Siapa sangka kucing boleh alami seperti ini selepas diberi makan. Rupanya ini yang berlaku.

Haiwan KESIHATAN kucing Pengetahuan

Anda tidak memiliki kucing, tetapi jiran-jiran mempunyai banyak kucing. Sering kali kucing bertandang ke rumah anda dan mengiaw-ngiaw ketara dalam keadaan kelaparan. Mungkin kerana jiran balik kampung atau bergegas ke tempat kerja dan terlupa memberi makan kucing. Sebagai insan berhati halus anda mudah tersentuh dan sering menyediakan makan kucing walaupun tidak pernah memiliki atau membela kucing. Malangnya bila anda memberi makan sejurus kucing berkenaan telah berak dan muntah di kawasan rumah anda.

Kejadian sedemikian kadangkala melemah semangat anda untuk berbaik dengan si bulus tetangga. Mungkin maklumat ini dapat mengubat sedikit rasa kecewa ini, kerana sebenarnya haiwan yang comel itu sedang sakit.  Kemungkinannya kucing berkenaan dijangkiti cacing kerana jangkitan itu boleh berlaku bila-bila sahaja dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi mengikut laporan dari Cornell University College of Veterinary Medicine mengatakan yang lebih 45 peratus kucing akan dijangkiti parasit usus pada bila-bila masa.

“Adalah tidak normal sekiranya kucing tidak pernah dijangkiti oleh parasit ini,” kata Dr. Cathy Lund dari City Kitty, klinik veterinar yang khas untuk kucing. Berita baiknya, veterinar anda boleh merawat kecacingan pada kucing dengan efektif dan selamat tanpa perlu panik. Jadi selain memberi makan, apa salahnya bawa sekali kucing berkenaan ke klinik untuk diubati.

Jangkitan bergantung kepada jenis cacing namun selalunya kucing dijangkiti kecacingan kerana terdedah dengan telur atau najis kucing yang terjangkit. “Kucing terpijak najis yang dijangkiti kemudian menjangkit diri mereka sendiri ketika merapi tubuh badan mereka,” kata Dr. Lund.

Dalam beberapa kes, kucing yang selalu keluar rumah yang kemudiannya memburu tikus yang sememangnya mempunyai cacing dalam tisu mereka. Kucing kemudian memakan tikus tersebut lalu menelan tisu yang mempunyai cacing itu lalu larva cacing akan mula membesar di dalam usus kucing. Kucing juga boleh dijangkiti dengan memakan kutu yang membawa telur cacing atau digigit oleh larva cacing yang membenamkan di kulit kucing. Anak kucing juga boleh dijangkiti beberapa jenis cacing bulat apabila menyusu dari ibu yang kecacingan.

Cacing bulat membesar sehingga 3 ke 5 inci panjang dan makan makanan yang dihadam oleh kucing anda dan mencuri nutrien makanan tersebut. Cacing tersebut kemudian membiak dan bertelur yang kemudiannya dikeluarkan dari najis kucing (kemudiannya dijangkiti oleh kucing lain pula). Telur-telur cacing ini mengambil masa seminggu untuk menjadi infektif jadi pemilik kucing yang agak malas membersihkan kotak pasir kucing akan selalu membuatkan cacing ini bertambah menular. Kucing boleh dijangkiti dengan cacing pita (tapeworm), cacing cambuk (hookworm) dan cacing rotan (whipworm). Kucing dijangkiti cacing pita dengan memakan kutu yang dijangkiti dengan telur cacing pita atau selepas memakan tikus yang dijangkiti cacing.

Tanda-tanda kucing kecacingan

Kucing yang kecacingan akan mengalami cirit-birit, hilang selera makan atau muntah dengan tahap gejala-gejala yang berbeza bergantung kepada jenis cacing dan berapa teruknya jangkitan tersebut. Cacing pita dan cacing cambuk selalunya menyebabkan gejala ringan manakala cacing bulat dan cacing cangkuk lebih serius sehingga boleh menyebabkan anemia jika kucing anda teruk dijangkiti.

Pemilik kucing mungkin perasan cirit birit yang teruk, ada darah pada najis, muntah-muntah, perut kembung dan kehilangan berat badan ini semuanya berpunca dari kecacingan pada anak kucing. Kucing yang kuat makan tapi kurus pun berkemungkinan dijangkiti oleh cacing. Tidak mengesyorkan untuk melakukan sebarang petua rawatan di rumah kerana selalunya tidak efektif pun dalam menghapuskan kecacingan.

Bagaimana cara untuk mengelakkan kucing dijangkiti cacing?

Caranya mudah sahaja dengan pemberian ubat cacing secara berkala selang 6 bulan. Anda juga boleh melindungi kucing anda dengan memberikan ubat kutu samada pemberian secara ubat makan, ubat sapu mahupun kolar anti kutu. Ini membantu menghapuskan kutu yang selalunya punca kecacingan. Pastikan kucing anda tidak keluar rumah dan memburu tikus kerana dari memakan tikus juga menjadi punca kucing anda kecacingan.

Dalam kes yang jarang sangat untuk berlaku ada juga cacing yang boleh menyebabkan manusia sakit. Larva cacing bulat contohnya boleh berpindah ke kulit dan mata manusia. Jika merawat kucing anda yang kecacingan pastikan anda menjaga keselamatan diri sendiri. Jangan lupa memakai sarung tangan ketika membersihkan kotak pasir kucing, bersihkan kotak najis kucing anda dengan cepat, dan basuh tangan anda selepas selesai.(Visited 201 times, 1 visits today)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ketahui Mengapa Dilarang Beri Nasi Pada Si Bulus. Ini Rupanya Alasannya.

Bagi manusia, karbohidrat seperti nasi adalah salah satu sumber energi utama yang menjadikan makanan ini tidak boleh lepas dari kehidupan sehari-hari. Terutama bagi orang Indonesia. Namun hal yang sama tidak berlaku untuk kucing. Oleh kerana itu, doktor haiwan menegaskan pentingnya menghentikan kebiasaan memberi nasi kepada kucing.

Menurut doktor haiwan Radhiyan Fadiar Sahistya, kucing tidak mampu mencerna karbohidrat menjadi sumber energi secara baik, sebab energi utama kucing berasal dari protein. Saat kadar protein berkurang, kucing menggunakan lemak sebagai sumber energi.

’’Lantas apa akibatnya jika kucing mengamalkan terlalu banyak karbohidrat? Kerana kucing tidak dapat mencerna karbohidrat dengan baik, maka efeknya adalah gula darah meningkat secara drastis,’’ kata Radhiyan dalam webinar Pentingnya Gizi Pada Anjing dan Kucing di Masa Pandemi yang tayang di YouTube. Berlebihan memberikan nasi dapat mengakibatkan sakit diabetes kepada kucing, terutama kucing yang sudah menginjak usia dewasa.

Nutrisi

Sama seperti manusia, memberikan makanan dengan nutrisi seimbang kepada haiwan peliharaan juga penting agar “anak-anak bulu” boleh tumbuh dengan baik. Semua harus dalam kuantiti yang seimbang. Bila berlebihan, anjing atau kucing boleh mengalami gangguan ginjal, khususnya yang berusia di atas tujuh tahun.

Dia menjelaskan, mengapa makanan-makanan haiwan peliharaan dari pabrik dipisahkan berdasarkan kategori usia, yakni makanan untuk anak kucing atau anjing juga untuk haiwan yang sudah dewasa. Anak kucing atau anak anjing sebetulnya masih mendapat nutrisi dari air susu induk. Organ pencernaan mereka belum berkembang sempurna sehingga memerlukan nutrisi berbentuk cairan. Ketika sudah menginjak usia satu hingga dua bulan, mereka boleh belajar makan selain air susu. Berikan makanan yang ukurannnya kecil dan lembut agar anak anjing atau kucing tidak kesulitan memakannya. Setelah berusia dua hingga tiga bulan, Anda boleh mulai memberikan makanan dengan tekstur yang lebih padat.

Kadar protein dalam makanan khusus kucing atau anjing dewasa lebih rendah untuk menunjang fungsi ginjal yang menurun. Kucing dan anjing juga memerlukan nutrien serat. Bila kurang serat, mereka boleh mengalami diare, tapi bila berlebihan juga bakal mengakibatkan sembelit. Vitamin juga diperlukan dalam kuantiti yang secukupnya. Kekurangan vitamin mengakibatkan hilang nafsu makan, sementara kelebihan vitamin boleh mendatangkan kepada masalah kesihatan.

Lemak, sumber energi kedua baik untuk anjing dan kucing, lebih banyak diberikan pada formulasi pakan yang ditujukan untuk anjing atau kucing yang sedang bunting serta menyusui, atau haiwan yang sedang sakit. Sebab, lemak boleh meningkatkan selera makan dan menyediakan 2,5 kali energi lebih besar dibandingkan protein dan karbohidrat dengan berat yang sama. ’’Namun pemberian lemak secara berlebihan tidak baik kerana boleh memicu gangguan kesihatan,’’ kata dia.

Ada dua jenis makanan dari pabrik yang ditujukan untuk anjing dan kucing, yakni makanan kering dan makanan basah. Dia menjelaskan, makanan basah mempunyai kandungan air yang lebih tinggi tapi dari segi nutrisi kandungan dalam makanan kering lebih tinggi. Jika Anda memilih untuk memberi makanan haiwan peliharaan yang diproduksi pabrik, berikan sesuai dengan keperluannya. Jangan berikan makanan anjing kepada kucing.

Radhiyan mengatakan, formulasi pakan untuk kucing dan anjing berbeza jadi berikanlah makanan sesuai dengan jenisnya. Bagi pemilik kucing yang memilih untuk memberikan makanan anjing kerana harga biasanya lebih murah, ada impak negatif yang boleh terjadi, yakni masalah kesihatan mata dan jantung pada kucing.

Air bersih

Jangan lupa untuk selalu menyediakan air bersih untuk haiwan peliharaan, sebab 90 persen kadar air dalam tubuh anjing dan kucing didapatkan dari makanan dan minuman yang dimakan. Jangan biarkan haiwan peliharaan meminum air dari sumber yang kotor, seperti kolam ikan atau air di bilik mandi yang boleh menyebabkan diare hingga masalah cacing akibat air yang tidak higienis.

Ada pemilik “anak bulus” yang memilih untuk membuat makanan sendiri bagi peliharaan mereka. Jika ingin memberikan ikan kepada kucing, panaskan dulu agar matang dengan cara dikukus atau direbus. Selain itu, berikan pakan yang berbeza secara bergantian kerana setiap bahan mempunyai nilai nutrisi berbeza.

Misalnya, dalam satu pekan berikan kucing memakan ikan, sisanya berikan makanan dari bahan baku unggas. Jangan lupa untuk memberikan multivitamin tambahan. Sementara serat boleh didapati dengan menggunakan agar-agar. Lalu, bagaimana bila peliharaan mendadak tidak punya nafsu makan? Pemilik haiwan boleh memeriksa kesihatan haiwan peliharaannya. Anjing atau kucing yang mengandalkan indra penciuman boleh tidak berselera makan bila terkena flu yang membuat produksi ingus berlebihan dan mereka sulit menghidu makanan.

Bulu kucing gugur?

Pemilik mungkin khuatir bila bulu kucing gugur dengan mendadak, terutama ketika ada perubahan seperti mengganti jenis makanan. Sama seperti rambut manusia yang gugur, kucing juga mengalami keguguran bulu, kata doktor haiwan Novi Wulandari. ’’Bulu gugur tidak selalu kerana pergantian makanan, tapi itu hal yang normal,’’ kata Novi dalam webinar Peduli Kucing Sekitar Kita.

Bulu-bulu kucing dapat gugur bila pemiliknya memberikan makanan yang lebih berkualiti. Keguguran adalah salah satu efek detoksifikasi kerana kucing mendapat nutrien makanan yang lebih baik. Proses itu boleh memakan waktu hingga dua bulan. Namun, makanan yang tidak sihat serta keadaan tidak cergas dan penyakit yang tidak terdeteksi juga boleh menjadi penyebab bulu kucing gugur. Bila penyebabnya tidak diketahui, periksakan si anak bulu ke doktor haiwan untuk mendapatkan penyelesaiannya. Selain mengganti makanan, bulu kucing dapat gugur ketika si anak bulu sedang menyusu, hamil, juga melahirkan. Bulu kucing gugur boleh juga disebabkan oleh infeksi atau parasit yang membuat kulit kucing gatal. Gosokan yang berlebihan boleh membuatkan bulunya gugur sehingga bahagian tersebut jadi botak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *