Pasti anda pelik apabila si bulus anda tiba tiba berubah seperti ini. Tahukah anda kucing juga mudah untuk rasa cemburu dan ini tindakan yang perlu dilakukan.

Haiwan kucing tips

Tahukah anda bahawa kucing juga boleh cemburu. Kelakuan cemburu ini boleh dilihat dengan jelas seperti dia mendesis, menggeram dan menampar objek. Perilaku cemburu juga boleh ditunjukkan apabila dia ingin duduk di pangkuan anda apabila anda sedang bermain dengan haiwan lain atau mengendong bayi anda.

Kucing yang cemburu juga boleh menunjukkan sifat agresif seperti menggaru-garu objek dan menggigit malah, boleh merosakkan peralatan rumah. Salah satu perangai buruknya akibat cemburu ialah dengan membuang air kecil di luar bekas pasir atau di tempat tidur haiwan lain. Ini adalah salah satu masalah yang perlu anda ambil perhatian.

Penyebab Kucing Cemburu

  1. Pemilik memberi perhatian kepada haiwan lain atau anggota keluarga baru. Ini selalunya penyebab utama yang memungkinkan ia cemburu. Kehadiran bayi baru juga boleh menyebabkan ia cemburu kerana waktumu akan jadi berkurangan dengannya.
  2. Kurangnya aktiviti sosial semasa kucingmu kecil akan membuatkan dia sentiasa bergantung kepada anda dan dia akan menunjukkan rasa cemburu jika ada kesempatan.
  3. Perubahan rutin harian termasuk jadual makan.
  4. Kurang ruang peribadi seperti tempat tidur atau barangan miliknya diberikan kepada haiwan peliharaan lain.
  5. Rasa tidak selamat dengan kehadiran haiwan lain atau anggota keluarga baru.

Cara Hadapi Kucing Yang Cemburu

Susah juga nak menghadapi kucing yang cemburu tetapi ada beberapa cara yang boleh diikuti untuk kurangkan cemburunya.

1. Mencari penyebab

Jika sudah tahu penyebabnya, maka anda boleh mencari penyelesainya. Tanyakan pada diri, apakah perubahan yang terjadi di rumah, seperti:

  • Apakah ada seseorang yang baru pindah?
  • Apakah ada kehadiran bayi atau haiwan peliharaan baru?
  • Apakah anda menghabiskan banyak masa untuk sesuatu yang tidak anda lakukan sebelum ini?
  • Apakah tempat kegemaran kucingmu terganggu?

2. Memberikan lebih banyak waktu

Cara termudah untuk mengurangkan rasa cemburu kucingmu adalah dengan meluangkan lebih banyak masa untuknya. Dengan memberi lebih perhatian biasanya dapat mengubati perangai buruk kucing dan ada beberapa cara yang boleh kamu lakukan:

  • Memberikan mainan interaktif untuk bermain dengan kucing, seperti laser atau tongkat bulu.
  • Memberi makan kepada mereka apabila mempunyai waktu terluang.
  • Bermain dengan kucingmu dan memberikan perhatian penuh kepadanya selama beberapa minit.
  • Tawarkan kucingmu hadiah jika mereka berperangai baik.

3. Beri kucingmu ruang peribadi

Kebanyakan kucing sukakan ruang peribadi. Apabila anda memperkenalkan anggota keluarga baharu tidak kira manusia atau haiwan lain, anda mungkin telah meragut ruang itu darinya. Ini akan menjadikan ia cemburu. Cuba berikan ia ruang peribadi samada dengan memindahkan tempat makannya ke suatu tempat yang khusus untuknya atau memberi ruang agar ia tidak diganggu oleh haiwan peliharaan lain. Jangan pula beri mainan kegemarannya kepada haiwan lain. Letak mainan kegemarannya di ruang peribadinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tidak Mustahil Jika Si Bulus Anda Kekal Aktif Dalam Gelap. Rupanya Ini Pandangan Daripada Sisi Mata Kucing.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering dijadikan pilihan oleh orang ramai malah ada yang menganggap haiwan tersebut seperti keluarga sendiri. Layanan yang baik terhadap kucing sedikit sebanyak dapat mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental seseorang. Bagi yang memelihara kucing, anda sudah pastinya menyedari bahawa kucing mempunyai pelbagai perbezaan sekiranya dibandingkan dengan manusia.

Antaranya ialah penglihatan kucing yang sangat berbeza dengan penglihatan seorang manusia biasa. Perbezaan tersebut adalah disebabkan oleh retina iaitu lapisan pada mata yang mempunyai sel yang dikenali sebagai photoreceptors. Sel ini menukarkan sinaran cahaya menjadi isyarat elektrik dan kemudiannya diproses kepada sel saraf sebelum dihantar kepada otak untuk ditafsirkan.

Penglihatan Warna

Bagi seekor kucing, mereka tidak dapat melihat kepada keseluruhan spektrum tetapi masih boleh melihat bagi beberapa jenis warna. Pada dasarnya, kucing mempunyai penglihatan seperti manusia yang mempunyai masalah buta warna. Seekor kucing biasa hanya boleh melihat warna biru dan hijau sahaja ketika kehidupannya.

Selain itu, mereka juga mempunyai masalah yang sama dengan manusia yang buta warna kerana mungkin tidak dapat membezakan antara warna merah dan hijau.

Penglihatan Malam

Kita sering melihat kucing dapat bergerak dengan pantas di dalam persekitaran yang gelap. Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada pada mata kucing untuk memudahkan haiwan ini untuk berburu mangsanya. Kucing dapat melihat enam hingga lapan kali lebih baik daripada manusia ketika berada dalam gelap. Perkara ini disebabkan oleh tapetum lucidum iaitu satu lapisan tisu yang terletak di belakang retina kucing. Tapetum lucidum ini berfungsi untuk mencerminkan cahaya dan meningkatkan cahaya yang tersedia untuk sel-sel photoreceptor di retina, yang meningkatkan penglihatan dalam keadaan yang gelap.

Bidang Visual

Kelebihan lain yang terdapat pada mata kucing ialah dapat mengesan pergerakan walaupun ianya hanya pergerakan kecil yang boleh membantu mereka semasa memburu. Kucing mempunyai visi binokular yang membuatkan mereka dapat melihat tiga dimensi iaitu berupaya untuk melihat kedalaman dan menentukan jarak objek.

Walau bagaimanapun, penglihatan 3D kucing adalah tidak begitu halus seperti manusia kerana mempunyai visi periferal kucing yang lebih besar daripada manusia. Seekor kucing mampu untuk melihat pandangan yang lebih luas berbanding manusia dan ianya membantu kucing untuk mengesan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Jarak Penglihatan

Kucing mempunyai penglihatan yang baik bagi jarak yang dekat. Perkara ini kerana kucing hanya boleh melihat sejauh beberapa ratus meter sahaja dan akan kelihatan kabur bagi pemandangan yang lebih jauh. Selain itu, penglihatan kucing juga agak lemah untuk melihat visual di bawah hidungnya yang menyebabkan mereka mempunyai masalah untuk mengesan sesuatu yang berada berdekatan dengan tubuh mereka.

Sumber: Consciouscat.net, Popsci.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemilik Baru Kucing Jual Kucing Dengan Harga RM400. Ini Alasan Pemilik Baru Kucing Sebab Dia Jual

Khas buat pencinta kucing,nasihat khas buat anda buatlah adoption daripada beli. Tetapi kes yang terjadi ini membuatkan kita terfikir sekiranya kita berniat untuk memberikannya kepada orang. Anda seharusnya perlu membuat penyelidikan supaya nasib kucing kucng ini terbela dan tak dia apa kan olej pemilik baru. Namun begitu, amat menyedihkan sekali bila ada orang yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk dijadikan jalan pintas bagi dapatkan wang.

Difahamkan seorang lelaki yang memiliki 2 ekor kucing peliharaannya telah diberikan kepada tuan baru, mereka berhubung menerusi Facebook Group Cat Free For Adoption (Malaysia). Siapa sangka si tuan baru itu rupanya ambil kucing yang dinamakan Tom & Jerry itu untuk kaut untung dengan menjual kucingnya berharga RM400 bagi salah seekor kucingnya kerana ia dijual secara asing-asing!

Perkara tersebut dapat diketahui selepas gambar kucing kucingnya itu diiklankan ke dala grup lain 2 minggu selepas kucing kucingnya diserahkan kepada individu tersebut. Sebaik sahaja lelaki itu cuba menghubungi individu tersebut, alasan yang diberika oleh individu itu adalah kerana Tom dan Jerry itu kerap berbalah. Bahkan pemilik sebenar kucing tersebut menyatakan sepanjang dia menjaga Tom dan Jerry, kucing kucing itu mana pernah berbalah.

Gara gara itu, lelaki tersebut dan Ani Red Wolf Hassan, pengendali FB Group itu ada cuba untuk dapatkan semula kucing-kucing tersebut tapi malangnya gagal kerana kucing itu telah diberikan dengan cara sukarela.“Balai polis PJ cakap takda kes sebab Fazril Nordin dah serahkan T&J dengan suka rela hati, bukan pksaan.”Susulan dengan kes ini, ia telah mengajar Ani sebagai admin untuk lebih berhati-hati.

Tiba Tiba Sahaja Kucing Tak Balik Rumah. Besar Kemungkinan 3 Perkara Ini Yang Berlaku

Pernah tak kucing peliharaan anda tak balik rumah ataupun hilang secara tiba tiba ? Bagi pencinta kucing, kehilangan kucing membuatkan mereka merasa kucing tersebut sudah tidak sayang akan tuannya. Namun begitu, pernah tak terfikir yang besarrkemungkinan kucing yang anda sayang selama ini bertindak menghilang atau tidak balik rumah disebabkan tingkah laku pemiliknya sendiri? Jom ikuti faktor kucing anda bersikap sedemikian.

Pertama, mereka merasa kurang perhatian. Macam yang kita sedia tahu, kucing dan manusia adalah mahkluk hidup yang memerlukan perhatian oleh seseorang. Kucing juga akan cepat terasa sekiranya diri mereka dipinggirkan atau diabaikan terutamanya mereka yang bersifat manja. Begitu juga, sekiranya pemiliknya memelihara kucing lain di rumah yang sama, ia akan membuat diri mereka diabaikan.

Kedua, yang ini agak perit iaitu mereka mengalami sakit yang agak teruk.Perkara ini kerap terjadi kerana kebiasaannya kucing akan hilang atau pergi dari pemiliknya apabila mengetahui “masa” mereka sudah sampai. Mereka akan mencari tempat yang gelap bahkan jauh dari manusia. Mereka hanya inginkan keamanan dan tidak ingin diganggu oleh sesiapa.

Akhir sekali, mungkin ia berasa stres. Kalau manusia ada rasa stres, kucing juga sama. Kemungkinan kucing berasa rimas atau tertekan apabila berada di rumah yang membuatkan dirinya tidak berasa selamat dan aman lagi. Oleh itu, kucing akan bertindak untuk keluar dan hilang mencari tempat yang lebih aman dan selamat buat diri mereka. Oleh itu, anda disarankan untuk lebih memberi perhatian dan menjaga kucing kesayangan anda dengan baik.

Sanggup Bina Rumah Banglo Khas Buat Kucing Kesayangan. Ramai Warganet Kagum Dengan Senibina Rumah Itu

Buat pencinta kucing, anda mesti sudah menganggap kucing kesayangan anda bukan sekadar haiwan tapi mereka sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Ia merangkumi dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan segala yang terbaik akan disediakan demi kucing kesayangan

Oleh itu, satu perkongsian oleh pengguna FB menerusi satu Group FB iaitu Kucing Sepahkan Apa Hari Ini telah meraih perhatian ramai. Ternyata gambar gambar rumah banglo khas yang disediakan kepada kucing kesayangan menjadi tumpuan ramai kerana kagum dengan keindahan rumah itu.

Jika dilihat, rumah kucing ini sememangnya luar biasa kerana telah direka dengan senibina yang moden dan ditambah pula dengan persekitaran yang indah dan hiasan dalaman yang lengkap untuk memberi keselesaan kucing kucing habiskan waktu di situ.

Pendek cerita, memang beruntung kucing yang mendiami banglo khas tu.Di ruangan kapsyen, Maaf ya kita tak sepah apa-apa pun sebab mama dah warning. Tapi sebab ankel dengan antie yang nak tengok interior umah kita jadi kita nak tunjuk kan ni lah rupa rumah kita. Tak salah kan. Yang ada anak kecik tu mama kita dah asingkan. Mama kita takut kita kacau anak-anak dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *