Sekiranya pasangan anda suka kucing tapi anda alami alahan. Jangan khuatir dan terus ikuti tips ini.

Haiwan kucing tips

Kucing adalah haiwan peliharaan kesukaan orang ramai. Sudah menjadi kebiasaan setiap rumah yang kita lawati pasti ada kucing sebagai haiwan peliharaan ini kerana kucing adalah haiwan yang jinak dan pandai bermanja dengan tuannya sendiri. Malahan memiliki bulu yang sangat gebu, badan yang gemuk dan pandai menghiburkan hati manusia dengan teletahnya.

Siapa sahaja yang tidak terhibur dengan kucing.

Namun sedemikian, ada juga sebahagian daripada kita mengalami alahan yang teruk apabila ada kucing berdekatan. Individu ini juga sangat sensitif dengan kucing sehingga terbersin banyak kali, dan secara tidak langsung mendorong kesihatan yang terjejas seperti penyakit asma. Bagi mereka yang memiliki pasangan yang suka pada kucing, seringkali berasa risau kerana takut kesihatan terjejas malahan hubungan dengan pasangan juga mempunyai masalah, semata-mata hal kucing sahaja. Takkan, disebabkan kucing mahu terus putuskan hubungan? Jadi, jika anda benar-benar sayang pada pasangan dan hobinya membela kucing, jom ikuti beberapa tips ini…

1. Gantikan permaidani dengan alas jenis lain.

Jika kucing pasangan kadang-kala suka memasuki ke kawasan ruang tamu dan bilik, tukar jenis tekstur permaidani anda. Tukar permaidani yang tidak mudah melekat dengan bulu-bulu kucing seperti permaidani yang tidak berbulu. Permaidani yang berbulu panjang memang mudah merangkap bulu kucing, malah sukar untuk dibersihkan.

2. Kurangkan penggunaan perabot berfabrik.

Perabot berfabrik memang kelihatan cantik kerana mempunyai pelbagai warna yang meriah. Anda perlu ketahui bulu kucing mudah melekat pada perabot yang berfabrik. Memiliki terlalu banyak perabot yang berfabrik membuatkan anda mengambil masa yang lama untuk kemas rumah, kerana terlalu banyak bulu kucing yang melekat.

3. Pastikan bilik tidur dan almari pakaian kawasan bebas haiwan peliharaan.

Berbincang dengan pasangan anda bahawa bilik tidur adalah larangan untuk haiwan peliharaan masuk dan bermanja. Di bilik sahaja anda memiliki ruang sendiri dan bebas dari bulu kucing. Dan disini juga anda boleh merehatkan minda dan tidak perlu mengemas bulu kucing setiap hari.

4. Kerap mencuci dan vakum rumah.

Kain fabrik memang mudah merangkap bulu kucing, jadi anda perlu membasuh cadar dan langsir dengan kerap. Tetapi gunakan sarung tangan ketika mencuci kerana takut alahan anda menjadi semakin teruk. Kemudian, vakum permaidani dengan kerap dan di sekitar kawasan rumah juga. Tips: Jika di kawasan luar rumah terdapat bau kucing yang terlalu kuat, gunakan serbuk penaik (Baking Soda) untuk menghilangkan bau tersebut.

5. Pastikan pasangan anda sentiasa sikat bulu kucing.

Aktiviti menyikat kucing anda bukan sahaja membantu mengurangkan bulu gugur di sofa dan lantai, malah dapat mengelakkan bulu bergumpal pada badan mereka. Kucing anda juga pasti suka bulu mereka disikat. Cubalah! Oleh sebab itu, kebanyakan individu yang pencinta kucing adalah seorang yang pembersih kerana kerap membersihkan rumahnya dari bulu kucing. Ada juga sebahagian daripada mereka mengalami alahan, akan tetapi suka pada kucing dan sanggup membelanya. Individu ini perlu mendapatkan suntikan imunisasi dan nasihat daripada doktor. Dan sebenarnya, ia mengambil masa juga untuk anda menyesuaikan diri dengan kehadiran kucing, dimana lama-kelamaan anda imun dengan bulu kucing dan boleh memeluk kucing. Efek alahan anda menjadi berkurangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Secara Tak Sengaja Dengar Kucing Bercakap. Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Luar Biasa Yang Dilaluinya

Hi pencinta kucing. Admin nak tanya sekiranya kucing anda boleh bercakap, apa yang anda ingin mereka katakan. Kebiasaannya pemilik haiwan peliharaan kan berkomunikasi dengan haiwan kesayangan mereka seperti mereka berkomunikasi dengan manusia. Perbuatan ini menandakan pembela haiwan menganggap anak kucing mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri.

Tak dinafikan ramai juga pemilik haiwan pernah berharap kucing mereka boleh bercakap dengan mereka dalam bahasa yang mudah difahami. Namun begitu, jika benar haiwan boleh bercakap dalam bahasa manusia, mesti ramai yang lari lintang pukang. Terbaru, seorang pengguna Tiktok bertuah kerana tak sengaja rakam bunyi kedengaran seperti kucingnya sedang bercakap

Perkongsian tersebut meraih 2.6 juta tontonan di Twitter. Pengguna Tiktok atas nama Ike Tommy sedang merakam video di biliknya dan kelihatan kucingnya sedang menunggudi bilik air sambil mengiau.Tiba-tiba kedengaran suara kucing betina itu berkata “Are you coming?”, membuat lelaki itu terkejut.THIS CAT SAYING ARE U COMING IS THE CUTEST SHIT EVER FUCK IM CRYIN lia ☆ byul’s (@tanjirouo) .Malahan, dia menyuruh kucingnya itu untuk mengulang apa yang dia cakap, tetapi kucing tersebut hanya membalas dengan “meow“.

Ternyata perkongsian itu membuatkan para penonton terhiburseram dalam pada masa yang sama. Selain itu ramai juga yang percaya kucing sebenarnya boleh bercakap.Malah ada juga yang mendakwa kucing dapat meniru bahasa manusia seperti burung kakatua, tetapi anatomi dan tisu otot kucing menghalang mereka untuk menyebut perkataan dengan jelas.A lot of animals are smart enough to be able to speak human words, but like you said- their anatomy prevents them!There are still a lot of dogs, cats, etc, on youtube that learn to say “I love you” or something similar.— Zumz (@ZumzDeer)

Lain Macam Cara Ngiauan Kucing Ini. Pemilik Kucing Ini Dedah Kucing Sebut Perkataan Lain Daripada Yang Lain

Buat pencinta kucing, anda pasti sudah mengenalpasti yang kucing sememangnya mempunyai bunyi atau ngiauan yang has seperti sedang bermanja, meminta sesuatu seperti makanan, berbalah atau cuba menarik perhatian pasangan lain jantina. Namun begitu, ada seekor kucing di Jepun ini raih perhatian ramai bila keluarkan bunyi bunyian yang berbeza daripada kebanyakan.

Kebiasaannya, kucing akan mengiau tetapi kucing yang dinamakan Chobimaru ini tidak pandai mengiau. Sebaliknya, apabila ianya mendekati pemiliknya untuk menarik perhatian, Chobimaru akan mengeluarkan bunyi seakan-akan ‘loliloli’. Pemilik kucing itu, LLR (@llritotomohiro) telah berkongsi rakaman video berkenaan di laman Twitter yang kini menjadi tular.

Jelas pemilik kucing itu,”Ini bukan kali pertama Chobimaru mengeluarkan bunyi loliloli, ia seakan-akan suara manusia yang bercakap. Menakutkan!” Sementara itu, ada warganet berpendapat bunyi yang dikeluarkan Chobimaru seakan-akan seseorang lelaki mabvk yang cuba membaca jampi serapah. Di antara bunyi ‘loliloli’nya itu, Chobimaru juga mengeluarkan bunyi menghidu yang kuat menghasilkan gabungan suara yang sangat ganjil.

Perkongsian yang telah dimuat naik LLR @llritotomohiro itu kini tular dan ditonton lebih empat juta orang! 
Bagaimanapun, beberapa pemilik kucing yang berpengalaman menyatakan bunyi-bunyian itu adalah normal dan hanyalah satu tindak balas kucing untuk memberikan amaran. LLR mengucapkan terima kasih kepada warganet yang risaukan keadaan kucingnya.Khabar terkini daripada LLR mengatakan Chobimaru kini sudah boleh mengiau seperti kucing lain! 

Warna Bulu Unik Sangat Seolah Olah Macam Singa. Kucing Ini Jadi Tumpuan Pula Di Wadi Rum Jordan

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing antara salah satu haiwan yang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya pencinta kucing. Selain dengan telatah dia yang manja, kecomelan haiwan ini menjadi punca ramai suka dengan mereka. Selalunya korang tengom kucing warna oren kan atau nama glamornya oyen. Kali ni, admin nak kongsi tentang seekor kucing yang tular dekat Twitter gara gara warna bulu dia. Kredit kepada @nknukman di twitter

Masa tengok gamba tu, ingatkan ada orang letak rambut palsu atau kucing itu dipakaikan costume. Tapi ternyata ia memang bulu kucing tersebut. comel dan unik betul. Kalau perhati betul betul nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Kalau boleh admin pun nak simpan satu kalau boleh. Memang betul betul original. Memang spesis rare ni.Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yang sebenarnya dah lama korang perhatikan.Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *