Ini 3 tips untuk elak kutu kucing daripada membiak di kawasan ini. Ini yang perlu anda lakukan.

Haiwan kucing tips

Kutu memang salah satu serangga yang memeningkan kepala selain daripada pepijat. Antara masalah kutu yang sering diterima oleh E Pest adalah masalah kutu kucing. Kutu yang sering berada di bulu haiwan peliharaan kerap kali mendatangkan kesan kepada manusia. Rasa kegatalan kesan dari gigitan yang tidak kira masa lebih memburukkan keadaan. Kesan gigitan yang menjadi parut pada bahagian anggota badan juga dapat memberi kesan psikologi kepada individu yang tidak bersalah jika tidak diubati. Terdapat pelbagai tips yang dapat diguna pakai untuk mengatasi masalah kutu. Berikut merupakan tiga tips yang dapat anda gunakan untuk elak kutu membiak di kediaman: 

1) Pastikan bulu haiwan peliharaan bebas daripada kutu 

Bulu haiwan peliharaan yang lembut dan lebat memang seronok dibelai, tapi kalau ada kutu di badan haiwan peliharaan tersebut, mesti fikir dua tiga kali dahulu baru nak belai atau sentuh. Kutu akan menjadikan bulu haiwan peliharaan anda sebagai salah satu tempat tinggal mereka. Oleh itu, pastikan anda selalu memandikan dan membersihkan haiwan peliharaan anda dengan sabun khas anti kutu. Hal ini seterusnya dapat mengelakkan kutu bersarang di haiwan peliharaan anda dan dapat mengurangkan risiko kediaman anda mengalami kutu. 

2) Sentiasa bersihkan tempat tidur haiwan peliharaan 

Anda seharusnya selalu periksa tempat tidur atau tempat kebiasaan haiwan peliharaan anda berada selain daripada bulu mereka. Hal ini disebabkan, kutu adalah haiwan yang mampu melompat dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Jadi keberangkalian untuk kutu ada di kawasan tersebut adalah tinggi. Anda dapat menghalang kutu dari merebak di kediaman anda jika anda bertindak dengan pantas. Bersihkan tempat tidur bukan hanya dapat memberi keselesaan kepada haiwan peliharaan anda, namun dapat menghalang anda sekeluarga mendapat masalah kutu di kemudian hari. 

3) Halang kediaman jadi tempat persinggahan kucing liar 

Ada juga antara pelanggan yang mendapatkan khidmat pembasmian kutu kucing dari E Pest Control namun tidak pernah memelihara kucing atau haiwan berbulu lain. Apabila ditanya lebih lanjut, punca masalah kutu kucing ialah terdapat kucing liar yang datang menumpang dan berkeliaran di sekitar kediaman mereka. Kucing liar yang tidak bertuan kadangkala terdapat kutu di badannya. dan tanpa disedari kucing tersebut telah tinggalkan kutu seterusnya membiak di kediaman mereka. Akan tetapi, dengan servis yang dijalankan oleh E Pest, masalah kutu kucing di kediaman mereka selesai dan masalah gatal-gatal akibat kutu turut selesai. Oleh itu, pastikan kediaman anda bebas dari kucing liar yang berkeliaran tanpa sebab. 

Anda boleh hubungi E Pest Control jika anda terkena gigitan kutu dan kediaman anda berada di sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah kutu yang sedang anda hadapi.  Tahukah anda dengan menggunakan servis kawalan makhluk perosak dapat membantu anda menyelesaikan masalah kutu ini? Dengan hanya sekali servis sahaja masalah kutu selesai. Tidak perlu gunakan kaedah di mana kesannya dapat dilihat setelah seminggu, dua minggu atau sebulan selepas itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Pun Pandai Merajuk. Ternyata Ini Cara Terbaik Untuk Pujuk Kucing Kesayangan

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah yang sangat telatahnya menghiburkan pencinta kucing dan unik. Kucing juga ada sifat merajukm sekiranya anda tinggalkan mereka untuk satu tempoh yang lama atau bila anda lupa nak beri kucing anda makan. Bahkan mereka juga mempunyai perasaan dan ada ketikanya mereka marah.

Usah khuatir kerana kami akan kongsikan tips untuk pujuk si comel ini dengan mudah. Pertama, cari dan beri makanan kegemaran. Cara ini adalah cara yangs elalu kita boleh guna kerana ianya mudah. Bila sebut sahaja bab makanan, makhluk mana je yang tak suka. Kita sebagai manusia pun kalah dengan makanan apatah lagi kucing. Jika kucing kita masih merajuk, kita boleh pelbagaikan menu seperti memberi kucing kita makanan basah seperti ikan atau makanan kering seperti biskut

Kedua, kenalpasti punca kucing anda merajuk. Mungkin ada di antara kita terlupa memberi makan atau tinggalkannya dalam satu tempoh yang lama. Ada juga kes apabila kita terpijk ekornya menyebabkan kucing anda merajuk. Oleh itu, ketahuilah puncanya dan beri perhatian kepadanya. Kalau boleh pujuk kucing anda dengan membawa mereka ke tempat kegemarannya dalam rumah.

Ketiga, pastikan masa sesuai untuk pujuk. Persis seperti manusia, kita perlukan masa untuk menyendiri. Kalau boleh jangan paksa atau mengejar mereka kerana masa akan melenturkan ego haiwan kesayangan kita. Bila mereka tenang, baru dekati mereka dan pujuk. Keempat, jangan gopoh ketika memujuk.Kucing adalah haiwan lembut dan manja jika anda pandai mengambil hatinya. Segala paksaan akan membuat hati kucing anda memberontak dan sukar dipujuk. Tenang dan chill adalah kata kunci kepada situasi ini untuk mengembalikan kepercayaannya kepada anda.

Akhir sekali, kepala dan leher kawasan belai yang paling berkesan.Hati-hati nak belai, takut dia gig1t tangan anda!Ambil haiwan kesayangan anda ini dan belailah mereka di sekitar kepala dan lehernya ketika anda menonton TV atau pada waktu lapang. Pastikan kucing anda ‘feel’ setiap belaian anda kerana anda haruslah belai mereka dengan ikhlas dan penuh kasih sayang

Siapa Sangka Kucing Pun Boleh Merajuk Dengan Pemiliknya. Ini 6 Cara Untuk Pulihkan Dan Pujuk Semula Si Bulus Anda.

Pencinta kucing sekalian, pernah tak anda tinggalkan kucing kesayangan dalam tempoh yang agak lama ataupun terlupa nak beri makan, kucing anda seolah-olah lain macam? Haiwan comel ini juga ada hati dan perasaan. Tahukah anda bahawa kucing mudah tersinggung dan marah jika ada sesuatu yang melukai hatinya. Tapi jangan risau, haiwan kesayangan Nabi ini juga seorang yang pemaaf namun anda harus tahu macam mana nak pujuk.

1. Cari masa yang sesuai.

Kalau anda rasa si comel seperti sedang menyendiri dan merajuk, biarkan dia terlebih dahulu. Jangan dikejar ataupun dipaksa. Berikan dia sedikit masa merasai kehadiran anda dan apabila dia kelihatan tenang, barulah dekati.

2. Cari punca kucing anda merajuk.

Adakah anda terlalu lama tinggalkan dia, terlupa memberi makan, ada anak kawan anda mengasarinya atau pun tak sengaja terpijak ekornya? Ambil perhatian yang lebih pada kucing anda ketika itu dan anda boleh ambilnya dan bawa ke tempat kegemarannya. Sama ada di sudut balkoni atau pun di belakang pintu, kucing anda akan berasa lebih selesa.

3. Dekati kucing secara perlahan.

Kucing ini haiwan yang sangat lembut dan manja. Jadi, ambil secara paksaan akan membuat si dia tambah memberontak. Sikap tenang anda merupakan kunci untuk mengambil kembali kepercayaannya.

4. Sentiasalah bermain atau bercakap dengannya.

Kucing akan mengerdipkan matanya pada orang yang disayangi. Apabila si comel ini mengenali tuannya, dia sering menatap tuannya lama-lama dan pada masa inilah anda boleh bermain dan bercakap dengannya.

5. Belai kucing di bahagian kepala dan leher.

Hampir semua kucing peliharaan suka dimanja dan dibelai terutamanya di bahagian kepala dan leher. Sambil anda menonton TV, angkat kucing anda, letakkan disisi atau diatas riba dan belailah si comel dengan penuh kasih sayang.

6. Berikan makanan atau snek kegemarannya.

Cara terakhir ini selalunya akan berhasil untuk memujuk kucing anda. Dikala anda menyediakan makanan atau snek kegemaran, mana mungkin ada kucing yang menolak. Anda boleh memberikan beberapa pilihan makanan seperti makanan kering seperti biskut ataupun makanan basah seperti ikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *