Owner baru dah jual semula si bulus ini hanya sebabkan alasan ini. Sekali pemilik asal dedahkan perkara sebenar.

Haiwan kucing Viral

Bagi penggemar kucing, buatlah adoption daripada beli, namun begitu kes yang terjadi kat bawah ni membuatkan kita untuk fikir semula jika ingin memberikannya kepada orang. Perlu lakukan penyelidikan supaya nasib kucing-kucing ini terbela dan tidak teraniaya apabila bersama pemilik baru kelak.

Amat menyedihkan apabila ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan amalan murni ini sebagai kesempatannya untuk dijadikan ‘jalan pintas’ untuk mendapatkan wang tunai. Seorang lelaki yang memiliki 2 ekor kucing peliharaannya telah diberikan kepada tuan baru, mereka berhubung menerusi Facebook Group Cat Free For Adoption (Malaysia).

Tanpa diduga si tuan baru itu rupanya ambil kucing yang dinamakan Tom & Jerry itu untuk kaut untung dengan menjual kucingnya berharga RM400 bagi salah seekor kucingnya kerana ia dijual secara asing-asing! Ia diketahui apabila gambar kucing-kucingnya itu diiklankan ke dalam Group lain 2 minggu selepas kucing-kucingnya itu diserahkan kepada individu tersebut. Apabila lelaki itu cuba menghubunginya, alasan yang diberikan oleh individu itu adalah kerana Tom & Jerry itu kerap bergaduh.

Walaubagaimanapun pemilik sebenar mendakwa sepanjang dia bela Tom & Jerry, kucing-kucing itu tak pernah bergaduh. Disebabkan itu, lelaki tersebut dan Ani Red Wolf Hassan, pengendali FB Group itu ada cuba untuk dapatkan semula kucing-kucing tersebut tapi malangnya gagal kerana kucing itu telah diberikan dengan cara sukarela.

“Balai polis PJ cakap takda kes sebab Fazril Nordin dah serahkan T&J dengan suka rela hati, bukan paksaan.” Berikutan dengan kes ini, ia telah mengajar Ani sebagai admin untuk lebih berhati-hati. Takpalah. Lepas ni min ada draft satu borang hitam putih utk sebarang urusan serah kucing. Kalau ada hitam putih, baru boleh dakwa dakwi jika adopter jual kucing yang dia dapat percuma tu. Semoga kes ni jd pengajaran kepada yang lain.” Sekarang ini hanya mampu berdoa je lah agar kedua-dua si comel itu tak terpisah. Ya lah, kucing ni dah macam ahli keluarga, siapa je tak sedih bila ‘ahli keluarga’ dijual, malah dipisahkan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Warganet Terhibur Apabila Melihat Gelagat Si Bulus Ini. Ini Rupanya Yang Si Bulus Ini Lakukan.

Korang yang bela kucing mesti pelik dan jealous kan tengok dorang tidur je memanjang kat rumah tu. Entah apa yang penat sangat dia buat seharian sampai tidur je kerjanya. Cerita pasal kucing tidur ni, admin ada satu video dari @cattitudecsrvs nak share dengan korang kali ni. Seekor kucing yang tengah sedap tidur kat rak TV tiba-tiba mengigau sampai jatuh ke bawah. Yang bestnya dia boleh sambung tidur balik lepas jatuh tu. Korang tengok sendiri lah video kat bawah ni

Tidur tak basuh kaki

Mak bapa kita selalu pesan untuk basuh kaki sebelum tidur. Barulah tak dapat mimpi yang pelik-pelik sampai mengigau atau terjaga time tengah sedap tidur. Admin syak kucing ni tak basuh kaki kot. Bantai tidur je terus, tu yang mimpi pelik-pelik sampai terjatuh tu.

Kental.. memang kental. Kalau kita terjatuh sikit dari katil pun bangun, sambung tidur atas katil balik. Ni dia boleh sambung teruskat situ gak. Mungkin tengah mimpi sedap kot.

Kalau gaya macam tu, macam lari tak cukup tanah je. Lena betul tidur sampai dah jatuh pun boleh sambung macam takde apa berlaku. Steady betul

Teori mimpi kena kejar anjing ni paling logik yang boleh diterima. Tapi kalau tanya dia sendiri pun kita tak faham bahasa kucing. Mungkin lah mimpi kena kejar anjing, tu yang lari tak cukup tanah tu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Dah Mula Alami 4 Tanda Tiba Waktunya Kelahiran Kucing. Ini Cara Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pencinta kucing. Hari ini kita akan kongsikan 4 tanda yang bermaksud sudah tibanya waktu kelahiran kucing anda dan cara untuk membantunya. Di saat anda memiliki kucing yang hamil dan nampak macam dah siap sedia untuk melahirkan, berkemungkinan besar anda tak perlu buat apapun kecuali membantunya.

Tambahan pula, mesti acap kali anda nampak kucing sudah menyusui anak anak kucingnya, berkemungkinan besar ia lahir pada malam harinya. Walaupun kucing ada cara untuk mengurus dirinya sendiri, anda harus tahu cara mengenali potensi masalah dan apa yang mungkin perlu anda lakukan untuk membantu kucing yang mahu melahirkan. Berdasarkan kenyataan dari The Spruce Pets, berikut beberapa tanda kucing sudah tiba waktu untuk melahirkan dan yang harus anda lakukan untuk membantu.  Tanda kucing mahu melahirkan dalam tempoh kehamilan kucing kira-kira 60 hari. Jika anda tidak yakin sejauh mana usia kehamilan kucing anda, perhatiakan tanda-tanda bahawa kelahiran akan segera terjadi.

Berikut beberapa tanda kucing akan melahirkan. Yang pertama ialan bersarang. Untuk pengetahuan, satu atau dua hari sebelum persalinan, kucing akan mencari tempat yang tenang dan aman untuk melahirkan anak kucingnya. Dia mungkin memilih tempat yang anda buat untuknya atau mencari tempat persembunyian di belakang almari atau di bawah tempat tidur.

Kedua, perubahan pada tingkah laku. Cuba perhatikan kucing anda. Anda mungkin dapat melihat kucing akan mulai bergerak dengan gelisah, terengah-engah, pembersihan berlebihan terutama di area alat kelminnya, dan penyuaraan yang berlebihan. Dia juga akan berhenti makan.Ketiga, perubahan fizikal. Untuk pengetahuan, suhu kucing anda boleh turun hingga sekitar 37 darjah celcius dan mungkin muntah. Anda mungkin melihat perut kucing anda “jatuh” beberapa hari sebelum melahirkan, dan puting kucing mungkin menjadi lebih besar, lebih gelap atau lebih merah jambu.Seterusnya, tanda persalinan aktif. Kucing kelihatan akan membuat kontraksi atau pergerakan rahim yang menggerakkan anak kucing ke saluran kelahiran. Ini boleh menyebabkan kucing anda merasa sakit. Anda juga mungkin melihat darh atau cecair lain.

Seterusnya, kita ikuti proses kucing melahirkan anaknya. Pencetus proses kelahiran tidak diketahui, tetapi faktor-faktornya meliputi ukuran dan berat rahim, ukuran dan berat janin, serta keseimbangan hormonal janin dan ratu. Selama proses persalinan, kontraksi uterus dengan ritma secara bertahap meningkat untuk menolak  janin keluar dari rahim dan masuk ke laluan kelahiran.

Untuk makluman, Kelahiran satu anak kucing boleh berlaku dalam masa 5 hingga 30 minit. Anak kucing dilahirkan di dalam kantung ketuban mereka, yang akan dikeluarkan oleh induk kucing.   Induk kucing akan merangsang anak kucing untuk bernafas dengan cara memandikannya dengan lidah yang kasar. Dia juga akan memutuskan tali pusat dengan mengnyahnya kira-kira satu inci dari tubuh anak kucing. Dia mungkin juga memakan plasenta. Anak kucing akan segera tertarik ke arah puting susu, menempel dan menyusu.

Jika induk kucing mengabaikan anak kucing dan masih dalam kantungnya, anda harus memotong atau koyakkan kantong membran dengan hati-hati dan menstimulasi pernafasan anak kucing dengan menggosok hidung dan mulutnya dengan lembut menggunakan tuala kering yang kasar. Juga jika induk kucing mengalami kesukaran menggigit tali pusat, ikat erat benang gigi di sekitar tali pusar 1 inci dari tubuh anak kucing dan potong tali pusar di bagian sisi induknya.

Jika plasenta tidak keluar bersama setiap anak kucing, pastikan plasenta keluar dalam waktu 24 jam setelah lahir. Setiap anak kucing harus memiliki satu plasenta. Jika plasenta tertinggal di dalam perut kucing, anda perlu berjumpa doktor haiwan. Jika ada penundaan antara kelahiran lebih dari dua jam dan anda yakin masih ada anak kucing, anda memerlukan pemeriksaan oleh doktor haiwan. Baik persalinan berjalan lancar atau tidak, induk kucing dan anak kucing harus diperiksa oleh doktor haowan dalam waktu 24 jam setelah melahirkan.

Kita teruskan dengan jangka kelahiran.Rata-rata, kucing memerlukan waktu setengah hari bagi seekor ibu kucing untuk melahirkan semua anaknya. Anak kucing pertama akan lahir dalam waktu satu jam sejak awal persalinan aktif. Di sela-sela kelahiran anak kucing, induk kucing akan beristirehat dan harus diizinkan untuk mengasuh dan membersihkan anak kucing yang dilahirkan. Jika anda telah memelihara anak kucing di kotak lain, pindahkan kembali bersama induk kucing dan bantu mereka menemukan puting.

Akhir sekali, Istirehat dalam persalinan adalah saat yang tepat bagi anda untuk menawarkan makanan, pengganti susu anak kucing, atau yogurt tanpa rasa. Anak kucing yang sihat jarang lahir setelah tujuh jam. Jika menurut anda induk kucing belum melahirkan semua anak kucing, bawalah ibu dan anak kucingnya ke doktor haiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *