Ini antara cara penjagaan asas kucing yang masih ramai belum tahu. Ini antara yang perlu anda persiapkan.

Haiwan kucing Petua tips

1.Pemakanan

Kami menyarankan anda agar anda membelikan makanan kucing yang berkualiti tinggi untuk haiwan peliharaan anda. Pengambilan diet yang seimbang untuk kucing anda bergantung pada faktor seperti umur, tahap kecerdasan kucing dan juga kesihatan kucing anda. Kucing juga memerlukan khasiat seperti taurine dan amino acid untuk kebaikan jantung dan mata mereka. Setiap makanan yang anda beri pada kucing anda haruslah mempunyai diet yang seimbang mengikut tahap umur kucing anda.

Sentiasa sediakan air yang bersih, segar dan basuh serta mengisi semula air didalam bekas air kucing anda setiap hari.Elakkan memberi kucing anda memakan makanan bayi jika kucing anda tidak mempunyai selera makan kerana makanan bayi tersebut berkemungkinan mengandungi bawang atau serbuk bawang putih yang akan mengakibatkan kucing anda mengalami ker4cunan makanan. Sila bawa kucing anda ke klinik haiwan yang berdekatan dengan kadar segera jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda seperti anoreksia (hilang selera makan), cirit birit, muntah-muntah dan tidak bertenaga.

2. Dandanan

Kucing tidak perlu mandi dengan kerap tetapi anda perlu menyikat bulu kucing anda dengan kerap. Menyikat bulu kucing anda dengan kerap akan mengurangkan keguguran bulu mereka.

3. Tempat tidur

Haiwan peliharaan anda harus mempunyai tempat tidurnya yang sendiri didalam rumah anda supaya mereka dapat berehat dan tidur. Sentiasa pastikan kucing anda berada didalam rumah kerana kucing yang dibiarkan tinggal bebas diluar rumah mudah untuk dijangkiti dengan berbagai sakit dan juga kutu.

4. Identifikasi

Jika anda mahu membawa haiwan peliharaan anda ke luar rumah, anda perlu sentiasa memastikan kucing anda memakai kolar yang mempunyai identiti kucing anda dan juga identiti diri anda serta alamat rumah anda supaya jika berlaku kehilangan, kucing anda akan dipulangkan semula kepada anda.

5. Litter Box

Litter box amat penting terutamanya untuk kucing yang tinggal di dalam rumah. Litter box tersebut haruslah diletak ditempat yang sesuai iaitu di kawasan yang luas dan senyap. Anda perlu sentiasa memastikan litter box tersebut sentiasa dalam keadaan yang bersih dan tidak berbau supaya kucing anda berasa selesa. Jika anda mendapati bahawa kucing anda masih tidak mahu menggunakan litter box walaupun ianya sudah dibersihkan dan tidak berbau, sila bawa kucing anda ke vaterinar kerana dibimbangi kucing anda menghidapi masalah kesihatan berkaitan dengan usus.

6. Mencakar

  • Tahukah anda? Kucing perlu mencakar. Untuk mengelakkan daripada kucing anda mencakar perabot dirumah atau untuk mengelakkan daripada luka dicakar oleh si manja anda, anda boleh memotong kuku si manja anda setiap dua hingga tiga minggu sekali. Selain itu, anda juga boleh menyediakan tempat khas untuk kucing anda mengasah kuku mereka iaitu scratching post.

7. Kesihatan

Pastikan anda membawa si manja anda ke vaterinar sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan juga suntikan tahunan. Segera bawa ke vaterinar jika kucing anda didapati sakit atau cedera.

8. Pemandulan dan Pengkasian (Spaying dan Neutering)

  • Kucing betina dan jantan hendaklah dimandulkan pada umur mereka lima bulan.

9. Vaksin

Suntikan vaksin dapat mencegah si manja anda daripada penyakit yang berbahaya atau penyakit yang berjangkit. Memvaksinkan kucing anda akan membuatkan ia dapat menjalani kehidupannya sihat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bulu Kucing Boleh Jadi Gebu Bila Guna Satu Barang Ini. Individu Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Pastikan Bulu Kucing Anda Gebu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pencinta kucing. Lazimlah pencinta haiwan sanggup habiskan duit bagi mencantikkan haiwan peliharaa mereka. Contohnya kucing, banyak penjagaan yang diperlukan bagi memastikan bulu bulu mereka kelihatan sihat dan cantik. Bagi pemilik kucing yang berduit, selalunya mereka akan menghantar kucing ini ke pet shop bagi sesi grooming.

Manakala bagi mereka yang gaji cukup cukup makan, pastinya tak mampu nak hantar kucing kesayangan mereka untuk sesi grooming. Bahkan, syampu khas buat kucing juga tak murah. Susulan masalah itu, FB Excite Cats, mereka kongsikan cara untuk mencantikk bulu kucing anda dengan RM8.50. Berikut merupakan posting penuh dari Excite Cats yang boleh membantu anda untuk selesaikan masalah anda.

Saya sering ditanya syampu apa yang patut diguna untuk mandikan si bulu, terutamanya customer yang beli kucing dengan saya.Dorang dah try syampu murah, bau okay tapi macam tak bersih. Bulu tak pecah macam melekit-lekit. Sebab tu tak gebu.Nak beli syampu professional takut salah pilih pulak. Busuk-busuk kena RM 40++ untuk sebotol isipadu dalam 400ml. Dah la mahal, lepas beli tak puas hati kang …—HABIS, SYAMPU APA NAK GUNA JEFF?—Korang jangan terperanjat tapi ni la yg saya dah guna bertahun-tahun..PENCUCI PINGGAN JOY (Hanya yang anti bakteria warna biru)

Ye, JOY yang iklan Sharifah Shahirah susun pinggan kat stadium tu. Result dia? Tengok sendiri gambar post bawah ni…—Apa yg best dgn JOY ni?—+ Harga RM 8.50 utk sebotol 500ml:Fuh, lebih 100ml drpd syampu memahal dan 5x ganda lebih murah tu.+ Ada bahan antibacteria Triclosan 0.1%:Triclosan adalah bahan aktif antibacteria dan 0.1% dapat menghalang bakteria drpd membiak (bakteriastatik)+ Melembapkan kulit dgn moisturizer:Bahan pelembap dalam JOY ni memberi efek kondisioner pada bulu kucing+ Memang power utk hilangkan kesan minyak:Bila bulu kucing tidak berminyak maka akan nampak gebu

Selain itu admin facebook yang dikenali sebagai Jeff ini juga turut berkongsi cara untuk menggunakan sabun pencuci Joy pada kucing;Foto: Carian GoogleAla… macam syampu biasa la gosok-gosok pastu bilas. Takde apa yang special.Cuma teknik yang saya guna untuk bagi bulu kucing betul-betul bersih, bulu pecah dan gebu adalah gosok dan bilas tu saya buat 2 kali.Ye daripada letak banyak-banyak sabun tu untuk gosok sekali, saya buat 2 kali. Tu ja..Menarik kan? Bagi sesiapa yang membela kucing di rumah, boleh lah mencuba tips ni. M

Setiap Pecinta Kucing Pasti Inginkan Kucing Yang Gebu Dan Bersih. Ini Tips Untuk Anda Amalkan Pada Si Bulus Anda.

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan pilihan ramai orang. Ianya bukan sahaja menghiburkan hati buat pencinta kucing. Malah ianya juga dapat mengurangkan tekanan seseorang tersebut setelah melihat sahaja telatahnya.

Malah, bermain dengan kucing yang memiliki bulu gebu pasti buat anda berasa geram serta memiliki pelbagai ragam yang mencuit hati juga menjadi antara sebab utama ramai orang memeliharanya. Ini tips untuk anda yang inginkan kucing yang memiliki bulu yang gebu dan bersih.

1. Mandikan dengan air suam

Si Meowy perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam kerana jika gunakan air sejuk, kucing anda tidak dapat menahan kesejukan air. Bukan itu sahaja, gunakan mandian khas iaitu shampoo keratin untuk Si Meowy dan jangan lupa keringkan ia serta sikat bulu-bulu mereka selama 5 minit. Nak mudah, hantar sahaja kucing anda ke spa kucing, barulah mereka rasa dihargai juga.

2. Pastikan Si Meowy bebas parasit (kutu atau cacing)

Anda perlu pastikan kucing anda bebas parasit untuk kucing anda memiliki bulu gebu dan cantik. Kutu badan diluar menyebabkan bulu dan kulit tidak sihat lalu mudah gugur. Cacing dalam badan pula menyerap nutrisi yang sepatutnya Si Meowy anda dapat. Oleh itu, buat pemeriksaan dengan pakar veterinar dan pastikan kucing anda dilindungi dengan mengambil vaksin.

3. Makanan

Makanan yang kaya dengan Omega 6 dan Omega 12 sememangnya bagus dan memberi kilauan pada bulu kucing. Ikan salmon, sardin, parang, tuna dan kembung adalah contoh ikan yang bagus untuk melebatkan dan mencantikkan bulu kucing anda.

Dalam pada anda memastikan pemakanan Si Meowy, tidak ada salahnya sekiranya anda hadiahkan Si Meowy dengan sesuatu yang membuatkan mereka teruja untuk menjamahnya. Makanan yang kami maksudkan tidak lain dan tidak bukan iaitu makanan kucing jenama Me-O.

Ada apa dengan makanan kucing Me-0?

Makanan kucing Me-O merupakan pilihan terbaik untuk kucing anda. Terdapat 5 seleksi perisa yang anda boleh pilih iaitu daging dan sayuran, ayam dan sayuran, seafoodgourmet dan mackerel. Walaupun berbeza daripada segi rasa, kesemua 5 variasi ini tetap menawarkan khasiat yang sama buat Si Meowy anda. Dalam erti kata lain, bolehlah anda beli kelima-lima perisa ini untuk mengetahui perisa manakah yang paling menyelerakan buat Si Meowy anda. Malah, makanan kucing Me-O ini bukan hanya tampil dengan makanan jenis kering tetapi juga hadir dengan makanan jenis basah dan cat treats.

Mesti Si Meowy anda makan dengan gembira jika anda berikan makanan kucing jenama Me-O ini. Untuk pengetahuan anda, bahan-bahan yang digunakan dalam makanan kucing Me-O ini mengandungi pelbagai khasiat iaitu taurina, vitamin C, FLUTD, Omega 3,6 dan Zinc, sodium rendah, kalsium, fostor dan Vitamin D yang baik untuk pertumbuhan dan kesihatan kucing anda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *