Siapa sangka si bulus pun boleh alami sakit ini. Kini ada 5 cara untuk selesaikan masalah cirit birit si bulus.

Haiwan kucing tips

Kucing yang mengalami cirit-birit boleh membuatkan ia berasa lemah dan tak bermaya. Kalau si bulus mengalami cirit-birit, memang akan buat pemiliknya susah hati dan jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan membawanya berjumpa doktor haiwan. Bagaimanapun, sekiranya keadaan kucing anda tidak teruk, tidak perlu membawanya ke klinik sebaliknya anda sendiri boleh merawatnya di rumah! Ada beberapa jenis rawatan yang boleh dicuba bagi merawat si bulus kesayangan anda.

1. Ganti makanan kucing

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menggantikan makanan yang biasa dimakan dengan jenama yang lain. Jika berterusan memberinya makanan yang sama, ia boleh menghadkan kemampuan saluran ususnya untuk sembuh dan merisikokan si bulus terkena sakit berbahaya lain termasuk lipidosis hati. Sekiranya anda baru menukar dietnya dan ia mengalami cirit-birit, maka kembali kepada diet lama dan lihat sama ada masalah dihadapinya berkurangan.

2. Serat

Beberapa jenis cirit-birit kucing boleh sembuh dengan diet rendah serat atau makanan yang mudah dicerna. Cari produk dengan kadar serat kasar sebanyak tiga peratus yang mampu membantu memulihkannya.

3. Air yang cukup

Kucing yang mengalami cirit-birit perlu minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelak dehidrasi. Isi mangkuk dengan air bersih dan segar yang diletak bersebelahan makanannya agar ia lebih tertarik untuk minum air. Sebagai cara lain, sediakan juga makanan basah seperti ayam atau ikan yang dihancurkan dan campurkan air agar ia mendapat air dalam tubuhnya.

4. Probiotik

Bakteria baik dalam usus diperlukan untuk penghadaman yang normal. Suplemen probiotik dapat membantu mengembalikan kehadiran bakteria ke dalam usus kucing.

5. Ubat pencegah cirit-birit

Kebanyakan ubat cirit-birit untuk kucing selamat digunakan dan ia antara cara bagi melegakan kesakitan si bulus kesayangan anda.

Jangan Sesekali Beri Ubat Ini Pada Si Bulus Anda. Ini Yang Bakal Berlaku Jika Anda Berkeras Ingin Lakukannya.

Sebagai pecinta kucing pasti akan sentiasa berasa resah apabila daat tahu si bulus anda sakit ataupun demam. Tapi, apa yang kita boleh lakukan, pasti setiap dari anda pernah cuba untuk memberi panadol pada si bulus anda supaya ianya kekal sihat. Sekiranya anda pernah terfikirkan perkara ini, sila berhenti untuk lakukan demikian. Tahukah anda ianya sangat bahaya tanpa kita sedari. Panadol tidaklah memberi kesan sepertimana ia memberi kesan terhadap manusia.

“Tolong jangan bagi panadol pada kucing anda jika mereka sakit. Tubuh mereka tak boleh terima ubat Panadol…” Menerusi perkongsian di Twitter 999 Malaysia, panadol sangat bahaya jika diberikan kepada kucing. Ini kerana tubuh kucing tak boleh menerima panadol kerana ia boleh menyebabkan buah pinggang atau lebih tepat hati si comel ni rosak. Allahu… tengok apa yang jadi kat kucing di bawah ni. 

“Aku bagi panadol kat kucing aku kalau dia demam. Dah 5 generasi kucing aku hidup sihat walafiat. Apesal?”  Well kalau ada yang kata ‘jangan buat’, mesti ada yang melawan cakap ‘sebenarnya okay je’ macam warganet kat bawah ni. Admin tak sure sama ada betul atau tak pengakuan warganet ini, tapi ramai juga yang tak setuju dengannya.

Boleh ikhtiar beri kucing makan minyak zaitun ketika sakit

Kalau nak selamat, admin rasa korang boleh cuba tips ini.

Apa-apapun, admin rasa yang terbaik sekali eloklah korang bawa kucing korang ke vet awal-awal kalau mereka sakit. Takut tersalah beri ubat, tak pasal-pasal kucing sakit dan telah tiada merana macam kat atas tu. Sedih min tengok. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Kucing Mengurut Badan Tuannya Ini Merupakan Satu Tabiat. Tapi Rupanya Maksud Di Sebaliknya.

Pasti pemilik kucing pernah nampak atau merasa gelagat si bulus ini. Siapa sangka si bulus ni suka akan menggerakkan tangan mereka seolah-olah sedang mengurut badan kita. Tapi percayakah anda sebenarnya gelagat itu merupakan mempunyai maksud dan sebabnya yang tersendiri. Pasti ramai antara pemilik kucing yang pernah melihat gelagat si comel menggerakkan tangan seakan mengurut. Kadang-kadang urut tuannya, kadang-kadang urut kucing lain. Tahukah anda, sebenarnya gerakan itu mempunyai maksud dan sebab tersendiri.

Antara sebab kucing berbuat sedemikian ialah kerana naluri haiwan tersebut semenjak mereka kecil. Ketika kecil, anak kucing akan menekan-nekan badan si ibu ketika menyusu bagi menggalakkan pengaliran susu. Malah, sebahagian kucing juga akan menghisap bantal, selimut atau baju sehingga mereka dewasa.

Selain itu, gerakan itu juga dikatakan ‘diwarisi’ daripada nenek moyang mereka yang liar. Kucing liar akan menekan-nekan tapak tangan mereka di atas dedaun atau rumput panjang bagi menjadikan sarang untuk mereka berehat. Tindakan itu dipercayai bagi memeriksa seandainya terdapat bahaya yang bersembunyi di dalam timbunan tersebut. Oleh itu, tindakan kucing peliharaan mengurut anda mungkin sebahagian daripada kebiasaan spesies itu yang diwarisi daripada nenek moyangnya yang liar.

Di samping itu, perbuatan kucing ‘mengurut’ turut dikatakan dengan cara mereka menandakan kawasan. Hal ini kerana terdapat kelenjar yang melepaskan feromon pada tapak kaki mereka. Oleh itu, jika ia mengurut anda, mungkin itu adalah amaran buat kucing lain bagi menjauhi anda. Selain itu, ia juga menandakan kucing anda gembira, selesa dan rasa selamat ketika berada dengan anda, seakan bersama ibu mereka. Sumber: Purina.co.uk

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Bawa Nasi Digaul Ikan Atau Daging Untuk Sembilan Ekor Kucing. Lelaki Ini Kongsi Cerita

Kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Baharudin Ahmad memberi makan kepada kucing terbiar di tempat dia bekerja menjaga tandas di Alai, Melaka. Katanya ” Setiap kali saya sampai semua kucing terbiar itu sudah menunggu seperti anak kecil menanti kepulangan ayah,” ujar Baharudin Ahmad,70, yang merupakan penjaga tandas awam di kawasan Ikan Bakar Alai di sini.

Jelasnya, selain membersihkan kemudahan berkenaan, aktiviti memberi makan kucing terbiar itu sudah menjadi rutin hariannya sejak empat tahun lalu.Katanya, sebelum keluar bertugas dia akan memastikan membawa nasi digaul ikan atau daging rebus untuk sembilan ekor kucing jalanan di situ.

Tambahnya lagi, kebiasaan dia bertugas sekitar jam 5 petang dan hanya pulang kira kira 1 pagi mengikut situasi untuk menambah pendapatan harian.”Namun apa yang penting saya dapat berbakti kepada kucing terbiar itu yang setia menanti kehadiran saya.

“Terdapat kira-kira sembilan ekor kucing dan ada ketikanya jumlah lebih banyak,” katanya yang tinggal di Kampung Kandang di sini.Bagaimanapun, dia sentiasa menjaga kebersihan tandas dan memastikan kucing itu tidak mengotori kawasan serta mengganggu orang ramai menggunakan kemudahan itu.

Menurutnya, ketika ini banyak kawasan kedai di situ ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setiap petang akan menghantar makanan bagi memastikan haiwan itu tidak kelaparan.Katanya, dia ikhlas memberi makanan haiwan itu kerana menganggap ia juga seperti manusia yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan makanan untuk hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *