-botol berisi air berwarna ini di kawasan si kucing selalu melepak atau memancut.

Tak Tahu Cara Bagi Kucing Kekal Sihat Dan Aktif. Berikut 5 Tips Yang Sangat Bermanfaat

Kalau anda nak tahu, kucing menjadi salah satu antara haiwan peliharaa yang popular di serata dunia. Justeru itu, bagi pencinta kucing sudah tentu tahu bagaiman penjagaan rapi untuk kucing anda kekal sihat dan aktif. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan kucing anda sentiasa terpelihara.Dengan lima panduan mudah ini, pasti kucing anda bertambah manja, bertenaga dan aktif!

Pertama, bawa kucing anda berjalan.Kalau anda bekerja sepenuh masa, pastinya kucing anda hanya duduk terperap di dalam rumah. Apa kata ambil masa waktu petang dan hujung minggu untuk bawa kucing anda bersiar-siar.Selain merapatkan hubungan anda dan si comel, kawasan luar menjadikan kucing anda dapat merasai suasana habitat sebenar di samping menjadikan daya tahan mereka lebih kuat.

Kedua. Sediakan Perabot untuk kucing. Tidak perlu perabot yang terlalu mahal untuk kucing anda bermain, tempat permainan ini boleh membuatkan mereka sibuk dan leka bermain.Selain tempat untuk kucing anda bersantai, si comel pasti tahu rutin hariannya untuk bermain di kawasan perabot dan menjadikan mereka sentiasa aktif.

Ketiga, L4ser kucing. Kucing merupakan haiwan pemburu yang hebat. Dengan adanya permainan lasr, ia boleh menjadikan kucing anda tangkas dan cepat apabila ingin mencaricahaya tersebut.Lasr ini merupakan cara yang baik untuk menggalakkan kucing anda melompat, berlari, dan mendapatkan senaman yang sangat diperlukan.Dan paling penting, anda terhibur dengan aksi mereka dan si comel juga tidak akan cepat bosan.

Keempat, Aplikasi permainan untuk kucing.Bukan anda sahaja yang boleh bermain permainan video, kucing anda juga perlukannya! Gemar benda yang bergerak-gerak, permainan di telefon pintar ini boleh membuatkan kucing anda terhibur.Anda boleh mencuba pelbagai aplikasi permainan yang percuma untuk kucing. Hanya perlu muat turun dan buka apabila anda mahu kucing anda nikmati aktiviti digital mereka. Santai, aktif dan tidak cepat bosan, pada masa yang sama anda boleh buat aktiviti pilihan di samping si manja.

Kelima, Makanan Powercat. Makanan kucing Powercat cukup mementingkan khasiat dan kesegaran pemakanan secara menyeluruh agar kucing anda sentiasa kuat.Dilengkapi nutrien baik seperti taurina, vitamin A, vitamin B2, vitamin B1 dan banyak lagi, ia memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada kucing anda.Dijamin halal, tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna dan tanpa garam tambahan, inilah makanan terbaik untuk si comel sentiasa sihat dan bersih.

Sanggup Bina Rumah Banglo Khas Buat Kucing Kesayangan. Ramai Warganet Kagum Dengan Senibina Rumah Itu

Buat pencinta kucing, anda mesti sudah menganggap kucing kesayangan anda bukan sekadar haiwan tapi mereka sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Ia merangkumi dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan segala yang terbaik akan disediakan demi kucing kesayangan

Oleh itu, satu perkongsian oleh pengguna FB menerusi satu Group FB iaitu Kucing Sepahkan Apa Hari Ini telah meraih perhatian ramai. Ternyata gambar gambar rumah banglo khas yang disediakan kepada kucing kesayangan menjadi tumpuan ramai kerana kagum dengan keindahan rumah itu.

Jika dilihat, rumah kucing ini sememangnya luar biasa kerana telah direka dengan senibina yang moden dan ditambah pula dengan persekitaran yang indah dan hiasan dalaman yang lengkap untuk memberi keselesaan kucing kucing habiskan waktu di situ.

Pendek cerita, memang beruntung kucing yang mendiami banglo khas tu.Di ruangan kapsyen, Maaf ya kita tak sepah apa-apa pun sebab mama dah warning. Tapi sebab ankel dengan antie yang nak tengok interior umah kita jadi kita nak tunjuk kan ni lah rupa rumah kita. Tak salah kan. Yang ada anak kecik tu mama kita dah asingkan. Mama kita takut kita kacau anak-anak dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *