Aksi si bulus yang lakukan ini pada biri biri menarik perhatian ramai. Sekali ini biri biri itu lakukan terhadap kucing tersebut.

Haiwan kucing Viral

Bila dah namanya kucing, ia pasti akan menimbulkan pelbagai ‘masalah‘ yang kelihatan menjengkelkan namun tetap dengan penuh kecomelan. Bagi yang memelihara kucing, anda pasti pernah secara tiba-tiba ‘diurut’ oleh haiwan itu. Menurut portal Purina, sebab utama kucing suka ‘mengurut’ adalah sifat naluri yang mereka warisi sejak dari kecil.

Ketika kecil, mereka akan ‘mengetuk’ perut ibu mereka untuk mendorong pengeluaran aliran susu. Pun begitu, berbeza pula dengan video tular ini yang menyaksikan seekor kucing sedang ‘mengurut’ biri-biri. Apa yang membuatkan orang ramai terhibur adalah apabila biri-biri itu kelihatan tidak mengendahkan kucing itu dan bagaikan ‘berpuas hati’ dengan ‘servis urut’ tersebut. Video yang dimuatnaik di Twitter itu setakat ini mendapat lebih 600 ribu tontonan. Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang terhibur dan ‘geram’ dengan kecomelan kedua-dua haiwan itu.

Sumber: SmallholdersUK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Susah Untuk Anda Beri Si Bulus Anda Makan Ubat. Ini Cara Dan Tips Yang Berkesan.

Sebenarnya ada beberapa topik yang hendak dikongsikan tetapi belum berkesempatan hendak menulis. Diantaranya tentang sakit Rodent Ulser, Cat Cellulitis, kisah Cik Lucy beranak sewaktu Kak Bell nak balik kampung dan beberapa topik lagi. Untuk kisah kucing di blog Kak Bell, semuanya adalah hasil pengalaman Kak Bell sendiri. Setelah mendapat rujukan dari veterinar dan sedikit kajian barulah Kak Bell akan kongsikan.

Bagi mereka yang memelihara kucing, bukan satu perkara yang mudah untuk memberikan haiwan peliharaan anda makan ubat ketika sakit. Silap hari bulan, memang boleh kena cakar tangan dan calar balar sana sini. Akhir-akhir ini banyak dugaan Kak Bell sebab kucing hilang, ditemui semula dan terus dijangkiti penyakit. Beberapa bulan kebelakangan ini, penyakit yang datang pun pelik-pelik dan kali pertama Kak Bell hadapinya.

Kalau anda semua baca artikel berkenaan dengan cara memberi kucing makan ubat, kalau kena teknik dan cara yang betul, sebenarnya memberi kucing makan ubat itu adalah sangat senang. Bunyinya ‘cliche’ pada Kak Bell sebab sesetengah kucing akan menjadi lebih bijak setelah kali kedua diberikan ubat. Disebabkan rutin dan masa memberi makan ubat adalah konsisten, kucing pun dah tahu masa untuk makan ubat dan mulalah buat perangai. Ni pengalaman handle kucing Kak Bell lah. Ada jugalah yang mudah diuruskan, mudah dan cepat urusannya. Berikut Kak Bell berikan dahulu teknik asas memberi kucing makan ubat dan seterusnya tips dan taktik-taktik lain buat kucing yang susah gila nak makan ubat.

Cik Putih sakit mata; pakai Nicol Eye Drop For Cat

TEKNIK ASAS BAGI KUCING MAKAN UBAT

Belai dahulu kepala dan dagu kucing untuk tenangkan kucing #2 Pegang ubat di hujung jari menggunakan tangan kanan #3 Gunakan tangan kiri, pegang bahagian kepala kucing dan dongakkan kepala kucing #4 Pada masa sama, buka mulut kucing dengan tangan yang sama memegang ubat #5 Masukkan pil dalam mulut kucing dan usap bawah dagu kucing untuk memudahkan kucing menelan ubat

Untuk pastikan kucing sudah menelan ubat tadi, kucing akan keluarkan lidah dan menjilat mulutnya. Nampak mudah tapi agak susah jika kucing dah meronta-ronta. Kadangkala walaupun ubat dah masuk dalam mulut, pandai pula diludahkan semula ubat tu dan mulalah air liur depa meleleh-leleh keluar macam kena cabai. Bila dah berhadapan macam ni, mulalah Kak Bell naik angin sebab habis dicakar dan digigitnya jari kita. Jom ikuti lebih lanjut tentang teknik dan taktik lain yang boleh digunakan ubat beri kucing makan ubat.

TIPS DAN TEKNIK BAGI KUCING MAKAN UBAT

1)TEKNIK MELUTUT BELAKANG KUCING

Letak tangan kiri korang kat bawah tekak dan tangan kanan pegang pil sambil usap leher kucing (bagi relax). Gunakan ibu jari & jari telunjuk tangan kanan untuk buka mulut kucing. Kuis je gigi dorang pelan-pelan. Bila mulut dah terbuka, terus masukkan pil ke dalam mulut. Pastikan tolak ubat terus ke tekak atau jauh ke dalam mulut. Tutup/rapatkan semula mulut kucing dan usap lagi perlahan-lahan bawah dagu dan leher kucing supaya ubat senang ditelan. Kalau kucing dah keluarkan lidah dan jilat bibir, maksudnya ubat dah ditelan. Membazir beli sebab cuma 2,3 ekor sahaja yang makan.

3) TEKNIK SEMBUNYIKAN PIL DALAM MAKANAN

Teknik sembunyikan pil dalam makanan ini sekali dua sahaja berjaya. Selepas kali peretma dah berjaya, percayalah kali kedua dan ketiga agak susah sebab dorang dah tahu kita menipu. Kalau dicampurkan terus dalam makanan memang tak akan berhasil sebab dorang tahu ada ubat dalam tu. Jadi korang boleh sembunyikan pil dalam wetfood dan gentel jadi bulat macam palet ubat.

2) HANCURKAN PIL DALAM BENTUK CECAIR & GUNAKAN SYRINGE

Teknik menggunakan picagari untuk kucing makan ubat juga memudahkan. Hancurkan ubat dalam bentuk serbuk dan larutkan dengan sedikit air masak. Kuantiti air sedikit sahaja dalam 0.5ml-0.6ml. Jika gunakan banyak air jadi satu hal pula nak bagi kucing sebab biasanya sukatan syringe adalah 1ML larutan. Cara ni pun memerlukan sedikir paksaan untuk buka mulut kucing dan dengan pantas sekali tekan syringe ke dalam mulut kucing. Biasanya mulut kucing berbuih selepas makan ubat, biasalah ubat mesti pahit macam ubat manusia juga kan.

4) TEKNIK MEMBALUT KUCING

Teknik membalut ni adalah sebagai teknik tambahan. Balut kucing korang dengan tuala dan pastikan balut dengan kemas hingga tidak terlalu ketat. Kucing pasti akan meronta tapi nak bagi depa sihat kena buatlah jugak. Jika terlalu sudah, minta bantuan orang kedua untuk pegang kucing. Sakit bladder stone. Sky paling mudah makan ubat.

5) GUNAKAN PILL POPPER/ PILL GUN/PILL PILLER

Satu lagi cara anda juga boleh gunakan bantuan alat Pill Piller untuk memberi kucing makan ubat yang berbentuk tablet. Cari sahaja di Shopee. Kak Bell belum pernah gunakannya. Baru sahaja nak order online. Walaupun dah berkali-kali bagi kucing makan ubat, tetap sahajalah tangan dan jari Kak Bell ni kena gigit. Kadang-kadang diri sendiri pun rasa takut nak bagi makan ubat. Bagi kucing yang mudah diuruskan, memang mudah sangat masa makan ubat. Kalau kucing yang memang tak suka makan ubat, dorang ni akan bijak bila masa nak makan ubat. Sebelum nampak ubat pun dorang dah lari menyorok dahulu! 

Antibiotik+Piriton dalam bentuk cecair. Kena bancuh sendiri. Jika korang terasa leceh dan susah untuk berikan ubat dalam bentuk pil, boleh tanya vet jika ubat tersebut ada dalam bentuk cecair. Jadi hanya gunakan syringe sahaja. Semoga kucing anda semua sihat dan semoga bermanfaat ya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *