Kucing jadi penghantar surat cinta buat tuan. Cara ini ternyata raih perhatian ramai

kucing

Tak dapat dinafikan setiap individu ada cara tersendiri untuk menawan hati seseorang yang dia suka bagi mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Kalau nak tahu taktik seorang jejaka ini sememangnya lain daripada yang lain sehinggakan tular. Perkongsian ini telah dibuat oleh seorang wanita di FB yang menceritakan bagaiman seorang lelaki yang tak dikenali mula gunakan tatik yang unik untuk berkenalan dengannya.

Berdasarkan kenyataan dari ejen hartanah iaitu Siti Nur Aswani Mohd Khir, pada mulanya dia ternampak ada sesuatu yang terikat pada leher kucingnya semasa dia sedang makan pada malam Rabu. Dia yang seakan tertanta tanya, dia kemudiannya memeriksa dan terjumpa sekeping nota yang diikat pada tali.“Ingatkan dia (kucing) kena ikat ke apa, alih-alih ada surat cinta. Zaman dah moden, orang tak guna merpati dah. Orang guna kucing.”

Tak lama kemudian, Aswani mula membuka nota itu dan mendapati ianya daripada seorang jejaka misteri yang mengaku malu untuk bersemuka tetapi berhasrat untuk berkenalan rapat dengannya. Pada waktu yang sama, Aswani juga meragui sama da surat itu benar benar ditujukan kepadanya atau rakan serumah yang lain.“Jangan-jangan bukan untuk saya kerana sebenarnya saya tinggal dengan dua orang lagi rakan serumah.”

Tambahnya lagi,“Tapi kawan serumah menolak pendapat itu kerana mereka kata hanya saya yang mempedulikan kucing-kucing ini.”Perkongsian tentang ‘posmen kucing’ dari wanita berusia 27 tahun itu kemudian menjadi tular dan mendapat perhatian serta reaksi dari warganet. Rata-rata menyatakan rasa kagum mereka dengan cara kreatif digunakan secret admirer tersebut untuk memikat hatinya.

Bahkan ada yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah meneruma surat cinta dari seseorang. Ini antara komen yang dia terima. “Kreatif la ni caranya nak ngayat. Masih kemelayuan juga kan. Dulu-dulu masa zaman belajar, ada siswa duduk menyewa sebelah rumah tak guna cara gini.”“Lagi daring mamat tu. Terus cakap depan-depan “aku suka kat kau”. Terkejut, terus tak nak. Bila ingat-ingat balik menyesal pulak tak sahut cinta direct tu. Kalau tak sure #tilljannah.”

Tak Ramai Tahu Kucing Boleh Alami Hamil Palsu. Ini Antara Tanda Pemilk Kucing Perlu Tahu

Bagi sesetengah pemilik kucing,bila kucing peliharaan mereka hamil iamerupakan berita yang menggembirakan sebab akan hadirnya anak anak kucing yang comel serta menambahkan keceriaan di dalam rumah. Tetapi sebagai pemilik kucing, anda perlu perhatikan betul betul tada kehamilan pada kucing. Tanpa korang sedar, kucing anda akan alami hamil palsu atau dipanggil pseudopregnancy yang merupakan keadaan seperti kucing itu hamil tetapi sebenarnya tidak.

Berdasarkan kenyataan dari Pet MD, ketidakseimbangan hormon dianggao memainkan peranan yang agak penting dalam keadaan kehamilan palsu. Kebiasaannya, kucing betina yang mengalami hamil palsu menunjukkan gejala ini sekitar satu atau dua bulan setelah estrus atau tempoh berahi tamat. Bergantung pada tingkat keparahan masalahnya, gejala kucing hamil palsu boleh terjadi lebih dari sebulan.

Berikut merupakan tanda tanda kucing hamil palsu. Antaranya ialah, perubahan tingkah laku. Kucing betina yang tidak bunting dapat menunjukkan gejala aktiviti penjagaan, bersarang dan merawat diri,Kegelisahan,Ketegangan perut,Pembesaran kelenjar susu,Muntah,Tekanan,Kehilangan nafsu makan,Keputihan berair atau rembesan air dari kelenjar susu

Difahamkan ini penyebab kucing hamil palsu.Penyebab yang kukuh dari keadaan hamil palsu ini tidak diketahui. Namun demikian, ketidakseimbangan hormon, terutama progesteron dan prolaktin dianggap mempunyai peranan penting dalam perkembangannya.

Penanganan .Jika gejala tidak berlaku dalam tempoh yang lama, perawatan biasanya tidak diperlukan. Jika gejala terus berlaku, doktor haiwan mungkin menyarankan suplement hormon, ovariohisterektomi atau pengangkatan ovarium dan rahim. Ini dilakukan untuk mencegah kucing kembali mengalami hamil palsu. Untuk mengurangkan perairan kelenjar susu, doktor haiwan akan menyarankan anda untuk menggunakan tungku sejuk atau panas untuk meminimumkan rangsangan yang

Untuk pengetahuan, kon leher juga dapat membantu mencegah tingkah laku kucing  dari menjilat dari rangsangan susu. Untuk beberapa keadaan, mengurangkan pengambilan makanan harian dapat membantu mengurangkan pengeluaran susu. Bagi pemilik yang tidak merancang untuk membiakkan kucingnya dan tidak ingin kucing betina melahirkan di masa mendatang, ovariohisterektomi adalah jalan penyelesaian yang baik untuk mencegah hamil palsu di masa mendatang.

Wanita Hamil Tidak Galakkan Membela Kucing Kerana Boleh Sampai Tahap Kehilangan Anak Dalam Kandungan. Sekali Doktor Ini Tampil Jelaskan.

Pasti anda pernah mendengar petua-petua orang tua yang perempuan mengandung tidak digalakkan untuk menjaga seekor kucing. Tapi tidak semuanya yang mudah percaya petua tersebut. Ada yang menafikan perkara tersebut. Sekali Dr Imelda tampil dan jelaskan isu pantang larang yang mengaitkan wanita hamil dan kucing. Setiap perempuan mengandung pasti mengharapkan dan ingin lakukan yang terbaik buat anaknya yang bakal lahir tersebut. Malah, bukan ibu mengandung sahaja, kadang-kadang orang sekeliling kita turut lebih prihatin dalam menjaga wanita yang hamil.

Justeru, banyak juga lah ptng larang dan petua yang diaplikasikan dalam rutin harian wanita hamil. Percaya atau tidak, salah satu pntng larang yang popular adalah ibu hamil tak digalakkan untuk pelihara kucing di rumah mereka kerana ia dikatakan membahayakan bakal ibu serta kandungannya.

Oleh hal demikian, ini kebenaran pntang larng dari sudut klinikal dan perubatan. Bagi memberi keterangan lanjut, doktor sakit puan dan doktor perbidanan iaitu Dr Imelda Balchin membuat perkongsian berkaitan

Terpanggil untuk memberikan ulasan, doktor perbidanan dan pakar sakit puan, Dr Imelda Balchin turut membuat perkongsian mengenai perkara tersebut menerusi Facebook.Menurut Dr Imelda, tiada masalah untuk para ibu hamil untuk memelihara kucing selagi mana mereka tiada alahan kepada haiwan tersebut.

Namun tegas doktor ini, wanita hamil dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja membuang najis-najis haiwan berkenaan.”Minta orang lain tolong buang najis kucing, supaya ibu yang hamil boleh mengelakkan kemungkinan mendapat jangkitan toxoplasmosis dari najis kucing,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menerangkan lebih lanjut, Dr Imelda berkata kucing hanya boleh mendapat toxoplasmosis sekiranya diberi makan daging mentah, memakan tikus atau binatang liar kecil.”Jika kucing dapat toxoplasmosis, parasit ini akan berada di dalam usus kucing dan keluar dengan najis kucing selama lebih kurang dua minggu. Kita tak boleh dapat toxoplasmosis jika kita pegang kucing. Tetapi kita boleh dapat toxoplasmosis jika kita buang najis kucing dan tersentuh najis yang ada parasit toxoplasma kemudian kita tak basuh tangan betul-betul sebelum makan. Jadi kebersihan tangan itu penting untuk semua ibu hamil, semoga tidak dapat ker4cun4n makanan dari toxoplasma yang boleh menyebabkan kegvgvran atau memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan,” ulasnya panjang lebar,

Bagaimanapun ujar Dr Imelda, sekiranya kucing peliharaan agak cerewet dalam bab makanan, kebarangkalian untuk haiwan itu mendapat toxoplasma adalah sangat rendah.”Jika kucing kesayangan anda memang pun hanya duduk di dalam rumah, tidak keluar rumah, sangat cerewet hanya nak makan biskut kucing, canned food, makanan yang anda masakkan betul-betul, dan kucing anda membuang najis dalam cat liter tray yang anda sediakan, maka InsyaAllah kucing yang cerewet itu tiada jangkitan parasit toxoplasma dan kita tak perlu bimbang.

“Tak payah laaa buang kucing kesayangan anda bila hamil, selagi anda menjaga kebersihan tangan sebelum makan dan elakkan najis kucing.”Kalau kena buang najis kucing sendiri, mohon anda pakai sarung tangan dan kemudian cuci tangan anda betul-betul.Ada hikmahnya juga jika kucing anda cerewet nak makan makanan yang best best saja,” tulisnya.Sehingga kini posting tersebut meraih 788 shares di Facebook.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Buntu Nak Hilangkan Bau Busuk Disebabkan Makanan Kucing. Berikut Antara 4 Cara Untuk Atasi Masalah Tersebut

MEMBELA kucing turut datang dengan pelbagai cabaran seperti perlu sentiasa membersihkan rumah bagi membuang bulunya selain tempat najisnya kerana ia boleh mendatangkan bau kurang menyenangkan.Tidak hanya tempat najis si bulus, makanannya juga boleh mengeluarkan bau busuk dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dalam rumah sendiri.

Atas sebab itu, pemilik kucing juga perlu memberi tumpuan kepada tempat makanannya apatah lagi jika anda meletakkannya di dalam rumah.Bukan sahaja berbau busuk tetapi ia boleh menyebarkan bakteria dan mungkin menjangkiti kucing kesayangan anda.Terdapat empat cara berkesan untuk menghilangkan bau makanan haiwan peliharaan kesayangan anda;

1. Surat khabar lama.Antara benda yang menyerap pelbagai bau termasuk makanan adalah dengan menggunakan surat khabar lama.Caranya mudah, letakkan surat khabar di sekeliling makanan haiwan peliharaan anda. Ia dapat menyerap bau dengan baik.

2. Baking soda, serbuk kopi.Kedua-dua bahan ini juga boleh digunakan untuk mencuci tempat makanan kucing dan menghilangkan baunya.Selain mencuci, campuran baking soda, serbuk kopi dan minyak essensial boleh dijadikan sebagai penyegar ruang tempat makan kucing.

3. Guna bekas simpanan.Pindahkan makanan kucing berbentuk kering ke dalam bekas simpanan dan tutup rapat selepas memberikan kucing anda makan.Jangan biarkan ia terbuka kerana baunya dapat bertebaran ke seluruh rumah.

4. Letakkan di luar rumah.Antara cara lain adalah meletakkan makanan haiwan peliharaan anda di luar rumah. Ini akan memudahkan anda untuk menjaga kebersihan tempat makanannya selain baunya tidak mencemari ke dalam rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *