3 tips mudah bagi latih kucing peliharaan faham bahasa kita. Pencinta kucing boleh guna tips ini

kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pencinta kucing. Okay hari ini kita akan mengetahui 3 tips utama untuk latih kucing kesayangan kita bagi memahami bahasa kita. Siapa je kan yang tak nak kucing peliharaan kita faham bahasa kita. Tambahan pula, selain kedatangan kucing yang meminta untuk dimanjakan, ia juga menemani kita di kala sunyi. Tapi bosan juga kan kalau kucing kita tak faham bahasa kita. Berikut antara cara cara untuk latih kucing kesayangan anda

Pertama, kalau boleh pastikan bela kucing yang masih kecil. Untuk sesiapa yang berniat untuk membela kucing, lebih baikk bela yang masih kecil. Percaya atau tidak, masa nilah korang akan jaga dan beri perhatian lebih kepada kucing tersebut. Tambahan pula, masa ini jugalah korang boleh mandikan dia dan belai supaya mereka lebih kenal tuannya kalau nak dibandungkan dengan kucing yang sudah dewasa

Lagi lagi kalau ianya kucing jalanan, lagi susah nak jaga.. Melainkan lah kalau anda sudah pro dan banyak pengalaman dalam bidang ini. Lagi bagus kalau bela ibu dan da adik beradik ya sekali. Kedua, Rajinkanlah berkomunikasi dengan si kucing. Kalau boleh kerapkan komunikasi dengan kucing peliharaan anda dan fahami maksud yang dimaksudkan oleh kucing kesayangan anda.

Anda juga perlu memnerika layanan yang baik kepada si kucing dan ajin rajinkanlah bermian dengannya serta kerap usap si kucing supaya dia selesa dan tak takut dengan kita di tempat yang baru. Yelah masing kecilkan mestilah nak perhatian lebih. Terakhir sekali, keraap panggil kucing kesyaangan anda dengan nama gelaran supaya dia faham. Cuba beri satu nama gelaran dan guna nama tersebut untuk panggil mereka.

Mulai dari situ, kucingpeliharaan anda akan faham. Lagi satu, anda kena ada kesabaran yang tinggi kalau kucing peliharaan anda buat tak endagh dan tiba tiba buat perangai. Cuba praktikkan beri reward kepada kucing peliharaan anda dengan makanan makanan yang berkualiti agar kucing akan selalu berdekatan dengan kita

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yangs ebenarnya dah lam korang perhatikan.

Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Semata 27 Kucing Kesayangan. Ibu Ini Sanggup Tak Buat Sesuatu Ini Dan Ternyata Perkongsiannya Raih Perhatian

Tak sangka perkongsian Aida tentang telatah ibunya telah mencuit hati warganet. Macam yang kita semua tahu,kucing adalah antara satu haiwan yang menjadi kegemaran ramai kerana telatahnya yang manja dan comel. Buat encinta kucing, kehadiran si kucing bukan dianggap haiwan peliharaan tetapi ada yang menganggap mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri.

Bagi pencinta kucing, mereka tidak kisah berhabis wang ringgit semata untuk penjagaan haiwan kesayangan. Terbaru, perkongsian seorang pelayar di Twitter berkaitan tempat kucingnya beradu menjadi tular di kalangan warganet.

“Mak aku ajak pi Ikea semata-mata for this,” tulis pelayar berkenaan sambil memuatnaik gambar dua katil comel yang dibeli khusus untuk si bulus peliharaan mereka.Perkongsian itu meraih sehingga 23,400 retweet dan 43,500 like.

Pelayar yang hanya mahu dikenali sebagai Aida berkata, ibunya sememangnya amat rapat dengan kucing peliharaan mereka apatah lagi haiwan berkenaan menjadi peneman apabila dia dan adik beradik lain keluar bekerja.

“Semua dalam rumah kami suka kucing. Tapi mak yang sangat rapat dengan kucing sebab teman dia hari-hari ketika kami semua keluar bekerja.”Mak dan ayah dua-dua dah bersara jadi banyak masa dihabiskan di rumah. Sebab tu mereka rapat dan sayang sangat dengan kucing-kucing ni,” ujar wanita berusia 30 tahun ini.

Ujar Aida, keluarganya memelihara 27 ekor kucing yang kesemuanya merupakan kucing jalanan (stray cat) yang ditemui di pelbagai lokasi.Bercerita mengenai katil comel tersebut, Aida berkata ibunya memang berhasrat untuk membelinya kerana ada beberapa ekor kucing peliharaan mereka yang gemar tidur bersama-sama di dalam bilik.

“Mula-mula dah pergi Ikea pada hujung minggu lalu, tapi sebab ada beli barang-barang lain, terlupa nak beli katil comel tu. Keesokan harinya, ibu sanggup ajak pergi lagi sekali semata-mata nak beli katil tu,” ujarnya yang menetap di Sri Damansara.

Dia yang memiliki kucing dalam jumlah yang agak banyak sememangnya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit yang dikhususkan untuk makanan, perubatan dan penjagaan yang lain.Namun menurut Aida, perkara tersebut tidak menjadi masalah sungguhpun kira-kira suku daripada wang gajinya perlu dibelanjakan untuk tujuan berkenaan.

Aida menambah sejak keluarganya memelihara kucing kira-kira 10 tahun lalu, mereka tidak pernah bercuti serentak kerana perlu menjaga kucing di rumah.”Setakat ini kami tak pernah lagi bercuti serentak. Mesti kena ada seorang atau dua orang di rumah untuk tengokkan kucing.”Kalau berlaku emrgency seperti pemergian dan sebagainya, ia bergntung. Kalau pergi semua, mesti kami akan panggilkan orang untuk jaga sebentar.”Kalau raya pula tak ada masalah sebab kami semua di Kuala Lumpur sahaja. Senang cerita, sebelum rancang ke mana-mana, mesti fikir kucing dulu,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Banyak Khabar Angin Soal Kucing Hitam. Ini Antara Sebab Yang Perlu Untuk Anda Bela Kucing.

Setiap orang pasti pernah mendengar bahawa sekiranya kita membela atau terserempak dengan kucing yang bewarna hitam. Maka, kita akan ditimpa nasib buruk. Sejauh mana kepastiannya, tidak ada siapa lagi yang boleh pastikan. Sejujurnya, kucing tidaklah membawa nasib yang buruk untuk seseorang itu. Malah ianya membawa banyak rezeki dan manfaat untuk seseorang itu membela kucing. Bukan sahaja si comel ini boleh dijadikan bantal peluk  untuk digomol, malah ia juga adalah makhluk tuhan yang bagus untuk dijadikan pendamping agar kesihatan mental dan fizikal kita dapat terjaga dengan baik.

Kucing adalah haiwan yang istimewa!

Sebenarnya, kucing tidak kira apa warna sekalipun tidak sesekali akan membawa takdir buruk kepada anda. Sebaliknya, haiwan comel ini akan membawa pelbagai manfaat kepada anda termasuklah dari aspek kesihatan. 

Jadi, buat anda yang memang sudah atau ingin membelanya, jangan takut ya. Kecomelan, kegebuan dan kelembutan haiwan berbulu ini sebenarnya akan memberi anda pelbagai kebaikan terutamanya dalam memperbaiki mood anda yang sering swing itu. Berikut merupakan manfaat bergomol dengan kucing: 

#1. Ia membantu anda melupakan kehilangan

Kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah sangat menyakitkan. Buat anda yang mengalaminya, boleh cuba terapi membela haiwan peliharaan seperti kucing. Ianya disebabkan haiwan peliharaan yang comel ini mampu membantu seseorang itu untuk mengatasi kesedihan yang dialami akibat kehilangan seseorang yang tersayang.

#2. Ia membantu anda tidur lebih lena

Menurut kajian yang dijalankan di UK, kebanyakan orang terutamanya wanita lebih gemar tidur dengan haiwan berbulu ini berbanding pasangan sendiri. Apakah sebabnya? Mayo Clinic Center menegaskan bahawa 41% daripada jumlah individu tersebut mempercayai bahawa mereka akan tidur lebih lena bersama haiwan kesayangan mereka. Tidak salah jika anda cuba, bukan?

#3. Ia membantu anda mencegah alahan

Jika anda sedang dalam penantian untuk kelahiran cahaya mata, ini mungkin masa yang paling sesuai untuk membela kucing. Mengapa? Menurut kajian National Institutes of Health pada 2002, bayi yang terdedah kepada haiwan berbulu ini lebih kurang risiko menghidapi alahan kelak. Cuma pastikan kucing anda itu bersih sebelum bermain bersama si manja anda ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *