Kucing ini boleh ganti tuan dengan mengambil parcel dari abang posmen. Tapi tak sangka pula tular di kalangan warganet

kucing

Zaman sekarang ni bukan main mudah dan cepat seperti dalam urusan rutin harian kita termasuklah beli barang keperluan kita dalam sebuah aplikasi dan hanya menunggu barang tersebut sampai. Namun begitu, bila dah terlalu banyak barang yang dipesan, ia akan menjadi masalah bila korang tiada di rumah kerana tiada sesiapa yang akan mengambilnya.

Nak dijadikan cerita, seorang gadis dari Indonesia ini dikira beruntung kerana ada seekor kucing boleh tolong ambil parcel yang dihantar ke rumah. “Abang posmennya WhatsApp, kerana kucing aku naik ke jendela… ditulis yang menerima (parcel) ‘kucing’” Berdasarkan posting yang tular di Twitter, gadis yang bernama Amalia ni kebetulan tak ada di rumah masa abang posmen dari J&T datang nak hantar barang. Jadi abang posmen tu pun WhatsApp lah dia tanya ada kat rumah ke tak. Apa yang posmen tu nampak ada seekor kucing je dok mengintai kat jendela. Dia apalagi, terus tulis penerima parcel tu “kucing” dan letak barang kat tepi tingkat je. 

Ada yang siap ” Kucing be like” oh ya mas taro ( letak ) aja disitu” Manakala rata rata warganet yang membaca perkongsuan itu memang terhibur habis dengan gelagat abang posmen dan kucing tersebut. Siap ada yang reka dialog lagi perbualan antara kucing dengan si posmen itu.

Peluk Erat Kaki Tuan Sebab Terlalu Takut. Kucing Ini Serta Merta Dapat Perhatian Ramai

Setiap hari tak sah kalau tak ada kisah tentang kucing. Ada kisah sedih dan ada juga yang menghiburkn. Untuk kali ini, admin nak kongsikan tentang seekor kucing yang pernah tular di media sosial. Dalam sebuah video dari @animalfess2, anda boleh saksikan seekor kucing ini sangat clingy ataupun penakut. KAlau lihat pada gambar, ia kelihatan sangat takut sehinggakan tak nak lepas kaki orang yang selamatkan dia.

Terhibur betul tengok perangai kucing seekor ni. Panjat sana sini pandai, lepas tu takut dan tak reti nak turun. Dah bawak turun pun masih peluk lagi kaki tuannya. Penakut pun ada lawak pun ada. Kucing memang macam ni. Lagi-lagi yang jenis terlampau rajin panjat pokok. Reti naik, tapi tak reti turun. Kalau pokok tinggi sangat kena panggil bomba untuk bawak dia turun.Kelakar sunggu kucing tu peluk sungguh-sungguh . Tak nak lepas langsung. Perangai apa ni clingy sangat. Eeee geram je tengok!

7 Makanan Manusia Ini Langsung Tak Boleh Diberi Kepada Kucing. Ini Kesan Yang Kucing Anda Alami Sekiranya Makan 7 Makan Ini

Hai buat pencinta kucing. Mungkin ada sesetengah sudah tahu dan ada juga yang belum. Kucing ini merupakan haiwan yang jenis memilih bila bab makanan. Namun begitu, anda tidak boleh sembarangan memberi makan kucing dengan makanan manusia. Ternyata ada beberapa jenis makanan manusia yang berbahaya buat kucing. Berikut antara makanan yang anda tak boleh beri pada kucing.

Pertama. alpukat. Untuk makluman, kucing adalah kumpulan karnivr dan memiliki proses pencernaan yang sama sekali berbeza dengan manusia. Kulit buah alpukat mengandungi persis yang umumnya beracun bagi kucing dan anjing. Jika kucing anda tidak sengaja menelan alpukat, ia mungkin mengalami mengeluaarkan isi yang dia makan atau cirit-birit, hingga boleh menyebabkan menghidap pankreatitis akut kerana kandungan lemaknya. Banyak spesies haiwan lain tidak boleh makan alpukat kerana dianggap sangat berbahaya, khususnya burung, kuda dan kambing. Anjing sangat berisiko memakan biji buah alpukat, yang dapat menyebabkan kucing anda hembiskan nafas terakhir

Kedua, coklat. Coklat bercun bagi kucing dan akan menyebabkan masalah serius. Kucing selalu tak tertatik dengan coklat tetapi sesuatu yang mengandungi coklat atau serpihan coklat sangat membahayakan mereka. Sangat teruk kesan yang akan dialami oleh kucing peliharaan anda.

Ketiga, produk susu diproses. Sebenarnya produk susu telah lama diperdebatkan dan ramai tertanya adakah ia baik untuk kucing atau tidak.Idea tentang memberi makan kucing semangkuk susu sangat tak betul. Ada juga beberapa kucing menikmati keju dan produk susu dalam jumlah yang sangat kecil, seperti serpihan keju parmesan atau keju cottage. Namun, secara keseluruhan, produk susu dari lembu dan spesies lain dapat menyebabkan gangguan pencernaan yang parah. Produk susu dapat menyebabkan kucing kembung, mntah dan cirit-birit. Lebih penting lagi, anak kucing tidak boleh diberi makan produk susu, kecuali disusui dari induknya atau dengan pengganti susu yang disetujui doktor haiwan.

Keempat, Limau.Kucing sebenarnya sangat tak suka limau. Minyak pati dalam jeruk bersifat menyngat dan merengsakan selaput lendir kucing. Jika kucing memakan jeruk, kemungkinan besar mereka akan menunjukkan gejala gngguan pencernaan dan kerengsaan pada kulit. Kelima, bawang putih. Sesungguhnya bawang putih sangat berbahaya bagi kucing.Meskipun beberapa doktor haiwan homeopati mungkin membuat argmen tentang bawang putih untuk anjing, bawang putih tidak boleh diberikan kepada kucing sama sekali. Bawang putih mengandungi tiosulfat yang dapat menghancurkan sel darh merah dan mencetus anemia hemolitik.

Keenam, anggur dan ksimis. Dua makanan ia sangat terkenal kerana berbahaya untuk anjing dan kucing. Anggur, kismis dan beri menyebabkan kerorsakan hati pada anjing dan tindakan pencegahan yang sama harus dilakukan untuk kucing. Akhir sekali, telur mentah. Walaupun telur yang dimasak dapat diberikan kepada kucing dalam jumlah sederhana, telur mentah mendatangkan bahaya pada anjing dan kucing kerana risiko Salmonella dan E. coli. Selain itu, telur mentah mengandungi protein avidin dalam putih telur, yang mencegah penyerapan biotin (vitamin B) di saluran usus dan dapat menyebabkan kekurangan nutrien jangka panjang dan masalah sistemik.

Tak Sangka Ayah Yang Dulu Tak Beri Bela Kucing. Tapi Kini Boleh Pula Lakukan Ini Pada Si Bulus.

Bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk membela haiwan peliharaan, sebenarnya memerlukan komitmen yang sangat tinggi bagi memastikan haiwan peliharaan tidak diabaikan. Antara perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan haiwan peliharaan ini adalah masa dan segala kos yang perlu dilaburkan untuk keselesaan haiwan yang dibela.

Justeru itu, terdapat peminat haiwan yang tidak dapat meneruskan ‘hasrat’ mereka untuk membela haiwan yang digemari gara-gara kekangan masa untuk ‘memanjakan’ haiwan peliharaan atau tidak mampu untuk menanggung kos pengurusan haiwan-haiwan ini. Bukan pakai bela je ye. 

Gara-gara banyak perkara yang perlu diambil kira, kebanyakan ibu bapa biasanya tidak membenarkan anak-anak untuk memiliki haiwan peliharaan di rumah kerana dianggap leceh dan takut ia diabaikan.

Ayah tak kasi bela kucing 3 tahun lepas

Begitulah situasi sama yang dihadapi oleh gadis ini dimana pada tiga tahun yang lepas, ayahnya tidak membenarkannya untuk membela kucing sebagai haiwan peliharaan gara-gara kesemua ahli keluarganya sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menguruskan Si Bulus itu.

Namun, pandangan ayahnya itu ternyata telah berubah kini apabila satu klip video yang melucukan telah dimuat naik sendiri oleh gadis ini di akaun Twitter miliknya yang memperlihatkan aksi comel ayahnya yang tengah syok ‘bergelek’ dengan kucing peliharaannya.

Sakan ‘bergelek’ dengan kucing 

Dalam video itu, si ayah dilihat sungguh terhibur mengangkat tinggi kedua-dua belah kaki depan Si Bulus yang diberi nama Muezza itu dan menggerak-gerakkannya sambil menari.

Apa yang lebih melucukan, si kucing itu juga kelihatan ‘pasrah’ dan ‘reda’ sahaja diperlakukan sebegitu oleh tuannya. Video yang berdurasi selama 6 saat itu berjaya meraih lebih daripada 90,000 views dan 11,000 likes sejak dimuat naik dua hari yang lepas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat si bapa dan Si Bulus milik gadis berkenaan.

Tak kurang juga ada warganet yang mengakui bahawa ramai parents yang pada mulanya tidak menyukai haiwan peliharaan, namun pada akhirnya mereka pula yang sayang haiwan peliharaan itu lebih daripada anak sendiri.

“Dulu anti, sekarang siap bawak tidur”

Tak kenal maka tak cinta la kan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *