Siapa sangka kucing pun boleh merajuk dengan pemiliknya. Ini 6 cara untuk pulihkan dan pujuk semula si bulus anda.

Haiwan kucing tips

Pencinta kucing sekalian, pernah tak anda tinggalkan kucing kesayangan dalam tempoh yang agak lama ataupun terlupa nak beri makan, kucing anda seolah-olah lain macam? Haiwan comel ini juga ada hati dan perasaan. Tahukah anda bahawa kucing mudah tersinggung dan marah jika ada sesuatu yang melukai hatinya. Tapi jangan risau, haiwan kesayangan Nabi ini juga seorang yang pemaaf namun anda harus tahu macam mana nak pujuk.

1. Cari masa yang sesuai.

Kalau anda rasa si comel seperti sedang menyendiri dan merajuk, biarkan dia terlebih dahulu. Jangan dikejar ataupun dipaksa. Berikan dia sedikit masa merasai kehadiran anda dan apabila dia kelihatan tenang, barulah dekati.

2. Cari punca kucing anda merajuk.

Adakah anda terlalu lama tinggalkan dia, terlupa memberi makan, ada anak kawan anda mengasarinya atau pun tak sengaja terpijak ekornya? Ambil perhatian yang lebih pada kucing anda ketika itu dan anda boleh ambilnya dan bawa ke tempat kegemarannya. Sama ada di sudut balkoni atau pun di belakang pintu, kucing anda akan berasa lebih selesa.

3. Dekati kucing secara perlahan.

Kucing ini haiwan yang sangat lembut dan manja. Jadi, ambil secara paksaan akan membuat si dia tambah memberontak. Sikap tenang anda merupakan kunci untuk mengambil kembali kepercayaannya.

4. Sentiasalah bermain atau bercakap dengannya.

Kucing akan mengerdipkan matanya pada orang yang disayangi. Apabila si comel ini mengenali tuannya, dia sering menatap tuannya lama-lama dan pada masa inilah anda boleh bermain dan bercakap dengannya.

5. Belai kucing di bahagian kepala dan leher.

Hampir semua kucing peliharaan suka dimanja dan dibelai terutamanya di bahagian kepala dan leher. Sambil anda menonton TV, angkat kucing anda, letakkan disisi atau diatas riba dan belailah si comel dengan penuh kasih sayang.

6. Berikan makanan atau snek kegemarannya.

Cara terakhir ini selalunya akan berhasil untuk memujuk kucing anda. Dikala anda menyediakan makanan atau snek kegemaran, mana mungkin ada kucing yang menolak. Anda boleh memberikan beberapa pilihan makanan seperti makanan kering seperti biskut ataupun makanan basah seperti ikan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Anda Keliru Mengapa Kucing Anda Sering Mendesis. Rupanya Ini 6 Sebab Mengapa Ia Lakukannya.

Apabila kamu adalah seseorang yang pemelihara kucing, kamu mungkin pernah melihat kucing kesayangan anda mendesis, seolah nampak marah dan kurang senang. Sebagai manusia, kamu mungkin telah belajar untuk mengenal pasti hal ini sebagai tanda bahawa kucing anda  benar-benar marah dan tidak ingin diajak bermain, tetapi ada alasan lain mengapa kucing anda mungkin mendesis. Jika kamu memiliki kucing yang terus mengeluarkan suara seperti ular, kamu mungkin bertanya-tanya mengapa kucing mendesis dan apa yang dapat kamu lakukan?

merujuk artikel dari laman rasmi Purina, artikel kali ini akan membantumu menemukan semua rahasia di balik kucing yang mendesis. Bagaimana kucing mendesis? Ketika kucing merasa tidak selamat, mereka akan mengeluarkan semburan udara melalui mulutnya dan semburan udara inilah yang membuat suara mendesis. Suara ini biasanya akan dipasangkan dengan tanda bahasa tubuh kucing lainnya seperti mulut terbuka, telinga yang turun, punggung melengkung, dan bulu yang berdiri tegak (piloerection).

Kenapa kucing mendesis? Ketika mempertimbangkan alasan kucing mendesis, penting untuk difahamkan bahawa mendesis adalah perilaku normal yang membantu kucing mengekspresikan diri. Di mana manusia dapat menggunakan ucapan untuk berkomunikasi, kucing harus bergantung bahasa tubuh mereka untuk memberi tahu kita dan haiwan lain bagaimana perasaan mereka. Beberapa alasan paling umum di balik kucing mendesis adalah sebagai berikut:

1. Tanda peringatan

Hal pertama dan terpenting saat kucing mendesis biasanya merupakan tanda peringatan bagi orang atau haiwan lain. Itu adalah cara seekor kucing memberi tahu ke siapapun yang membuat mereka terganggu atau tidak senang untuk segera berundur atau menjauh. Kucing secara khas ingin mengelak dari konfrontasi dengan cara apa pun, jadi anggap ini sebagai tembakan peringatan. Anda mungkin melihat kucing anda mendesis ketika ada kucing lain dekat dengannya, saat induk kucing memiliki anak kucing untuk dilindungi, atau jika doktor haiwan mencuba untuk menangani mereka. Menurut PetsMD, jenis kucing mendesis ini paling sering terjadi pada kucing yang tidak dikumuhkan ketika mereka mencari calon pasangan. Mereka mendesis untuk tidak hanya menyuruh yang lain mundur, tetapi juga untuk menunjukkan perkara terhebat mereka, iaitu gigi tajam mereka.

2. Mereka kesakitan

Kadang kala ketika kucing kesakitan, ia akan mendesis jika kamu menyentuh bahagian yang sangat sensitif pada tubuhnya. Juga, kucing anda bahkan mungkin tidak membiarkan anda mendekatinya dan kucing yang mendesis dapat terjadi setiap kali kamu mencuba mendekatinya.

3. Ketidaktahuan

Kucing menyukai hal-hal yang tidak asing baginya yang membuatkan mereka rasa selamat di rumah. Oleh kerana itu, kadang-kadang kucing anda mendesis mungkin disebabkan oleh benda baru dalam lingkungannya, seperti mainan atau furniture baru, hal itu kerana dapat membuat kucing anda merasa cemas. Jika ini terjadi, kamu harus perlahan-lahan memasukkan barang baru ke dalam rumah untuk membantu mereka terbiasa.

4. Stres

Kucing benci memiliki penyebab stres di lingkungannya dan terkenal tidak boleh mengatasi stres dengan baik di rumah. Mereka memiliki naluri bertarung atau lari, dan biasanya mereka akan mendesis sebelum mencuba melarikan diri atau sebelum terlibat dalam perkelahian.

5. Permainan kasar

Jika kamu memiliki anak kucing yang masih kecil dan kamu tertanya-tanya mengapa anak kucing mendesis, itu mungkin kerana permainan yang kasar. Terkadang jika kucing atau anak kucing lain bermain terlalu kasar satu sama lain, mereka mungkin akan mendesis sebagai cara untuk mengatakan “hei, berhenti lakukan itu”.

6. Anda mengganggu mereka

Jika anda tertanya-tanya mengapa kucing anda mendesis pada anda, itu mungkin kerana anda mengganggu mereka. Kucing anda mungkin sedang tidak ingin dibelai saat kamu mencuba membelainya, atau mungkin kerana kamu mencuba mengangkatnya ketika mereka tidak menginginkannya. Jenis mendesis kucing ini juga cukup umum jika kamu memiliki anak kecil di rumah yang tidak tahu bila harus tinggalkan kucing sendirian, sebaiknya pantau waktu yang dihabiskan anak dengan kucing.

Sumber- Kompas.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *