Disebabkan tindakannya yang putuskan wayar headset ini. Si bulus in kembali bawa sesuatu sebagai ganti.

Haiwan kucing Viral

Mungkin kedengaran agak lucu, tetapi itulah yang berlaku apabila seekor kucing ‘menghadiahkan’ tuannya dengan seekor ular sebagai ganti setelah memutuskan wayar atau kabel alat dengar telefon. Kejadian itu dikongsi oleh tuannya, Haryanto Pherwhirra Ramadhani di salah satu group pencinta kucing di Facebook dan mendapat reaksi warganet yang rata-rata geli hati dengan gelagat haiwan peliharaannya.

Melalui posting itu, Haryanto memberitahu kucingnya asyik bermain sehingga mengigit wayar itu sampai putus. Dia yang terkejut dengan keadaan wayar tersebut terus memarahi kucing kesayangannya itu sehingga ia keluar dari rumah. Tidak semena-mena setelah satu jam menghilangkan diri, lucunya ia kembali dengan seekor anak ular, seperti memberitahu ia adalah ganti kepada wayar yang telah diputuskan.

Insiden itu membuatkan kucingnya itu menjadi terkenal sehingga mendapat liputan di akhbar tempatan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Banyak Cara Boleh Melebatkan Bulu Kucing Kesayangan Anda. Ketahui 10 Cara Untuk Cantikkan Si Bulus Anda.

Cara melebatkan bulu kucing boleh kamu terapkan pada peliharaan kesayangan. Kucing merupakan haiwan peliharaan yang dicintai banyak orang. Tingkahnya yang lucu dan bersahabat dengan manusia, menjadikan haiwan ini begitu dicintai. Ada banyak jenis kucing yang dipelihara mulai dari anggota, persia, hingga kucing domestik. Jenis-jenis kucing ini punya tampilan bulu baik pendek dan panjang. Terlepas dari jenisnya, tampilan bulu kucing juga dipengaruhi dari cara merawatnya.

Kamu mungkin pernah mendapati bulu kucing anda mudah gugur dan melekat di mana-mana. Bulu kucing juga boleh tumbuh nipis dan jarang kerana perawatan yang tidak diperhatikan. Tak perlu risau, anda boleh melebatkan bulu kucing dengan perawatan yang tepat. Cara melebatkan bulu kucing ini dilakukan dengan menjaga makanan, menghindari tekanan, dan menjaga kebersihannya. Berikut 10 cara melebatkan bulu kucing yang berhasil.

Cara melebatkan bulu kucing

Beri kuning telur matang

Kuning telur menawarkan banyak nutrisi termasuk protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kucing. Nutrisi ini sangat membantu pertumbuhan dan pemeliharaan bulu dan kulit kucing. Anda boleh memberikan kuning telur maksimum tiga kali seminggu. Berikan kuning telur saja, ini kerana putih telur mengandungi enzim yang disebut avidin yang memberi penyerapan vitamin B biotin yang diperlukan untuk kesihatan kulit dan bulu kucing. Selain itu, pastikan untuk memberikannya kuning telur matang. Telur yang mentah dapat mengandungi bakteria berbahaya seperti E. coli dan salmonella.

Minyak ikan

Minyak ikan mengandung asam omega-3 yang bisa digunakan untuk meningkatkan kualiti bulu kucing. Anda campurkan dengan asam lemak omega-6, yang terkandung dalam lemak ayam dan minyak sayur dapat menjaga daya tahan kulit terhadap peradangan. Ini dapat mencegah keguguran bulu pada kucing. Kamu boleh memberikan minyak ikan pada kucing seminggu sekali.

Cara melebatkan bulu kucing

Penuhi vitamin dan mineral

Setiap vitamin dan mineral memiliki manfaat berbeza untuk kesihatan bulu kucing. Mineral seperti ini sangat penting untuk melebatkan bulu kucing, sementara vitamin membantu penampilan dan kekuatan bulu dan kulit. Kekurangan vitamin dan mineral pada kucing boleh menguatkan pertumbuhan bulu dan menyebabkan keguguran. Anda juga boleh memberikan vitamin dan mineral tambahan dalam bentuk suplemen. Suplemen ini boleh ditemukan di pet shop atau doktor haiwan.

Perhatikan makanan kucing

Seberapa sihat kucing tergantung pada apa yang ia makan. Bulu kucing terutama terdiri dari protein. Jadi, protein sangat diperlukan. Makanan kucing yang baik adalah makanan yang jumlah karbohidrat, protein, dan lemaknya seimbang. Ini diperlukan untuk menjaga bulu yang lebih sihat dan lebih tebal.

Anda boleh memberi kucing makanan basah dan makanan kering dan mengkombinasikannya setiap hari. Kombinasi ini penting untuk memaksimumkan keseimbangan cairan pada kucing. Cairan yang seimbang dapat mencegah kering pada kulit kucing yang menggugurkan bulunya .

Cara melebatkan bulu kucing

Menyikat bulu dengan rutin

Sering menyikat bulu boleh memisahkan bulu yang gugur dari tubuh kucing. Bulu yang gugur, jika tetap berada pada kucing boleh mempercepatkan pertumbuhan bulu lainnya. Ini karena bulu yang gugur boleh menutupi permukaan kulit di mana bulu baru akan tumbuh. Bulu yang tidak disikat juga boleh menggumpal bersama kotoran lainnya.

Mandikan kucing

Selain menyikat dan merapikan, kamu boleh memandikan kucing untuk menghilangkan sisa bulu yang gugur dan serpihan kulit yang telah tiada. Kamu dapat memandikan kucing sebulan sekali. Memandikan kucing harus dilakukan dalam jumlah sedang kerana mereka memiliki minyak esensial yang bisa hilang jika sering dimandikan. Gunakan sampo yang dibuat khusus untuk kucing, dengan komposisi yang tidak berbahaya bagi kulit dan bulunya.

Cara melebatkan bulu kucing

Jangan biarkan kucing mengalami tekanan

Haiwan juga bisa merasa cemas dan tekanan. Kucing yang stres, tekanan darahnya boleh naik, membuat nutrisi yang dikirim ke seluruh tubuh melambat. Ini juga dapat mempengaruhi kesihatan bulu dan kulit kucing. Satu hal yang dapat kamu lakukan adalah memberinya banyak perhatian. Berikan perawatan yang cukup dan gizi yang seimbang.

Berikan cukup sinar matahari

Kucing memang tidak boleh menyerap vitamin D dari sinar matahari sama seperti manusia. Namun, kucing sangat suka kehangatan, begitu pula kehangatan sinar matahari. Sinar matahari bisa menguatkan bulu dan menghilangkan jamur, bakteria, atau parasit yang boleh melekat pada bulu kucing. Kamu boleh membiarkan kucing berjemur di pagi hari paling tidak selama 10 menit.6 dari 6 halaman

Cara melebatkan bulu kucing

Jaga kebersihan tempat tinggal kucing

Agar kucing memiliki bulu lebat, pastikan untuk menjaga kebersihan tempat tinggalnya. Rumah atau kandang yang kotor boleh menjadi sarang parasit yang boleh merosakkan bulu kucing. Pastikan kucing merasa nyaman berada dikandang atau lingkungan sekitarnya.

Jaga suhu ruangan

Kucing memiliki mekanisme sendiri untuk menjaga panas tubuh dan terletak di bulu. Kucing memiliki suhu normal di antara 37 hingga 38 darjah celcius. Suhu di atas itu akan membuat kucing menggugurkan bulunya untuk menjaga panas tubuh. Jadi pastikan untuk kucing tidak kepanasan setiap harinya.

Nah, itu dia cara merawat dan melebatkan bulu kucing yang sihat. Kalau kamu memiliki kucing peliharaan di rumah pastikan bulu mereka terawat dan paling utama jaga makanan mereka dengan makanan kucing dengan nutrisi tepat dan seimbang. Kamu boleh cuba berikan Muezza yang mengandung ekstrak Yucca Schidigera dan sangat berkhasiat untuk memberi penyerapan bakteria berbahaya di saluran pencernaan, sehingga kesehatan kucing lebih terjamin. Selain itu Muezza juga tersertifikasi halal dari The Central Islamic Committee Of Thailand. Ada lima varian Muezza seperti, Mackerel Flavor, Ocean Fish Flavor, Tuna Flavor, dan Salmon Flavor. Yuk segera beli varian rasa terfavoritnya di Shopee dan Tokopedia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasangan Ini Dedahkan Telah Membeli Seekor Kucing Daripada Laman Web Online. Tapi Sekali Lain Pula Yang Tiba.

Bagi mereka yang gemar membeli barang secara online, sudah semestinya tidak semua barang yang sampai tersebut adalah sama dengan apa yang digambarkan seperti dalam iklan produk tersebut. Namun, apa yang lebih rare, pasangan suami isteri dari Perancis ini pada asalnya telah membeli seekor kucing secara online untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Namun, kucing yang tiba tersebut adalah seekor anak harimau!

Terpengaruh dengan iklan 2 tahun lepas

New York Post yang memetik laporan France Blue telah melaporkan pasangan dari Le Havre itu telah membeli seekor kucing liar baka Africa iaitu Savannah Cat.

Mereka berhasrat untuk membeli kucing tersebut selepas melihat iklan secara dalam talian, dua tahun yang lalu. Mereka juga dikatakan telah membelanjakan sebanyak 7,000 euro bersamaan dengan RM34,276 untuk membeli haiwan berkenaan dan memeliharanya dengan lesen yang sah. Fuh banyak tu! 

Anak Harimau Sumatera

Setelah kucing liar tersebut sampai di rumah, mereka mengesyaki ada perkara yang tidak kena sebelum mendapati kucing yang disangkakan baka Savannah Cat itu rupanya anak Harimau Sumatera. Menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia, Harimau Sumatera adalah spesis haiwan liar yang dilindungi kerana dialami kepupusan. Dianggarkan hanya tinggal kurang daripada 400 ekor haiwan liar tersebut di seluruh dunia.

Jenayah pemerdagangan haiwan

Di Indonesia, siapa saja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi. Menurutnya wakil Tabung Hidupan Liar Sedunia, sesiapa sahaja yang memburu dan menangkap harimau akan dikenakan hukuman penjara dan denda yang tinggi di Indonesia.

Namun, masih banyak pihak yang masih menjual anggota badan haiwan liar berkenaan termasuk kulit di pasaran gelap di Sumatera dan negara-negara lain di Asia. Pihak berkuasa Perancis telah berjaya menangkap sembilan individu yang dikesan menjalankan operasi pemerdagangan harimau berkenaan.

Pihak berkuasa juga percaya bahawa anak harimau itu pernah digunakan untuk penggambaran sebuah video lagu rap. Namun, asal-usul anak harimau berkenaan masih belum dapat dipastikan. Anak harimau berkenaan telah dihantar ke Pejabat Biodiversiti Perancis untuk tindakan lanjut. Tak pasal-pasal dah rugi. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *