Pemandu grab ini tampil dedahkan kisah penumpangnya. Sekali ada terjumpa pula individu yang sanggup lakukan ini buat kucing jalanan.

Haiwan kucing Viral

Menjadi pemandu Grab merupakan pekerjaan terkini aku selepas kehilangan pekerjaan sebagai wartawan di sebuah syarikat akhbar arus perdana yang kini telah digulung atau istilah sebenarnya likuidasi. Likuidasi adalah satu proses apabila aset syarikat akan dikumpul dan dicairkan bagi tujuan pembayaran hutang kepada pemiutang. Bukan isu syarikat atau akhbar sama ada akan ‘dihidupkan’ semula atau terus dibiarkan begitu sahaja yang hendak aku perkatakan. Aku mahu berkongsi pengalaman tentang kerjaya terkini aku.

Ya, tidak ramai pemandu Grab perempuan di negara kita. Aku adalah salah seorang daripada jumlah yang kecil ini. Mungkin pada tanggapan banyak orang, menjadi pemandu hanya sesuai untuk lelaki.

Sejujurnya, sepanjang hampir dua minggu membawa Grab, aku semakin selesa dengan pekerjaan yang sebenarnya tidak pernah aku terfikir untuk menceburinya. Aku semakin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam penumpang. Penat memang penat tetapi ada kalanya menyeronokkan. Rakan-rakan yang mengenali diri aku tahu betapa sebelum ini aku kurang bersosial. Namun, dengan sentiasa membawa penumpang, secara tidak langsung membuka ruang untuk aku bersosial.

Banyak perkara menarik perhatian aku ketika berbual-bual dengan penumpang yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan negara ini. Kesimpulan aku, ramai dalam kalangan mereka mempunyai sikap dan hati yang baik – sentiasa bertolak ansur walaupun ada kalanya aku membawa mereka melalui laluan yang agak jauh akibat mengalami masalah penunjuk arah (navigasi).

Paling aku sedari ialah jika sebelum ini kita sering memandang sebelah mata atau endah tak endah dengan pekerja-pekerja luar terutama dari Bangladesh, Nepal atau Indonesia, hakikatnya mereka ini adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan kebanyakan pemandu Grab. Mereka ini juga tidak banyak kerenah. Sangat peramah dan pemurah. Mungkin sifat-sifat ini tidak aku fahami jika aku bukan seorang pemandu Grab. Aku yakin kebaikan yang ditunjukkan itu bukan kerana aku seorang perempuan. Ramai rakan pemandu lelaki juga mengakui hakikat ini. Kesungguhan mereka mencari nafkah amat mengagumkan. Mereka sanggup tidak pulang bertahun-tahun ke kampung halaman demi matlamat yang satu – mengubah nasib keluarga, anak dan isteri.

“Hari ini saya gembira sebab mahu balik Bangladesh. Anak saya sudah umur enam tahun. Saya tinggalkan dia semasa dia kecil lagi. Isteri saya sangat baik. Dia percayakan saya,” kata Yusuf tersenyum mungkin membayangkan pertemuan yang bakal berlaku bersama keluarga hanya selepas lima tahun sejak dia nekad merantau untuk mencari rezeki di negara orang. Seorang penumpang dari Indonesia pula mengakui mampu membina sebuah banglo di kampung halaman menerusi pendapatan bekerja sebagai buruh kasar di sebuah syarikat pembinaan di Klang.

“Di sini (Malaysia) kalau kita rajin, kita boleh senang. Macam-macam kerja boleh buat. Kalau di Indonesia, penduduk ramai pekerjaan pula kurang. Saya perlu bantu keluarga di kampung,” ujarnya yang merantau pada usia 21 tahun ke Malaysia. Anak muda ini kini berusia 28 tahun. Satu hari ketika berada di Shah Alam, aku menerima tempahan penumpang yang ingin ke klinik veterinar berhampiran. Nama yang tertera di skrin telefon menunjukkan penumpang tersebut seorang lelaki Cina. Pada awalnya, aku agak keberatan untuk meneruskan perjalanan.

Namun atas dasar tanggungjawab, aku menghalakan pemanduanku ke destinasi menunggu. Dalam hati berkata, kalau anjing, aku mungkin boleh minta penumpang itu menempah pemandu Grab lain. Hati aku lega bila nampak dalam sangkar yang dibawa, ada seekor kucing. Wong, lelaki Cina tadi adalah seorang warga negara Australia. Dia merupakan guru di salah sebuah sekolah antarabangsa di Petaling Jaya.

Dia hairan melihat banyak kucing jalanan di Malaysia. Kucing yang dibawa untuk mendapatkan rawatan di klinik itu juga adalah seekor kucing jalanan yang ditemui. Atas rasa tanggungjawab sebagai manusia katanya, dia tidak kisah membelanjakan sedikit pendapatannya untuk memastikan beberapa ekor kucing yang ditemui berada dalam keadaan sihat.

“Saya sempat mandulkan beberapa ekor kucing setakat ini. Kesian tengok kucing-kucing ini,” kata Wong, yang aku gelar sebagai lelaki berhati mulia kerana sanggup mengisi masa hujung minggunya dengan membawa kucing-kucing tidak bertuan ke klinik dan menanggung kos rawatan yang dikenakan. Sebenarnya banyak lagi kisah menarik yang boleh dikongsi bersama. Kisah pelajar Melayu berasal dari Alor Setar, Kedah tetapi bercakap ala negro, pelajar tidak dapat membezakan maksud bersara dan bersalin, pengakuan seorang pondan dan lain-lain. Jika ada kesempatan dan permintaan akan bersambung minggu depan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tindakan Rider Grabfood Pada Kucing Ini Mengejutkan Orang Ramai. Rupanya Ini Niat Dia Untuk Lakukan Itu.

Sikap prihatin rider ini menerima pujian ramai di laman sosial. Aksi seorang rider penghantar makanan yang menyelamatkan seekor kucing di sebuah jalan di Cheras, Selangor pada Khamis menerima pujian ramai di media sosial.

Menurut Nur Amira Rasyidah Ruslan, 18, dia pada waktu itu berada di dalam kereta bersama keluarganya dan sempat merakam tindakan lelaki tersebut sebelum ia dikongsi di laman Twitter. Mesra disapa Amira, dia mengakui terpegun dengan sikap prihatin yang ditunjukkan biarpun lelaki itu terpaksa membahayakan nyawanya sendiri.

“Kejadian berlaku pada waktu petang, kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Masa tu lampu isyarat masih merah. Tiba-tiba nampak seekor anak kucing warna oren lari masuk bawah kereta. Saya tengok rider tu berhenti motor, dengan beg yang digalas dia cari kucing tu di bawah kereta-kereta yang ada, akhirnya dia dapat tangkap,” ujarnya.

Sewaktu kejadian, Amira berada di dalam sebuah kereta bersama keluarganya.

Menurut Amira lagi, dia juga sempat memberikan sepaket makanan kucing kepada lelaki tersebut. “Mak dengan ayah memang sentiasa standby makanan kucing. Kalau pergi mana-mana, mereka akan bagi je jika ternampak kucing jalanan. Masa tu lampu isyarat dah bertukar hijau, takkan kami nak berhenti sebab ada banyak kereta. Saya panggil abang tu dan terpaksa campak makanan dalam paket tu. Dia pun sempat ambil,” katanya lagi. Menurut Amira, dia sama sekali tidak menyangka video itu akan menjadi perhatian ramai.

Dia ibarat satu dalam sejuta. Tak semua orang ada hati perut macam dia, apatah lagi kepada binatang.

Tindakan tangkas rider itu berjaya menyelamatkan anak kucing berkenan,

Namun katanya, dia sekadar berkongsi kerana mahu rider tersebut menerima pujian sewajarnya atas tindakan yang dilakukan. “Saya kongsi sebab nak bagi spotlight pada abang tu. Saya nak cakap terima kasih pada dia. Dia ibarat satu dalam sejuta. Tak semua orang ada hati perut macam dia, apatah lagi kepada binatang. Saya nak ucap tahniah dan semoga rezeki dia bertambah… teruskan sikap mulia itu,” ujarnya. Sehingga kini, video berkenan menerima lebih 160,000 tontonan di Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Bawa Nasi Digaul Ikan Atau Daging Untuk Sembilan Ekor Kucing. Lelaki Ini Kongsi Cerita

Kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Baharudin Ahmad memberi makan kepada kucing terbiar di tempat dia bekerja menjaga tandas di Alai, Melaka. Katanya ” Setiap kali saya sampai semua kucing terbiar itu sudah menunggu seperti anak kecil menanti kepulangan ayah,” ujar Baharudin Ahmad,70, yang merupakan penjaga tandas awam di kawasan Ikan Bakar Alai di sini.

Jelasnya, selain membersihkan kemudahan berkenaan, aktiviti memberi makan kucing terbiar itu sudah menjadi rutin hariannya sejak empat tahun lalu.Katanya, sebelum keluar bertugas dia akan memastikan membawa nasi digaul ikan atau daging rebus untuk sembilan ekor kucing jalanan di situ.

Tambahnya lagi, kebiasaan dia bertugas sekitar jam 5 petang dan hanya pulang kira kira 1 pagi mengikut situasi untuk menambah pendapatan harian.”Namun apa yang penting saya dapat berbakti kepada kucing terbiar itu yang setia menanti kehadiran saya.

“Terdapat kira-kira sembilan ekor kucing dan ada ketikanya jumlah lebih banyak,” katanya yang tinggal di Kampung Kandang di sini.Bagaimanapun, dia sentiasa menjaga kebersihan tandas dan memastikan kucing itu tidak mengotori kawasan serta mengganggu orang ramai menggunakan kemudahan itu.

Menurutnya, ketika ini banyak kawasan kedai di situ ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setiap petang akan menghantar makanan bagi memastikan haiwan itu tidak kelaparan.Katanya, dia ikhlas memberi makanan haiwan itu kerana menganggap ia juga seperti manusia yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan makanan untuk hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *