Jangan buntu sekiranya kucing anda ada kutu. Ini antara tips untuk hapuskan kutu pada si bulus kesayangan anda.

Haiwan kucing tips

Cuaca panas boleh mendatangkan musibah perosak parasit iaitu kutu. Cuaca panas boleh mendatangkan musibah perosak parasit iaitu kutu. Peningkatan suhu menggalakkan pembiakan kutu kucing, justeru itu, lebih banyak kutu dewasa melompat pada kucing yang tidak bersalah.

Kutu boleh menyebabkan kucing anda mengalami Anemia, iaitu kekurangan dar4h. Malah, kutu juga boleh menjadi hos kepada parasit usus. Sekiranya kucing anda mengigit dan menelan mana-mana kutu yang dijangkiti, ia juga boleh menyebabkan jangkitan cacing pita. Berikut merupakan maklumat yang anda perlu tahu bagi merawat dan menghapuskan kutu kucing pada sicanda dan rumah anda:

Bagaimanakah kucing boleh mendapat kutu?

Kucing boleh dijangkiti kutu di luar rumah. Secara umumnya, sekiranya kucing anda adalah kucing rumah, ia tidak akan dijangkiti kutu. Terdapat banyak jenis spesies kutu yang berbeza, tetapi kutu kucing (Ctenocephalides felis) adalah penyebab utama. Serangga perosak ini boleh melompat setinggi 12 inci kepada perumah yang tidak bertuah, memakan darah dan bertelur dalam bulunya. Telur-telur ini juga boleh jatuh dari kucing ke atas karpet, perabot atau tempat-tempat kegemaran kucing anda. Telur tersebut kemudiannya akan bertukar menjadi larva, pupa dan seterusnya kutu dewasa.

Kutu kucing juga boleh menggigit manusia. Kutu adalah parasit, ia sentiasa mencari dar4h untuk dimakan. Sekiranya ia tidak menjumpai perumah kucing, ia akan menghisap dar4h tuannya pada bahagian kaki. Walau bagaimanapun, keberkesanan produk kutu telah menjadikan kutu semakin jarang daripada biasa. Sekiranya anda sedang menggunakan produk ini atau mengesyaki kucing anda mempunyai kutu, berundinglah dengan doktor haiwan mengenai produk yang sesuai dan penggunaannya.

Apakah simptom kutu kucing?

Simptom paling biasa kutu kucing termasuklah:

  • Menggaru kepala dan telinga
  • Menjilat bahagian bawah badan terutamanya di antara kaki belakang
  • Mengunyah atau menggigit badannya
  • Bulu gugur, terutamanya di bahagian atas belakang akibat menggaru
  • Kemerahan
  • Terdapat zarah berwarna hitam pada kulit

Zarah berwarna hitam tersebut digelar najis kutu. Sekiranya anda mengambilnya dan membasahkannya, ia akan bertukar menjadi warna merah. Ini kerana ia merupakan darh kering. Bagi memeriksa kutu, anda juga boleh menggunakan sikat kutu pada kucing anda untuk melihat sekiranya terdapat sebarang kutu. Sekiranya rawatan kutu dijalankan di klinik haiwan, doktor akan memusingkan badan kucing dan meniup bulunya untuk memeriksa sama ada terdapat kutu atau najis kutu.

Walau bagaimanapun, parasit kulit yang berbeza seperti Cheyletiella boleh membuatkan kucing anda sentiasa menggaru. Oleh itu, anda perlu berjumpa dengan doktor haiwan bagi mengesahkan serangan kutu dan menolak penyebab kemungkinan yang lain.

Apakah rawatan terbaik bagi kutu kucing?

Doktor haiwan boleh memberi preskripsi produk yang boleh menghilangkan kutu pada kucing anda dalam masa sehari. Seterusnya, beliau akan mengesyorkan ubat-ubatan yang boleh mengelakkan kutu seperti krim topikal atau tablet kunyah. Apabila kutu lain melompat pada kucing anda, produk tersebut boleh menghilangkannya justeru itu mengurangkan kutu.

Apakah petua di rumah bagi merawat kutu kucing?

1. Berikan kucing anda mandian kutu

Anda boleh menggunakan sabun pencuci pinggan, namun adalah lebih baik untuk menggunakan syampu kutu sekiranya anda tidak menggunakan sebarang produk kutu yang lain. Bertanyalah kepada doktor haiwan mengenai rawatan yang sesuai bagi kucing anda terlebih dahulu.

2. Gunakan sikat kutu untuk membuang kutu dan telurnya

Kebanyakan jenama mengesyorkan untuk mencelup sikat ke dalam air bersabun dan hangat selepas setiap sikatan bagi membuang dan memerangkap parasite tersebut. Sikatlah dalam arah pertumbuhan bulu. Ulangi beberapa kali pada setiap hari untuk kesan yang terbaik.

3. Bersihkan rumah anda

Anda sudah tentu ingin menghapuskan segala jejak kutu di rumah anda. Ini kerana kutu selalunya hanya berada di badan kucing anda sebanyak 20% manakala pada setiap masa ia sentiasa berada di persekitaran.

Bagaimanakah cara untuk membasmi kutu kucing di rumah?

Cara untuk membasmi kutu di sekeliling rumah anda adalah sama seperti cara untuk membasmi pepijat dan perosak yang lain. Ikuti langkah ini:

  • Vakum lantai, perabot dan semua tempat kegemaran kucing anda.
  • Buang bag vakum tersebut
  • Steam clean karpet untuk menghilangkan kutu yang masih berkeliaran
  • Basuh semua alas tempat tidur dalam air bersabun yang panas setiap dua minggu.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan berbahaya serangga atau memanggil bantuan professional untuk merawat kawasan rumah anda. Produk racun serangga yang paling baik biasanya mengandungi bahan seperti permethrin, imidacloprid atau dinotefuran untuk menghilangkan kutu dewasa. Manakala, perencat pertumbuhan seperti methoprene atau pyriproxyfen berkesan untuk menghentikan pembiakan telur dan larva kutu. Sentiasalah mengikuti arahan dan langkah-langkah keselamatan yang tertera di atas labelnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ditinggalkan Di Atas Sebatang Kayu Di Tengah Pantai. Ternyata Perkongsian Ini Buat Ramai Warganet Marah

Gambar yang menunjukkan seekor kucing yang dikatakan ditemui terkndas dipercayai ditinggalkajn pada sebatang kayu kira kira 500 meter daripada pantai telah menimbulkan rasa kemarahan dalam kalangan pencinta kucing. Berdasarkan laporan Daily Star, gambar tersebut memaparkan kucing berwarna hitam dan putih telah kejutkan ramai warganet kerana kucing itu kelihatan ketakutan ketika berpaut pada sebatang tiang kayu yang dikelilingi oleh air di sebuah pantai di Itali.

Bahkan, penduduk tempatan di situ merasakan bahwa kucing itu mungkin ditinggalkan di sana selepas seseorang menemuinya di dalam perahu mereka dan membuat keputusan untuk tinggalkannya di tiang tersebut dan bukannya kembalikan ke pantai. Justeru itu, seorang penduduk tempatan dari Porto Tolle telah membuat perkongsian kejadian yang mengecewakan itu di FB.

Ada penduduk tempatan yang sempat menulis.“Selepas bertanyakan kepada saksi, saya memutuskan untuk menulis berkenaan kejadian menyedihkan di Pila ini.“Tiang yang anda lihat dalam gambar itu tingginya lebih kurang 4 meter dan ianya terletak di tengah-tengah terusan yang digunakan di pelabuhan pila bagi menjadi penanda aras kapal dan bot nelayan untuk ke laut.”

Dia sempat menjelaskan bahawa jarak untuk ke pantai adalah 500 meter atau lebih sementara kedalaman air adalah dua meter atau lebih. .Dia juga turut berkongsikan foto kucing yang terkandas di atas tiang itu dalam perkongsiannya di Facebook dan menulis: “Terdapat dua kemungkinan.“Kucing itu memutuskan untuk berenang, atau seseorang terjumpa kucing itu di dalam kapal mereka dan sepatutnya mereka simpannya dengan selamat selepas selesai menyelesaikan urusan mereka, namun sebaliknya mereka meletakkannya di situ

Penduduk tempatan yang marah itu melanjutkan: “Ketidakpedulian terhadap haiwan-haiwan ini tiada pengakhiran!”Mujur ada kesudahan di sebalik insiden mengecewakan ini apabila seorang budak lelaki tempatan menyelamatkan kucing tersebut daripada tiang itu.Gabriella menulis: “Kepada anak lelaki yang menyelamatkan kucing itu, terima kasih banyak.“Penyelamatan itu agak sukar kerana kucing itu sangat ketakutan. Akhirnya kucing tersebut berjaya dibawa ke daratan dan selamat.”Dia turut menulis dengan menujukan kepada orang yang tinggalkan kucing tersebut: “Hanya satu perkataan…Malu!!!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *