5 haiwan ini tercalon haiwan yang paling mewah di dunia dan kaya macam jutawan

kucing

Buat pencinta haiwan, anda pernah terfikit tak hiwan yang paling mewah di dunia? Mesti ada yang pernah dan mesti ada yang tak terfikir langsung. Oleh itu jom kita ikuti antara haiwan yang mewah di dunia. Pertama, Gunther IV. Gunther IV merupakan anjing German Shepherd yang mewarisi kekeyaan daripada ayahnya, Gunther III. Buat pengetahuan Ginther III dijaga oleh Karlotta Liebenstein ialah seorang bangsawan sehinggalah tuannya itu hembuskan nafas pada tahun 1991 dan mewasiatkan harta kekayaan yang bernilai US$80 juta pada anjing kesayangannya, Gunther III.

Dan beberapa bulan selepas pemergian tuannya, Gunther III juga hembus daan segala kekayaan itu jatuh pada anaknya, Gunther IV. Gunther IV hidup serba mewah dan selalu terbang dengan jet peribadi ke seluruh dunia. Ia bukan sahaja mempunyai wang yang banyak tetapi juga beberapa rumah mewah, villa  di Italy dan Bahamas. Gunther IV mempunyai kolam renang yang dicipta khas untuk dirinya dan selalu memakai cermin mata hitam.
Nilai kekayaan Gunther IV adalah mencecah US$400 juta atau RM1.5 billion.

Kedua, Grumpy – RM411 juta. Difahamkan, muka bengis dan masam yang dimiliki seekor kucing ternyata membawa tuah kepada tuannya, Tabatha Bundesen. Beberapa hari selepas wajah Grumpy diletakkan di sosial media, Tabatha Bundesen sudah boleh berhenti kerja sebagai pelayan restoran kerana mendapat beberapa tawaran iklan untuk Grumpy.Grumpy adalah “the face” untuk makanan kucing, friskies dan mempunyai jenama kopi sendiri iaitu Grumppuccino.

Seterusnya, Grumpy juga mendapat tawaran untuk muncul dalam filem Grumpy Cat’s Worst Christmas Ever (2014).
Wajah Grumpy memang dilahirkan tanpa senyuman kerana ia dilahirkan kerdil dan mempunyai rahang yang rendah. Kekayaan kucing Grumpy disebut-sebut mencapai US$100 juta atau RM411 juta. Akaun instagramnya @realgrumpycat mempunyai 2.3 juta ‘follower’.

Ketiga, Olivia Benson – Rm399 juta. Kalau nak tahu,Olivia Benson adalah salah satu dari kucing peliharaan penyanyi Taylor Swift. Namanya diberi sempena nama watak kegemaran Taylor Swift dalam drama siri Law & Order. Olivia telah membintangi iklan Diet Coke bersama tuannya, Taylor Swift dan menandatangani perjanjian bersama jenama kasut Keds dimana terdapat figuranya sebagai karakter di kasut itu.Hasil daripada pengiklanan tersebut kekayaan Olivia Benson mencapai sehingga US$97 juta atau RM399 juta.

Keempat, Sadie, Sunny, Lauren, Layla, dan Luke – RM120 juta. Sadie, Sunny, Lauren, Layla, dan Luke adalah lima anjing yang dipelihara oleh Oprah Winfrey.Kekayaan lima anjing ini jika digabung mencapai US$30 juta atau RM120 juta. Kekayaan tersebut diperoleh Sadie, Sunny, Lauren, Layla, dan Luke setelah Oprah mengambil keputusan untuk membahagikan harta yang dimilikinya.

Akhir sekali, Gig00 -RM62 juta. Menarik sekali,Gigoo adalah seekor ayam yang bertuah dimana ia mewarisi kekayaan sebanyak US$15 juta atau RM62 juta yang diwasiatkan oleh tuannya, Miles Blackwell seorang penerbit yang bergelar jutawan. Walaupun mempunyai wang yang banyak, Gigoo tetap hidup seperti biasa di ladang keluarga tuannya.

Sanggup Bina Rumah Banglo Khas Buat Kucing Kesayangan. Ramai Warganet Kagum Dengan Senibina Rumah Itu

Buat pencinta kucing, anda mesti sudah menganggap kucing kesayangan anda bukan sekadar haiwan tapi mereka sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Ia merangkumi dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan segala yang terbaik akan disediakan demi kucing kesayangan

Oleh itu, satu perkongsian oleh pengguna FB menerusi satu Group FB iaitu Kucing Sepahkan Apa Hari Ini telah meraih perhatian ramai. Ternyata gambar gambar rumah banglo khas yang disediakan kepada kucing kesayangan menjadi tumpuan ramai kerana kagum dengan keindahan rumah itu.

Jika dilihat, rumah kucing ini sememangnya luar biasa kerana telah direka dengan senibina yang moden dan ditambah pula dengan persekitaran yang indah dan hiasan dalaman yang lengkap untuk memberi keselesaan kucing kucing habiskan waktu di situ.

Pendek cerita, memang beruntung kucing yang mendiami banglo khas tu.Di ruangan kapsyen, Maaf ya kita tak sepah apa-apa pun sebab mama dah warning. Tapi sebab ankel dengan antie yang nak tengok interior umah kita jadi kita nak tunjuk kan ni lah rupa rumah kita. Tak salah kan. Yang ada anak kecik tu mama kita dah asingkan. Mama kita takut kita kacau anak-anak dia.

Kira Kira RM7000 Buat Banglo Khas Untuk Kucing Kesayangan. Wanita Ini Dedah Punca Dia Bina Tempat Khas Itu

Setelah sekian lama mempunyai impian Deena untuk tempatkan kesemua kucing di sebuah banglo akhirnya sudah tercapai. Lazimlah kucing menjadi haiwan pilihan untuk dijaga kerana telatah dan kecomelannya. Selalunya pemilik haiwan akan jaga kucing di dalam rmag atau ditempatkan di tempat khas

Jelas Deena, dia telah memilih untuk tempatkan anak anak kucingnya di dalam sebuah banglo khas demi keselesaan haiwan berkenaan. Sebelum ini, perkongsiannya di FB tentang banglo khas buat anak anaknya mnejadi perhatian warganet

Ujarnya,”Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kata Deena , idea asal untuk bina rumah khas untuk kucing peliharaannya dicetskan oleh dirinya sendiri. Kalau nak tahu, Deena memiliki sebanyak 16 ekor kucing yang sebelum ini dutempatkan di ruamh kedua orang tuanya.”Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu.

Tambah Deena lagi”Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan.”Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,”

Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya.”Saya rasa terharu sangat sebab Sebelum ini ibu bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela.

“Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain sudah tiada akibat sakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka.”Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” sebelum mengakhiri perbualan

Wanita Tersebut Sanggup Melakukan Sesuatu Ini Pada Kucing Untuk Merawat Sakit Asma. Sekali Ini Tindakan Penduduk Setempat.

Wanita ini mempercayai kononnya kucing boleh merawat orang yang menghidap sakit asma. Tapi tak sangka dia sampai sanggup bertindak untuk menyakiti kucing peliharaan jirannya sebelum ditangkap oleh penduduk setempat. Menurut Sinar Harian menerusi CNN Indonesia, wanita dari Kalideres, Jakarta Barat, Indonesia itu berhasrat untuk merebus kucing tersebut.

Percaya boleh ubat asma

Ketua Unit Siasatan Polis Kalideres, AKP Anggoro, mengatakan kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu sebelum rakaman video kejadian tersebut tular di laman sosial dan pihak pollis telah  mendapatkan maklumat daripada wanita berkenaan.

“Difahamkan, wanita itu melakukan perkara sedemikian kerana mempercayai kucing dapat mengubati penyakitnya. Wanita itu merebus dan makan kucing untuk ubati penyakit asma”

Anggoro bagaimanapun berkata, kejadian itu diselesaikan secara muafakat dan dipersetujui oleh pemilik kucing. “Pemilik bersetuju kes ini diselesaikan secara baik dan tidak membawanya ke muka pengadilan,” katanya.

Beberapa hari lepas, tular di negara jiran apabila memperlihatkan wanita tersebut ditangkap, malah ada beberapa ekor kucing sudah tidak bernyawa. Dalam video tersebut wanita itu berkata dia membahayakan kucing-kucing tersebut untuk dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *