Tahukah anda apa sebab sebenar kucing takut akan air. Sekali pakar tampil jelaskan hal sebenar.

Haiwan kucing Pengetahuan

Salah satu anggapan umum tentang kucing adalah biasanya kucing takut air. Seringkali pun para pemilik kucing pasti akan susah saat memandikan haiwan peliharaannya tersebut.  Namun, sebenarnya mengapa kucing takut air? Sejumlah pakar menjelaskan alasannya, dan cara untuk membuat kucing tidak takut air dan lebih mudah dimandikan.  Menurut Eve Elektra Cohen, dokter haiwan di Bideawee, ada alasan yang masuk akal terkait mengapa kucing takut air. Ia menjelaskan, ketika kucing menjadi basah, maka bulunya akan menjadi lebih berat, dingin, dan terasa tidak aman. 

“Ianya akan mengambil masa yang agak lama juga untuk bulu kucing mengering dengan sendirinya,” kata Cohen. Cohen juga mengatakan aspek ketidaknyamanan lainnya adalah fakta bahwa kucing adalah makhluk yang cepat, memiliki kaki yang ringan, dan mahir dalam melompat dan menyeimbangkan.  Di dalam air, mereka mungkin merasa kehilangan keupayaan kerana memperlambatkan mereka,” jelas Cohen.  Bahkan setelah hanya satu pengalaman negatif seperti itu dan kucing anda mungkin enggan untuk kembali berinteraksi dengan air. 

Takut pada hal yang tidak dikenal

Kucing sangat senang merawat diri. Sekitar 30 hingga 50 persen dari hari mereka dihabiskan untuk menjilati dan merapikan bulu. Jadi selain air minumnya, kucing tidak terdedah air yang lebih besar.  “Seperti hal lain yang tidak biasa, reaksi awalnya mungkin ketakutan. Reaksi ketakutan ini dapat diperburukkan jika pemilik menggunakan pistol air atau botol air untuk mencegah kucing berada di permukaan seperti perabot atau meja dapur,” ujar Jennifer Kasten, doktor haiwan di Tomlyn Veterinary Science.  Kucing juga dapat mengangkat hidungnya saat mencium bau yang dikesan oleh indera penciuman dari bahan kimia dalam air.

Mengapa kucing membenci air tetapi senang bermain dengan air dari keran? 

“Daya tariknya mungkin lebih tentang permainan pergerakan air, kebisingan yang dibuatnya, dan cahaya yang memantulkannya,” terang Cohen.  Keadaan ini menguatkan dorongan kuat individu kucing. Pakar lain berfikir kucing berevolusi dan lebih memilih air paip yang bersih dan aman daripada air yang sudah sedia ada. 

Ada jenis kucing yang tidak takut air

Beberapa ekor kucing atau jenis kucing seperti Maine coon, Bengal, Abyssinian, atau Turkish Van disebut tidak takut air. Penyebabnya, kucing ini memiliki tekstur berbeza pada bulunya yang membuatnya lebih tahan terhadap air. “Sehingga mereka tidak mengalami keamanan dan benar-benar menikmati air bahkan dikenali suka berenang,” tutur Cohen.

Cara melatih kucing agar tidak takut air

Jika Anda memiliki anak kucing atau kucing yang lebih tua, belum terlambat untuk membantunya merasa lebih nyaman di sekitar air. Ini mungkin berguna jika Anda harus memandikan kucing yang sakit atau kucing tua yang menderita, sehingga tidak dapat merawat diri sendiri dengan benar.

“Untuk anak kucing, waktu yang paling mengesankan dalam hidup adalah antara tiga hingga 16 minggu kehidupan. Itu adalah waktu yang ideal bagi induk haiwan peliharaan untuk memaparkan anak kucing mereka ke air menggunakan camilan atau mainan sebagai penguatan positif,” ucap Kasten.  Adapun kucing yang lebih tua juga dapat dikatakan untuk mentolerir atau menikmati air, tetapi prosesnya mungkin sedikit lebih lambat. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Siapa Sangka Usaha Pemuda Ini Mendapat Perhatian Warganet. Dia Bina Sendiri Sangkar Kucing Hanya Dengan Gunakan Benda Ini.

Sebagai seorang pencinta kucing, mestilah kita nak kucing kita selesa duduk dengan kita. Makan minumnya dijaga, tempat tidur pun kalau boleh nak bagi yang elok-elok.

Menyedari akan hal itu, seorang lelaki telah membina sendiri sangkar kucing untuk keselesaan haiwan kesayangannya itu. Korang boleh tengok hasil dan bahan yang digunakan untuk buat sangkar kucing tu dalam tweet @ihsnzlkfle kat bawah ni.

Pujian warganet

Hasil usaha yang dia lakukan memang cantik dipandang. Walaupun mengambil masa berminggu, tapi sangkar yang dibina ternyata kemas dan sedap mata memadang.

Ada pintu kiri kanan memang senang. Nak bersihkan dalam sangkar senang, nak kemas pun senang. Bestnya, admin nak jadi kucing tu jugak lah.

Betul. Design yang dibuat nampak moden. Harap boleh jadi inspirasi untuk yang tengah berfikir-fikir nak buat sangkar kucing sendiri.

Kan… admin first time tengok pun terus terpersona. Cantik betul design dia kan. Untuk korang yang nak tengok gelagat kucing beliau boleh tengok dekat Instagram kucingnya dekat @zen.and.friends.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Beruntung Kucing Di Singapura Ini Dapat Terima Rumah Mini. Perkongsian Ini Ternyata Memberi Inspirasi Kepada Orang Lain

Bagi manusia, rumah merupakan tempat berteduh dan tempat perlindungan daripada panas mahupun cuaca teruk. Oleh hal demikian, satu perkongsian dari satu komuniti SIngapura dalam kumpulan facebook bernama Cats and Kittens of SIngapore telah menciptakan satu rumah mini khas yang diperbuat daripada cardboard terpakai untuk kucing susulan musim sejuk.

Jika dilihat, ada seekor kucing berwarna kelabu hitam berada di hadapan rumah mininya yang tertulis perkataan Meow. Difahamkan kucing itu juga akan berada di dalam rumah pada waktu malam dan seakan mendapatkan kehangatan untuknya.Manakala di sisi lain pula, terdapat lukisan kucing yang berada di sebelah kanan rumah mini itu. Alahai comel betul rumah ni

Tambahan pula, pengguna Facebook yang lain juga dilihat berkongsikan rumah mini yang diciptakan oleh mereka di ruangan komen.Difahamkan, inisiatif yang dilakukan masyarakat itu adalah untuk melindungi kucing-kucing di kawasan kejiranan yang diilhamkan oleh kisah yang baru berlaku baru-baru ini mengenai seorang wanita di Hougang yang mengeringkan seekor kucing yang kebasahan, menyelimutkan kucing itu meletakkannya ke dalam kotak bersama tuala.

Sanggup Bina Rumah Banglo Khas Buat Kucing Kesayangan. Ramai Warganet Kagum Dengan Senibina Rumah Itu

Buat pencinta kucing, anda mesti sudah menganggap kucing kesayangan anda bukan sekadar haiwan tapi mereka sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Ia merangkumi dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan segala yang terbaik akan disediakan demi kucing kesayangan

Oleh itu, satu perkongsian oleh pengguna FB menerusi satu Group FB iaitu Kucing Sepahkan Apa Hari Ini telah meraih perhatian ramai. Ternyata gambar gambar rumah banglo khas yang disediakan kepada kucing kesayangan menjadi tumpuan ramai kerana kagum dengan keindahan rumah itu.

Jika dilihat, rumah kucing ini sememangnya luar biasa kerana telah direka dengan senibina yang moden dan ditambah pula dengan persekitaran yang indah dan hiasan dalaman yang lengkap untuk memberi keselesaan kucing kucing habiskan waktu di situ.

Pendek cerita, memang beruntung kucing yang mendiami banglo khas tu.Di ruangan kapsyen, Maaf ya kita tak sepah apa-apa pun sebab mama dah warning. Tapi sebab ankel dengan antie yang nak tengok interior umah kita jadi kita nak tunjuk kan ni lah rupa rumah kita. Tak salah kan. Yang ada anak kecik tu mama kita dah asingkan. Mama kita takut kita kacau anak-anak dia.

Kira Kira RM7000 Buat Banglo Khas Untuk Kucing Kesayangan. Wanita Ini Dedah Punca Dia Bina Tempat Khas Itu

Setelah sekian lama mempunyai impian Deena untuk tempatkan kesemua kucing di sebuah banglo akhirnya sudah tercapai. Lazimlah kucing menjadi haiwan pilihan untuk dijaga kerana telatah dan kecomelannya. Selalunya pemilik haiwan akan jaga kucing di dalam rmag atau ditempatkan di tempat khas

Jelas Deena, dia telah memilih untuk tempatkan anak anak kucingnya di dalam sebuah banglo khas demi keselesaan haiwan berkenaan. Sebelum ini, perkongsiannya di FB tentang banglo khas buat anak anaknya mnejadi perhatian warganet

Ujarnya,”Alhamdulillah, rezeki dari Allah… akhirnya anak-anak bulus dapat duduk dalam ‘banglo’. Sponsored by my mother and monitored by my dad. Tolong doakan ibu ayah murah rezeki dan sihat selalu,” demikian tulisnya pada perkongsian tersebut.

Kata Deena , idea asal untuk bina rumah khas untuk kucing peliharaannya dicetskan oleh dirinya sendiri. Kalau nak tahu, Deena memiliki sebanyak 16 ekor kucing yang sebelum ini dutempatkan di ruamh kedua orang tuanya.”Haiwan ini merupakan ‘anak-anak’ saya… memandangkan ada ruang di dalam kawasan rumah, saya minta izin daripada suami terlebih dahulu.

Tambah Deena lagi”Saya mahu haiwan-haiwan ini selesa dan berada dalam keadaan yang bersih. Sebelum ini mereka ditempatkan di dalam sangkar tapi agak sempit, susah pula nak bersihkan. Bila ada tempat yang luas sikit, senang kerja nak bersihkan.”Kebersihan tu perkara penting… kena pastikan supaya bersih dan tidak mengganggu jiran-jiran sekeliling,”

Deena yang memiliki sebuah syarikat berkaitan pembinaan dan juga ejen pelancongan berkata, ‘banglo’ itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.”Saya yang bertanggungjawab membuat lakaran (design). ‘Banglo’ ini ada dua partition (ruang) berasingan, siap dengan tempat bersantai dan juga dipasang jubin.

“Untuk siapkannya, ia menelan kos kira-kira RM7,000. Alhamdulillah, rezeki haiwan-haiwan ini apabila ibu saya yang mahu sponsor kosnya.”Saya rasa terharu sangat sebab Sebelum ini ibu bukanlah seorang pencinta kucing. Ingat lagi dulu masa saya kecil, langsung tak benarkan saya bela.

“Tapi selepas saya mula memelihara dua ekor kucing tiga tahun lalu, ibu bertukar menjadi penyayang kepada haiwan-haiwan ini. Sehinggalah kucing-kucing kami pernah mencecah 30 ekor. Namun kini hanya tinggal 16 saja selepas yang lain sudah tiada akibat sakit,” cerita anak jati Sungai Petani, Kedah ini.

“Alhamdulillah, ada yang terinspirasi selepas saya kongsikan di Facebook. Ada yang tagged pasangan masing-masing. Bagi saya, jika pelihara haiwan, tiada salahnya untuk melabur sedikit untuk mereka.”Kucing bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah macam ahli keluarga juga. Kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh buat tempat khas untuk kucing mengikut bajet dan kemampuan masing-masing,” sebelum mengakhiri perbualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *