Bukan senang nak bela kucing tanpa ilmu. Ini 7 perkara sebelum anda ambil keputusan untuk bela kucing.

Haiwan kucing tips

Ramai yang menggemari haiwan comel bernama kucing ini. Dengan telatahnya yang manja dan biasanya aktif bermain, kucing sering dijadikan peneman di kala sunyi. Namun, terdapat tatacara penjagaan kucing yang perlu kita ambil kira bagi memastikan keperluannya mencukupi dari setiap aspek. Justeru, tanpa membuang masa, mari kita baca perkongsian saudari Nabilah mengenai cara dan tanggungjawab membela haiwan tersebut. Memiliki 35 ekor kucing pada masa ini, Nabilah berkata, ilmu amat penting dalam penjagaan haiwan tersebut.

“Kucing bukan sahaja makan, main, tidur. Ia lebih dari itu.”

Apa tanggungjawab kita kalau kita bela kucing?? Sebenarnya ramai yg memang ikhlas nak bela kucing tp takde ilmu. Tak cari ilmu. Tu yang jadi masalah bila tetibe kucing jadi apa2. Kucing bukan simply makan, main, tido. It is more than that.

Jangan ambil anak kucing bawah 3 bulan

Pesannya, elakkan mengambil anak kucing berusia bawah 3 bulan dan memisahkannya dengan si ibu. Hal ini kerana ia memerlukan penjagaan rapi dan lebih teliti berbanding kucing yang lebih berusia. Kalau nak adopt kucing, tolong jangan adopt kucing bawah 3 bulan yg takde ibu. Jangan letak dlm kepala “nak masa kecik sebab kitten comel” And kalau korang yg open for adoption, jangan open la masa kitten muda camtu. Ni one of my rescued cat, chun jie. Ramai beginner aku jumpa yang happy2 je adopt/beli kitten muda camtu. Pastu haaa hang tau la satgi. Sape open adoption masa kitten muda camni aku cop tak bertauliah. Haa maroh ni

Kena susukan setiap 2 jam

Kitten sangat fragile masa umur 4 bulan kebawah. Nak jaga kitten sangat susah bila dia takde ibu. Kalau yg umur baru minggu2 lagi laa. Kena susukan tiap 2 jam. Say bye to your beauty sleep. Tp kalau korang rescuer and mmg expert dah, takde hal lah. Kucing paling tua aku!

Vaksin

Seperti kita, kucing juga memerlukan vaksin untuk melindunginya dari terkena penyakit berbahaya. Antara soalan yang banyak sangat aku dapat, “bila boleh vaksin?” Vaksin dibuat masa kitten umur 6 minggu dan ke atas dengan syarat kucing sihat sepenuhnya. Vet takkan vaksin kalau kitten cirit, selsema, suhu tinggi. Sebab bila divaksin dlm keadaan camtu, akan merisikokan dia. Vaksin la kucing korang. Sebab boleh protect dia dari certain penyakit, kuatkan immune system. Dah bela mesti vaksin! Vaksin punya price kat tempat aku ranging from RM 40-45. Aku tak penah ke vet kerajaan so taktau la kan.

Pemandulan beri manfaat kesihatan kepada kucing

Tambah Nabilah, pemandulan kucing mempunyai manfaat tersendiri buat kesihatan kucing, tidak kira jantan atau betina. 1 lagi soalan femes, “bila boleh mandulkan kucing?” Biasanya dalam range umur 5-6 bulan. Mandulkan sangat2 beneficial utk kesihatan kucing and penjagaan owner. Jantan kalau lambat mandul, habis la pancut merata. And bau pee yang tak mandul kuat dari biasa tau. Pastu bulu dorang akan berminyak sebab dia ada cam minyak jantan tu. Bulu susah sikit nak cantik kalau tak mandul. Betina punya risk pulak kalau tak mandul is pyometra, jangkitan pada rahim. Kalau kena ni and korang pulak tak perasan….innalillah la….

Cantik kan Bidara ni, cam ada dua muka. Jangan nak kata kesian sebab lawan nature dia, halang nafsu dia..FYI kucing takde nafsu ye. And ramai dah tau fatwa pun kata harus utk mandulkan kucing. Dah kalau setahun sampai 4 kali bunting engko ingat elok sangat ke utk kucing tu adudu

Jangan beri makanan warna-warni

Di samping itu, pemilik kucing juga diingatkan untuk mengelakkan dari memberi makanan berwarna-warni kepada haiwan ini bagi mengelakkan komplikasi buah pinggang. Pastu JANGAN SESEKALI BAGI MAKANAN YG WARNA WARNI haaa ni 1 lagi nak maroh ni. Kenapa ye masih ramai lagi dok bagi whis***, fris****, pro**** dan yg lain2 lah yg boleh beli kat kedai runcit, supermarket. Korang tau tak kes batu karang yang kucing byk kena tu punca dr apa??

Dari makanan2 tu lah. Nak beli makanan murah sangat kan haa pastu kena keluar duit utk operation, beli makanan khas lagi. Satu lagi, ramai sangat takut nak bawa kucing ke vet sebab risau bilnya. Pastu kucing tu pun melarat la sakit tak dapat2 rawatan.

Segera bawa pergi klinik jika tidak sihat

Kalau korang nampak kesihatan dia lain macam, bawa pergi vet dulu and minta consultation, vet advise camne. Kena bertindak cepat. Dah memang kena tau dah, kalau nak bela kucing, memang kena willing to spend. Sebab depa benda hidup macam kita Ada time sihat, sakit, happy, moody, stress, boring dengan makanan yg sama, nak main, nak bersendiri. Emosi dia sangat penting utk dijaga. Kalau emosi tak baik, akan affected pada fizikal dia juga. Ada ye kucing yg mati sebab stress. Engko jangan main2 k.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Fasih Kata Nak Sesuatu Ini. Telatah Kucing Ini Buat Ramai Kagum Dengan Kucing Tersebut

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi kesukaan orang ramai. Dengan telatah dan mukanya yang comel serta merta dapat meredakan dan mengurangkan rasa stres dalam diri kita.. Tambahan pula kita ini terbiasa penat dibebani hal kerja jadi sekutang kurangnya dengan adanya kucing dapatlah rasa tenang. Percaya atau tidak, tular sebuah perkongsian tetang kucing yang dikatakan boleh bercakap.

Tertulis pada kapsyen empunya kucing itu di FB. Nak airrr nakk airrrrr nak airrrr kalau dia mintak McD pitam aku,” “Nak air, nak airrrr, nak airrrrr” Seakan tak percaya , kucing tu seperti bercakap nak air. Tuannya yang seakan memahami apa yang diperkatakan oleh kucing itu,pun melayan cakap nanti mereka berhenti dan akan beri kucing di dalam sangkar tu air sebab terlalu dahaga agaknya.

Manakala rata rata warganet memang tertarik dengan keunikan dan telatah yang ada pada kucing itu. Semua sekan tak percaya yang kucing ini boleh menyebut sepatah sepatah perkataan berbunyi ” Nak Air”

7 Makanan Manusia Ini Langsung Tak Boleh Diberi Kepada Kucing. Ini Kesan Yang Kucing Anda Alami Sekiranya Makan 7 Makan Ini

Hai buat pencinta kucing. Mungkin ada sesetengah sudah tahu dan ada juga yang belum. Kucing ini merupakan haiwan yang jenis memilih bila bab makanan. Namun begitu, anda tidak boleh sembarangan memberi makan kucing dengan makanan manusia. Ternyata ada beberapa jenis makanan manusia yang berbahaya buat kucing. Berikut antara makanan yang anda tak boleh beri pada kucing.

Pertama. alpukat. Untuk makluman, kucing adalah kumpulan karnivr dan memiliki proses pencernaan yang sama sekali berbeza dengan manusia. Kulit buah alpukat mengandungi persis yang umumnya beracun bagi kucing dan anjing. Jika kucing anda tidak sengaja menelan alpukat, ia mungkin mengalami mengeluaarkan isi yang dia makan atau cirit-birit, hingga boleh menyebabkan menghidap pankreatitis akut kerana kandungan lemaknya. Banyak spesies haiwan lain tidak boleh makan alpukat kerana dianggap sangat berbahaya, khususnya burung, kuda dan kambing. Anjing sangat berisiko memakan biji buah alpukat, yang dapat menyebabkan kucing anda hembiskan nafas terakhir

Kedua, coklat. Coklat bercun bagi kucing dan akan menyebabkan masalah serius. Kucing selalu tak tertatik dengan coklat tetapi sesuatu yang mengandungi coklat atau serpihan coklat sangat membahayakan mereka. Sangat teruk kesan yang akan dialami oleh kucing peliharaan anda.

Ketiga, produk susu diproses. Sebenarnya produk susu telah lama diperdebatkan dan ramai tertanya adakah ia baik untuk kucing atau tidak.Idea tentang memberi makan kucing semangkuk susu sangat tak betul. Ada juga beberapa kucing menikmati keju dan produk susu dalam jumlah yang sangat kecil, seperti serpihan keju parmesan atau keju cottage. Namun, secara keseluruhan, produk susu dari lembu dan spesies lain dapat menyebabkan gangguan pencernaan yang parah. Produk susu dapat menyebabkan kucing kembung, mntah dan cirit-birit. Lebih penting lagi, anak kucing tidak boleh diberi makan produk susu, kecuali disusui dari induknya atau dengan pengganti susu yang disetujui doktor haiwan.

Keempat, Limau.Kucing sebenarnya sangat tak suka limau. Minyak pati dalam jeruk bersifat menyngat dan merengsakan selaput lendir kucing. Jika kucing memakan jeruk, kemungkinan besar mereka akan menunjukkan gejala gngguan pencernaan dan kerengsaan pada kulit. Kelima, bawang putih. Sesungguhnya bawang putih sangat berbahaya bagi kucing.Meskipun beberapa doktor haiwan homeopati mungkin membuat argmen tentang bawang putih untuk anjing, bawang putih tidak boleh diberikan kepada kucing sama sekali. Bawang putih mengandungi tiosulfat yang dapat menghancurkan sel darh merah dan mencetus anemia hemolitik.

Keenam, anggur dan ksimis. Dua makanan ia sangat terkenal kerana berbahaya untuk anjing dan kucing. Anggur, kismis dan beri menyebabkan kerorsakan hati pada anjing dan tindakan pencegahan yang sama harus dilakukan untuk kucing. Akhir sekali, telur mentah. Walaupun telur yang dimasak dapat diberikan kepada kucing dalam jumlah sederhana, telur mentah mendatangkan bahaya pada anjing dan kucing kerana risiko Salmonella dan E. coli. Selain itu, telur mentah mengandungi protein avidin dalam putih telur, yang mencegah penyerapan biotin (vitamin B) di saluran usus dan dapat menyebabkan kekurangan nutrien jangka panjang dan masalah sistemik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *