Ramai juga alami alahan dengan si bulus ini. Kini saintis dedahkan telah menjumpai vaksin buat yang alah pada kucing.

Haiwan kucing tips

Alahan kepada kucing adalah sesuatu yang selalu berlaku kepada manusia. Simptom alahan tersebut selalunya tidak serius seperti selalu bersin dan mata merah dan ia juga boleh menjadi terlalu teruk hingga menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam hospital. Mereka yang mempunyai alahan kepada kucing ini selalunya akan mengelakkan diri daripada kucing dan mempunyai ubat anti-histamin dalam simpanan mereka.

Saya teringat waktu saya belajar dahulu. Kawan saya sangat suka kucing walaupun dia seorang yang alah kepada kucing. Setiap kali dia datang ke bilik saya dengan mata yang merah dan selesema yang teruk, saya dah dapat agak, dia mesti baru sahaja bermain dengan kucing. Kadang-kadang kawan saya hanya membelai sekejap sahaja, itu pun mampu mendatangkan simptom alahan yang teruk.Tetapi kajian terbaru ini mungkin akan membantu kawan saya ini ataupun mereka yang memerlukannya. Vaksin yang terbaru ini mungkin akan membantu mereka yang mengalami masalah alahan kepada kucing. Oleh itu, mereka pun boleh menjadi pencinta kucing seperti orang lain.

Vaksin untuk kucing bukan untuk manusia

Sebenarnya terdapat lebih kurang 5 bahan yang menyebabkan alahan dari kucing. Salah satu bahan tersebut adalah protein Fel d 1 yang merupakan salah satu bahan paling banyak dihasilkan oleh kucing. Protein ini banyak dihasilkan daripada air liur dan juga kalenjar sebum kucing. Sebanyak 10% daripada masyarakat adalah alah kepada protein ini.

Vaksin baru ini digunakan untuk meneutralkan protein Fel d 1 ini supaya ia tidak menyebabkan alahan kepada manusia. Seperti yang dilaporkan dalam The Journal of Allergy and Clinical Immunology, pengkaji daripada syarikat HypoPet telah berjaya menguji vaksin ini pada 54 ekor kucing yang berbeza. Pengkaji tersebut menyatakan bahawa vaksin ini berkesan untuk mengurangkan protein Fel d 1 pada kucing yang menerima suntikan tersebut.

Bahkan ia tidak tinggalkan sebarang kesan sampingan pada kucing yang diuji. Manusia akan mendapat faedah daripada rawatan ini kerana ia boleh mengelakkan pemilik kucing daripada mengalami sakit yang teruk seperti asma dan lebih imun kepada kucing tersebut.

Bagaimana vaksin ini dihasilkan

Kumpulan pengkaji tersebut menggunakan Virus ‘Cucumber mosaic’ bersama dengan protein Fel d 1 untuk merangsangkan penghasilan antibodi kepada protein tersebut. Selepas vaksin itu diberikan kepada kucing, sistem imun kucing itu akan menghapuskan protein Fel D 1 itu dengan sendirinya. Kucing yang divaksin itu juga didapati kurang menyebabkan alahan kepada manusia. Dengan adanya vaksin ini, anda tidak rasa serba salah lagi jika orang yang alah kepada kucing datang ke rumah anda. Bagi mereka yang alah kepada kucing sebelum ini juga mungkin boleh membela kucing selepas ini. Vaksin ini dihasilkan oleh syarikat Hypopet di US dan masih lagi dalam perbincangan dengan pihak berkepentingan supaya ia boleh diluluskan dan masuk ke dalam pasaran.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Anda Pasti Pernah Menunjukkan Tingkah Laku Sebegini. Ini 5 Masalah Yang Biasa Dilakukan Oleh Si Bulus.

Kebanyakan pemilik kucing akan menghadapi masalah tingkahlaku sekali dalam sepanjang karier menyayangi dan menjaga kucing. Isu ni boleh bermula dari masalah kecil hinggalah teruk dan selalunya kerana kucing tersebut berasal dari pusat perlindungan. Kami galakkan semua pemilik kucing untuk cuba dan menghalang masalah ini dari permulaan sebelum ia menjadi lebih teruk. Ini yang kebiasaannya terjadi pada masalah tingkah laku kucing.

1 – Mencakar

Mencakar perabot, langsir atau benda yang tidak sepatutnya adalah salah satu punca pemilik kucing menjadi tidak tentu arah. Ada juga yang sanggup pulangkan semula kucing mereka ke pusat perlindungan semula semata-mata masalah ini. Kucing mencakar untuk mengasah kuku atau meregangkan tubuh mereka. Ramai pemilik kucing tidak menyedari yang pos mencakar yang disediakan terlalu kecil untuk kucing. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menyediakan pos mencakar yang sesuai dengan saiz kucing anda. Untuk membuatkan kucing anda menggemari pos mencakar tersebut anda boleh menyapu esen catnip pada pos tersebut. Anda juga digalakkan memotong kuku kucing anda sekiranya masalah mencakar kucing anda ini terlalu serius.

2 – Masalah kotak pasir

Masalah kotak pasir adalah masalah yang biasa dihadapi dan mempunyai pelbagai punca dari masalah ini. Pertama kucing jantan yang sudah matang jika tidak dikasi akan mula menanda kawasan rumah untuk menuntut kawasan jajahannya. Masalah ni boleh diselesaikan dengan mudah dengan mengkasi kucing anda.Ramai pemilik kucing sebenarnya menyediakan kotak pasir yang tidak mencukupi untuk kucing kucing mereka.Peraturan utama adalah dengan menyediakan satu kotak pasir untuk seekor kucing dengan menyediakan satu kotak pasir lebih. Ini membenarkan setiap kucing mempunyai ruang mereka dan privasi mereka sendiri. Ingat manusia saja ke yang pentingkan privasi? heheAntara masalah lain berkaitan kotak pasir adalah masalah kesihatan. Jika kucing anda mula kencing di luar kotak anda perlu membawa kucing anda ke veterinar  untuk pemeriksaan kerana ia merupakan tanda-tanda awal kucing anda mengalami masalah saluran urinari

3 – Menggigit

Menggigit adalah perkara biasa di kalangan anak kucing dan kucing muda sebagai mekanisme bermain namun ia tidak perlu digalakkan kerana sangat menyakitkan bagi manusia. Jika kucing anda jadi terlalu agresif, gantikan anggota badan anda dengan permainan. Sentiasa bermain dengan kucing anda supaya kucing anda tidak mempunyai tenaga yang tidak digunakan.

Kucing selalunya menggigit dan mencakar kerana agresif yang selalunya kerana kucing tersebut ketakutan. Kucing agresif terhadap manusia yang mereka kenali selalunya merupakan tanda-tanda isu kesihatan atau persekitaran yang akan ambil masa yang lama untuk mengetahuinya. Kuncinya adalah mengetahui apa punca kucing anda agresif kemudian memikirkan penyelesaian yang bersesuaian.

4 – Agresif terhadap kucing lain


Agresif terhadap kucing lain yang ada di dalam rumah adalah perkara yang sukar untuk diselesaikan namun ia boleh ditangani. Kebanyakan kucing akan agresif terhadap satu sama lain ketika kali pertama diperkenalkan.
Perkenalan yang buruk akan membuatkan kucing anda tidak akan berbaik jadi penting untuk anda mengambil masa untuk perkenalkan kucing anda dengan sebetulnya.

Kebanyakan kucing baik sahaja apabila diperkenalkan dengan kucing baru, namun ia tidak normal untuk keagresifan kucing tidak disedari pada awalnya. Walaupun sedikit postur antara kucing-kucing ini boleh menjadi tekanan yang melampau bagi kucing yang lemah antara kucing yang lain.

5 – Aktiviti malam yang berlebihan

Kebanyakan pemilik kucing tahu mengenai pemilikan kucing yang sangat aktif pada waktu malam atau pada awal pagi. Pada mulanya mungkin boleh tahan namun lama kelamaan akan menjadi tekanan pada pemilik kucing ini. Kucing kadang kala akan mengejutkan tuannya dengan hanya berbunyi dengan kuat. Sekiranya kucing anda suka mengejutkan anda hanya untuk perhatian anda perlu mengetahui sebabnya. Dan pastikan anda banyak meluangkan masa bermain dengan kucing anda pada siang hari supaya kucing anda tidak terlalu aktif pada waktu malam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ada Yang Terasa Aneh Dengan Si Bulus Anda Yang Sering Tidur. Ini 5 Punca Yang Buatkan Si Bulus Anda Kerap Tidur.

Kucing mempunyai waktu tidur lebih kurang 15 jam sehari dan ada juga kucing yang boleh tidur sehingga 20 jam sehari dalam tempoh 24 jam. Manakala, kucing yang lebih berusia pula akan tidur dalam tempoh waktu yang lebih lama berbanding kucing biasa. Adakah ini bermaksud kucing adalah spesies haiwan yang malas? Ingin tahu kenapa kucing anda kerap tidur? Mari lihat puncanya!

1. Menjimatkan tenaga

Tidur dapat membantu kucing untuk menjimatkan tenaga antara waktu makannya. Tidak ramai yang tahu, walaupun kucing adalah haiwan yang sangat jinak dan comel, namun kucing sebenarnya memiliki perilaku seperti harimau. Mereka menghabiskan waktu untuk berlari serta memburu mangsa meskipun telah menjadi haiwan peliharaan di rumah.

2. Kucing bunting

Kucing yang tidur secara berterusan boleh juga disebabkan ia sedang bunting. Keadaan ini sering kali terjadi kerana kucing yang bunting mempunyai waktu tidur yang lebih lama berbanding dengan kucing biasa.

3. Cuaca sejuk

Sama seperti manusia, kucing juga lebih selesa tidur dalam keadaan cuaca yang sejuk dan dingin. Tingkah laku kucing adalah berbeza bergantung pada baka, umur dan kesihatan kucing.

4. Anemia pada kucing

Anemia membawa maksud kekurangan jumlah sel darah merah dalam peredaran darah kucing. Untuk mengetahui sekiranya kucing anda diserang anemia atau tidak, cuba perhatikan dan periksa gusi kucing anda. Sekiranya gusi kucing anda lebih pucat daripada biasa, anda harus segera membawa kucing anda ke klinik haiwan yang berdekatan untuk diperiksa. Sekiranya terlambat, anda berkemungkinan akan kehilangan kucing kesayangan anda.

5. Sakit atau gangguan lain

Kucing yang tidur secara berterusan itu adalah normal. Tetapi, kucing yang tidur melebihi waktu tidurnya adalah tanda-tanda kucing yang sedang sakit. Apabila kucing anda tidak menunjukkan perilaku yang lain misalnya, tiada nafsu makan, tidak bermain bersama anda, maka anda harus membawa kucing kesayangan anda ke klinik kucing berdekatan untuk diperiksa kesihatannya.

Tidur secara berterusan merupakan sebahagian daripada pola hidup dan genetik yang dimiliki oleh kucing. Walau bagaimanapun, sekiranya kucing anda kerap tidur tetapi tidak makan dan tidak bermain dengan anda, anda harus mula mengkhuatirinya. Semoga bermanfaat perkongsian ini bermanfaat buat semua!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *