Pernah tular seekor kucing baru nak balik rumah lepas kena pujuk dengan tuannya sendiri. Kali ni ini pula yang jadi perhatian

kucing

Terdahulu,pernah tular tentang kucing lari rumah dan kemudiannya kena pujuk baru tahu nak balik. Buat pengetahuan anda semua, kucing itu difahamkan sudah bertaubat. Admin maksudkan bertaubat tu bukanlah macam kita manusia. Dan jikalau anda nak tahu apa yang kucing tu buat sebenrnya, cuba anda lihat tweet yang dibuat oleh tuan punya kucing sendiri (@dyradyre)

Rasanya kucing tu dah tak nak lari rumah lagi dah. Iyelah lari rumah nanti viral pulak. Tapi ni nak beribadah pun boleh tular gak. Itulah yang admin cakap tadi. Dah insaf, taknak lari dari rumah dah. Solat je kat rumah, takde sapa-sapa risau kalau hilang lagi.Kalau ikutkan apa yang dikongsi oleh pemilik akaun berkenaan, memang itulah kucing orang yang lari rumah haritu. Alhamdulillah sudah kembali ke pangkal jalan.Buat peminat dan pencinta kucing, aksi sebegini memang dianggap comel. Tapi kalau untuk orang yang geli kucing, benda-benda macam ni paling pantang dia tengok. Silap-silap kena tidur luar sekali dengan kucing tu.

Seekor Kucing Ini Dilaporkan Hilang. Dan Menarik Sekali Ini Yang Berlaku

Bagi pencinta kucing, anda pasti sudah tahu kucing merupakan haiwan peliharaan yang terlalu banyak karenah dan telatah sehinggakan mampu membuat anda tersenyum dan terkadang boleh membuatkan kita naik angin. Sebeleum ini tular satu gambar yang menunjukkan poster kehilangan seekor kucing yang berwarna hitam dan tompok putih.Menarik sekali bila terdapat seekor kucing yang kelihatan sama seperti dalam poster.

Ramai mempercayai bahawa kucing tersebut sama persis seperti kucing yang hilang di dalam poster. Jika dilihat, berdasarkan gambar tersebut, kucing tersebut dilihat menerusi sebalik kaca yang dilekatkan poster bergambar seekor kucing dengan nota “Missing’. Menerusi laporan Fascinatingthings, kucing tersebut merupakan kucing yang diiklan hilang menerusi poster.Perkara ini telah menjadi perhatian dalam kalangan warganet yang terhibur melihat foto berkenaan.

Kucing Kesayangan Hilang Kat Hotel Kucing. Boleh Pula Nak Ganti Baru Dan Ini Reaksi Lelaki Itu

Difahamkan seorang pengguna Twitter luah rasa sedih apabila kucing peliharaannya hilang semasa di bawah jagaan sebuah hotel kucing. Lelaki ini berkongsikan satu kicauan tentang kehilangan kucing yang dijaganya sejak enam tahun yang lalu.

Terangnya,Bayangkan hantar kucing kesayangan ke cat boarding/hotel sebab nak balik kampung. Lepas tu bila nak pick up, kedai tu cakap “sorry kucing hilang”KUCING HILANG DARI KEDAI TAMAN KUCING SETIA ALAMNama: JustinTarikh hilang: 26/7/2020Area: Setia AlamTolong DM jika terjumpa pic.twitter.com/cphYgqWCRu— Shearer Alan (@shearer_alan_}

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, kucing yang diberi nama Justin itu telah hilang selama seminggu namun tidak dimaklumkan langsung kepada tuannya.Malah, hotel haiwan itu telah memberikan seekor kucing baru sebagai ganti.“Mereka beri kucing baru sebagai ganti. Nak diikutkan hati, memang tak nak kucing lain, nak Justin jugak. Dia ingat haiwan tu barang ke boleh diganti semula?

No Tiada pampasan boleh menggantikan seekor kucing yang sudah dianggap sebagai keluarga,” tulisnya lagi.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersedih dan marah dengan nasib yang menimpa pengguna tersebut.Ramai yang menyarankan agar pengguna tersebut membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel kucing tersebut agar mereka ambil pengajaran dan tidak melakukan kesilapan yang sama.

“Bayangkan hantar anak pergi taska lepas tu mereka kata anak hilang dan mahu gantikan dengan anak baru,” komen seorang wargamaya.“Buat report polis. Ini adalah kesalahan perniagaan dan pengabaian. Kucing itu adalah harta kita. Keluarga kita. Jangan ingat diorang senang-senang nak lepas tanggung jawab,” tulis seorang wargamaya.“Memang mereka tak bertanggung jawab. Nak bisnes tapi tak serius. Jauhilah daripada menghantar kucing ke kedai itu.

Biar dia belajar macam mana nak bisnes,” seru seorang wargamaya.“Cuba cakap dengan kucing jalanan suruh diorang carikan kucing you. I pernah nampak tweet seseorang. Kucing dia balik rumah lepas tu,” cadang seorang wargamaya.“Inilah mimpi terburuk saya. Dulu hantar juga kucing saya kat kedai haiwan gini. Tapi tak sedap hati sebab bila waktu main, dia lepas je kucing kat dalam. Sekali tu saya siap tolong kejar lagi satu anak kucing yang serbu keluar masa ada pelanggan buka pintu.Takziah, bro. Semoga jumpa balik,” kata seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, kicauan tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau daripada warga Twitter.Pihak Gempak mendoakan agar Justin segara pulang ke pangkuan tuannya yang disayangi.

Kira Kira RM7000 Buat Banglo Khas Untuk Kucing Kesayangan. Wanita Ini Dedah Punca Dia Bina Tempat Khas Itu

Setelah sekian lama mempunyai impian Deena untuk tempatkan kesemua kucing di sebuah banglo akhirnya sudah tercapai. Lazimlah kucing menjadi haiwan pilihan untuk dijaga kerana telatah dan kecomelannya. Selalunya pemilik haiwan akan jaga kucing di dalam rmag atau ditempatkan di tempat khas

Jelas Deena, dia telah memilih untuk tempatkan anak anak kucingnya di dalam sebuah banglo khas demi keselesaan haiwan berkenaan. Sebelum ini, perkongsiannya di FB tentang banglo khas buat anak anaknya mnejadi perhatian warganet

Ujarnya,”Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kata Deena , idea asal untuk bina rumah khas untuk kucing peliharaannya dicetskan oleh dirinya sendiri. Kalau nak tahu, Deena memiliki sebanyak 16 ekor kucing yang sebelum ini dutempatkan di ruamh kedua orang tuanya.”Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu.

Tambah Deena lagi”Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan.”Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,”

Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya.”Saya rasa terharu sangat sebab Sebelum ini ibu bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela.

“Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain sudah tiada akibat sakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka.”Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” sebelum mengakhiri perbualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *