Tular warganet sebak masih ada lagi yang buat begini pada si bulus. Sekali ini pula respon dari anak si bulus ini.

Haiwan kucing Viral

Rasa tidak suka atau benci pada haiwan dapat membuat orang melakukan apa pun, termasuk menyakitinya. Hal ini dirasakan seorang warganet ketika kucing peliharaannya telah pergi tinggalkannya.

Rakaman ini diberikan oleh salah seorang warganet yang tidak diketahui identitinya melalui akaun twitternya @kochengfess pada 1 Disember. Gambar itu memperlihatkan seekor kucing berbulu coklat tua yang bercampur warna cerah yang sudah tidak bernyawa. Pada bahagian mulutnya ternampak kotor seperti telah mengeluarkan sesuatu dari mulutnya dan keadaan lidah yang sedikit terkeluar. Kucing tersebut merupakan induk bagi anak-anak kucing yang masih kecil dan memerlukan susu ibunya.

Dalam gambar tersebut pun terlihat salah satu anak kucing yang tampak mencium wajah induknya, seolah memberikan ciuman perpisahan kepada ibunya. Sementara anak kucing lain terlihat di sebelah sang induk dan hanya menatapnya dengan kepala membelakangi kamera.

“Sedih sangat. Mamanya pergi disebabkan tertelan bahan terlarang, terus anaknya datang mencium mamanya ya Allah,” tulis warganet pemilik kucing tersebut. Melihat keadaan itu, ramai warganet yang menyukai haiwan merasa sedih atas kejadian ini. Kes kehilangan haiwan akibat bahan terlarang pun sering terjadi di Indonesia.

“Kenapa ya kalau tidak suka, tak payah la sentuh dan beri bahan terlarang boleh tak? Bukan begini cara untuk selesaikan masalah. Kenapa manusia tidak boleh memikirkan nyawa haiwan ini sesuatu yang agak berharga,” tulis akun @jgncariaku_. “Ya Allah jahat sangat sampai buat macam tu,” komentar @pawnalestrange.

“Ya Allah kucingnya salah apa sih sampe diracun, paling-paling ngambil makanan. Manusia bisa kali beli yang lain karena rezeki nggak akan ketuker, please jangan ada kucing-kucing diberi bahan seperti ini lagii,” tambah @BentonIcequeen. “Sumpah kucing tetanggaku juga kena ubat tikus, baru ngelahirin semingguan kasian bayinyaa,” ungkap @jaybaswara. “Meng, semoga tenang di sana. Semoga yang jahat sama kamu bakal dapet balasan yang setimpal. Selamat jalan,” cuit @youngbobb_.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sibuk Cari Si Bulus Kesayangannya Di Keliling Rumah. Sekali Tak Sangka Ada Pula Dah Menjadi Santapan Sesuatu Ini.

Kucing dengan manusia sekian lama bersahabat baik. Bagi sesetengah orang, mungkin ada yang merasa takut nak mendekati haiwan comel ini, tapi bagi pencintanya pulak, hubungan dengan kucing, lebih-lebih lagi kucing peliharaan sendiri mungkin lebih akrab berbanding hubungannya dengan manusia lain.

Lumrah kehidupan, setiap yang bernyawa pasti akan pergi buat selamanya, tidak terkecuali bagi si meow. Namun, nak berdepan dengan hakikat kehilangan kucing kesayangan, adalah sesuatu yang sangat-sangat memeritkan, apatah lagi ‘kesayangan’ kita itu pergi dalam keadaan yang memilukan. Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak dari Thailand ini apabila kehilangan kucingnya akibat ditelan ular sawa yang menceroboh rumahnya.

Perkara berkenaan dikongsikan di laman facebook milik ibunya sebelum dilaporkan oleh portal Mothership. Menurut laporan Mothersip, kanak-kanak itu sebelum itu mencari keberadaan kucing kesayangannya, Hurjun, di seluruh kawasan rumah, namun tidak bertemu. Sebaliknya, kanak-kanak tersebut dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa besar dalam rumah mereka. Mungkin disebabkan rasa takut yang amat sangat, kanak-kanak berkenaan menjerit meminta pertolongan dan hal itu disedari oleh ibunya.

Mereka kemudiannya menyedari kehilangan Hurjun mungkin ada kaitan dengan penemuan ular sawa tersebut. Tulis ibunya lagi, dia hanya mampu memeluk dan cuba menenangkan anaknya yang kesedihan apabila mengetahui Hurjun sudahpun menjadi hidangan ular sawa tersebut. Pihak berkuasa kemudian dipanggil untuk menangkap ular berkenaan. Lebih menyedihkan, baju kostum yang dibeli untuk digayakan oleh Hurjun tiba dirumah mereka tidak lama selepas insiden memilukan berkenaan berlaku.

Kisah ini mendapat  35,ooo shares di Facebook dan dilaporkan oleh pelbagai portal media.

Sumber: Mothership

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Perpustakaan Ini Lantik 7 Ekor Kucing Ini Untuk Jadi Peneman Pengunjung. Ianya Akan Memulakan Tugas Bermula Tarikh Ini.

Sebuah perpustakaan di Tianjin, China ‘melantik’ 7 ekor kucing sebagai ‘kurator’ ataupun ‘peneman’ kepada pengunjung-pengunjung yang kesepian. Menurut AsiaOne, kucing-kucing pelbagai baka itu akan memulakan tugas secara rasmi bermula 24 Ogos ini susulan pembukaan semula perpustakaan berkenaan.

Antara kucing-kucing yang dilantik adalah dari baka Ragdoll, Exotic Short-Hair dan Chinchilla dengan usia purata 1 tahun. Perpustakaan itu yang terletak di Menara Tianjin menarika perhatian ramai apabila berada pada ketinggian 257 meter dan mula dibuka pada Januari lepas bagaimanapun operasinya terpaksa ditutup tidak lama kemudian akibat pandemik COVUD-19.

Ia menempatkan ribuan buku pelbagai judul dan menjadi pilihan penduduk setempat kerana membenarkan pinjaman secara percuma.

Sumber: AsiaOne

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Satu Perkongsian Ini Apabila Si Bulus Peliharaannya Bantu Ambil Sesuatu Ini Untuk Tuannya. Sekali Ada Pula Warganet Fikir Begini.

Bila dah terlalu banyak shopping online, satu masalah yang dihadapi korang pastinya siapa yang nak ambik parcel yang korang order kalau korang tak ada di rumah. Benci tau!   Tapi seorang gadis yang berasal dari Indonesia ni untung tau. Dia ada kucing yang boleh tolong ambil parcel yang dihantar ke rumah. Waaah kucing pun boleh terima parcel dari posmen sekarang! 

“Abang posmennya WhatsApp, kerana kucing aku naik ke jendela… ditulis yang menerima (parcel) ‘kucing’”  Menurut posting yang viral di Twitter, gadis yang bernama Amalia ni kebetulan tak ada di rumah masa abang posmen dari J&T datang nak hantar barang.

Abang posmen tu pun WhatsApp lah dia tanya ada kat rumah ke tak. Apa yang posmen tu nampak ada seekor kucing je dok mengintai kat jendela. Dia apalagi, terus tulis penerima parcel tu “kucing” dan letak barang kat tepi tingkat je. Amboi abang posmen ni! 

“Kucing be like “Oh ya mas taro aja disitu””

Rata-rata warganet yang membaca posting ni memang gelak habis lah dengan gelagat abang posmen dan kucing tersebut. Siap ada yang reka-reka dialog lagi perbualan kucing tu dengan si abang posmen. Hadoii lawak! 

“Kucingnya lucu, kepo dia ya!” 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Tinggalkan Parcel Pada Kucing Peliharaannya. Sekali Tular Mesej Yang Dihantar Oleh Abang Kurier Ini Dan Rupanya Ini Yang Terjadi.

Perkongsian seorang pelayar Twitter, Ikha Suhaimi mengenai mesej lucu pekerja syarikat penghantaran dan gelagat kucingnya menghiburkan warganet. “Barang akak dah sampai dan saya letak kat (dekat) kerusi. Apa-apa hal boleh tanya kucing akak.” Demikian mesej yang ditulis oleh seorang pekerja syarikat penghantaran (kurier) kepada seorang gadis selepas tinggalkan bungkusan barang yang dipesannya di atas kerusi.

Bersama mesej itu, pekerja berkenaan turut menghantar sekeping gambar menunjukkan bungkusan (parcel) yang diletakkan betul-betul di sebelah kucing berbulu kelabu yang sedang tidur. Mesej itu kemudian dimuat naik oleh Ikha Suhaimi di laman Twitter miliknya, sekadar berkongsi mesej menghiburkan bersama para pengikutnya. Namun tanpa disangka, perkongsian itu meraih melebihi 26,000 retweet dan 33,000 likes daripada warganet yang rata-ratanya terhibur dengan ayat pekerja syarikat penghantaran berkenaan.

Ikha berkongsi mesej lucu yang dihantar oleh seorang pekerja syarikat penghantaran kepada adiknya baru-baru ini.

Ikha berkata bungkusan berkenaan adalah kepunyaan adiknya yang memesan barangan secara dalam talian. “Adik hantar mesej tu dalam WhatsApp group keluarga kami. Saya kemudian post dekat Twitter sebab rasa lucu. Memang tak sangka pula boleh jadi viral,” ujar gadis berusia 20 tahun ini. Bercerita lebih lanjut, Ikha berkata ketika pekerja syarikat penghantaran itu tiba di kediaman ibu bapa mereka di Rembau, Negeri Sembilan, kesemua penghuni rumah berkenaan keluar bekerja dan ada yang ke sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *