Pasti anda kusut sekiranya si bulus sering buang air besar di merata tempat. Ini 6 cara untuk melatihnya.

Haiwan kucing tips

Ketika memelihara anak kucing baru di rumah, kamu perlu melatihnya untuk buang air besar, berak atau kotoran di tempat yang tepat. Sulit atau tidak, tergantung dari kebiasan kucing tersebut. Ada anak kucing yang telah terbiasa buang kotoran di kotak pasir karena meniru induknya, ada pula yang belum mengerti karena sebelumnya hidup liar di luar rumah seperti halnya sering terjadi pada kucing kampung. Nah, apabila kucing kamu belum terbiasa untuk buang kotoran di kotak pasir, berikut ini tips melatih kucing buang air besar :

1. Memilih kotak pasir terbaik

Melatih anak kucing pup di pasir

Dengan ukuran tubuh yang kecil, anak kucing akan memerlukan kotak pasir yang mudah diakses. Maka, pilihlah kotak dengan tepian yang rendah. Kamu juga harus memastikan bahawa kotak tersebut cukup luas dan lapang untuk memudahkan pergerakan kucing. Kamu boleh menggunakan kotak pasir tertutup atau terbuka, tergantung preferensi kucing kamu. Apabila kucing telah hafal lokasi kotak pasir, kamu boleh siapkan keduanya untuk mengetahui kotak pasir seperti apa yang ia sukai. Ada baiknya, sediakan kotak pasir sejumlah kucing yang kamu pelihara dengan tambahan satu kotak pasir sebagai cadangan. Jika rumah kamu bertingkat, sediakan pula kotak pasir di setiap lantai untuk memudahkan kucing kamu.

2. Memilih media yang bagus

Sebenarnya, kucing tidak harus buang kotoran di media pasir. Serpihan yang terbuat dari gandum atau jagung juga boleh digunakan sebagai tempat kucing membuang kotoran. Yang terpenting, kamu memilih media yang mudah diciduk, tidak ber4cun, dan tidak berbau. Untuk menjaga kebersihan lantai di sekitar kotak pasir, sediakan pula alas untuk menampung media yang tumpah ketika kucing menggali atau beranjak pergi. Namun, pastikan material alas yang kamu gunakan cukup nyaman bagi kaki-kaki kucing agar mereka tidak trauma.

3. Menentukan lokasi

Tempatkan kotak pasir di area yang terpencil, namun mudah diakses oleh kucing. Pastikan area cukup lapang dan tidak sempit dengan perabot lain, agar kucing tidak terbentur atau menimbulkan perbalahan jika menjatuhkan sesuatu. Selain itu, tempatkan kotak pasir berjauhan dengan wadah makanan dan tempat tidur kegemaran kucing.

3. Menjaga kebersihan

Kucing lebih menyukai area buang kotoran yang bersih, tidak berbau, dan rapi. Maka, setidaknya kamu menciduk kotoran dari kotak pasir dua kali sehari, serta menjaga kebersihan di sekitar kotak pasir. Jika tidak, mereka bisa ngambek dan mencari tempat lain, seperti karpet atau tumpukan pakaian. Wah, kamu tidak mau, kan?

4. Memperkenalkan kotak pasir

Siapkan kotak pasir sebelum kucing baru kamu tiba di rumah. Langkah pertama, sambut kucing di ruangan yang tenang dan pastikan kucing merasa nyaman dengan lingkungan barunya. Kemudian, berikan makan dan minum di satu sisi ruangan, dan tempatkan kotak pasir di sisi lain yang berjauhan. Selanjutnya, apabila kucing selesai makan dan minum, bawa kucing ke kotak pasir, dan ajari mereka dengan menggali pasir. Kamu juga boleh segera membawa kucing ke kotak pasir jika dia mulai menggali sesuatu.

Apabila kucing belum memahami dan buang kotoran sembarangan, bersabarlah. Tarik perhatian kucing dan pindahkan kotoran ke kotak pasir. Ingat, jangan menghukum kucing atau memaksa kucing ke kotak pasir, kerana hanya akan membuat mereka trauma dan ianya enggan mendekati kotak pasir. Biarkan kucing mengingat melalui pembiasaan dan bau yang mereka tinggalkan.

5. Melatih dengan sabar

Durasi latihan menggunakan kotak pasir boleh sangat beragam, tergantung kebiasaan, karakter kucing, dan kegigihan kamu. Maka, berempatilah. Pahami perasaan kucing kamu. Gelagat kembali hambatan yang membuat mereka enggan menggunakan kotak pasir, keadaan kesihatan, hingga kenyamanan kucing di lingkungan baru. Kamu juga boleh dapatkan nasihat dengan doktor haiwan untuk pendapat dan saran yang sesuai dengan keadaan kucing kamu. Ingat, ya. Sabar, menjadi kunci utama demi kebahagiaan bersama. Semangat melatih kucing buang kotoran di kotak pasir.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Anda Pelik Apabila Si Bulus Anda Tiba Tiba Berubah Seperti Ini. Tahukah Anda Kucing Juga Mudah Untuk Rasa Cemburu Dan Ini Tindakan Yang Perlu Dilakukan.

Tahukah anda bahawa kucing juga boleh cemburu. Kelakuan cemburu ini boleh dilihat dengan jelas seperti dia mendesis, menggeram dan menampar objek. Perilaku cemburu juga boleh ditunjukkan apabila dia ingin duduk di pangkuan anda apabila anda sedang bermain dengan haiwan lain atau mengendong bayi anda.

Kucing yang cemburu juga boleh menunjukkan sifat agresif seperti menggaru-garu objek dan menggigit malah, boleh merosakkan peralatan rumah. Salah satu perangai buruknya akibat cemburu ialah dengan membuang air kecil di luar bekas pasir atau di tempat tidur haiwan lain. Ini adalah salah satu masalah yang perlu anda ambil perhatian.

Penyebab Kucing Cemburu

  1. Pemilik memberi perhatian kepada haiwan lain atau anggota keluarga baru. Ini selalunya penyebab utama yang memungkinkan ia cemburu. Kehadiran bayi baru juga boleh menyebabkan ia cemburu kerana waktumu akan jadi berkurangan dengannya.
  2. Kurangnya aktiviti sosial semasa kucingmu kecil akan membuatkan dia sentiasa bergantung kepada anda dan dia akan menunjukkan rasa cemburu jika ada kesempatan.
  3. Perubahan rutin harian termasuk jadual makan.
  4. Kurang ruang peribadi seperti tempat tidur atau barangan miliknya diberikan kepada haiwan peliharaan lain.
  5. Rasa tidak selamat dengan kehadiran haiwan lain atau anggota keluarga baru.

Cara Hadapi Kucing Yang Cemburu

Susah juga nak menghadapi kucing yang cemburu tetapi ada beberapa cara yang boleh diikuti untuk kurangkan cemburunya.

1. Mencari penyebab

Jika sudah tahu penyebabnya, maka anda boleh mencari penyelesainya. Tanyakan pada diri, apakah perubahan yang terjadi di rumah, seperti:

  • Apakah ada seseorang yang baru pindah?
  • Apakah ada kehadiran bayi atau haiwan peliharaan baru?
  • Apakah anda menghabiskan banyak masa untuk sesuatu yang tidak anda lakukan sebelum ini?
  • Apakah tempat kegemaran kucingmu terganggu?

2. Memberikan lebih banyak waktu

Cara termudah untuk mengurangkan rasa cemburu kucingmu adalah dengan meluangkan lebih banyak masa untuknya. Dengan memberi lebih perhatian biasanya dapat mengubati perangai buruk kucing dan ada beberapa cara yang boleh kamu lakukan:

  • Memberikan mainan interaktif untuk bermain dengan kucing, seperti laser atau tongkat bulu.
  • Memberi makan kepada mereka apabila mempunyai waktu terluang.
  • Bermain dengan kucingmu dan memberikan perhatian penuh kepadanya selama beberapa minit.
  • Tawarkan kucingmu hadiah jika mereka berperangai baik.

3. Beri kucingmu ruang peribadi

Kebanyakan kucing sukakan ruang peribadi. Apabila anda memperkenalkan anggota keluarga baharu tidak kira manusia atau haiwan lain, anda mungkin telah meragut ruang itu darinya. Ini akan menjadikan ia cemburu. Cuba berikan ia ruang peribadi samada dengan memindahkan tempat makannya ke suatu tempat yang khusus untuknya atau memberi ruang agar ia tidak diganggu oleh haiwan peliharaan lain. Jangan pula beri mainan kegemarannya kepada haiwan lain. Letak mainan kegemarannya di ruang peribadinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *