Kucing anda alami obesiti. Kini ikuti 4 tips ini untuk jalankan diet pada si bulus anda.

Haiwan KESIHATAN kucing tips

Obesiti sangat berkait rapat dengan isu kesihatan pada kucing, lebih-lebih lagi meningkatkan risiko sakit hati dan diabetes. Dengan makanan tinggi kalori mudah didapati untuk kucing yang kebosanan serta kurang aktif, tidak hairanlah kucing yang dipelihara banyak yang gemuk dan obesiti. Mujur ada beberapa cara untuk membantu kucing anda mengurangkan berat badan termasuklah meletakkan kucing anda dalam diet yang terhad.

Kaedah 1: Tentukan jika kucing anda perlu diet

Lakukan skor keadaan badan kucing anda

Sebelum meletakkan kucing ada dalam diet, penting untuk mengetahui bahawa perlu atau tidak untuk mengurangkan berat kucing anda. Skor keadaan badan kucing bermula dari satu ke lima – lima sudah obesiti dan 1 kurang berat. Skor yang ideal adalah tiga. Tentukan skor kucing anda mengikut skala di bawah:

  • Skor 1: Tulang rusuk, tulang belakang, dan pelvis sangat jelas. Kucing ini tiada lemak dan kelihatan kurus kering.
  • Skor 2: Tulang rusuk, tulang belakang, dan pelvis mudah untuk dirasa. Jika dilihat dari atas, kucing ini mempunyai pinggang. Jika dilihat dari tepi, perut kucing kelihatan cengkung. Kucing kelihatan kurus.
  • Skor 3: Tulang rusuk dan tulang belakang boleh dirasa namun tidak boleh dirasa. Kucing ini ada sedikit bentuk pinggang jika dilihat dari atas dan dari sisi perutnya boleh dikesan tapi tidak melandur..
  • Skor 4: Tulang rusuk dan tulang belakang sangat sukar untuk dikesan. Perut seperti bentuk buar pear dari atas dan dari sisi kelihatan perut melandur ke bawah.Ribs and spine difficult to locate.
  • Skor 5: Kucing kelihatan bulat… Obesiti.

Kaedah 2: Hadkan pengambilan kalori

Ketahui bagaimana pengambilan kalori memberi kesan terhadap berat badan kucing

Penurunan berat dari diet kawalan pengambilan kalori melibatkan pengiraan yang mudah: kalori masuk bahagi kalori keluar = jumlah berat yang perlu diturunkan. Jadi jika kucing anda mengambil kalori melebihi dari apa yang ia bakar dalam sehari, kucing anda akan naik berat badan. Untuk mengurangkan berat badan, kucing anda perlu kurangkan pengambilan kalori dalam keperluan hariannya.

Tentukan pengambilan kalori yang ideal untuk kucing anda

Ini bermaksud mengira kalori kucing anda setelah anda mengurangkan diet hariannya. Veterinar mengesyorkan untuk anda memberi makan kucing anda 75 ke 80% keperluan tenaga untuk berat idealnya. Jumlah ini sepatutnya dapat membantu kucing anda mengurangkan berat dengan kadar yang sihat dengan satu ke dua peratus berat badannya setiap minggu. Anda patut berbincang dengan veterinar untuk jumlah kalori yang tepat namun anggaran jumlahnya adalah:

  • 180 kalori per hari untuk berat badan ideal 3.6kg
  • 210 kalori per hari untuk berat badan ideal 4.5kg
  • 230 kalori per hari untuk berat badan ideal 5.4kg

Timbang berat kucing anda setiap minggu

Timbang kucing dan rekodkan beratnya setiap minggu. Normal jika kucing anda tidak menunjukkan sebarang penurunan semasa dalam proses sebelum mencapai berat badan yang ideal. Berbincang dengan veterinar mengenai pengurangan pengambilan kalori sebanyak 5 ke 10% lagi untuk kesan yang lebih cepat.

Beri makan kucing anda secara berasingan

Jika anda mempunyai dua ekor kucing dan hanya salah seekor yang terlebih berat, jadi beri makan kucing anda di ruang yang berbeza. Ini akan memastikan setiap kucing akan menerima jumlah makanan yang bersesuaian dengan berat mereka.

Kaedah 3: Gunakan diet metabolik

Memahami apa itu diet metabolik

Diet ini berfungsi dengan menstimulasikan metabolisme kucing anda untuk bekerja dengan lebih kuat dan membakar lemak ketika melindungi otot kucing anda yang tidak berlemak. Pengkaji mendapati bahawa kucing yang tidak berlemak mempunyai kod genetik yang khas suntuk kadar metabolik yang tinggi dan mengetahui beberapa molekul makanan adalah lebih mudah menukar gen ini berbanding kucing lain.

  • Mudahnya, kajian menunjukkan yang diet kalori terhad akan menutup gen ini, jadikan ia lebih sukar untuk beberapa kucing mengurangkan berat badan.

Berbincang dengan veterinar anda

Jika kucing anda tidak menunjukkan penurunan berat badan dalam diet kalori terhad, anda boleh berbincang dengan veterinar anda mengenai diet metabolik untuk kucing anda. Hills adalah pengeluar utama formula untuk diet metabolik. Ikut aturan yang dikeluarkan mengikut berat badan kucing yang ingin dicapai.

Kaedah 4: Lakukan perubahan tingkahlaku

Galakkan kucing anda untuk bersenam

Lebih banyak aktiviti, lebih banyak kalori akan dibakar. Kucing yang aktif akan menurunkan lebih banyak berat badan dengan lebih berkesan berbanding kucing yang langsung tidak aktif.

  • Galakkan kucing anda untuk bermain permainan mengejar laser.
  • Anda juga boleh gunakan permainan atau bulu pelepah yang diikatkan.
  • Jika kucing anda malas atau tidak menunjukkan minat untuk mengejar mainan tersebut, anda boleh cuba permainan kucing yang dilengkapi dengan catnip.

Menyediakan sumber air minuman dengan banyak

Air sangat penting untuk kekalkan kucing anda aktif selain membantu dalam metabolik. Pastikan air minuman kucing anda sentiasa ada dan bersih.

Menghiburkan kucing anda

Kucing pun boleh kebosanan macam manusia. Ramai pemilik kucing yang melakukan kesilapan dalam memberikan perhatian dalam bentuk pemberian makanan atau treats. Sebetulnya adalah memberikan perhatian kepada kucing dengan banyak bermain dan memberus kucing anda untuk mengelakkan kucing anda kebosanan.

Menyediakan makanan yang sedikit tapi dengan kerap

Jangan penuhkan mangkuk makanan kucing anda untuk sehari sama ada makanan berformulakan diet khas atau sebagainya. Berikan jumlah makanan yang sedikit namun kerap sehingga mencapai pengambilan kalori yang bersesuai dalam keperluan hariannya. Jadi anda patut membahagiakan hidangan kucing anda menjadi dua atau tiga hidangan dalam sehari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Dapat Pecah Rekod Dunia Jadi Kucing Paling Panjang Di Dunia. Pemilik Kucing Ini Cerita Serba Sedikit Tentang Barivel

Dilaporkan kucing yang bernama Barivel, kucing MAine Coon daripada Itali ini berukuran 120cm. Cuba bayangkan beraoa buah Iphone Xr atau Samsung Note9 boleh susun secara memanjang. Cuba bayangkan kucing ini berdiri di hadapan bonet kereta dan menutup pandangan cermin hadapan kereta. Untuk pengetahuan anda, kucing ini berumur 2 tahun, ia merupakan umur kucing dewasa dan mungkin berumur 24 tahun dalam pengiraan tahun manusia.

Berdasarkan kalendar kucing lagi, saiznya mungkin akan bertambah sedikit demi sedikit sehingga mencapai umur 3-5 tahun bergantung kepada tumbesarannya. Ukuran panjangnya diambil oleh Guiness Book of World Record pada 22 Mei 2018. Difahamkan Barivel tinggal bersama pemiliknya, Cinzia Tinnirello dan Edgar Scandurra  di Vigevano, Pavia. Mereka berdua sentiasa mengetahui kucing mereka istemewa. Mereka menamakannya Barivel kerana dalam bahasa dialek Itali, Barivel bermaksud badut. Barivel sangatlah dimanjakan pemilliknya, diberi makanan ikan, ayam dan biskut. 

Semasa dibawa berjalan-jalan, Barivel akan masuk ke dalam kereta buggy. Memang amat janggal bagi orang yang memandang mereka. Akan tetapi, setelah memerhati Barivel, barulah mereka faham mengapa pemiliknya amat menyayangi kucing tersebut.”Barivel sangat istemewa untuk kami sebab dia pemalu… Bila orang lihatnya mereka sangat terkejut, tapi untuk kami Barivel adalah anugerah.. anugerah yang besar!” Kata Edgar.

Menarik Sekali Kucing Jenis Maine Coon . Berikut 7 Fakta Mengenai Kucing Ini

Untuk pemilik kucing atau pencinta kucing, anda pasti akan terpikat dengan kucing baka Maine Coon yang oversized ini. Rasanya kalau dapat bela satu pun puas hati rasanya. Siap ada jadikan kucing tersebut sebagai bantal peluk. justeru itu, kami Kucingasm Media ingin berkongsikan tentang kucing baka ini.

Kita teruskan dengan sejarah asal usul mereka. Asal usul MAine Coon ini kekal misteri sehingga sekarang. Kucing yang kedua terbesar di dunia ini banyak bersandarkan kepada teori, dongeng ,fiksyen dan bukannya penemuan saintifik. Malahan kucing ini dipanggil Maine Coon atas sebab mula dikenali di Maine dan ia merupakan kucing rasmi Maine pada tahun 1985.

Kedua, Maine Coon ini juga disenaraikan di kedudukan kedua kucing baka terbesar dunia di antara kucing hutan Norway yang mencapai berat 16 kilogram dan ragdolls dengan berat yang mencecah 20 kilogram. Bahkan berat Maine Coon jantan boleh mencecah 13 kh sehingga 18 kg manakala bagi Maine Coon betina pula mencecah 8 kg sehingga 12 kg. Untuk pengetahuan, Kucing gergasi ini mempunyai badan yang sangat muscular, ekor yang panjang dan corak pada bulunya seakan-akan gegelung cincin yang menyerupai seekor raccoon.Tidak hairanlah ramai yang membuat teori genetik Maine Coon ini berkaitan dengan haiwan Procyon tersebut.Telinga Maine Coon juga lebih kurang sama seperti bentuk telinga Lynx.

Ketiga, ia mempunyai enam jari kaki. Bagi sesetengah Maine Coon juga mempunyai keadaan polydactyl iaitu mempunyai lebih jari kaki disebabkan mutasi genetik, dalam kes ini selalunya 6 jari kaki.Sesetengah pakar menganggarkan bahawa keadaan ini hanya terjadi kepada 40 peratus Maine Coon sahaja.Kekurangan ini sebenarnya adalah satu kelebihan kerana ia berfungsi sebagai kasut salji semula jadi kepada Maine Coon sewaktu musim salji.

Keempat, ia sangat sukakan air. Amatlah jarang bagi kucing sukakan air sebenarnya, tapi bagi Maine Coon lain pula kesnya.Kucing ini sangat teruja apabila terlihat air, pasti mereka akan terjun terus ke dalam air tersebut.Maine Coon merupakan perenang yang mahir dan akan menikmati masa mereka di dalam air sebagaimana yang dilakukan oleh manusia.Keadaan ini disebabkan ketumpatan badan Maine Coon, serta coating badannya yang kalis air berbanding kucing baka lain

Kelima, ia merupakan kucing gergasi berpewatakan lembut. Maine Coon mudah adaptasi keadaan persekitaran dan personaliti, mereka sangat gemar berada dekat dengan tuannya dan mempunyai perangai mengekori kemana sahaja tuan mereka pergi.Sekiranya tuan mereka berada dalam kesibukan, Maine Coon ini hanya akan memerhati tingkah laku tuannya sahaja dan tidak bersifat clingy.Maine Coon juga mempunyai perwatakan yang sangat sabar. Jika tuannya menutup pintu, si Maine Coon ini akan menunggu tuannya membuka semula pintu tersebut.Kucing jenis ini lebih suka duduk di bawah berbanding memanjat tempat yang tinggi.

Yang keenam, mereka sangat mahir dan bijak.Tidak ada seekor pun haiwan roden yang berani muncul sekiranya rumah tersebut didiami oleh Maine Coon ini.Kucing ‘oversize’ ini akan membvru roden seperti tikus untuk menajamkan kemahiran mereka.Sekiranya tiada tikus dirumah, Maine Coon akan kekalkan kecekapan mereka dengan bermainan permainan di rumah seperti mengejar bola kecil.Maine Coon sangat bijak mempelajari helah dan bermain permainan yang mencabar otak mereka

Akhir sekali ia merupakan ‘Frozen’ versi kucing.Bulu Maine Coon sangat panjang dan tebal yang melindungi mereka daripada kesejukan.Kakinya berfungsi sebagai natural snow shoes manakala badannya yang besar sentiasa membuatkan mereka berasa hangat.Maine Coon dikenali sebagai baka yang evolved dalam keadaan sejuk sejak berkurun lamanya membuatkan mereka ini kebal dengan keadaan sejuk.Sesiapa yang membela Maine Coon ini boleh la bawa mereka bermain salji bersama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *