Persoalan tentang sama ada lelaki pencinta kucing adalah calon suami yang baik atau tidak. Berikut antara sifat yang ada dalam diri lelaki pencinta kucing

kucing

Zaman sekarang bukan mudah untuk mencari pasangan hidup. Kalau dilihat, terlalu banyak kes perpisahan yang berlaku adalah disebabkan pasangan yang menduakan. Lebih teruk, banyak kes kes yang dilaporkan melibatkan pnd3raan dalam rumah tangga membuatkan kaum wanita kini lebih berhati hati dalam memilih pasangan hidup.. Oleh itu, kami ada sedikan tips buat kaum wanita iaitu lelaki pencinta kucing adalah calon paling sesuai untuk dijadikan pasangan

Pertama, mereka lebih penyayang, Sebelum tu, admin nak tanya. korang mesti ada kawan yang sukakan kucing kan? Sampaikan Instagram Story dan status Whatsapp penuh dengan gambar dan video kucing. Jelas ini membuktikan yang pencinta kucing adalah seorang yang penyayang dan boleh menjaga sesuatu dengan penuh kasih sayang.

Kedua, seorang yang penyabar dan tidak mudah marah. Kebiasaannya kucing ada ragam mereka tersendiri seperti suka gigit dan cak4r tuannya sendiri. Bagi sesiapa yang menjaga kucing, pasti anda seringkali merasai pengalaman ini. oleh itu, sikap penyabar dan tidak mudah marah ini secara tak langsung membuktikan bahawa pencinta kucing ini sangat matang dalam sesebuah perhubungan

Ketiga,mereka menjaga kucing seperti menjaga bayi. Antara salah satu faktor kaum wanita yang perlu tahu sekiranya lelali pencinta kucing ini menjadi suami,mereka kelihata n sudah terlatih untuk menjaga bayi. Boleh dikatakan, kucing boleh diibaratkan seperti bayi yang perlu dimandikan, diberi makan dan dibersihkan selepas membuang air.

Keempat, bersikap bertanggungjawab. bagi mereka yang sudah terbiasa menjaga kesihatan kucing, mereka akan bertindak untuk menjaga kesihatan kucing dengan memberi kucing mereka seperti ubat cacing dan vaksin sekurang kurangnya setahun sekali. Menurut mereka, byawa kucing itu sama nilainya dengan nyawa manusia.

Terakhir sekali, mereka bijak dalam menguruskan perbelanjaan. Buat yang nak kahwin, satu sifat yang perlu ada dalam diri selepas kahwin adalah bijak dalam menguruskan perbelanjaan.Pencinta kucing kebiasaannya akan membahagikan duit mereka terlebih dahulu untuk perbelanjaan kucing seperti pasir dan makanan.Walaubagaimanapun, kesahihan fakta-fakta yang dinyatakan di atas tidak dapat dibuktikan dari segi saintifik. Namun jika dilihat daripada sudut psikologi, betul kan

Ini Dia 10 Tanda Kucing Kesayangan Nula Sayang Pada Tuannya. Rupanya Banyak Yang Ramai Tak Tahu

Antara banyak banyak haiwan, kucing menjadi antara haiwan yang cenderung susah untuk difahami. Terkadang nampak aktif, terkadanf tak peduli dan kadang kadang nampak malas . Malangnya, tak semua pemilik kucing bila waktunya kucing mereka berasa sedih atau sedang tunjuk kasih sayangnya dan lain lain. Kucing sebenarnya ada cara tersendiri untuk tunjuk kasih sayangnya terhadap pemilik kucing.

Rupaya ini cara kucing tunjuk bahawa dia sukakan tuannya. Pertama dia berdengkur. Kebiasaannya kucing yang berdengkur menandakan dia bahagia. Jikalau kucing anda berdengkur semasa anda usap telinganya atau berbaring di pangkuan kita, besar kemungkinan dia ingin memberitahu yang ia sayang dengan kita. Tambahan pula, kucing berdengkur menandakan ia sedang dalam masalah atau meminta perhatian

Jika ia mendengkur ketika kita mengusap telinganya atau ia berbaring di pangkuan kita, besar kemungkinan haiwan lucu ini mencuba memberi tahu bahawa ia sayang pada kita. Mendengkur juga boleh jadi tanda kucing sedang dalam masalah atau meminta perhatian.

Kedua, kucing anda sering duduk di sebelah anda. Sebenarnya dalam diam kucing menunjukkan kasih sayang dengan duduk sebelah anda walaupun mereka membelakangi anda. Sekiranya kita melakukan hal yang dibenci kucing, dia tidak akan menunjukkan kasih sayang seperti ini. Ketiga, ia duduk di pangkuan kita.Kucing yang menghampiri dan duduk di pangkuan kita jelas menandakan bahawa ia peduli dan selesa bersama kita.

Keempat. ia memperlihatkan perutnya. Jika seekor kucing mula berguling telentang untuk tunjuk perutnya yang comel, itu bermaksud dia percaya dan mula menyayangi kita. “Meskipun perut yang terbuka adalah tanda kepercayaan kucing, tapi itu bukan bererti ia mahu perutnya dibelai,” ujar Delgado. Stereusnya, menjilat.Kucing merawat dirinya dan membantu merawat kucing lain dengan cara menjilat tubuh mereka dan ia juga akan melakukan hal serupa kepada kita. Lidah kucing akan terasa kasar saat terkena kulit kita, tetapi fahamilah ia sedang menunjukkan rasa cintanya.

Keenam, ia mengosokkan kepala pada kaki kita.Jika kita memelihara kucing, tentu kita sudah tahu apa alasannya dia mengusap kepala atau tubuhnya pada kaki kita. Itu ertinya, dia senang melihat kita sebagai tuannya.Ketujuh, ia mencari perhatian.Kucing mencari perhatian dengan berbagai cara dan kadangkal itu agak mengganggu. Ketika kucing mencakar atau mengikuti pergerakan kita, ia sebenarnya mencuba menunjukkan kasih sayangnya.

Akhir sekali,ia mengenyit mata.Kucing yang mengenyitkan matanya secara perlahan menandakan dia selesa berada dekat dengan kita. Mengenyitkan mata juga merupakan cara untuk memberi tahu bahawa dia berterima kasih kepada kita. Ketika dia memejamkan seluruh matanya, dia percaya pada kita.9. Menegangkan ekor dan sedikit melekuk. Ekor kucing yang tegak dan melengkung di bahagian pangkalnya menunjukkan ia mencintai kita.10. Mencuit kita dengan kaki.Sikap yang sederhana dan comel dari seekor kucing boleh memiliki erti yang dalam, seperti menyentuh tubuh kita dengan kakinya.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yangs ebenarnya dah lam korang perhatikan.

Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Semata 27 Kucing Kesayangan. Ibu Ini Sanggup Tak Buat Sesuatu Ini Dan Ternyata Perkongsiannya Raih Perhatian

Tak sangka perkongsian Aida tentang telatah ibunya telah mencuit hati warganet. Macam yang kita semua tahu,kucing adalah antara satu haiwan yang menjadi kegemaran ramai kerana telatahnya yang manja dan comel. Buat encinta kucing, kehadiran si kucing bukan dianggap haiwan peliharaan tetapi ada yang menganggap mereka seperti ahli keluarga mereka sendiri.

Bagi pencinta kucing, mereka tidak kisah berhabis wang ringgit semata untuk penjagaan haiwan kesayangan. Terbaru, perkongsian seorang pelayar di Twitter berkaitan tempat kucingnya beradu menjadi tular di kalangan warganet.

“Mak aku ajak pi Ikea semata-mata for this,” tulis pelayar berkenaan sambil memuatnaik gambar dua katil comel yang dibeli khusus untuk si bulus peliharaan mereka.Perkongsian itu meraih sehingga 23,400 retweet dan 43,500 like.

Pelayar yang hanya mahu dikenali sebagai Aida berkata, ibunya sememangnya amat rapat dengan kucing peliharaan mereka apatah lagi haiwan berkenaan menjadi peneman apabila dia dan adik beradik lain keluar bekerja.

“Semua dalam rumah kami suka kucing. Tapi mak yang sangat rapat dengan kucing sebab teman dia hari-hari ketika kami semua keluar bekerja.”Mak dan ayah dua-dua dah bersara jadi banyak masa dihabiskan di rumah. Sebab tu mereka rapat dan sayang sangat dengan kucing-kucing ni,” ujar wanita berusia 30 tahun ini.

Ujar Aida, keluarganya memelihara 27 ekor kucing yang kesemuanya merupakan kucing jalanan (stray cat) yang ditemui di pelbagai lokasi.Bercerita mengenai katil comel tersebut, Aida berkata ibunya memang berhasrat untuk membelinya kerana ada beberapa ekor kucing peliharaan mereka yang gemar tidur bersama-sama di dalam bilik.

“Mula-mula dah pergi Ikea pada hujung minggu lalu, tapi sebab ada beli barang-barang lain, terlupa nak beli katil comel tu. Keesokan harinya, ibu sanggup ajak pergi lagi sekali semata-mata nak beli katil tu,” ujarnya yang menetap di Sri Damansara.

Dia yang memiliki kucing dalam jumlah yang agak banyak sememangnya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit yang dikhususkan untuk makanan, perubatan dan penjagaan yang lain.Namun menurut Aida, perkara tersebut tidak menjadi masalah sungguhpun kira-kira suku daripada wang gajinya perlu dibelanjakan untuk tujuan berkenaan.

Aida menambah sejak keluarganya memelihara kucing kira-kira 10 tahun lalu, mereka tidak pernah bercuti serentak kerana perlu menjaga kucing di rumah.”Setakat ini kami tak pernah lagi bercuti serentak. Mesti kena ada seorang atau dua orang di rumah untuk tengokkan kucing.”Kalau berlaku emrgency seperti pemergian dan sebagainya, ia bergntung. Kalau pergi semua, mesti kami akan panggilkan orang untuk jaga sebentar.”Kalau raya pula tak ada masalah sebab kami semua di Kuala Lumpur sahaja. Senang cerita, sebelum rancang ke mana-mana, mesti fikir kucing dulu,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *