Difahamkan kucing gebu ini duta tak rasmi Thailand. Ternyata populariti Bone juga boleh tahan

kucing

Hi buat semua pencinta kucing. Anda pasti tahu kucing yang agak popular di negara kita. Kalau di Malaysia, kita ada Bujibu dan Oh My Jep yang sangat popular di FB dan Instagram. Ternyata telatah dua ekor ini sangat menghiburkan hati apabila Bujibu berganding dengan Yusof Iskandar, mereka selebriti sosial media sangat sepadan. Namun begitu, di negara jiran kita, Thailand ada kucing sering menjadi perhatian ramau.

Kucing yang diberi nama Bone itu sungguh menghiburkan hati buat penggemarnya. Anda bukan sahaja boleh menyaksikan ragam Bone di IG, malahan jika bertuah anda boleh lihat dia berjalan, memanjat pokok dan beraksi bak selebriti dan anda juga berpeluang untuk memeluk dia Bone yang mempunyai 204k pengikut di Instagram, Bone Bone nampaknya sukakan cabaran seperti memanjat pokok! 

Walaupun gebu, namapaknya Bone BOne lari dari istilah malas yang selalu dilabelkan pemalas kepada kucing seertinya.Pelbagai pertanyaan yang dilontarkan oleh netizen seperti “adakah dia gebu atau sekadar bulunya yang kembang?” atau “perapi apakah yang digunakannya  untuk mendapatkan bulu kembang?” dan “adakah dia betul-betul gembira?”

Difahamkan Bone Bone kucing besar berusia 5 tahun, kacukan Parsi dan Breed, berbulu kembang yang sentiasa memakai beg sandang kuning mendapat liputan portal-portal utama di seluruh dunia dek keletahnya.Aksinya yang pelik kerana tidak takutkan orang ramai, berjalan di taman bak dia sahaja berada di situ membuatkan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.

Namun begitu,ada juga warganet yang memberi komen risau dengan keadaan Bone Bone yang dibawa ke khalayak ramai serta dikerumuni mungkin membuatkan dia tidak selesa.Namun, apa jua perbezaan pendapat, Bone Bone yang menyukai udang rebus serta beratnya kini 9.2kg membuktikan dia bukan sekadar kucing biasa. Aksinya sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat kucing seantero dunia.

Besar Sungguh Kucing Zara Zya. Ternyata Kucing Kesayangan Zara Dapat Perhatian Warganet

DIkhabarkan foto Zara Zya bersama kucing peliharaannta meraih perhatian ramai. Ini kerana kucing peliharaannta yang besar dan gemuk. Jika dilihat di ignya, Zara berkongsi sekeping foto mendukung kucing itu yang diberi nama Beshetik. Di ruangan kapsyen tertulis,“Hanya dia tahu macam mana saya sayang pada dia @Beshetik,”

Kalau nak tahu Beshetik menjadi antara kucing popular di laman sosial yang mempunyai akaun IG tersendiri. Baru baru ini, kucing berwarna oren putih ini telah mempunyai hampir 95,800 pengikut. Jika dilihat di ruangan komen, ramai warganet teruja melihat saiz Beshetik yang hampir menyerupai saiz seorang kanak kanak apabila didukung,

Ada juga yang sempat bertanyakan menu makanan yang diberikan kepada kucing itu kerana Beshetik kelihatan sangat gebu dan sihat.“Demoknya budak tu! Nak gigit perut,” tulis pelakon Elly Mazlein.“Gebunya! Geram tengok. Muka garang naw,” kata seorang wargamaya.“Masya-Allah besarnya! Bagi makan apa ni?” tanya seorang wargamaya.“Sikit lagi jadi sama besar la dengan tuan dia,” usik seorang wargamaya.Sehingga kini, foto Zara bersama kucingnya itu telah mendapat hampir 45,000 tanda suka daripada wargamaya.

Tak Tahu Nak Kenalpasti Kucing Kesayangan Sihat Ke Tak. Ini Cara Mudah Untuk Kesan

Bagi pencinta kucing, kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat istimewa. Terkadang kucing ni senang untuk difahami dan setiap ragam mereka ada maksud yang tersirat. Kucing juga merupakan haiwan yang pintar menyembunyikan masalah kesihatan tanpa diketahui.

Justeru,s ebagai penjaga dan pencinta kucing, pasti korang ingin tahu cara menilai kesihatan ‘si bulus’ kesayangan korang.Jadi, untuk mengetahui sama ada kucing korang sihat atau tidak, korang kena peka dan perhatikan tanda-tanda di bawah ini terlebih dahulu.

Pertama, kucing rasa eruja bila tiba makan. Kucing yang sihat akan sentiasa bersemangat saat tiba waktu makan. Cara mengenalinya adalah bila kucing menggeserkan badan pada kaki korang dan membawa korang ke arah tempat makanan biasa dihidangkan.Sementara itu, kucing yang tidak sihat hilang selera makan dan tidak membuang air besar seperti biasa.

Kedua, untuk pengetahuan kucing yang sihat mempunyai sistem pencernaan yang baik. Macam mana nak tahu? Hah, ia boleh dikenalpasti melalui najis si bulus korang!Bentuk ideal njis kucing adalah kecil, padat dan lonjong. Dari segi warna dan tekstur pula, najis sihat berwarna coklat gelap dan kelihatan pejal tetapi tidak keras.Najis kecil dan tidak berbau menandakan segala nutrisi dalam makanannya diserap dengan baik dan menunjukkan bahawa usus kucing korang sihat.

Ketiga, kucing bergerak rancak dan aktif ketika bermain. Biarpun tabiat kucing mungkin akan berubah seiring usia, kucing yang sihat kekal aktif dan suka bermain. Tak kiralah mengejar mainan atau melompat dan berlari kesana-sini.Sebaliknya pula jika si manja korang tidak sihat, ia cenderung menunjukkan simptom tidak bermaya atau tidak berminat dengan sebarang aktiviti yang biasa dilakukan oleh seekor kucing seperti berlari dan bermain.

Difahamkan Salah satu tanda paling mudah untuk kenal pasti kucing korang sihat adalah dengan melihat penampilan bulu pada badannya. Biasanya, kucing yang sihat memiliki bulu yang bersinar dan bersih.Selain itu, matanya juga kelihatan cantik dan bersinar!

Akhir sekali, makanan juga haruslah yang berkualiti. Tanggapan sebegitu bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan kucing korang, malah makanan tidak berzat atau mengandungi banyak pengawet mungkin akan menyebabkan sakit kronik terhadap kucing seperti batu karang dan sebagainya.Sebab itulah pentingnya pemilihan makanan yang berkualiti tinggi buat meow korang.

Kira Kira RM7000 Buat Banglo Khas Untuk Kucing Kesayangan. Wanita Ini Dedah Punca Dia Bina Tempat Khas Itu

Setelah sekian lama mempunyai impian Deena untuk tempatkan kesemua kucing di sebuah banglo akhirnya sudah tercapai. Lazimlah kucing menjadi haiwan pilihan untuk dijaga kerana telatah dan kecomelannya. Selalunya pemilik haiwan akan jaga kucing di dalam rmag atau ditempatkan di tempat khas

Jelas Deena, dia telah memilih untuk tempatkan anak anak kucingnya di dalam sebuah banglo khas demi keselesaan haiwan berkenaan. Sebelum ini, perkongsiannya di FB tentang banglo khas buat anak anaknya mnejadi perhatian warganet

Ujarnya,”Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kata Deena , idea asal untuk bina rumah khas untuk kucing peliharaannya dicetskan oleh dirinya sendiri. Kalau nak tahu, Deena memiliki sebanyak 16 ekor kucing yang sebelum ini dutempatkan di ruamh kedua orang tuanya.”Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu.

Tambah Deena lagi”Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan.”Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,”

Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya.”Saya rasa terharu sangat sebab Sebelum ini ibu bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela.

“Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain sudah tiada akibat sakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka.”Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” sebelum mengakhiri perbualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *