Tahukah anda pemilik kucing juga harus menjaga telinga kucing. Ini 3 tips cara penjagaannya.

Haiwan kucing tips

Sama seperti manusia, telinga kucing juga memerlukan penjagaan khas untuk melindungi dari jangkitan dan penyakit lain. Tidaklah sukar mana pun untuk menjaga telinga kucing anda tapi bagus untuk mengetahui beberapa kunci tip untuk menjaganya supaya sentiasa bersih dan sihat.

1. Membersih

Bersihkan telinga kucing anda untuk kekalkan kesihatan telinganya. Terdapat beberapa cara untuk membersihkan telinga kucing dan beberapa produk berbeza yang anda boleh gunakan. Apa yang terbaik untuk kucing perlulah disyorkan oleh veterinar kerana mereka lebih tahu apa yang selamat dan lebih efektif. Anda disyorkan untuk membersihkan telinga kucing anda sekali seminggu kecuali terdapat jangkitan atau penyakit lain yang memerlukan rawatan. Untuk kesihatan telinga yang maksimum pembersihan sekali seminggu sudah memadai untuk membuang segala kekotoran.

2.  Memeriksa

Pemeriksaan telinga di rumah boleh mengesan jangkitan awal sekiranya ia berlaku dan membolehkan rawatan lebih cepat dan selesakan kucing anda. Jangkitan telinga boleh jadi sangat sakit dan penting untuk anda mempercepatkan rawatan. Sebelum anda membersihkan telinga setiap minggu, anda boleh memeriksa sebanyak mana kekotoran dan serpihan hitam yang ada di dalam telinga kucing. Jika anda perasan serpihan tersebut semakin banyak ia menandakan yang telinga kucing anda dijangkiti kutu telinga.

3. Kawalan diet

Semasa membersihkan telinga anda dari kekotoran, ada juga kucing yang mempunyai alergi yang menyerang telinga. Seperti contoh, jika kucing snds alergi kepada daging lembu, jika memakan dengan terlalu banyak boleh menyebabkan jangkitan telinga yang teruk.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Yang Terasa Pelik Apabila Si Bulus Anda Berubah Warna. Ini 4 Sebab Mengapa Bulu Kucing Boleh Berubah Warna.

Sebagai pemilik kamu tentu memahami adanya perubahan pada kucing walau hanya perubahan kecil. Perubahan pada haiwan peliharaan memang sebaiknya diketahui untuk segera, karena perubahan kecil boleh jadi sebuah petanda adanya masalah pada kucing peliharaan anda. Salah satu perubahan yang mungkin terjadi adalah perubahan warna bulu pada si manis. Kamu mungkin melihat kucing yang tadinya berwarna hitam menjadi cokelat kemerahan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengapa hal ini boleh terjadi, berikut adalah beberapa faktor yang dapat memengaruhi warna kucing dan mengapa bulu kucing dapat berubah warna seiring waktu.

1. Suhu

Pada kucing Siam, Himalaya, dan kucing oriental lainnya, warna bulu kucing ditentukan oleh suhu kulitnya. Kulit lebih dingin di ekstrem tubuh yakni pada kaki, ekor, dan telinga atau wajah, itulah sebabnya kucing berwarna putih atau krim dan bagian ini menjadi lebih gelap. Tetapi suhu kulit bukanlah satu-satunya faktor penentu. Suhu lingkungan kucing dapat memiliki hasil yang serupa.

2. Sinar matahari

Percaya atau tidak, kucing berwarna gelap boleh memudar di bawah sinar matahari. Jika kucing sering berada di luar ruangan, atau jika dia menghabiskan waktunya untuk berbaring di kawasan yang cerah di dalam ruangan, bulunya boleh menjadi cerah atau memudar.

3. Nutrisi berperan dalam warna kucing

Pola makan yang kekurangan asam amino tirosin dapat menyebabkan warna rambut kucing hitam berubah dari hitam menjadi kemerahan. Tirosin diperlukan untuk membuat melanin, pigmen gelap pada bulu kucing, dan jika kucing tidak mendapatkan cukup tirosin dalam makanannya, bulu eboni-nya dapat memudar. Masalah nutrisi lain seperti kekurangan tembaga dan kelebihan dapat menyebabkan bulu hitam menjadi memudah. Pastikan untuk berkonsultasi dengan doktor haiwan sebelum memberi kucing suplemen apa pun, kerana perubahan warna bulu juga dapat mengindikasikan sakit ginjal, hati, atau tiroid.

4. Karena usia

Seiring bertambahnya usia kucing, rambut mereka mulai beruban seperti halnya manusia. Bulu anjing ras Siam dan ras Oriental berujung gelap lainnya juga menjadi gelap seiring bertambahnya usia. Anak kucing Siam lahir putih dan baru akan mulai mengembangkan titik warnanya setelah berada di luar rahim ibunya, jadi fenomena ini mungkin merupakan kelanjutan dari proses tersebut. Seperti biasa, setiap kali kamu tidak yakin tentang sesuatu yang terjadi pada kucing, ada baiknya untuk segera berkonsultasi pada doktor haiwan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akhirnya Gadis Ini Capai Impiannya Untuk Buka Sesuatu Buat Si Bulus Sebelum Cecah Umur 30. Ini Perkhidmatan Yang Disediakan Dengan Harga Berpatutan.

Kebanyakan perkhidmatan penjagaan kucing biasanya beroperasi di premis-premis kedai, namun berbeza dengan Nuramalina Abdul Ghani yang memilih rumah dua tingkat di Taman Indera di sini untuk mengusahakan “Syurga Kucing”. Nuramalina, 26, berkata dia membuat keputusan menjadikan rumah yang disewa itu sebagai tempat operasi perkhidmatan berkenaan yang bermula 11 Oktober lepas bagi memberi kelainan istimewa kepada pelanggan antaranya perkhidmatan “play with cat”.

“Play with cat ialah kelainan yang kita berikan kepada pelanggan yang membolehkan pencinta kucing bermain dengan haiwan itu seperti berada di rumah sendiri. Kepada sesiapa termasuk pelajar yang ingin melepaskan tekanan untuk bermain dengan kucing, mereka boleh datang ke Syurga Kucing,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini. Katanya, untuk perkhidmatan “play with cat”, bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk satu jam dan pelanggan perlu membuat janji temu terlebih dahulu bagi memastikan slot yang ditempah tidak bertembung dengan orang lain.

Terdapat 12 ekor kucing comel disediakan pihak Syurga Kucing di rumah itu untuk pencinta kucing dan penulis juga merasa selesa seolah-olah berada di rumah sendiri kerana suasana dan persekitaran rumah berkenaan yang sangat bersih dan kemas. Selain kelainan itu, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan dandanan kucing dan penginapan bermalam yang boleh memuatkan antara 40 hingga 45 ekor kucing dengan harga antara RM15 hingga RM18 semalaman.

“Harga RM15 ini bagi pelanggan yang menyediakan makanan kucing dan pasir sendiri manakala sekiranya pihak kita sediakan semua ini harga satu malam ialah sebanyak RM18 manakala harga untuk dandanan kucing pula bergantung kepada saiz dan panjang bulu kucing tersebut,” katanya. Nuramalina yang berkelulusan bidang Multimedia daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata pihaknya sangat mementingkan aspek kebersihan dan penyediaan makanan kucing yang berkualiti dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik sekali gus memuaskan hati pelanggan. Kita menggunakan makanan premium dari Jerman sebagai makanan kucing yang baik untuk penjagaan kulit dan bulu-bulu kucing malah air untuk minuman kucing ialah daripada air yang ditapis,” katanya yang turut memaklumkan perkhidmatannya itu beroperasi dari 10 pagi hingga 7 malam dan ditutup setiap Selasa.

Ditanya tentang faktor mendorongnya membuka perniagaan itu dalam keadaan ekonomi tidak menentu ekoran pandemik Covid-19 ketika ini, Nuramalina yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu berkata ia adalah impiannya sejak kecil untuk memiliki perniagaan sendiri sebelum berumur 30 tahun. “Saya pernah mengambil kursus jangka pendek selama sebulan dalam bidang Pengurusan Kucing. Usaha saya ini mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan perniagaan saya dibantu ibu selain terdapat dua pekerja pada masa ini,” katanya.

Nuramalina yang pernah bekerja dalam sektor swasta di bahagian teknologi maklumat (IT) dan pemasaran di Kuala Lumpur lebih dua tahun sebelum berhenti kerja pada Julai lepas itu berkata dia menggunakan wang simpanannya sendiri di samping bantuan keluarga untuk modal permulaan membuka perniagaan itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Tampil Berani Selamatkan Bayi Yang Hampir Terjadi Sesuatu Ini. Tak Sangka Ini Tindakan Dari Si Bulus.

Walaupun kucing hanyalah sebagai haiwan peliharaan, namun haiwan manja ini sering mendapat perhatian dalam kalangan manusia. Apa tidaknya, kucing peliharaan yang seperti mempunyai emosi dan kerohanian yang sering dipancarkan kepada manusia. Disebabkan itu, tidak hairanlah terdapat segelintir pencinta kucing yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk haiwan perliharaan itu.

Kadangkala, kucing juga boleh menyelamatkan nyawa manusia dengan tindak tanduk mereka. Melalui satu video yang tular, seekor kucing dilihat menghalang seorang bayi yang merangkak berhampiran tangga dan hampir terjatuh ke bawah. Menerusi rakaman tersebut, bayi itu dilihat sedang merangkak menuju ke tangga. Tersedar dengan pergerakan bayi tersebut, kucing peliharaan itu berlari untuk mendapatkan bayi berkenaan dan menghalangnya daripada terus merangkak. Disebabkan itu, bayi itu terpaksa berpatah balik dan dia selamat daripada risiko terjatuh tangga.

Menerusi tindakan kucing ini, ianya mendapat pujian rata-rata warganet yang juga lega apabila kanak-kanak itu tidak terjatuh pada tangga yang curam. Kucing sememangnya sejenis haiwan yang penyayang, namun ada kalanya kucing juga boleh menyelamatkan nyawa ahli keluarga kita.

Sumber: China Press

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gara Gara Ini Seekor Kucing Menangis. Pemilik Kucing Ini Tampil Kongsi Telatah Kucing Ini

Tak dinafikan, kucing merupakan antara satu haiwan peliharaan yang seringkali menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sifatnya manja dan telatahnya serta merta menghiburkan hati bagi pencinta kucing. Ini kerana, perkongsian yang dibuat oleh @ qbalharun tentang kucingnya. Ia nya bukan cerita cliche fasal kucing tapi perkongsian tentang kucingnya menangis.

Agak kelakar dan rupa rupanya kucing tu menangis sebab tuan dia kupas bawang. Haa kan sibuk lagi nak membawang kat situ, pedih mata sampai berair mata kucing tu. kucing tu nampak redha menangis supaya tuan dia tak kesunyian. Setia betul kucing ni dengan tuan dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *