Si cilik ini pantang jumpa si bulus. Pasti ingin lakukan ini sampai macam ini sekali tindakannya.

Haiwan kucing Viral

Tak perlu disangkal lagi bahawa kehadiran kucing sememangnya akan menceriakan kehidupan. Dengan telatahnya yang sentiasa nakal dan comel, ia boleh menjadi salah satu terapi untuk menghilangkan tekanan. Pun begitu, jarang sekali kita mendengar mengenai kanak-kanak yang terlalu ‘obses’ dengan kucing sehingga sanggup menjaga dan memberi makan kepada berpuluh ekor kucing walaupun mereka masih lagi kecil.

Seperti yang dikongsikan oleh Sue Farahanis di TikTok, anak lelakinya yang baru sahaja berusia 5 tahun tidak boleh berenggang dengan kucing peliharaannya.@suefarahanis. @hanimhanim53 Aura dia kuat sangat mama pun naik heran. Terima kasih untuk kak long kedai makan kuala nerang bagi makan kucing-kucing jalanan dan bagi depa masuk kedai. Muhammad Nazril Irham atau lebih mesra dipanggil Abang long oleh ibunya itu dikatakan mempunyai ‘jalinan yang erat’ dengan kucing sejak dirinya lahir.

“Lahir-lahir bawak balik rumah, terus kucing hidu-hidu dia, ambil aura abang long,” kata Sue Farahanis ketika dihubungi SK. Abang long juga suka membawa kucing jalanan balik ke rumah dan dijaga dengan baik.@suefarahanis

Pandangan mata antara dua insan PART1. Jangan buli atau sakiti haiwan. Abang long yang rasa sakit. Dia yang sering memuat naik video di TikTok mendapat perhatian warganet kerana kasih sayang dan keikhlasan yang ditonjolkan anaknya ketika bersama kucing. Menurutnya, kucing yang dijaga oleh anaknya agak banyak iaitu kira-kira dalam 20 ekor.@suefarahanis

Balas kepada @nuhasarah5 AMINN.. ABG LONG TERLALU OBSES DGN KUCING JALANAN. KALAU BOLEH SEMUA NAK BAWAK BALIK.. “Dulu lagi banyak tapi ada yang dah pergi dan ada yang hilang,” katanya. Tambahnya lagi, anaknya itu juga sering menemaninya ketika memberikan makanan kucing selepas pulang dari menjual barang, mungkin dari situ ia membuatkan anaknya itu sangat menyayangi kucing.

Sumber: Sue Farahanis

Warna Bulu Unik Sangat Seolah Olah Macam Singa. Kucing Ini Jadi Tumpuan Pula Di Wadi Rum Jordan

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing antara salah satu haiwan yang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya pencinta kucing. Selain dengan telatah dia yang manja, kecomelan haiwan ini menjadi punca ramai suka dengan mereka. Selalunya korang tengom kucing warna oren kan atau nama glamornya oyen. Kali ni, admin nak kongsi tentang seekor kucing yang tular dekat Twitter gara gara warna bulu dia. Kredit kepada @nknukman di twitter

Masa tengok gamba tu, ingatkan ada orang letak rambut palsu atau kucing itu dipakaikan costume. Tapi ternyata ia memang bulu kucing tersebut. comel dan unik betul. Kalau perhati betul betul nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Kalau boleh admin pun nak simpan satu kalau boleh. Memang betul betul original. Memang spesis rare ni.Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yang sebenarnya dah lama korang perhatikan.Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *