Pemuda ini berang apabila sijil degree diperlakukan sebegini oleh si bulusnya. Tapi ini pula respon daripada si pelaku.

Haiwan kucing Viral

Bagi mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sudah pasti genggaman ‘sijil’ setelah berhempas pulas sewaktu zaman belajar itu bakal menjadi ‘piala kemenangan’ yang akan disimpan, malah diframekan untuk tatapan. Tapi bagaimana pula perasaan si pemilik sekiranya sijil graduasi lambang kejayaan itu hancur pula gara-gara ‘makhluk’ lain?

Sijil degree hancur ‘dimakan’ 

Menerusi sebuah posting yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki dikatakan ‘berang’ gara-gara sijil ijazahnya hancur ‘dimakan’ kucing kesayangannya! Aduhai, dalam banyak-banyak benda, sijil degree jugak dibahamnya?  Lelaki itu berkongsikan sebuah foto di akaun Twitternya, yang memperlihatkan keadaan sijil ijazahnya yang telah hancur pada bahagian hujungnya gara-gara dimakan oleh kucing kesayangannya yang diberi nama Mika.

Mengenggam ijazah dari University of Nottingham sememangnya sangat berharga buat pemuda itu. Namun, apa kan dayanya apabila dia hanya mampu melihat sebahagian sijilnya itu kini rosak digigit si bulus. Dalam banyak-banyak kertas tak berguna dalam bilik ni, dia makan sijil degree aku!!! Dia macam tahu-tahu je. Buat muka tak bersalah, siap ‘ketawa’ lagi. Sementara itu, sama seperti kucing-kucing yang lain, si ‘pelaku’ sudah tentu enak bersantai tanpa rasa bersalah langsung setelah melakukan perbuatan tersebut. Nama dia Mika dan dia bukan oyen.

Yang menggelikan hati, si bulus kesayangannya itu kelihatan ‘sedap’ terlentok sambil membuat mimik muka seolah-olah ‘mentertawakan’ nasib malang tuannya. Keletah nakal kucingnya itu berjaya meraih perhatian warganet sehingga meraih lebih daripada 400,000 likes dan 70,000 retweets. Rata-rata warganet meluahkan rasa lucu dan berjenaka dengan mimik nakal kucing bernama Mika itu yang kelihatan seolah-olah ‘mengejek’ tuannya.

Alahai, sabar je lah tuannya. Nak marah sayang, pandai buat muka comel pulak tu. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Seakan Akan Terkedu Apabila Melihat Perkara Ini. Siapa Sangka Ianya Sebesar Ini.

Kucing dan tikus sememangnya adalah musuh yang sering berbalah seperti contoh di dalam filem animasi Tom and Jerry yang kita tonton. Namun lain pula dengan satu video kiriman @AnimalsWorld di Twitter, tikus mempunyai saiz badan yang hampir sama dengan kucing. Dalam video itu, terlihat seekor kucing yang sedang santai berbaring merehatkan dirinya didatangi seekor tikus. Kucing yang menyedari kakinya disentuh oleh tikus itu lantas mendongakkan kepala untuk melihat,  ia seakan terkejut  dan pelik apabila melihat musuhnya itu mempunyai saiz badan yang hampir sama dengannya.

Tikus itu terus beredar dari situ dan kucing tersebut dilihat masih terpinga-pinga melihat ‘musuhnya’ itu mempunyai saiz yang besar sama sepertinya. Rakaman tersebut menjadi perhatian ramai apabila dimuat naik di laman Twitter. Sehingga kini, hampir 200 ribu tontonan dicatatkan dengan 640 perkongsian.

Sumber : AnimalsWorld

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Pemuda Ini Berani Tampil Untuk Selamatkan Kucing Yang Tersangkut Di Atas Pokok. Namun Siapa Sangka Ini Pula Yang Berlaku.

Anggota bomba menyelamatkan lelaki yang terperangkap di atas pokok. Seorang lelaki terpaksa diselamatkan dari sebatang pokok setelah memanjatnya untuk menyelamatkan seekor kucing peliharaan yang terperangkap. Namun sebaliknya, kucing tersebut dapat turun dari pokok dengan sendirinya.

Dalam kejadian di Rochdale, Greater Manchester di United Kingdom pada Isnin, haiwan itu terperangkap setinggi 10 meter di atas pokok. Pihak berkuasa menerima panggilan berhubung kejadian seorang penduduk menghubungi sebuah badan pelindung haiwan, RSPCA.

Seorang wanita memberitahu kucing tersebut berada di tamannya, sambil mengatakan dia percaya haiwan itu berada di sana selama lima hari. Penyelamat haiwan Stephen Wickham dalam perjalanan untuk membantu haiwan yang terperangkap, namun dimaklumkan pasukan bomba sudah berada di lokasi kejadian. Kedatangan pasukan bomba bagi menyelamatkan pemilik kucing itu yang terperangkap di pokok yang sama apabila cubaannya untuk menyelamatkan haiwan peliharaannya gagal. – Daily Star

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sekatan Rentas Negeri Mungkin Bakal Ditamatkan Pada Tempoh Ini. Ini Info Lanjut Soal Isu Yang Sering Menjadi Tanda Tanya Orang Ramai.

Semalam, kita semua tahu kerajaan dah umumkan yang kita dah boleh untuk merentas daerah kecuali di Sabah, namun ramai yang kecewa sebab kita masih belum boleh untuk rentas negeri. Sebenarnya ramai yang risau kalau kita masih tak boleh balik kampung sebelum Aidilfitri. Betul tak?

Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, ada menyuarakan pandangannya yang sekatan rentas negeri dijangka akan ditarik balik selepas empat minggu suntikan vaksin fasa kedua dibuat.

“Pasti ramai tertanya-tanya dan tidak dinafikan bersedih kerana sekatan rentas negeri masih berkuat kuasa, tetapi ini demi kebaikan semua. Rakyat Malaysia terkenal dengan keramahan mereka, justeru dikhuatiri jika sekatan rentas negeri ditarik balik sekarang, ia mampu mengundang kesan seperti bebaskan tekanan daripada ‘lingkaran spring’. Sebaik tiba di kampung masing-masing, sudah pasti berpelukan dan bermesra tanpa sebarang penjarakan fizikal atau langkah berjaga-jaga, termasuk membabitkan golongan berisiko. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, kadar kebolehjangkitan dalam kalangan masyarakat perlu diturunkan ke paras selamat, sebelum sekatan rentas negeri ditarik balik.”

Katanya lagi perkara ni dilihat kepada unjuran sekatan kuat kuasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa sejak 13 Januari lalu dan berkemungkinan tamat menjelang pertengahan Mei iaitu sebelum Aidilfitri. Katanya PKP 2.0 ini membuahkan hasil apabila kadar jangkitan COVID-19 mula berkurang daripada 50,000 kes ke paras bawah daripada 25,000 kes ketika ini.

Menurutnya juga program imunisasi yang dilaksanakan kini dijangka mampu mencatatkan penyusutan kadar jangkitan COVID-19 selepas 100 hari dilaksanakan, lapor Berita Harian.

“Keputusan untuk menarik balik rentas daerah ini sudah dijangka kerana kes harian mencatatkan penurunan dan kita mula melaksanakan imunisasi kebangsaan. Cuma, rentas negeri masih berkuat kuasa kerana ada beberapa negeri yang merekodkan Zon Merah dan mempunyai kluster penularan COVID-19, justeru ia harus dibendung dulu.” Malah Prof Madya Dr Malina berkata, wajar untuk kebenaran merentas negeri ini diberi secara perlahan-lahan.

PKP Dilanjutkan Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 5 Hingga 18 Februari. KKM Ramalkan 10 Ribu Kes Sehari Bulan Depan Gara Gara Ini

Sudah tiga minggu PKP dijalankan tetapi kes positif covid19 masih tetap tak tunjuk sebarang penurunan. Baru minggu lepas,kita merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 5700 kes. Dan untuk makluman,KKM meramalkan kalau kadar jagkitan tak menunjukkan apa apa penurunan,kes harian di Malaysia boleh cecah 10000 kes sehari bulan depan.

Kadar jangkitan ini dikira dalam unit R0 atau sebutannya R-naught. Sebagai contoh, kalau nilai R0 sekarang adalah 1.5, ini bermakna seorang pesakit positif boleh menjangkiti seramai 1.5 orang.Buat masa sekarang, nilai R0 di seluruh Malaysia adalah 1.15 dan dalam graf yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Hisham di Facebook, ia menunjukkan yang ramalan KKM bahawa kes akan meningkat ke 5,000 kes sehari ternyata benar.

Malah, kes pertama melebihi 5,000 kes direkodkan pada 27 Januari, lebih awal dari jangkaan KKM.Jika kadar jangkitan ini terus meningkat, kes positif di Malaysia mungkin akan cecah 8,000 pada minggu pertama bulan Mac dan cecah 10,000 kes sehari pada minggu ke-2!Dekat bawah ni, korang boleh tengok kadar jangkitan di setiap negeri setakat ini:Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri umumkan yang PKP akan dilanjutkan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 5 hingga 18 Februari dengan SOP yang lebih kett.

Mak Dan Anak Keluar Pergi Beli Printer Pada Musim PKP Ini. Rupa Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Printer Yang Baru Beli Itu.

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kini menjadi norma baharu buat anak-anak. Norma baharu akibat pandemik Covid-19 menyaksikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilakukan secara dalam talian pada masa ini. Bukan sahaja pelajar yang terkesan perlu belajar dari rumah, golongan pendidik juga menghadapi cabaran untuk memastikan anak didik tidak tercicir dalam pelajaran.

Seorang guru berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang rakan yang telah lama bergelar pendidik, bersama anaknya yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Pertemuan di kawasan parkir itu menyaksikan dua beranak itu membawa sebuah mesin pencetak.

“Saya tanya beli printer kak? Haah, ni ha anak akak nak SPM dah tahun ni, dia kata apa kata mama beli printer, tolong print kan kerja-kerja rumah dia dan kawan dia sekali. Ada kawan-kawan yang dia nak tolong print kan kerja katanya. Akak kata bagus juga, mana tahu berkat tolong kawan-kawan ni dia dapat SPM bagus,” tulis Muhammad Yusof di laman Facebook miliknya, mengimbas kembali perbualan bersama guru berkenaan.

Dirinya begitu kagum, malah terharu dengan jawapan yang diberikan oleh guru tersebut dengan situasi negara yang dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagusnya apa yang dia dan anak dia buat nak bantu masalah pembelajaran anak-anak orang lain yang kurang berkemampuan. Sebenarnya masa PKP ni kalau kita mampu, bantulah mana yang kita boleh bantu. Tanya cikgu-cikgu apa yang ibu bapa boleh buat untuk bantu pembelajaran anak-anak mereka,” katanya.

Dunia pendidikan menjurus ke arah teknologi terkini. – gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

Jelasnya, ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing juga boleh memberikan kerjasama untuk kemudahan pengajaran guru. Boleh set up satu studio untuk digunakan oleh cikgu-cikgu untuk mengajar anak depa (mereka). Tak rugi pun beli rasanya sebab memang dunia pendidikan dah menjurus ke arah teknologi sekarang ni.

Dah masuk tahun 2021 ni, takkan kita masih nak main isu ‘potong gaji cikgu, cikgu makan gaji buta!’. Cukup dah kot. Macam dah tak relevan dah isu ni

“Mana-mana cikgu yang nak rakam video boleh guna studio tu lepas tu masuk je dalam grup pembelajaran. Kemudian, pihak sekolah juga boleh buat channel (saluran) sekolah kat YouTube dan muat naik video cikgu-cikgu sekolah tu mengajar bagi yang tak sempat nak tengok. Untung-untung boleh juga dapat duit untuk sekolah kalau video tu ramai orang tengok. Ye tak?” tambahnya.

Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Menurut Muhammad Yusof, guru-guru juga perlu rajin bertanya kepada ibu bapa pelajar bagi mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak dalam sesi pembelajaran.

“Kalau ada mak ayah yang ada masalah dalam pembelajaran anak-anak boleh PM (mesej secara peribadi) cikgu-cikgu. Mungkin cikgu-cikgu boleh membantu apa yang termampu cikgu tu boleh bantu. Dah masuk tahun 2021 ni, takkan kita masih nak main isu ‘potong gaji cikgu, cikgu makan gaji buta!’. Cukup dah kot. Macam dah tak relevan dah isu ni rasanya,” ujarnya.

Saranan kepada guru dan ibu bapa demi kepentingan pelajar.

Sehubungan, dia menyarankan agar golongan ibu bapa dan guru tidak menyalahi antara satu sama lain, sebaliknya mencari jalan penyelesaian demi kebaikan para pelajar. “Masa sekarang ni bukanlah masa untuk kita cari salah cikgu-cikgu atau cikgu-cikgu hentam mak ayah tapi sekarang ni adalah masa untuk ibu bapa bantu cikgu-cikgu dan cikgu-cikgu bantu ibu bapa. Semua ini adalah untuk kebaikan anak-anak kita juga, kan?” kata Muhammad Yusof.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *