Ini merupakan tanda umum yang bakal terjadi pada kucing yang punyai alahan. Rupanya ianya banyak puncanya.

Haiwan KESIHATAN kucing tips

S1) Apakah tanda-tanda umum yang berlaku jika kucing mempunyai alahan? Boleh doktor bantu menerangkan dengan lebih lanjut.

Alahan adalah satu reaksi sistem imuniti badan menolak sesuatu agen yang lazimnya tidak berbahaya kepada kucing lain, tetapi boleh menyebabkan alahan teruk kepada sesetengah kucing. Agen/bahan yang menyebabkan alergi dipanggil ALLERGEN. Sistem imuniti individu kucing tersebut tersangat sensitif dan mudah bertindak balas apabila terdedah kepada allergen tertentu.  Alergan boleh jadi daripada pelbagai punca.

S2) Mengikut kefahaman doktor, adakah alahan itu berpunca dari faktor kesihatan, jangkitan atau kelemahan sistem imunisasi badan?

Alahan adalah reaksi kimia dalam badan yang menghasilkan histamin apabila alahan tersebut (triggered) bertindak dengan allergen tertentu. Ia tidak semestinya berpunca daripada jangkitan virus dan bakteria. Respon immuniti individu yang sangat sensitif kepada allergen atau sesuatu objek keliling yang menyebabkan allergi terjadi.

S3) Adakah kucing juga berisiko mempunyai alahan disebabkan makanan? Boleh doktor rungkaikan lebih terperinci.

Alahan ada pelbagai bentuk, ada sesetengah kucing yang alah pada makanan berprotein (non-hydrolised protein) yang boleh menyebabkan cirit berpanjangan, gatal-gatal badan, mata berair, dan sesak nafas. Makanan berasaskan ayam yang lazimnya menyebabkan allergi, jadi pemilik kucing harus lebih peka dan elakkan kucing anda makan makanan berasaskan ayam. Respon individu adalah berbeza-beza. Ini kerana sistem badan mereka tidak dapat menerima kandungan protein yang terdapat pada makanan tersebut, dan bertindak balas untuk membuang ia secara mekanikal; cirit, dan juga tindak balas kimia dalam badan; rembesan histamine yang menyebabkan gatal-gatal, mata merah berair

S4) Sekiranya kucing saya mengalami alahan yang teruk, apa yang perlu saya lakukan bagi mengatasi alahan tersebut?

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan segera;

1. Bawa ke Klinik Haiwan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor 2. Doktor akan melakukan beberapa ujian atau pemeriksaan untuk mengesahkan allergy; memperolehi sejarah perubatan kucing tersebut, ujian darah dan ‘allergy test’

3. Bagi kondisi alergi yang kritikal, suntikan steroid dan anti-histamin akan diberikan mengikut dos, dan ubat akan diberikan untuk rawatan di rumah. Walau bagaimana pun, alergi tidak hanya bergantung pada rawatan ubat semata, kerana efek ubat hanyalah sementara dan allergi masih boleh berlaku jika allergan tidak dikenal pasti dan kucing masih lagi terdedah dan ‘in contact’ kepada allergan tersebut 4. Doktor akan menasihatkan untuk tukar kepada makanan anti-allergi, di mana kandungan proteinnya telah di’hydrolised’kan dan boleh diterima oleh badan

5. Pemilik kucing akan di minta untuk membuat ‘Food Trial’ di rumah selama 2-3 minggu, dan perhatikan perubahan kepada kucing anda. Setelah 3 minggu, uji kembali makanan lama kepada mereka dan perhatikan tindak balas allergi berlaku kembali atau tidak. Jika berlaku, anda perlu catatkan apakah jenis makan tersebut yang menyebabkan alergi dan jenis makanan yang serasi dengan kucing anda. 6. Untuk kenal pasti faktor allergi pada kucing memang mencabar dan memakan masa, kerana ‘Alergy Trial’ perlu dilakukan untuk mengetahui agen-agen allergi untuk kucing anda.

S5) Bagaimana alahan-alahan pada kucing ini boleh dirawat atau dicegah? Boleh doktor kongsikan serba ringkas.

Alahan boleh dicegah apabila kita mengetahui apakah sumber/ allergen tersebut dan kita ‘eliminate’ /hindarkan kucing kita daripada allergen itu. Rawatan ubat hanyalah sementara untuk mengurangkan kegatalan dan radang pada waktu tersebut.

1. Mulakan dengan program pencegahan kutu 2. Tukar kepada makanan anti-allergi (hydrolysed protein) 3. Jangan gunakan pasir yang ada bahan pewangi 4. Vacum rumah, karpet, tempat tidur kucing sekerap mungkin 5. Mandikan kucing anda 1-2 kali seminggu, untuk kurangkan kegatalan badan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Akui Satu Rahsia Terbaru Untuk Hilangkan Jerawatnya. Tak Sangka Dengan Perbuatan Ini Dari Kucingnya Ianya Bantu Hilangkan Jerawat Dan Kulit Jadi Lembut.

Tiada siapa sangka dengan hanya jilatan kucing mampu merawat kulit muka yang bermasalah, tetapi tidak bagi gadis ini. Dinda yang berasal dari Indonesia mendakwa bahawa teknik jilatan daripada kucing miliknya bernama Nia berjaya menghilangkan masalah jerawat yang dihadapinya.

Dakwanya lagi, teknik merawat muka ini bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat malah turut melembutkan kulit mukanya. Kakak Dinda, Debi mengatakan bahawa dia telah melakukan itu hampir setiap hari selama tiga bulan dan ternyata jerawat di muka Dinda semakin berkurangan. Kucing itu akan naik ke atas buku sekolah Dinda bagi menjilat mukanya. Walaubagaimanapun, kucing tersebut hanya mahu menjilat wajah pemiliknya sahaja iaitu Dinda.

Sumber : newsflare

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Warna Bulu Unik Sangat Seolah Olah Macam Singa. Kucing Ini Jadi Tumpuan Pula Di Wadi Rum Jordan

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing antara salah satu haiwan yang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya pencinta kucing. Selain dengan telatah dia yang manja, kecomelan haiwan ini menjadi punca ramai suka dengan mereka. Selalunya korang tengom kucing warna oren kan atau nama glamornya oyen. Kali ni, admin nak kongsi tentang seekor kucing yang tular dekat Twitter gara gara warna bulu dia. Kredit kepada @nknukman di twitter

Masa tengok gamba tu, ingatkan ada orang letak rambut palsu atau kucing itu dipakaikan costume. Tapi ternyata ia memang bulu kucing tersebut. comel dan unik betul. Kalau perhati betul betul nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Kalau boleh admin pun nak simpan satu kalau boleh. Memang betul betul original. Memang spesis rare ni.Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yang sebenarnya dah lama korang perhatikan.Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *