Kucing hadiahkan gadis ini nasi bungkus sebagai tanda terima kasih. Lebih menarik sekali ada pula yang nak taja gadis ini

kucing

Seorang gadis di Twitter ada berkongsikan kisah menarik tentang seekor kucing jalanan yang dijaganya sampaikan kucingnya sering membawa hadiah pelik pelik balik ke rumah. Namun begitu, kali ini hadiah yang dibawa oleh kucing bernama Mama ini lain daripada yang lain. Kucingnya itu membawa nasi bungkus kepada tuan rumah itu. Kata gadis ini. kucing tersebut seringkali membawakan hadiah tanda terima kasih tapi kali ni dia bawa nasi bungkus.

Walaupun admin tak tahu apa kebaikan yang gadis ini dah buat pada kucing tersebut, menurut pengguna Twitter bernama Effy, seekor kucing jalanan bernama Mama sering menjadi penjaga pada rumahnya sejak beberapa bulan ini. Dan menarik sekali, Mama ni bukan saja rajin jaga rumah tapi dia juga selalu bawakan ‘hadiah’ untuk tuan rumah. Kali ini tuan rumah bertuah sebab dapat nasi bungkus!. 

Tambahan pula, perkongsian gadis ini raih perhatian warganet “Sekali dua bungkus dia rembat… terliur jugak sis sebab ada sambal belacan tapi…” Dan dalam banyak-banyak soalan yang warganet tanya dengan Effy, ada yang curious sama ada Effy makan atau tak nasi yang dibawa kucing tu.Dalam pada tu, ramai juga yang kongsi pengalaman mendapat ‘hadiah’ pelik-pelik daripada kucing jalanan yang dijaga mereka.

“Ada hamba Allah nak full sponsor vaccination Mama gaiss!” Di tweet sebelum ni, Effy ada mengatakan yang dia tak boleh bawa Mama masuk ke dalam rumah sebab kucing ini masih tak vaccine, grooming dan neuter lagi kerana Effy masih belum ada budget untuk melakukan perkara sedemikian.Tapi syukurlah selepas tweet ini tular, ada seorang pengguna Twitter yang sanggup sponsor full vaccination buat Mama untuk tujuan bersedekah kerana ingin berkahwin tak lama lagi.

Kucing Kesayangan Hilang Kat Hotel Kucing. Boleh Pula Nak Ganti Baru Dan Ini Reaksi Lelaki Itu

Difahamkan seorang pengguna Twitter luah rasa sedih apabila kucing peliharaannya hilang semasa di bawah jagaan sebuah hotel kucing. Lelaki ini berkongsikan satu kicauan tentang kehilangan kucing yang dijaganya sejak enam tahun yang lalu.

Terangnya,Bayangkan hantar kucing kesayangan ke cat boarding/hotel sebab nak balik kampung. Lepas tu bila nak pick up, kedai tu cakap “sorry kucing hilang”KUCING HILANG DARI KEDAI TAMAN KUCING SETIA ALAMNama: JustinTarikh hilang: 26/7/2020Area: Setia AlamTolong DM jika terjumpa pic.twitter.com/cphYgqWCRu— Shearer Alan (@shearer_alan_}

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, kucing yang diberi nama Justin itu telah hilang selama seminggu namun tidak dimaklumkan langsung kepada tuannya.Malah, hotel haiwan itu telah memberikan seekor kucing baru sebagai ganti.“Mereka beri kucing baru sebagai ganti. Nak diikutkan hati, memang tak nak kucing lain, nak Justin jugak. Dia ingat haiwan tu barang ke boleh diganti semula?

No Tiada pampasan boleh menggantikan seekor kucing yang sudah dianggap sebagai keluarga,” tulisnya lagi.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersedih dan marah dengan nasib yang menimpa pengguna tersebut.Ramai yang menyarankan agar pengguna tersebut membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel kucing tersebut agar mereka ambil pengajaran dan tidak melakukan kesilapan yang sama.

“Bayangkan hantar anak pergi taska lepas tu mereka kata anak hilang dan mahu gantikan dengan anak baru,” komen seorang wargamaya.“Buat report polis. Ini adalah kesalahan perniagaan dan pengabaian. Kucing itu adalah harta kita. Keluarga kita. Jangan ingat diorang senang-senang nak lepas tanggung jawab,” tulis seorang wargamaya.“Memang mereka tak bertanggung jawab. Nak bisnes tapi tak serius. Jauhilah daripada menghantar kucing ke kedai itu.

Biar dia belajar macam mana nak bisnes,” seru seorang wargamaya.“Cuba cakap dengan kucing jalanan suruh diorang carikan kucing you. I pernah nampak tweet seseorang. Kucing dia balik rumah lepas tu,” cadang seorang wargamaya.“Inilah mimpi terburuk saya. Dulu hantar juga kucing saya kat kedai haiwan gini. Tapi tak sedap hati sebab bila waktu main, dia lepas je kucing kat dalam. Sekali tu saya siap tolong kejar lagi satu anak kucing yang serbu keluar masa ada pelanggan buka pintu.Takziah, bro. Semoga jumpa balik,” kata seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, kicauan tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau daripada warga Twitter.Pihak Gempak mendoakan agar Justin segara pulang ke pangkuan tuannya yang disayangi.

Sanggup Bina Rumah Banglo Khas Buat Kucing Kesayangan. Ramai Warganet Kagum Dengan Senibina Rumah Itu

Buat pencinta kucing, anda mesti sudah menganggap kucing kesayangan anda bukan sekadar haiwan tapi mereka sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Ia merangkumi dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan segala yang terbaik akan disediakan demi kucing kesayangan

Oleh itu, satu perkongsian oleh pengguna FB menerusi satu Group FB iaitu Kucing Sepahkan Apa Hari Ini telah meraih perhatian ramai. Ternyata gambar gambar rumah banglo khas yang disediakan kepada kucing kesayangan menjadi tumpuan ramai kerana kagum dengan keindahan rumah itu.

Jika dilihat, rumah kucing ini sememangnya luar biasa kerana telah direka dengan senibina yang moden dan ditambah pula dengan persekitaran yang indah dan hiasan dalaman yang lengkap untuk memberi keselesaan kucing kucing habiskan waktu di situ.

Pendek cerita, memang beruntung kucing yang mendiami banglo khas tu.Di ruangan kapsyen, Maaf ya kita tak sepah apa-apa pun sebab mama dah warning. Tapi sebab ankel dengan antie yang nak tengok interior umah kita jadi kita nak tunjuk kan ni lah rupa rumah kita. Tak salah kan. Yang ada anak kecik tu mama kita dah asingkan. Mama kita takut kita kacau anak-anak dia.

Kira Kira RM7000 Buat Banglo Khas Untuk Kucing Kesayangan. Wanita Ini Dedah Punca Dia Bina Tempat Khas Itu

Setelah sekian lama mempunyai impian Deena untuk tempatkan kesemua kucing di sebuah banglo akhirnya sudah tercapai. Lazimlah kucing menjadi haiwan pilihan untuk dijaga kerana telatah dan kecomelannya. Selalunya pemilik haiwan akan jaga kucing di dalam rmag atau ditempatkan di tempat khas

Jelas Deena, dia telah memilih untuk tempatkan anak anak kucingnya di dalam sebuah banglo khas demi keselesaan haiwan berkenaan. Sebelum ini, perkongsiannya di FB tentang banglo khas buat anak anaknya mnejadi perhatian warganet

Ujarnya,”Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kata Deena , idea asal untuk bina rumah khas untuk kucing peliharaannya dicetskan oleh dirinya sendiri. Kalau nak tahu, Deena memiliki sebanyak 16 ekor kucing yang sebelum ini dutempatkan di ruamh kedua orang tuanya.”Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu.

Tambah Deena lagi”Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan.”Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,”

Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya.”Saya rasa terharu sangat sebab Sebelum ini ibu bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela.

“Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain sudah tiada akibat sakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka.”Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” sebelum mengakhiri perbualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *