Jangan anggap biasa sekiranya kucing anda enggan makan. Ianya mungkin alami sakit ini.

Haiwan KESIHATAN kucing tips

Lajak kurus atau anoreksia adalah suatu sakit yang hilang selera makan iaitu situasi kucing tidak mahu makan atau makan terlalu sedikit. Cerewet dan tidak makan ialah dua perkara yang berbeza. Sesetengah kucing tidak mahu menjamah makanan lain kecuali makanan kegemarannya sahaja dan ini dipanggil cerewet.

Tetapi kucing anoreksia ialah kucing yang tidak menghiraukan langsung apa yang anda berikan kepada mereka. Jika kucing tidak makan selama 24 jam, anda patut risau. Jika keadaan ini berterusan sehingga 48 jam, anda perlu membawanya ke klinik secepat mungkin.

Kucing, terutamanya yang mengalami berat badan berlebihan boleh membawa kepada keadaan yang dipanggil lipodesis hepar jika mereka tidak makan. Kucing yang mempunyai lipodesis hepar akan memecahkan lemak badan untuk menukarnya kepada tenaga tetapi lemak ini akan membinasakan organ hati, mencederakan sel hati dan menjadikan kucing bertambah sakit. Pencegahan awal terhadap kucing anoreksia adalah diperlukan untuk mengelak daripada berlakunya lipodesis hepar kerana ia akan membahayakan nyawa kucing anda.

Mengapa Kucing Tidak Mahu Makan?

Jika kucing anda enggan makan, anda perlu mengenalpasti jika terdapat sebarang masalah pada dietnya atau kucing anda sedang sakit. Ini adalah beberapa sebab mengapa kucing yang sihat enggan makan:

  • Makanan itu rosak.
  • Semut atau ada serangga lain di dalam makanan.
  • Makanan mengandungi perasa yang tidak disukainya.
  • Terdapat persaingan pada mangkuk makanan (ada kucing lain).
  • Makanan manusia mempengaruhi selera makannya.
  • Mangkuk makanan berada di lokasi yang tidak digemarinya.
  • Kucing anda telah mencari dan memakan buruannya atau makan makanan di rumah jiran.

Jika sebab-sebab di atas tidak berkait dengan kucing anda, kemungkinan besar kucing anda sedang sakit. Antara sebab mengapa kucing yang sakit tidak dapat makan:

  • Kucing anda sukar bernafas dan tidak dapat menghidu makanan.
  • Kucing mengalami demam dan hilang selera makan.
  • Gigi yang sakit atau lain-lain penyakit mulut yang mempengaruhi keupayaannya untuk makan.
  • Hati atau mana-mana organ dalaman menyebabkan rasa mual.
  • Kucing mengalami nyahair dan terlalu lemah untuk makan.

Bagaimana Hendak Memujuknya Makan?

Kucing yang sakit tidak akan dapat makan dengan baik,jadi anda berperanan untuk menggalakkannya makan. Cuba berikan makanan yang lazat seperti makanan kucing dalam tin, ikan sardin mentah atau daging ayam rebus kosong. Panaskan sedikit makanan itu sehingga paras suhu badan, ini akan menaikkan aromanya dan membantu selera kucing.

Memberikan makanan itu dengan tangan, bercakap dengannya secara perlahan dan membelai kucing anda juga boleh merangsangnya untuk makan. Anda boleh memberinya makan samada dengan sudu atau tangan dan menggalakkan kucing anda untuk menjilatnya. Jika dia masih tidak berminat, jangan biarkan makanan itu berada di luar lebih daripada sejam. Angkatkan makanan itu dan cuba perkenalkannya semula beberapa jam kemudian dan ulangi langkah memujuk seperti di atas.

Jika tidak ada cadangan di atas yang berjaya memujuknya, anda perlu berkunjung ke klinik. Doktor mungkin akan memberikan preskripsi perangsang selera makan atau memaksa kucing untuk makan. Paksaan makan biasanya dilakukan dengan picagari tanpa jarum dan formula makanan dalam bentuk cairan akan dimasukkan ke dalam mulut kucing. Bagi kucing yang terlalu sakit atau sukar untuk memaksanya makan melalui mulut, kaedah memasukkan tiub makanan ke dalam perut atau esofagus mungkin akan dijalankan.

Bagaimana Pula Dengan Air?

Pengambilan air juga amat penting. Kucing yang tidak makan dan juga minum menghadapi risiko nyahair walaupun dalam sehari. Jika kucing anda tidak minum, anda boleh memberikannya melalui picagari tanpa jarum atau menggunakan penitis air. Tetapi adalah hampir mustahil untuk memberikannya cukup air dengan cara ini.

Doktor dapat mengawal keadaan ini dengan menyuntik kucing dengan sebatian elektrolit bersteril di bawah kulit kucing iaitu suntikan subkutus. Air juga dapat di masukkan secara terus ke dalam badan melalui salur darah yang biasa disebut sebagai IV atau intravena. IV memerlukan kucing anda dimasukkan ke dalam wad atau bermalam di sana tetapi ini langkah yang penting bagi kucing yang mengalami nyahair.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Anda Pelik Apabila Si Bulus Anda Tiba Tiba Berubah Seperti Ini. Tahukah Anda Kucing Juga Mudah Untuk Rasa Cemburu Dan Ini Tindakan Yang Perlu Dilakukan.

Tahukah anda bahawa kucing juga boleh cemburu. Kelakuan cemburu ini boleh dilihat dengan jelas seperti dia mendesis, menggeram dan menampar objek. Perilaku cemburu juga boleh ditunjukkan apabila dia ingin duduk di pangkuan anda apabila anda sedang bermain dengan haiwan lain atau mengendong bayi anda.

Kucing yang cemburu juga boleh menunjukkan sifat agresif seperti menggaru-garu objek dan menggigit malah, boleh merosakkan peralatan rumah. Salah satu perangai buruknya akibat cemburu ialah dengan membuang air kecil di luar bekas pasir atau di tempat tidur haiwan lain. Ini adalah salah satu masalah yang perlu anda ambil perhatian.

Penyebab Kucing Cemburu

  1. Pemilik memberi perhatian kepada haiwan lain atau anggota keluarga baru. Ini selalunya penyebab utama yang memungkinkan ia cemburu. Kehadiran bayi baru juga boleh menyebabkan ia cemburu kerana waktumu akan jadi berkurangan dengannya.
  2. Kurangnya aktiviti sosial semasa kucingmu kecil akan membuatkan dia sentiasa bergantung kepada anda dan dia akan menunjukkan rasa cemburu jika ada kesempatan.
  3. Perubahan rutin harian termasuk jadual makan.
  4. Kurang ruang peribadi seperti tempat tidur atau barangan miliknya diberikan kepada haiwan peliharaan lain.
  5. Rasa tidak selamat dengan kehadiran haiwan lain atau anggota keluarga baru.

Cara Hadapi Kucing Yang Cemburu

Susah juga nak menghadapi kucing yang cemburu tetapi ada beberapa cara yang boleh diikuti untuk kurangkan cemburunya.

1. Mencari penyebab

Jika sudah tahu penyebabnya, maka anda boleh mencari penyelesainya. Tanyakan pada diri, apakah perubahan yang terjadi di rumah, seperti:

  • Apakah ada seseorang yang baru pindah?
  • Apakah ada kehadiran bayi atau haiwan peliharaan baru?
  • Apakah anda menghabiskan banyak masa untuk sesuatu yang tidak anda lakukan sebelum ini?
  • Apakah tempat kegemaran kucingmu terganggu?

2. Memberikan lebih banyak waktu

Cara termudah untuk mengurangkan rasa cemburu kucingmu adalah dengan meluangkan lebih banyak masa untuknya. Dengan memberi lebih perhatian biasanya dapat mengubati perangai buruk kucing dan ada beberapa cara yang boleh kamu lakukan:

  • Memberikan mainan interaktif untuk bermain dengan kucing, seperti laser atau tongkat bulu.
  • Memberi makan kepada mereka apabila mempunyai waktu terluang.
  • Bermain dengan kucingmu dan memberikan perhatian penuh kepadanya selama beberapa minit.
  • Tawarkan kucingmu hadiah jika mereka berperangai baik.

3. Beri kucingmu ruang peribadi

Kebanyakan kucing sukakan ruang peribadi. Apabila anda memperkenalkan anggota keluarga baharu tidak kira manusia atau haiwan lain, anda mungkin telah meragut ruang itu darinya. Ini akan menjadikan ia cemburu. Cuba berikan ia ruang peribadi samada dengan memindahkan tempat makannya ke suatu tempat yang khusus untuknya atau memberi ruang agar ia tidak diganggu oleh haiwan peliharaan lain. Jangan pula beri mainan kegemarannya kepada haiwan lain. Letak mainan kegemarannya di ruang peribadinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tidak Mustahil Jika Si Bulus Anda Kekal Aktif Dalam Gelap. Rupanya Ini Pandangan Daripada Sisi Mata Kucing.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering dijadikan pilihan oleh orang ramai malah ada yang menganggap haiwan tersebut seperti keluarga sendiri. Layanan yang baik terhadap kucing sedikit sebanyak dapat mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental seseorang. Bagi yang memelihara kucing, anda sudah pastinya menyedari bahawa kucing mempunyai pelbagai perbezaan sekiranya dibandingkan dengan manusia.

Antaranya ialah penglihatan kucing yang sangat berbeza dengan penglihatan seorang manusia biasa. Perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh retina iaitu lapisan pada mata yang mempunyai sel yang dikenali sebagai photoreceptors. Sel ini menukarkan sinaran cahaya menjadi isyarat elektrik dan kemudiannya diproses kepada sel saraf sebelum dihantar kepada otak untuk ditafsirkan.

Penglihatan Warna

Bagi seekor kucing, mereka tidak dapat melihat kepada keseluruhan spektrum tetapi masih boleh melihat bagi beberapa jenis warna. Pada dasarnya, kucing mempunyai penglihatan seperti manusia yang mempunyai masalah buta warna. Seekor kucing biasa hanya boleh melihat warna biru dan hijau sahaja ketika kehidupannya.

Selain itu, mereka juga mempunyai masalah yang sama dengan manusia yang buta warna kerana mungkin tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.

Penglihatan Malam

Kita sering melihat kucing dapat bergerak dengan pantas di dalam persekitaran yang gelap. Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada pada mata kucing untuk memudahkan haiwan ini untuk berburu mangsanya. Kucing dapat melihat enam hingga lapan kali lebih baik daripada manusia ketika berada dalam gelap. Perkara ini disebabkan oleh tapetum lucidum iaitu satu lapisan tisu yang terletak di belakang retina kucing. Tapetum lucidum ini berfungsi untuk mencerminkan cahaya dan meningkatkan cahaya yang tersedia untuk sel-sel photoreceptor di retina, yang meningkatkan penglihatan dalam keadaan yang gelap.

Bidang Visual

Kelebihan lain yang terdapat pada mata kucing ialah dapat mengesan pergerakan walaupun ianya hanya pergerakan kecil yang boleh membantu mereka semasa memburu. Kucing mempunyai visi binokular yang membuatkan mereka dapat melihat tiga dimensi iaitu berupaya untuk melihat kedalaman dan menentukan jarak objek.

Walau bagaimanapun, penglihatan 3D kucing adalah tidak begitu halus seperti manusia kerana mempunyai visi periferal kucing yang lebih besar daripada manusia. Seekor kucing mampu untuk melihat pandangan yang lebih luas berbanding manusia dan ianya membantu kucing untuk mengesan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Jarak Penglihatan

Kucing mempunyai penglihatan yang baik bagi jarak yang dekat. Perkara ini kerana kucing hanya boleh melihat sejauh beberapa ratus meter sahaja dan akan kelihatan kabur bagi pemandangan yang lebih jauh. Selain itu, penglihatan kucing juga agak lemah untuk melihat visual di bawah hidungnya yang menyebabkan mereka mempunyai masalah untuk mengesan sesuatu yang berada berdekatan dengan tubuh mereka.

Sumber: Consciouscat.net, Popsci.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *