Si bulus ini dilaporkan hilang lima tahun lepas. Kini si bulus tersebut kembali dengan keadaan begini pula.

Haiwan KESIHATAN kucing

Seekor kucing yang dipercayai setia telah bersatu kembali dengan pemiliknya setelah lima tahun menghilang. Kucing yang diberi nama Neo yang kini berusia 13 tahun dilaporkan hilang pada bulan September 2015 yang lalu dan dianggap tidak dapat pulang ke rumah akibat mengalami masalah penglihatan yang dipercayai terlibat dengan kejadian yang tak diingini dengan sebuah kenderaan, lapor Lincolnshire Live.

Pemiliknya, Becky Lea dari Lincoln mendakwa dirinya telah melakukan pencarian kucingnya itu selama beberapa bulan dan dirinya terlalu sedih kerana tidak dapat menemukannya lagi. Setelah lima tahun berlalu, Puan Lea berkata dirinya menerima panggilan yang tidak dijangka daripada Lincoln Cat Care Charity pada hari Rabu yang lalu dengan mengatakan bahawa Neo telah ditemukan di jalan St Andrews Street. “Dia adalah kucing yang setia. Dia keluar pada rumah dan tidak akan melayan seseorang walaupun ada yang memberikan makanan kegemarannya.

Menurut laporan, semasa melakukan pencarian kucing berkenaan, Puan Lea mendakwa telah menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang mengatakan mereka menemui Neo namun sebaik sahaja dirinya pergi, kucingnya tersebut hilang semula. Bagaimanapun, Penny Craig dari Lincoln Cat Care Charity berkata: “Kemungkinan hentakan yang berlaku daripada kejadian tersebut membuatkan Neo mengalami masalah penglihatan dan juga luka pada bahagian mulut sehingga doktor haiwan berusaha merawatnya.

Sumber: Daily Star

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Yang Pelik Mengapa Kucing Sering Menggigit Kaki Manusia. Ini Alasannya Selama Ini.

Kucing menjadi salah satu haiwan yang digemari banyak individu. Tak hairan sekiranya banyak individu yang memilih kucing sebagai haiwan peliharaan mereka. Belum lagi tingkahnya yang menggemaskan membuat kita selalu senang bermain dengan kucing. Bagi Anda yang memelihara kucing, mungkin sudah tak asing dengan salah satu kebiasaannya yang gemar menggigit kaki Anda. Mungkin banyak yang belum tahu rupanya ada beberapa alasan yang menyebabkan kucing senang menggigit kaki manusia. Melansir dari Brightside, Jumat (1/1/2021), berikut ulasannya.

1. Bosan

Salah satu alasan utama kucing menggigit kaki Anda adalah kerana kebosanan. Naluri berburu yang melekat pada semua kucing membuat mereka secara alami ingin menangkap semua yang mereka lihat saat berada di luar rumah. Dan jika kucing Anda menghabiskan banyak waktu sendirian atau anda tidak cukup memerhatikannya, kemungkinan besar dia akan mencuba mengejar Anda. Itu kerana bermain adalah cara untuk merangsang perbuatan berburu mereka.

Jika kucing anda harus mengembangkan naluri berburu sendiri, kaki atau pergelangan kaki Anda adalah individu yang tidak bersalah yang tepat untuk dikejar kerana mudah diakses dan selalu bergerak. Dengan cara ini, kucing akan senang mencuba menangkap Anda, dan pada saat yang sama, mereka akan memastikan anda memerhatikan kebolehannya. Untuk mencegah hal ini terjadi, cubalah untuk sering bermain dengan kucing dan jika tidak boleh, berikan mainan yang aman yang dapat membantunya tetap terhibur sepanjang hari.

2. Sedang Merasakan Kegembiraan yang Berlebihan

Haiwan peliharaan sering kali tidak tahu cara mengelola tenaga dan kegembiraan berlebih mereka. Ini mungkin menjadi alasan di sebalik kucing Anda yang secara tiba-tiba menggigit kaki anda ketika terjadi sesuatu yang membuat mereka sangat bahagia. Fikirkan saat kucing Anda menggigit kaki Anda. Ini mungkin saat-saat ketika anda bermain-main dengan mereka atau menawarkan mereka sesuatu yang sangat mereka sukai.

Meskipun penyebab masalah ini tidak selalu buruk, sangat penting bagi Anda untuk mengajari kucing Anda bahwa menyakiti Anda bukanlah hal yang baik. Untuk memperbaiki perilaku ini, Anda dapat menggunakan penguatan positif.

Saat kucing menggigit kaki anda kerana kegembiraan, hentikan apa yang anda lakukan, apakah itu memberi makan atau bermain dengannya. Kemudian bantu kucing untuk tenang, dan saat mereka tenang beri dia hadiah dengan bermain lagi atau memberinya hadiah.

3. Sakit

Jika kucing Anda menggigit kaki anda saat Anda sedang tidur atau sedang berehat, anda disarankan untuk memeriksa kesihatan kucing Anda. Pastikan kucing Anda tidak mengalami sebarang luka atau tidak merasa sakit. Saat kucing merasa tidak aman atau sakit, mereka mencari perhatian anda. Mereka mencuba memperingatkan Anda bahawa mereka memerlukan bantuan anda, dan salah satu dari banyak cara mereka melakukannya adalah dengan menggigit kaki Anda.

4. Miliki Perilaku Agresif

Beberapa kucing menggigit kaki atau pergelangan kaki Anda hanya kerana mereka agresif. Ini mungkin kerana masalah sosialisasi yang mereka alami sejak mereka kecil atau lingkungan yang menimbulkan stres bagi mereka. Jika kucing anda berada dalam salah satu situasi ini, mereka dapat menyerang anda sebagai bentuk pertahanan diri.

Jika anda berada dalam situasi di mana kucing anda menggigit kaki anda karena stres, sebaiknya hubungi doktor haiwan atau ahli etologi kucing sesegera mungkin. Mereka akan dapat memberikan saran dan membantu anda mengidentifikasi sumber spesifik agresi kucing anda. Jika kucing anda sangat agresif atau gigitannya menyebabkan sakit serius, Anda juga harus mencari pertolongan medis segera setelah anda digigit. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ketahui Cara Terbaik Untuk Anda Dapatkan Hasil Yang Menarik Pada Gambar Kucing Anda. Ini Antara Tipsnya

Bagi pencinta haiwan, terutama sekali mereka yang sangat menyukai kucing, gambar-gambar haiwan comel pasti disimpan dalam kamera ataupun telefon bijak masing-masing. Tidak kiralah kucing itu comot, mukanya penyek, berbulu panjang, togel ataupun gemuk, pasti anda pernah memetik foto kucing anda. Namun, pasti mencabar untuk melakukannya apalagi jika kucing anda ini banyak ragamnya. Ini antara tips yang dikongsikan untuk anda supaya dapat merakam keletah kucing anda dengan lebih sempurna.

  1. CUBA TARIK PERHATIAN 

Kalau anda mengambil gambar seorang diri, gunakan sebelah tangan untuk memegang kamera sementara sebelah lagi untuk mengumpan pandangan subjek. Tarik perhatian kucing anda dengan petikan jari, alat permainan atau loceng. Kucing seperti manusia, mudah tertarik kepada bunyi dan warna-warna cerah.

  1. DEKATI KUCING ANDA

Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika mengambil gambar kucing adalah merakamkannya ketika anda berdiri. Gambar kucing atau haiwan secara amnya perlu diambil pada paras ketinggian sama, jika tidak hasilnya jarang menjadi. Langkah ini mampu menyerlahkan ‘personaliti’ kucing anda.

  1. BINGKAIKAN ‘SUBJEK’

Mengambil kira elemen yang ada di sekeliling kucing anda seperti rerumput dan pepohon kecil dapat membantu anda menghasilkan gambar lebih menarik. Ia juga mampu membangkitkan suasana semula jadi semasa penggambaran. Misalnya, anda boleh ‘mengintai’ kucing di dalam habitat semula jadinya. Teknik ini sering dilakukan oleh jurugambar hidupan liar. Jika di dalam rumah, petik gambar ketika sedang bermain di tempat-tempat persembunyian kegemarannya.

  1. BERI TUMPUAN KEPADA MATA 

Baik mengambil gambar potret manusia ataupun haiwan, mata perlu diberi tumpuan. Selalunya potret yang kabur pada mata subjek dikira sebagai portret yang kurang baik, namun tetap bergantung kepada matlamat komposisi gambar anda.

  1. PASTIKAN CAHAYA UNTUK GAMBAR SESUAI

Cuba ambil gambar kucing anda ketika matahari berada pada sudut rendah. Misalnya, ketika ia sedang terbit atau terbenam. Waktu tersebut disifatkan sebagai ‘golden hour’. Ia dapat menyerlahkan bulu cantik kucing anda. Anda boleh mengambil gambar kucing pada waktu malam dengan baik tanpa efek pantulan pada matanya, dengan syarat flash tidak dihalakan terus kepada subjek. Menggunakan softbox juga dapat mengelak pembentukan bayang-bayang tajam. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Yang Terasa Aneh Dengan Si Bulus Anda Yang Sering Tidur. Ini 5 Punca Yang Buatkan Si Bulus Anda Kerap Tidur.

Kucing mempunyai waktu tidur lebih kurang 15 jam sehari dan ada juga kucing yang boleh tidur sehingga 20 jam sehari dalam tempoh 24 jam. Manakala, kucing yang lebih berusia pula akan tidur dalam tempoh waktu yang lebih lama berbanding kucing biasa. Adakah ini bermaksud kucing adalah spesies haiwan yang malas? Ingin tahu kenapa kucing anda kerap tidur? Mari lihat puncanya!

1. Menjimatkan tenaga

Tidur dapat membantu kucing untuk menjimatkan tenaga antara waktu makannya. Tidak ramai yang tahu, walaupun kucing adalah haiwan yang sangat jinak dan comel, namun kucing sebenarnya memiliki perilaku seperti harimau. Mereka menghabiskan waktu untuk berlari serta memburu mangsa meskipun telah menjadi haiwan peliharaan di rumah.

2. Kucing bunting

Kucing yang tidur secara berterusan boleh juga disebabkan ia sedang bunting. Keadaan ini sering kali terjadi kerana kucing yang bunting mempunyai waktu tidur yang lebih lama berbanding dengan kucing biasa.

3. Cuaca sejuk

Sama seperti manusia, kucing juga lebih selesa tidur dalam keadaan cuaca yang sejuk dan dingin. Tingkah laku kucing adalah berbeza bergantung pada baka, umur dan kesihatan kucing.

4. Anemia pada kucing

Anemia membawa maksud kekurangan jumlah sel darah merah dalam peredaran darah kucing. Untuk mengetahui sekiranya kucing anda diserang anemia atau tidak, cuba perhatikan dan periksa gusi kucing anda. Sekiranya gusi kucing anda lebih pucat daripada biasa, anda harus segera membawa kucing anda ke klinik haiwan yang berdekatan untuk diperiksa. Sekiranya terlambat, anda berkemungkinan akan kehilangan kucing kesayangan anda.

5. Sakit atau gangguan lain

Kucing yang tidur secara berterusan itu adalah normal. Tetapi, kucing yang tidur melebihi waktu tidurnya adalah tanda-tanda kucing yang sedang sakit. Apabila kucing anda tidak menunjukkan perilaku yang lain misalnya, tiada nafsu makan, tidak bermain bersama anda, maka anda harus membawa kucing kesayangan anda ke klinik kucing berdekatan untuk diperiksa kesihatannya.

Tidur secara berterusan merupakan sebahagian daripada pola hidup dan genetik yang dimiliki oleh kucing. Walau bagaimanapun, sekiranya kucing anda kerap tidur tetapi tidak makan dan tidak bermain dengan anda, anda harus mula mengkhuatirinya. Semoga bermanfaat perkongsian ini bermanfaat buat semua!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *