Ada hotel 5 bintang untuk kucing. Ternyata perkhidmatan hotel kucing ini sangat mengagumkan

kucing

Ternyata permintaan bagi sewaan kondominium dan hotel bagi haiwan peliharaa nampaknya semakin meningkat Malaysia apabila pemilik atau pencinta haiwan mempunyai masalah untuk urus haiwan kesayangan mereka sekiaranya masing masing terpaksa bekerja di luar kawasan ataupun lain lain. Kalau nak tahu jenama Catzonia merupakan salah satu pilihan yang amat popular dalam kalangan peminat kucing.

Jenama Catzonia ini terkenal dengan perkhidmatan pusat jagaan harian premium yang mengutamakan keselesaan paling optimum kepada haiwan tersebut. Hotel kucing ini sememangnya jadi pilihan kepada orang kenamaan , selebriti dan pemilik kucing yang mengambil berat kesejahteraan haiwan kesayangan ketika mereka tiada di rumah. Difahamkan pakej hotel penginapan kucing berkelas lima bintang yang lengkap dengan pelbagai kemudahan ada di sini berbanding perkhidmatan yang biasa di pasaran.

Ternyata selain bilik selesa yang menempatkan katil, taman permainan mini dan tandas khas , kucing yang ditempatkan di kemudahan 5 bintang diberikan juga makanan premium sebanyak 3 kali sehari, dibersihkam dan sesi bermain bersama penjaga pusat jagaan tersebut. Pekerja di tempat tersebut terdiri daripada kakitangan Catzonia yang sememangnya pencinta kucing

Dan menarik sekali, kemudahan berkenaan juga dilengkapi kamera litar bertutup iaitu CCTV dengan pancaran secarablangsung ke telefon pintar pelanggan menerusi aplikasi khas bagi memastikan pelanggan dapat memantau aktiviti haiwan kesayangan mereka. Bahkan kemudahan berkenaan ditingkatkan dengan tahap kebersihan optimum melalui sistem pengudaraan yang dibangunkan sendiri oleh Muhammad Syahir Zainal, 29 bekas jurutera yang terbabit dalam beberapa projek rel mega di Malaysia, demi mengadaptasikan minatnya kepada haiwan kesayangan.

Ramai warganet begitu teruja melihat keadaan kucing di Catzonia. Sampai ada yang mahu bertukar menjadi kucing usai melihat keadaan kucing yang begitu selesa dan mewah di sana. Siap ada warganet yang berminat untuk kerja di Catzonia.

Kucing Kesayangan Hilang Kat Hotel Kucing. Boleh Pula Nak Ganti Baru Dan Ini Reaksi Lelaki Itu

Difahamkan seorang pengguna Twitter luah rasa sedih apabila kucing peliharaannya hilang semasa di bawah jagaan sebuah hotel kucing. Lelaki ini berkongsikan satu kicauan tentang kehilangan kucing yang dijaganya sejak enam tahun yang lalu.

Terangnya,Bayangkan hantar kucing kesayangan ke cat boarding/hotel sebab nak balik kampung. Lepas tu bila nak pick up, kedai tu cakap “sorry kucing hilang”KUCING HILANG DARI KEDAI TAMAN KUCING SETIA ALAMNama: JustinTarikh hilang: 26/7/2020Area: Setia AlamTolong DM jika terjumpa pic.twitter.com/cphYgqWCRu— Shearer Alan (@shearer_alan_}

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, kucing yang diberi nama Justin itu telah hilang selama seminggu namun tidak dimaklumkan langsung kepada tuannya.Malah, hotel haiwan itu telah memberikan seekor kucing baru sebagai ganti.“Mereka beri kucing baru sebagai ganti. Nak diikutkan hati, memang tak nak kucing lain, nak Justin jugak. Dia ingat haiwan tu barang ke boleh diganti semula?

No Tiada pampasan boleh menggantikan seekor kucing yang sudah dianggap sebagai keluarga,” tulisnya lagi.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersedih dan marah dengan nasib yang menimpa pengguna tersebut.Ramai yang menyarankan agar pengguna tersebut membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel kucing tersebut agar mereka ambil pengajaran dan tidak melakukan kesilapan yang sama.

“Bayangkan hantar anak pergi taska lepas tu mereka kata anak hilang dan mahu gantikan dengan anak baru,” komen seorang wargamaya.“Buat report polis. Ini adalah kesalahan perniagaan dan pengabaian. Kucing itu adalah harta kita. Keluarga kita. Jangan ingat diorang senang-senang nak lepas tanggung jawab,” tulis seorang wargamaya.“Memang mereka tak bertanggung jawab. Nak bisnes tapi tak serius. Jauhilah daripada menghantar kucing ke kedai itu.

Biar dia belajar macam mana nak bisnes,” seru seorang wargamaya.“Cuba cakap dengan kucing jalanan suruh diorang carikan kucing you. I pernah nampak tweet seseorang. Kucing dia balik rumah lepas tu,” cadang seorang wargamaya.“Inilah mimpi terburuk saya. Dulu hantar juga kucing saya kat kedai haiwan gini. Tapi tak sedap hati sebab bila waktu main, dia lepas je kucing kat dalam. Sekali tu saya siap tolong kejar lagi satu anak kucing yang serbu keluar masa ada pelanggan buka pintu.Takziah, bro. Semoga jumpa balik,” kata seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, kicauan tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau daripada warga Twitter.Pihak Gempak mendoakan agar Justin segara pulang ke pangkuan tuannya yang disayangi.

Sanggup Bina Rumah Banglo Khas Buat Kucing Kesayangan. Ramai Warganet Kagum Dengan Senibina Rumah Itu

Buat pencinta kucing, anda mesti sudah menganggap kucing kesayangan anda bukan sekadar haiwan tapi mereka sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Ia merangkumi dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan segala yang terbaik akan disediakan demi kucing kesayangan

Oleh itu, satu perkongsian oleh pengguna FB menerusi satu Group FB iaitu Kucing Sepahkan Apa Hari Ini telah meraih perhatian ramai. Ternyata gambar gambar rumah banglo khas yang disediakan kepada kucing kesayangan menjadi tumpuan ramai kerana kagum dengan keindahan rumah itu.

Jika dilihat, rumah kucing ini sememangnya luar biasa kerana telah direka dengan senibina yang moden dan ditambah pula dengan persekitaran yang indah dan hiasan dalaman yang lengkap untuk memberi keselesaan kucing kucing habiskan waktu di situ.

Pendek cerita, memang beruntung kucing yang mendiami banglo khas tu.Di ruangan kapsyen, Maaf ya kita tak sepah apa-apa pun sebab mama dah warning. Tapi sebab ankel dengan antie yang nak tengok interior umah kita jadi kita nak tunjuk kan ni lah rupa rumah kita. Tak salah kan. Yang ada anak kecik tu mama kita dah asingkan. Mama kita takut kita kacau anak-anak dia.

Kucing Merupakan Haiwan Yang Sering Menjadi Pilihan Untuk Dibela. Tapi Tahukah Anda Ada 6 Masalah Umum Kesihatan Yang Kerap Dialaminya.

Kucing merupakan salah satu haiwan yang banyak menjadi pilihan manusia untuk dijadikan haiwan peliharaan mereka. Binatang berbulu ini sering mempunyai ragamnya yang akan menarik perhatian setiap pecintanya. Namun, tahukah anda setiap kucing juga boleh mengalami masalah kesihatan tanpa kita sedari. Ini antara beberapa masalah kesihatan yang biasanya dihadapi oleh si bulus anda :

1. Muntah

Muntah merupakan masalah kesihatan yang kerap terjadi pada kucing. Adapun penyebabnya boleh beraneka rupa mulai dari makan makanan yang bahan yang membahayakan, benda yang seharusnya tak dimakan, gangguan saluran kemih, maupun diabetes. Kucing yang terus-terusan muntah bisa mengalami dehidrasi. Jika ia terus muntah serta menunjukkan perilaku tampak gelisah , sebaiknya segera hubungi doktor haiwan Anda.

2. Penyakit saluran kemih bagian bawah

Sebanyak 3 peratus kucing yang ditemui doktor mengalami penyakit saluran kemih bagian bawah atau kerap disebut dengan Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD). Ianya tidak mengenali jantina mahupun kucing jantan ataupun betina. Ianya tetap boleh mengalami penyakit ini. Selain itu, kerap terjadi pada kucing dengan berat badan yang berlebih.

Selain itu keadaan kucing yang mengalami tekanan yang teruk juga boleh mengalami sakit ini. Beberapa gejala FLUTD pada kucing meliputi urin yang mengeluarkan cecair merah, buang air kecil di tempat yang tidak biasa, kurang nafsu makan, muntah, sering menjilati area untuk berkemih,susah mengeluarkan urin , dan terlihat mengalami tekanan yang teruk.

Jika itu terjadi, perkara ini boleh menjadi lebih serious. Segera konsultasikan dengan doktor haiwan jika anda curiga dengan keadaan kucing Anda mengalami FLUTD.

3. Kutu

Kucing berkutu merupakan masalah kesehatan kucing yang paling sering terjadi. Tanda-tanda kucing kutuan diantaranya adalah adanya kotoran kutu di kulit yang terlihat seperti titik-titik hitam kecil. Selain itu, ia berkali-kali menggaru tubuhnya secara terus menerus. Sering menjilat, kulit merah atau teriritasi, bulunya yang gugur dan timbulnya infeksi kulit. Kucing yang mengalami kutuan berisiko anemia jika masalahnya tidak ditangani dengan serius. Malah ianya harus dipandang serious dan teruk berjumpa dengan doktor haiwan untu mengambil ubat yang betul untuk menghilanga kutu di badannya. Secara amnya, perawatan untuk menghilangkan kutu ini adalah denga menggunakan ubat oral mahupun ubat luar

4. Cacing pita

Masalah kesihatan lain pada kucing adalah cacingan. Cacing pita boleh hidup di usus kecil kucing dan kadang tumbuh hingga 2 kaki. Gejala yang boleh dilihat pada kucing yang menderita cacingan adalah muntah dan terjadinya penurunan berat badan. Anda juga boleh melihat pada anus maupun kotorannya. Biasanya cacing pita keluar dari anus saat kucing sedang tidur atau bersantai. Jika Anda melihat cacing putih kecil seperti parutan kelapa maka kemungkinan besar kucing Anda menderita cacingan. Pilihan ubat umumnya merupakan suntikan, oral mahupun topikal (obat luar). Tapi kerana cacingan yang diderita kucing akibat menelan kutu, maka sebaiknya selesaikan dulu masalah kutu pada kucing Anda.

5. Diare

Kucing bisa mengalami diare layaknya manusia. Beberapa penyebab diare pada kucing diantaranya adalah akibat parasite usus, makanan busuk, alergi, infeksi, penyakit hati, kanker, dan masih banyak lagi. Keadaan diare pada kucing boleh berlangsung selama sehari, seminggu hingga berbulan-bulan. Apabila kucing mengalami diare maka berikan ia air tawar segar dan bersih untuk mencegah terjadinya dehidrasi. Serta ganti makanan kucing jangan lebih dari 12 hingga 24 jam. Bawalah kucing ke doktor ketika kucing mengalami diare disertai muntah, tinja yang mengeluarkan cecair bewarna merah atau berwana gelap, demam, lesu, kehilangan nafsu makan mahupun diare berkepanjangan.

6. Masalah mata

Beberapa masalah mata yang muncul pada kucing umumnya adalah konjugtivitis, ulkus kornea, katarak, glaucoma, trauma, virus peradangan dan penyakit retina. Beberapa gejala kucing Anda mengalami penyakit pada matanya adalah mata berair, bulu mata tampak berair, mata keruh, lapisan kelopak mata merah atau putih, bercak di sudut-sudut mata, menyepitkan mata, terus-terusan menggosok mata mahupun munculnya kelopak mata ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *