Banyak nutrien yang diamalkan oleh si bulus. Ini antara 5 buah dan sayur yang baik untuk si bulus kesayangan anda.

Amalan Haiwan kucing tips

Kucing memerlukan serat yang terdapat dari sayuran dan buah-buahan demi menjaga sistem kekebalan tubuhnya. membutuhkan asupan serat yang didapat dari sayuran dan buah demi menjaga sistem kekebalan tubuhnya. Daging menjadi salah satu nutrien penting untuk kucing. Namun, spesies bernama ilmiah Falis catus ini pun boleh menerima nutrien daripada sayur dan buah yang nampak baik pada kesihatannya

Pada dasarnya, kucing merupakan haiwan karnivora yang memerlukan nutrien daging untuk memenuhi keperluan energi dan protein. Kucing tak memerlukan karbohidrat, tapi mereka memerlukan serat. Dokter haiwan Gerald Buchoff mengatakan kucing boleh mendapatkan nutrien fitonutrien yang sehat dari konsumsi sayur. Fitonutrien dapat memberikan manfaat kesehatan seperti mencegah kanver, penyakit autoimun, dan infeksi.

Namun, ada beberapa sayur yang harus dihindari kucing seperti lada dan bawang. “Jauhi lada dan bawang. Itu adalah dua makanan yang harus dihindari kucing,” kata Buchoff, mengutip laman Martha Stewart. Lada akan menyebabkan diare pada kucing, sementara bawang bisa memicu anemia. Jauhkan juga kucing dari nutrien kentang dan labu yang merupakan sumber karbohidrat. Nutrien karbohidrat hanya akan menyebabkan obesiti jangka panjang dan penyakit metabolisme lainnya. Berikut lima sayur dan buah yang bisa diamalkan kucing.

1. Brokoli

Brokoli mengandungi antioksidan seperti vitamin C dan bioflavonoid yang membantu menjaga sistem kekebalan tubuh kucing. Brokoli juga menawarkan serat yang sihat untuk kucing kesayangan Anda. Tak perlu dilenyek dan dimasak, sajikan brokoli dalam keadaan mentah dan bersih.

2. Wortel

Wortel memiliki kandungan likopen yang tinggi dan kaya akan antioksidan. Makanan kaya likopen menawarkan perlindungan dari risiko beberapa jenis kanker. “Likopen adalah pertahanan yang hebat terhadap penyakit degeneratif dan pertumbuhan sel kanker,” ujar Buchoff. Perlu diketahui, satu dari setiap lima kucing di dunia terkena sakit kanker. Tak hanya itu, likopen juga dapat membantu menjaga penglihatan kucing tetap sihat seiring pertambahan usia. Semakin bertambah usia, penglihatan kucing akan semakin keruh. Likopen dapat mengatasi hal tersebut.

3. Kubis

Sayuran hijau satu ini memiliki banyak vitamin dan nutrisi yang bermanfaat untuk kucing. Kubis diketahui kaya akan vitamin A dan zync. Anda bisa mengukus kubis dan mencampurnya dengan daging untuk disajikan sebagai menu santapan kucing kesayangan.

4. Pakchoy

Meski sedikit pahit, tapi pakchoy memiliki banyak manfaat untuk kucing. Buchoff mengatakan, diet makanan mentah dan sayuran sihat untuk kucing. Sayur dapat memanjangkan jangka hayat harapan hidup kucing. Pada umumnya, kucing sihat memiliki rentang hidup rata-rata hingga 18-20 tahun. Dengan hanya mengamalkan makanan-makanan olahan yang tersedia di pasaran, kucing pada umumnya dapat bertahan hidup selama 12-15 tahun. Sayuran atau diet makanan mentah dapat menambah angka harapan hidup tersebut.

5. Epal, pir, dan plum

Apel, pir, dan plum adalah buah yang baik untuk diaamalkan kucing. Ketiganya diketahui mengandung vitamin C yang memberikan manfaat kesihatan untuk kucing. Namun, Buchoff menyarankan agar epal, pir, dan plum diamalkan dalam jumlah yang terhad. Alih-alih menyihatkan, pengamalan berlebihan dapat menimbulkan impak buruk bagi kesihatan kucing.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Difahamkan Kucing Lebih Terdedah Dengan Covid19. Ini Penjelasan Dari Pakar

Selepas sahaja dua kes Covid19 dilaporkan di Belgium dan Hong Kong, penyelidik telah mendapati kucing lebih mudah dijangkiti Covid19. Kucing itu difahamkan lebih terdedah dengan covid19 bebanding dengan anjing, Namun perkara itu telah didedahkan oleh penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di timur laut China menerusi artikel diterbitkan dalam Biorxiv.org pada 31 Mac lalu yang mengkaji jangkitan virus itu dan penyebaran dalam kalangan haiwan peliharaan susulan kucing di Belgium dan Hong Kong dilaporkan positif Covid-19.

Manakala keputusan itu adalah berdasarkan eksperimen makmal yang mana sejumlah haiwan diberikan dos virus Covid-19 (SARS-CoV-2) dan tidak melibatkan interaksi sebenar antara individu dan haiwan peliharaan mereka.Pasukan itu yang diketuai ahli virologi, Bu Zhigao yang melakukan ujian tersebut ke atas lima ekor kucing domestik dan penyelidik menemui zarah virus berjangkit dan genetik virus (RNA) pada saluran pernafasan dua haiwan yang dimatikan enam hari kemudian.

Dilaporkan tiga kucing lain yang diberikan dos virus itu diletakkan di dalam sangkar bersebelahan dengan spesies sama yang bebas jangkitan. Seterusnya mereka kemudiannya mengesan zarah virus berjangkit pada salah seekor kucing di sangkar berlainan yang dipercayai disebarkan melalui titisan.Kajian mereka mendapati keempat-empat kucing yang dijangkiti juga menghasilkan antibodi terhadap SARS-CoV-2.

Menurut ahli virologi, Linda Saif dari Ohio State University di Wooster, tiada bukti menunjukkan kucing dijangkiti boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain.Saintis lain bagaimanapun mendakwa masih tiada bukti konklusif yang menunjukkan virus itu boleh disebarkan daripada haiwan peliharaan kepada manusia.Tetapi, mereka menyarankan supaya haiwan terbabit terus ditempatkan di dalam rumah atau lokasi tertutup untuk mengurangkan risiko ia terdedah kepada jangkitan.Saintis-saintis menyarankan kepada individu positif Covid-19 supaya tidak membuat kontak rapat dengan haiwan peliharaan mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Kucing Tiba Tiba Ada Sakit Ini. Diana Danielle Kongsi Tips Bermanfaat Untuk Atasi Masalah Tersebut

Tanpa ragu Diana Danielle telah berkongsi tips buat pencinta kucing untuk tenangkan kucing sekiranya mereka didatangi sakit s4wan secara tiba tiba. Jelas Diana Danielle, “Kalau nampak kucing-kucing anda macam ni jangan panik. Dia terkena sawn. Pegang dia (dengan towel kalau takut kena ckar), pegang bahagian badan kucing tapi jangan letak tekanan.“Tekan badan dia, dia tengah meronta tanpa sedar, jadi hanya pegang sampai selesai episod sawn dia — supaya tak terlompat ke sana sini dan cederakan diri.

Tambah lagi“Kalau nampak dia bengkok-bengkokkan badan, pegang dengan lembut bahagian yang terlebih stretch tu supaya tak terpatah ke tersenggol.“Jangan letak jari kat mulut dia tau, diorang tak boleh kawal pergerakan jadi kalau dia gigit tak lepas tu itu hanya tindak balas sawn tu.

“Jauhkan jari dari bahagian mulut dia. Panggil nama dia dengan lembut, beritahu segalanya akan bertukar menjadi baik.“Dia akan dapat rasa kalau kita kalut jadi kekal tenang dan berbual dengannya. Dia akan tahu ada seseorang yang boleh selamat dirinya.“Bila dah settle down, belai dia dan bercakap dengan dia sebab dia mesti takut dan keliru. Just love them,” coretnya.

Justeru itu sebagai pencinta haiwan, Diana berharap perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat.Diana juga turut mengucapkan terima kasih kepada Haziq Aiman kerana berkongsi ilmu pengetahuan yang sangat penting buat pencinta haiwan.

Kucing Merupakan Haiwan Yang Boleh Jaga Diri Mereka Sendiri. Kini Ketahui Rupanya Sakit Ini Juga Merupakan Perkara Biasa Untuk Spesiesnya.

Lima penyakit ini merupakan penyakit yang biasa dialami oleh kucing kesayangan anda. Kucing juga dikenali sebagai salah satu haiwan yang mampu untuk menjaga dirinya sendiri dari sebarang penyakit. Namun, sekiranya anda pemilik kucing pasti anda tidak mahu apa-apa terjadi pada kucing anda. Jadi, anda juga perlu menitikberatkan sebarang hal kemungkinan yang bakal berlaku pada si bulus kesayangan anda. Hal ini disebabkan, ada beberapa kes yang umumnya terjadi pada kucing kesayangan anda dan ianya juga tidak boleh dianggap hal yang remeh-temeh. Pasti anda tertanya-tanya apa yang sering dialami oleh spesies kucing anda.

1. Muntah

Muntah adalah masalah kesihatan paling biasa terjadi pada seekor kucing. Penyebabnya juga pelbagai seperti makanan yang boleh membawa sebarang masalah, jangkitan kuman serta petanda ia mengalami masalah pundi kencing atau penghadaman. Sekiranya kucing anda muntah dan melelehkan air liur serta bernafas laju, segeralah bawanya berjumpa doktor. Lebih baik jika ambil sedikit sampel muntahnya kerana ia boleh memberi jawapan mengapa ia muntah.

2. Pundi kencing

Penyakit berkaitan pundi kencing atau Feline Lower Urinary Tract Diseases (FLUTD) juga antara perkara biasa dalam kalangan kucing. Ia biasanya berlaku pada kucing yang mempunyai lebihan berat badan serta sering makan makanan kering. Tekanan disebabkan sering terkurung di dalam rumah boleh meningkatkan risiko FLUTD dan gejala jelas kucing minum lebih banyak, sukar membuang air kecil, air kencing yang mengeluarkan cecair merah dan menangis ketika membuang air kecil.

3. Kutu

Kutu juga adalah masalah biasa dalam kalangan kucing namun ia boleh ditangani dengan mudah. Cara mengenal kucing yang mengalami masalah kutu adalah ia sering menggaru, menjilat serta mengalami jangkitan pada kulitnya. Mesikpun ia boleh dirawat namun sekiranya ia dibiarkan si bulus berisiko mengalami masalah anemia. Jadi pastikan masalah kutu pada kucing segera dicegah.

4. Cacing pita

Cacing pita hidup di dalam usus kecil kucing dan boleh membesar sehingga 60 sentimeter. Gejalanya tidak ketara namun kucing mungkin akan mengalami muntah serta mengalami penurunan berat badan. Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada kucing anda mempunyai cacing pita adalah dengan melihat najisnya dan memeriksa bahagian duburnya. Biasanya, cacing pita akan keluar ketika ia sedang tidur. Jika anda melihat ada benda aneh berbentuk seperti beras atau biji bijan, kemungkinan ia adalah cacing pita.

5. Cirit birit

Banyak perkara boleh menyebabkan kucing anda cirit birit termasuk kehadiran parasit, makan makanan basi, elergi, jangkitan kuman, penyakit hati, k4nser dan sebagainya. Najisnya juga berbentuk cecair dan bergantung kepada penyebabnya, masalah cirit birit pada kucing boleh berlaku selama seminggu atau berbulan-bulan. Jika kucing mengalami cirit birit, berikan ia minum untuk mencegah dehidrasi dan segera membawanya berjumpa doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *