Keterujaan gadis ini ingin ikutkan resepi Khairulaming terbantut disebabkan 2 ekor kucingnya. Rupanya ini yang si bulusnya lakukan.

Haiwan kucing Viral

Selain daripada bunyi halus ‘Yusuf Taiyoob’ di iklan televisyen dan radio, suara Khairulaming juga boleh dikatakan sebagai tanda-tanda tibanya bulan Ramadan. ’30 Hari 30 Resipi’ adalah ilham pemuda ini untuk berkongsikan resipi kepada rakyat Malaysia. Turut tidak terkecuali, seorang gadis ada berkongsikan keterujaan kakaknya untuk mengikut resipi Khairulaming. Berdasarkan ciapan yang dikongsikan di Twitter, kakak gadis ini ada memuat naik Instagram Story berkenaan resipi Siakap Stim Limau yang dikongsikan Khairulaming pada hari kedua puasa. Nampak sedap!

Seperti kebiasaan, kita akan meletakkan bahan basah di sinki untuk dibasuh sebelum memulakan proses memasak. Namun, niatnya terbantut apabila ikan siakap yang diletakkan di sinki sedang dimakan oleh dua ekor kucing. Melihatkan gambar yang dikongsi, isi ikan siakap tersebut sudah pun diratah oleh kucing-kucing itu. Perut tinggal tulang je…

Ciapan ini tular dan mendapat perhatian warganet. Ketika artikel ini ditulis, ciapan ini sudah pun mencecah 20,000 perkongsian di laman Twitter. Meninjau di ruangan komen, ramai warganet turut berkongsikan kisah mereka yang sama seperti kakak gadis ini. Ada juga yang berpendapat ikan tersebut adalah rezeki buat kucing itu.

Kredit: Sarah Jamaluddin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Anda Buntu Apa Yang Perlu Anda Lakukan Pada Si Bulus Sekiranya Pulang Beraya. Ini Antara Tips Untuk Anda Tinggalkannya.

Biasanya bila dah tiba penghujung bulan Ramadhan ni, semua orang dah buat preparation nak balik kampung kan. Servis kereta, kumpul duit minyak and tol, dah start packing dan macam-macam lagi la. Semua dah tak sabar nak balik raya. Tapi pada mereka yang ada bela kucing mesti pening nak tinggalkan kucing dekat rumah. Kalau sempat boleh tinggalkan dekat boarding places,tapi biasanya bila musim perayaan ni memang selalu penuh. So, iday nak kongsi tips untuk sesiapa yang ingin tinggalkan kucing di rumah untuk balik beraya. Nasihat iday, jangan terlalu lama. Kalau lama, make sure ada kawan yang datang tengokkan. Iday ingat lagi masa iday ada kerja dekat Pulau Perhentian and kitorang terpaksa tinggalkan Ali, Maya and Hiro dekat rumah selama 5 hari. Nasib baik Fara, kawan masa belajar dulu datang hari-hari tengokkan diorang. Tapi kelakar bila reaksi pertama kali Fara jumpa Ali, Hiro dan Maya. Comel tau.


“Aku takleh lama umah ko sbb kucing2 ko agresiv”  Hahaha, kesian Fara, nak buat macam mana, yang jaga diorang dari baby ni, nak ajar cara kucing main-main pon tak reti. Hehehe 


Bagus kucing-kucing aku ni. Hehehehe . Okay, sambung tips tinggalkan kucing di rumah bila balik beraya. Hehe

Auto Water Dispenser and Food Dispenser


2 benda ni wajib ada dekat rumah. Kalau tak macam mana korang nak bagi diorang makan? Nak letak banyak2? Tak boleh macam tu, kena sediakan makanan dengan cara yang proper untuk diorang. Pastikan cukup untuk selama mana korang nak tinggal diorang nanti.  Iday suka betul smart fountain untuk kucing ni. Macam nak beli satu. Hehehe

Pastikan semua pintu-tingkap ditutup

Kalau diorang keluar and hilang macam mana? So, kena berjaga-jaga. Kena pastikan semua tutup. Macam kucing iday, si Ali tu memang pandai pulas tombol pintu. Sekarang pon kitorang kena kunci. Mana entah dia belajar. Hahaha

Sediakan Litter Tray yang bagus dan berkualiti


Iday sekarang pakai crystal sebab tak berdebu and senang nak keluarkan diorang punya najis. cuma kena make sure every day buang and every week replace semua . So, before korang balik kampung, make sure Litter Tray diorang diganti dan bersih. Kalau boleh, sediakan extra cat litter. 

Mainan!

Kucing ni banyak main sebenarnya, so bila korang tinggal diorang, make sure ada mainan so diorang takkan bosan. Banyak je ada jual dekat pet store or online website. Kuat main diorang ni, Hehehe Nanti nak belikan diorang mainan-mainan ni. Mesti diorang suka. Bukan apa, bila korang tinggal dekat rumah, macam pergi kerja ke, sure diorang bosan.

Iday dah kongsi 4 tips paling penting. Korang pon boleh check tips-tips lain dekat blog Catswonderland ni, korang pon boleh taw macam-macam tips untuk penjagaan kucing korang. Hehehe atau, korang ada tips lain? Boleh kongsikan di ruangan komen okay. Hehehe Terima kasih lepak baca.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Peliharaan Selalu Buang Merata Di Kawasan Perumahan. Ini Dia Tips Yang Boleh Anda Gunakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca tertutamanya si pencinta kucing yang tengah membaca ni. Admin nak tanya korang pernah nampak tak deretan botol botol plastik berwarna warni diletakkan di perkarangan kawasan rumah? BUkan apa, percaya atau tidak ia merupakan satu petua khas yang mungkin hanya sesetengah pencinta kucing tahu.

Tak dinafikan, kucing sememangnya binatang yang comel tetapi kalau dah setiap kali buang air kecil merata di kawasan rumah boleh tertekn dibuatnya. Apatah lagi bila nak sarung kasut tiba tiiba sahaja terpijak air kecil kucing. BAu kncing kucing ni lain macam. Lagi kuat bau jika ianya kucing jantan sebab menanda kawasan sememangnya kerja kucing jantan dewasa

Sebenarnya banyak je petua yang dicadangkan. Antara tipsnya ialah bersihkan dengan air rebusan serai, cuka, lada hitam dan guna coklat bar khas bagi elak kucing membuang merata. Namun begitu rata rata tips ini tak berapa nak berkesan. Mesti ada di antara pencinta kucing yang masih mencari inisiatif untuk elakkan kucing anda membuang merata. Usah khuatir, kami ada jalan penyelesaian yang mungkin dapat membantu anda. Dengan isin Allah.

Jika dilihat di sumber google dan tips yang diperoleh oleh pengusaha taska, mereka gunakan petua ini. Pertama, Bancuh air dengan pewarna merah. (kalau nak warna-warni juga boleh) Kedua, Isikan air tersebut ke dalam botol plastik (botol mineral) Akhir sekali Letakkan botol-botol berisi air berwarna ini di kawasan si kucing selalu melepak atau memancut.

Tak Tahu Cara Bagi Kucing Kekal Sihat Dan Aktif. Berikut 5 Tips Yang Sangat Bermanfaat

Kalau anda nak tahu, kucing menjadi salah satu antara haiwan peliharaa yang popular di serata dunia. Justeru itu, bagi pencinta kucing sudah tentu tahu bagaiman penjagaan rapi untuk kucing anda kekal sihat dan aktif. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan kucing anda sentiasa terpelihara.Dengan lima panduan mudah ini, pasti kucing anda bertambah manja, bertenaga dan aktif!

Pertama, bawa kucing anda berjalan.Kalau anda bekerja sepenuh masa, pastinya kucing anda hanya duduk terperap di dalam rumah. Apa kata ambil masa waktu petang dan hujung minggu untuk bawa kucing anda bersiar-siar.Selain merapatkan hubungan anda dan si comel, kawasan luar menjadikan kucing anda dapat merasai suasana habitat sebenar di samping menjadikan daya tahan mereka lebih kuat.

Kedua. Sediakan Perabot untuk kucing. Tidak perlu perabot yang terlalu mahal untuk kucing anda bermain, tempat permainan ini boleh membuatkan mereka sibuk dan leka bermain.Selain tempat untuk kucing anda bersantai, si comel pasti tahu rutin hariannya untuk bermain di kawasan perabot dan menjadikan mereka sentiasa aktif.

Ketiga, L4ser kucing. Kucing merupakan haiwan pemburu yang hebat. Dengan adanya permainan lasr, ia boleh menjadikan kucing anda tangkas dan cepat apabila ingin mencaricahaya tersebut.Lasr ini merupakan cara yang baik untuk menggalakkan kucing anda melompat, berlari, dan mendapatkan senaman yang sangat diperlukan.Dan paling penting, anda terhibur dengan aksi mereka dan si comel juga tidak akan cepat bosan.

Keempat, Aplikasi permainan untuk kucing.Bukan anda sahaja yang boleh bermain permainan video, kucing anda juga perlukannya! Gemar benda yang bergerak-gerak, permainan di telefon pintar ini boleh membuatkan kucing anda terhibur.Anda boleh mencuba pelbagai aplikasi permainan yang percuma untuk kucing. Hanya perlu muat turun dan buka apabila anda mahu kucing anda nikmati aktiviti digital mereka. Santai, aktif dan tidak cepat bosan, pada masa yang sama anda boleh buat aktiviti pilihan di samping si manja.

Kelima, Makanan Powercat. Makanan kucing Powercat cukup mementingkan khasiat dan kesegaran pemakanan secara menyeluruh agar kucing anda sentiasa kuat.Dilengkapi nutrien baik seperti taurina, vitamin A, vitamin B2, vitamin B1 dan banyak lagi, ia memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada kucing anda.Dijamin halal, tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna dan tanpa garam tambahan, inilah makanan terbaik untuk si comel sentiasa sihat dan bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *