Lain macam kucing yng dia dapat. Individu ini kongsi kisah menarik tentang kucing dan ini reaksi Lazada

kucing

Bagi era yang serba canggih ini segala urusan boleh dilakukan melalui secara atas talian erutamanya urus niaga dan perbankan. Susulan perkembangan ini, masyaraakat bijak mengambil peluanh untuk tambahkan pendapatam dengan melakukan perniagaan dalam talian bahkan ramai juga masyarakat yang membuat pembelian secara atas talian. Tak dinafikan cara ini memang mudah kerana anda perlukan telfon dan duit di bank

DIkhabarkan ada satu perkongsian dari penggunan Twitter Ann Jaafar berkaitan status pertukaran barang belian mendapat perhatian pentadbir laman sosial Lazada Malaysia. Ternyata pihak Lazada turut memberi jawapan balas berkenaan posting terbabit dan bertanya sebab penukaran tersebut. Bahkan warganet menyifatkan pihak Lazada sangat bagus dalam melayan karenah pelanggan di laman sosial.

Menarik sekali, gelagat kucing yang memasuki kotak penghantaran Lazada mencuit hati netizen. Ann Jaafar juga sempat meninggalkan gambar di mana kucing yang diberi nama Robert tersebut mengalami krisis identiti. Gambar tersebut memaparkan aksi Robert sedang memanjat pokok dan merasakan seperti seekor tupai.

Pasangan Ini Dedahkan Telah Membeli Seekor Kucing Daripada Laman Web Online. Tapi Sekali Lain Pula Yang Tiba.

Bagi mereka yang gemar membeli barang secara online, sudah semestinya tidak semua barang yang sampai tersebut adalah sama dengan apa yang digambarkan seperti dalam iklan produk tersebut. Namun, apa yang lebih rare, pasangan suami isteri dari Perancis ini pada asalnya telah membeli seekor kucing secara online untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Namun, kucing yang tiba tersebut adalah seekor anak harimau!

Terpengaruh dengan iklan 2 tahun lepas

New York Post yang memetik laporan France Blue telah melaporkan pasangan dari Le Havre itu telah membeli seekor kucing liar baka Africa iaitu Savannah Cat.

Mereka berhasrat untuk membeli kucing tersebut selepas melihat iklan secara dalam talian, dua tahun yang lalu. Mereka juga dikatakan telah membelanjakan sebanyak 7,000 euro bersamaan dengan RM34,276 untuk membeli haiwan berkenaan dan memeliharanya dengan lesen yang sah. Fuh banyak tu! 

Anak Harimau Sumatera

Setelah kucing liar tersebut sampai di rumah, mereka mengesyaki ada perkara yang tidak kena sebelum mendapati kucing yang disangkakan baka Savannah Cat itu rupanya anak Harimau Sumatera. Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia, Harimau Sumatera adalah spesis haiwan liar yang dilindungi kerana dialami kepupusan. Dianggarkan hanya tinggal kurang daripada 400 ekor haiwan liar tersebut di seluruh dunia.

Jenayah pemerdagangan haiwan

Di Indonesia, siapa saja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi. Menurutnya wakil Tabung Hidupan Liar Sedunia, sesiapa sahaja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi di Indonesia.

Namun, masih banyak pihak yang masih menjual anggota badan haiwan liar berkenaan termasuk kulit di pasaran gelap di Sumatera dan negara-negara lain di Asia. Pihak berkuasa Perancis telah berjaya menangkap sembilan individu yang dikesan menjalankan operasi pemerdagangan harimau berkenaan.

Pihak berkuasa juga percaya bahawa anak harimau itu pernah digunakan untuk penggambaran sebuah video lagu rap. Namun, asal-usul anak harimau berkenaan masih belum dapat dipastikan. Anak harimau berkenaan telah dihantar ke Pejabat Biodiversiti Perancis untuk tindakan lanjut. Tak pasal-pasal dah rugi. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Mitos Yang Ramai Percaya Tapi Sebenarnya Tidak. Pakar Ini Jelaskan Tentang Segalanya.

Bagi sesiapa yang memiliki kucing mahupun menyukai kucing ini, anda sudah pasti mengetahui ada banyak mitos yang tersebar tentang haiwan ini. Antara itos nya ialah kucing adalah haiwan yang takut air dan kucing tak mudah hembuskan nafas terakhir sebab mempunyai banyak nywa. Namun begitu, adakah mitos ii tersebut betul? Ayuh ikuti kenyataan artikel dari Reader’s Digest.

Pertama, kucing adalah hauwan nocturnal. Untuk pengetahuan anda, kucing sebenarnya bukan haiwan yang berjaga pada waktu malam. Pakar kesihatan dan tingkah laku kucing Jackson Galaxy menyatakan bahawa kita sering menganggap kucing sebagai haiwan malam kerana mereka sering melakukan aktiviti pada waktu malam. “Kucing sebenarnya kusam, yang bermaksud mereka akan terjaga pada waktu senja dan subuh. Ini kerana di alam mereka, mangsa semula jadi mereka terjaga pada waktu senja dan subuh,” jelas Galaxy, yang juga menjadi tuan rumah My Cat From Hell di Animal Planet. Lama kelamaan, anda dapat menyesuaikan aktiviti kucing anda dengan jadual tidur anda. Anda harus memberi makan kucing pada masa yang sama setiap hari sehingga mereka mempunyai irama.

Kedua, kucing tak boleh dilatih. Sebenarnya kucing boleh dilatih seperti anjing. Kebanyakan orang tidak melatih kucing mereka kerana mereka tidak tahu bagaimana atau pernah mendengar mitos bahawa kucing tidak mendengar atau belajar,” ungkap behavioris dan pelatih anjing dan kucing yang diperakui Russell Hartstein.

Ada juga yang memaklumkan yang kucing suka menyendiri dan tidak penyayang“Dalam perbandingkan tingkah laku kucing dengan anjing, kita akhirnya memanggil kucing penyendiri, terlalu bebas, bahkan tidak menyayangi. Tidak adil bagi mereka, kita hanya menilai kucing kerana mereka tidak diprogramkan untuk menjadikan kita bahagia sebagai tujuan utama, “jelas Galaxy. Menurutnya, kita dapat melihat bahawa kebanyakan kucing berkembang dalam komuniti dan hubungan dengan manusia dan haiwan lain, dan mereka boleh dan memang menunjukkan cinta, tetapi cara kucing menunjukkan cinta berbeza dengan anjing.

Keempat, ada yang menyatakan kucing boleh minum susu lembu Sama seperti segelintir manusia, kucing boleh jadi tidak berkerja sama terhadap laktosa. Meskipun kucing sering dikaitkan dengan susu, anda tidak boleh memberi susu kepada kucing. “Semua mamalia dilahirkan dengan kemampuan mencerna susu kerana tubuh mereka mengandungi enzim laktase yang memecah protein laktosa. Namun, setelah anak kucing menyapih, ususnya berhenti menghasilkan enzim ini,” kata Dawn LaFontaine, sukarelawan perlindungan kucing, blogger kucing, dan pengasas Cat in the Box. Makan susu kucing boleh menyebabkan sakit perut, muntah dan cirit-birit. Makan susu kucing boleh menyebabkan sakit perut, mntah dan cirit-birit.

Kelima, kucing tak suka air. Ya tak dinafikan memang benar bahawa kucing tidak menyukai mandi, tetapi mereka tidak membnci air. “Kucing kurang ‘kedap air’ dibandingkan anjing, terima kasih kepada penjagaan berterusan mereka yang menjadikan kotnya bebas minyak dan sutera, jadi mereka cenderung lebih sejuk ketika basah, ”kata LaFontaine. “Tetapi banyak kucing dan anak kucing terpesona dengan air dan suka bermain-main di air paip, atau mencelupkan kaki mereka dalam air.”

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *