Gadis ini tampil untuk cari kucingnya yang hilang. Sekali tak sangka ada pula yang teman kucingnya bermain.

Haiwan kucing seram Viral

Meremang. Itu yang dapat dikatakan mengenai sebuah video tular di mana memaparkan kelibat mahkluk berambut panjang yang sedang duduk di tepi jalan dalam keadaan menyeramkan. Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok Diana, dia berada di luar rumah pada jam 1 pagi untuk mencari dua ekor kucing miliknya yang tidak pulang.

Ketika meninjau di sekeliling kawasan rumah, dia menemui salah seekor kucingnya sedang berjalan berhampiran manakala seekor lagi berada di luar pagar rumah tetapi sedang ditemani oleh ‘seseorang’. Dia yang tidak sengaja merakam aksi tersebut melihat makhluk aneh berpakaian serba putih dan berambut panjang sedang duduk bermain dengan kucingnya di tepi jalan dalam keadaan hujan renyai. Tergamam melihat kemunculan makhluk berkenaan, dia bertindak melarikan diri ke dalam rumah sambil memanggil ahli keluarganya untuk membuka pintu dan lampu. Memang seram!

Allahuakbar, Astaghfirullahalazim!

Warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui video berkenaan menyeramkan di mana rata-ratanya mendakwa memang terdapat kehadiran makhluk ghaib yang dirakam oleh gadis berkenaan. Malah, ada yang juga yang mendakwa makhluk berkenaan sebenarnya telah memberi petanda awal kehadirannya menerusi kamera video yang kabur selain terdengar bunyi seakan suara sedang menangis.

Tunjuk kat ustaz, memang ustaz cakap ‘benda’ tu betul

Dari awal dia dah bagi ‘hint’ kamera kabur

Video hantu paling ‘real’

Sumber: TikTok Diana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Gemar Bela Kucing Gergasi. Sekali Gadis Ini Tampil Dedahkan Tips Untuk Gemukkan Si Bulus.

Kucing merupakan haiwan yang paling disayangi oleh Nabi Muhammad SAW. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan tertarik dek kecomelan dan telatahnya yang mudah mencuit hati manusia. Seorang gadis bernama Aisyah Sulaiman sangat gemar membela dan merawat kucing sebagai haiwan peliharaan. Menariknya, kesemua kucing yang dipeliharanya sangat besar dan comel sehinggakan ia digelar sebagai ‘kucing gergasi’. Menerusi akaun Facebooknya, gadis ini telah berkongsi tips kepada warganet berkenaan cara merawat haiwan tersebut sehingga menjadi besar dan montel. Berikut merupakan 6 perkara yang harus diambil kira:

1. Baka

Baka merupakan antara faktor terpenting untuk menjadikan kucing anda montel dan besar. Awalnya, kucing peliharaan yang sedia ada di rumah gadis ini dikatakan berbaka campuran British Short Hair dan Domestic Cat yang berwarna kelabu. Kucing peliharaan itu pula kemudiannya dikacukkan dengan haiwan belaan baharunya yang berbaka Persian dan Flat Face. Kacukan ini secara tidak langsung telah menghasilkan generasi kucing baharu yang berketurunan kelabu dan oren.

2. Pemakanan

Dari segi pemakanan, gadis ini memberi hidangan berlainan kepada haiwan kesayangannya mengikut peringkat pertumbuhan kucing tersebut. Sewaktu di peringkat kitten, kucing berkenaan diberikan makanan Royal Canin. Setelah tumbuh dewasa, bekalan makanan ditukarkan kepada Taste Of The Wild Canyon & Rocky yang mana sangat baik untuk pertumbuhan dan penjagaan bulu serta badan si Meow.

Bagaimanapun, makanan ini hanya dibekalkan pada waktu siang sahaja kerana haiwan berkenaan akan dihidangkan dengan ikan selar rebus bersama nasi putih tanpa garam di sebelah malamnya. Pesannya lagi, penjagaan makanan bagi kucing yang berbulu lebat merupakan sesuatu perkara yang tidak harus dipandang enteng. Sekiranya berniat untuk memberikannya makanan secara langsung, elakkan daripada membekalkan ia makanan yang bergoreng, sebaliknya rebus kosong tanpa sebarang garam.

3. Makanan tambahan

Makanan tambahan yang berfungsi untuk menggemukkan kucing sememangnya pernah diberikan kepada haiwan kesayangannya. Namun, kini sudah tidak lagi diamalkan. Terpulang kepada individu untuk menggunakan supplement penggemuk atau tidak. Sekiranya enggan, cara tradisional yang paling efektif untuk menjaga bulu si bulus juga boleh dilakukan dengan mengamalkan pemakanan bahagian kuning dalam telur ayam.

4. Pasir

Berkenaan dengan pemilihan pasir yang sesuai, gadis ini tidak terlalu tegas dalam mengesyorkan kepada pembaca untuk menggunakan jenis pasir yang mahal atau murah. Namun, apa yang digunakan olehnya kini ialah Cat Sand dan Cat Litter. Sekiranya menginginkan kesan yang lebih efektif, pembela kucing digalakkan untuk menggunakan pasir mahal kerana ia lebih cepat menyerap najis dan kurang bergumpal. Untuk mengekalkan keselesaan dan kesihatan si bulus, penjaga turut digalakkan untuk sentiasa membersihkan bekas pembuangan najis secara konsisten dengan menggunakan peluntur agar tidak mudah terkena jangkitan virus Parvo.

5. Vaksin

Menurutnya lagi, kesemua haiwan itu telah diberikan suntikan vaksin. Lebih-lebih lagi untuk kucing yang berbulu lebat, suntikan ini harus diberikan kepada si bulus agar dapat mengelakkan ia daripada terkena penyakit kurap dan gatal-gatal.

6. Mandul

Kucing peliharaan yang telah disunat atau dikasi merupakan faktor yang mendorong untuk mereka menjadi semakin gemuk. Ini kerana kadar metabolisme si bulus menjadi semakin berkurang selepas ia dimandulkan. Rumusnya, untuk memelihara si bulus sememangnya tidak mudah. Namun, kecomelan dan telatahnya yang mencuit hati pasti memberikan impak bahagia kepada pembela kucing.

Sumber: Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Juga Alami Alahan Dengan Si Bulus Ini. Kini Saintis Dedahkan Telah Menjumpai Vaksin Buat Yang Alah Pada Kucing.

Alahan kepada kucing adalah sesuatu yang selalu berlaku kepada manusia. Simptom alahan tersebut selalunya tidak serius seperti selalu bersin dan mata merah dan ia juga boleh menjadi terlalu teruk hingga menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam hospital. Mereka yang mempunyai alahan kepada kucing ini selalunya akan mengelakkan diri daripada kucing dan mempunyai ubat anti-histamin dalam simpanan mereka.

Saya teringat waktu saya belajar dahulu. Kawan saya sangat suka kucing walaupun dia seorang yang alah kepada kucing. Setiap kali dia datang ke bilik saya dengan mata yang merah dan selesema yang teruk, saya dah dapat agak, dia mesti baru sahaja bermain dengan kucing. Kadang-kadang kawan saya hanya membelai sekejap sahaja, itu pun mampu mendatangkan simptom alahan yang teruk.Tetapi kajian terbaru ini mungkin akan membantu kawan saya ini ataupun mereka yang memerlukannya. Vaksin yang terbaru ini mungkin akan membantu mereka yang mengalami masalah alahan kepada kucing. Oleh itu, mereka pun boleh menjadi pencinta kucing seperti orang lain.

Vaksin untuk kucing bukan untuk manusia

Sebenarnya terdapat lebih kurang 5 bahan yang menyebabkan alahan dari kucing. Salah satu bahan tersebut adalah protein Fel d 1 yang merupakan salah satu bahan paling banyak dihasilkan oleh kucing. Protein ini banyak dihasilkan daripada air liur dan juga kalenjar sebum kucing. Sebanyak 10% daripada masyarakat adalah alah kepada protein ini.

Vaksin baru ini digunakan untuk meneutralkan protein Fel d 1 ini supaya ia tidak menyebabkan alahan kepada manusia. Seperti yang dilaporkan dalam The Journal of Allergy and Clinical Immunology, pengkaji daripada syarikat HypoPet telah berjaya menguji vaksin ini pada 54 ekor kucing yang berbeza. Pengkaji tersebut menyatakan bahawa vaksin ini berkesan untuk mengurangkan protein Fel d 1 pada kucing yang menerima suntikan tersebut.

Bahkan ia tidak tinggalkan sebarang kesan sampingan pada kucing yang diuji. Manusia akan mendapat faedah daripada rawatan ini kerana ia boleh mengelakkan pemilik kucing daripada mengalami sakit yang teruk seperti asma dan lebih imun kepada kucing tersebut.

Bagaimana vaksin ini dihasilkan

Kumpulan pengkaji tersebut menggunakan Virus ‘Cucumber mosaic’ bersama dengan protein Fel d 1 untuk merangsangkan penghasilan antibodi kepada protein tersebut. Selepas vaksin itu diberikan kepada kucing, sistem imun kucing itu akan menghapuskan protein Fel D 1 itu dengan sendirinya. Kucing yang divaksin itu juga didapati kurang menyebabkan alahan kepada manusia. Dengan adanya vaksin ini, anda tidak rasa serba salah lagi jika orang yang alah kepada kucing datang ke rumah anda. Bagi mereka yang alah kepada kucing sebelum ini juga mungkin boleh membela kucing selepas ini. Vaksin ini dihasilkan oleh syarikat Hypopet di US dan masih lagi dalam perbincangan dengan pihak berkepentingan supaya ia boleh diluluskan dan masuk ke dalam pasaran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *