Sanggup si bulus ini lakukan tindakan ini untuk rasa sesuatu ini. Sampaikan tak hirau akan pelanggan yang hadir.

Haiwan kucing Uncategorized Viral

Dengan aura kecomelannya yang luar biasa, kucing akan sentiasa menjadi perhatian ramai, tak kira di mana saja ia berada. Pelik juga, duduk bersantai dan tak buat apa-apa pun akan tetap nampak comel. Tapi itulah, kadang-kadang ‘geram’ juga tengok aksi kucing yang memang jenis buat ‘dek’ je walaupun masuk di kawasan ‘larangan’ sekalipun.

Sama dengan kucing ini, ia dilihat sedang bersantai dan berbaring  di dalam sebuah butik pakaian. Mungkin terlalu panas dan nak rasa aircond, ia dilihat sangat selesa hingga tidak hiraukan si perakam yang berada di situ.

Ramai yang terhibur dengan ‘keyakinannya’ duduk bersantai di laluan orang ramai tanpa risau apa-apa. Pun begitu, tak dapat dipastikan kucing itu datang dari mana atau adakah ia milik tauke butik itu.

Sumber: Osazeme Usen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lelaki Ini Sanggup Jual Limau Demi Kucing Kesayagan Dia. Menarik Sekali Ini Cara Dia Jual Limau Tersebut

Haiwan merupakan antara makhluk ciptaan Tuhan yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia secara langsung atau tidak. Sekiranya anda merupakan pemilik kucing, anda semestinya akan menjaga dan memberikan yang terbaik buat haiwan yang anda jaga itu. Nak dijadikan cerita, seorang lelaki gelandangan di Thailand tak terlepas dari menjaga haiwan peliharaan kesayangannya dengan baik sekali.

Berdasarkan laporan dari Coconuts, seorang gelandangan di Bangkok ini secara tal langsung meraih perhatian warganet. Lelaki yang dikenali sebagai Loong Dum itu kelihatan menjual limau di stesen keretapi BTS Mo Chit di tengah tengah bandaraya. Loong juga sempat meletakkan tanda harga “20 baht satu beg, untung akan digunakan untuk membayar perbelanjaan makanan kucing jalanan.” 

Difahamkan, seorang wanita bernama Warunya Wattanasupachoke yang memuat naik tentang kisah lelaki ini berkata, dia bertemu dengan Loong ketika sedang menyeberangi jejantas menuju ke stesen keretapi tersebut. Sebaik sahaja terbaca tanda yang ditulis, Warunya membuat keputusan untuk membeli beberapa beg limau daripadanya. Wanita itu turut mendapat tahu bahawa kesemua limau yang dijual itu telah diberikan kepada Loong oleh orang yang tidak dikenali secara percuma! 

Tambahnya lagi “Kita tidak patut menilai seseorang itu berdasarkan penampilan mereka.”“Sebagai contoh, lihat Loong Dum. Walaupun dia seorang gelandangan dan nampak serabai, dia mempunyai hati yang sangat baik.”Loong Dum pula ketika ditanya berkata, dia sama sekali tidak kisah jika kebuluran, asalkan kucing itu dapat makanan.“Saya tidak kisah jika tidak makan, tetapi kucing itu perlu makan.”

Dua Ekor Sahaja Dapat Diselamatkan Dan Satu Pergi Buat Selamanya. Pakcik Ini Sanggup Lalui Banjir Paras Pinggang Demi Selamatkan 2 Ekor Kucing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Kejadian banjir yang melanda di beberapa negeri termasuk di Pahang ini tinggalkan impak yang mendalam kepada penduduk setempat.

Kita boleh lihat, selain kerosakan harta benda, kisah haiwan peliharaan yang sudah tiada akibat lems turut menyentuh hati ramai.Berkongsi tentang peristiwa yang menyayat hati ini, seorang pencinta kucing yang dikenali sebagai Abang Aziz Raub berkongsi detik-detik dia berjaya selamatkan kucing kesayangannya.

Namun, katanya hanya dua ekor sahaja berjaya diselamatkan, lagi seekor telah tiada hnyut dek kerana banjir teruk.“Sempat selamat dua ekor jer sekor lagi dibawa arus hnyut, AllahuAkbar”Siapa yang tidak sedih melihat haiwan-haiwan kesayangan pergi kan, pilu rasa hanya Allah saja dapat membalas kebaikan pakcik ini.

Jualan Kurang Dapat Sambutan Semasa Awal Perniagaan. Wanita Ini Daripada Bukan Peminat Kucing Terus Jadi Ibu Angkat Kepada Si Bulus Jalanan

Wanita bernama Siti Rabiyatul tidak pernah lokek menjamu kucing jalanan dengan sup ayam, setiap hari.BUKAN seorang peminat atau pencinta kucing pada awalnya, namun siapa sangka wanita ini akhirnya menjadi ‘ibu angkat’ kepada berbelas-belas ekor anak bulus jalanan.

Malah, wanita ini juga langsung tidak lokek atau merasa rugi mengeluarkan belanja bagi menyediakan makanan untuk si bulus setiap hari.Sebagaimana perkongsian yang dimuat naik di Facebook, wanita ini berkongsi rutinnya menyediakan hidangan istimewa berupa sup ayam buat haiwan berkenaan setiap hari sebelum keluar berniaga.

“Rutin seorang mak angkat kucing, setiap hari sebelum pergi niaga Bubur Ayam Malique mesti mak bersilat dekat dapur dulu buatkan sup anak-anak untuk pastikan anak-anak dalam dan belakang rumah tak kelaparan,” demikian tulisnya pada perkongsian yang dimuat naik di halaman Kucing Sepahkan Apa Hari Ini.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Siti Rabiyatul berkata, dia mula ‘konsisten’ menyediakan hidangan buat kucing jalanan di sekitar rumahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu.”Saya mula konsisten bagi mereka makan sup ayam semenjak saya mulakan perniagaan makanan ketika awal PKP. Awalnya saya hanya beri sisa makanan dan biskut.

“Semenjak niaga saya merasakan satu kerugian untuk saya buang segala sisa selepas mencuci ayam. Jadi saya rebus organ dalaman ayam dan berikan kepada stray cat di belakang rumah,” katanya kepada mStar.Siti Rabiyatul akan menyediakan sup ayam untuk ‘anak-anak angkatnya’ sebelum dia keluar berniaga.

Bermula dengan hanya beberapa ekor kucing, lama kelamaan jumlah haiwan itu makin bertambah dan kini Siti Rabiyatul sudah menjadi ‘ibu angkat’ kepada 16 ekor anak bulus jalanan.”Portion makanan yang saya hidangkan juga bertambah dari satu kilogram hingga empat kilogram organ ayam termasuk hati, kaki, pedal, leher, perut, jantung serta satu kilogram isi ayam.

“Sup ayam direbus kosong dengan tambahan seketul kiub ayam sahaja. Mereka sangat gemar dengan kuah sup tersebut. Kucing kucing itu akan berkumpul di belakang rumah seawal 10 pagi, kalau lambat semua tenung macam nak telan,” katanya berseloroh.Mengusahakan perniagaan Bubur Ayam Malique di Kebayan Taman Cendana, Pasir Gudang, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata rutin yang dilakukan sejak sembilan bulan lalu itu ternyata memberikannya kepuasan kerana dapat berkongsi rezeki sesama makhluk.

Kucing-kucing jalanan ini akan menunggu di rumah Siti Rabiyatul seawal pukul 10 pagi setiap hari.“Semasa awal perniagaan, jualan saya agak kurang sambutan. Saya selalu berikan sisa ayam goreng yang tak terjual kepada kucing dan anjing jalanan.

“Dari situ perniagaan saya mula mendapat sambutan dan mampu bertahan sehingga kini. Alhamdulillah, saya yakin rezeki yang saya terima, ada terselit rezeki untuk mereka juga,” katanya.Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia bukanlah seorang peminat kucing namun ia bertukar sebaliknya sejak melahirkan anak pertama.

“Waktu saya mengandungkan anak pertama pada 2015, saya mula minat dengan kucing. Saya mula bagi makan dan bermain dengan kucing.”Sehingga sekarang, anak saya dah berusia empat tahun dan dia sentiasa ada bekalan makanan kucing seperti biskut. Ke mana mana saja kami pergi, anak saya akan bagi makan pada setiap kucing jalanan yang dia jumpa.

“Sekarang kami ada 10 ekor kucing belaan berbaka British Short Hair dan Domestic Long Hair. Sejak mula berniaga, saya hantar pulang ke kampung untuk jaga kualiti dan kebersihan dalam pengurusan makanan yang saya jual.Siti Rabiyatul meniaga bubur ayam dan ayam goreng sejak PKP, Mac lalu.“Sehingga sekarang hanya ada dua ekor saja kucing belaan di rumah iaitu kucing kesayangan anak saya,” katanya.

Tidak menyangka mendapat reaksi dan maklum balas positif warganet sejak memuat naik perkongsian berkenaan, Siti Rabiyatul turut menitipkan nasihat kepada masyarakat agar tidak lupa berbagi rezeki sesama mahkluk.”Bersedekahlah kepada manusia mahupun haiwan mengikut kemampuan. Mungkin takkan kaya tapi InsyaAllah rezeki itu akan sentiasa ada untuk kita,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *