Setiap pemilik kucing pasti teruja apabila si bulusnya memahami apa yang ingin mereka sampaikan. Ketahui 4 tips ini yang mampu melatih si bulus anda.

Haiwan kucing tips

Siapalah tak nak Si Comel yang jinak dan manja dengan kita kan? Ia dah menjadi satu terapi minda buat kita jika Si Comel itu datang ke tempat kita dan meminta untuk dimanjakan. Apatah lagi bila kita dapat lihat gelagat Si Comel ini yang boleh memecahkan kesunyian kita. Boring juga kalau ada Si Comel tapi dia pasif tak faham bahasa kita kan? Jadi, kalau korang nak Si Comel korang faham bahasa macam video-video yang kita tengok dekat media sosial tu, meh sini min ajar. Mudah-mudahan bermanfaat dan berkesan sebab min dah cuba!

`1. Kalau boleh bela Si Comel yang masih kecil

Bagi korang yang ada niat nak bela Si Comel, kalau boleh cari Si Comel yang masih kecil.  Masa inilah korang akan jaga dan beri perhatian lebih kepada haiwan tersebut. Masa ini jugalah mudah kalau korang nak mandikan dia dan belai supaya mereka mudah kenal dengan tuannya kalau nak dibandingkan dengan Si Comel dewasa, lebih-lebih lagi kalau Si Comel dari jalanan, memang susah. Melainkan kalau korang dah pro dan banyak pengalaman dalam bab ni. Tapi kalau boleh, bela lah dengan ibu dia dan adik beradik dia sekali.

2. Rajin berkomunikasi dengan Si Comel

Waktu ini, kerapkan berkomunikasi dengan Si Comel, faham maksud-maksud yang Si Comel mahukan. Berikan layanan baik kepada Si Comel, korang rajin-rajinlah ‘bermain’ dengannya dan kerap usap Si Comel itu supaya dia selesa dan tak takut dengan kita dan di tempat baru. Yelah, sebab bela dari kecil kan? Mesti nak perhatian lebih. 

3. Kerap panggil kucing dengan nama gelaran supaya dia faham

Berikan satu nama gelaran dan gunakan nama itu untuk panggil mereka. Dari situ, lama kelamaan Si Comel  akan faham. Kena ada kesabaran yang tinggi kalau Si Comel itu buat tak endah dan buat kerenah. Berikan reward kepada Si comel itu dengan makanan-makanan yang berkualiti supaya Si Comel akan selalu dekat dengan kita. Nak tahu makan apa yang bagus untuk Si Comel?

4. REFINE, Makanan Basah Premium sebagai pilihan Si Comel

Kesihatan Si Comel perlu dijaga, bagaimana? Faktor pemakanan! Ia juga memainkan peranan penting jika inginkan Si Comel yang kelihatan lebih sihat dan ceria. Kalau tak sihat mesti dia tak ada mood nak main dan mereka malas nak layan kita. Kenapa Tuna Putih? Menurut kajian, Isi Tuna Putih Premium Terpilih ada perbezaannya berbanding Isi Tuna Merah.

Ini pengiraan untuk setiap 100g hidangan

Isi Tuna Putih :

Tahap kelembapan 70.94g, kandungan lemak hanya 3.056. Protein 18.90, karbohidrat 0.263 dan jumlah kalori hanya 104 sahaja

Isi Tuna Merah :

Kelembapan 69.37, lemak 4.631, Protein 18.28, karbohidrat 0.750 dan kalori sebanyak 120. Jelaslah di sini bahawa isi tuna putih adalah makanan yang juicy, rendah lemak, kaya dengan protein, karbohidrat rendah dan paling penting sekali rendah kalori!

Malah tekstur isi tuna putih juga lebih padat (seakan-akan dada ayam) jika dibandingkan dengan Red Meat Tuna yang seperti bahagian thigh ayam. Jadi isi tuna putih adalah pilihan bagus untuk diet Si Comel dan confirm Si Comel korang akan kenyang bila makan ni!

Malah REFINE juga menyajikan Daging Ayam Terpilih dalam resipi ini untuk menjadikannya lebih enak dan berkualiti tinggi dan sekaligus menjadikan ia santapan sempurna untuk Si Comel. Untuk mendapatkan kualiti daging tuna yang terbaik, min gunakan satu produk makanan Si Comel daripada REFINE, Makanan Basah Premium

REFINE, Hidangan Mewah untuk Si Comel

REFINE ini menggunakan sumber daging tuna dan ayam yang berkualiti tinggi di mana ia menjadi satu makanan yang paling digemari ‘Si Comel gebu’ min. Dengan menggunakan Isi Tuna Putih Premium Terpilih & Daging Ayam Terpilih ini, ia mampu meningkatkan mutu penglihatan, meningkatkan imuniti dan paling penting lagi boleh membekalkan tenaga kepada Si Comel kesayangan korang sebab Si Comel akan jadi makin gebu!

REFINE juga didatangkan dengan beberapa pilihan yang pasti menaikkan selera Si Comel.  Dengan menggunaan Isi Tuna Putih Premium Terpilih dan Daging Ayam Terpilih, REFINE disediakan dalam bentuk dua variasi dengan pelbagai pilihan hidangan gourmet; REFINE dalam Tin dan REFINE dalam Pouch. Kiranya memang makanan ini dah level-level hidangan mewah untuk Si Comel kita.

Jadi, kalau nak reward Si Comel korang, pilihlah REFINE, Makanan Basah Premium  ni, mesti Si Comel akan makin suka dan sayang korang sangat-sangat.  Oh ya, korang boleh dapatkan dapatkan REFINE, Makanan Basah Premium ini menerusi www.smartheart.my, ataupun di Shopee dan Lazada!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sangka Dengan Perbuatan Wanita Ini. Si Bulus Ini Terus Tidur Dengan Lenanya.

Kucing merupakan haiwan berkaki empat yang tidak asing bagi kehidupan seharian manusia. Haiwan berbulu ini dianggap haiwan yang bersifat comel, manja bahkan mencuit hati dengan karenah yang ditunjukkan. Kebanyakkan daripada kita menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan malah teman di rumah agar suasana bertambah ceria. Kebiasaannya kucing akan lebih aktif pada waktu malam yang boleh meyebabkan keadaan rumah menjadi huru-hara dan kerosakkan barangan berharga.

Oleh itu, kita sebagai pemilik perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan si comel berkelakuan nakal dan duduk diam. Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita ini menunjukkan cara bagi mendiamkan kucing dengan memasukkan hujung jari pada mulut si comel. Difahamkan, cara itu memberi kesan sehingga membuatkan kucing wanita itu tertidur. Walau bagaimanapun, cara tersebut belum dikenal pasti mampu berkesan kepada kucing-kucing yang lain. Maka, anda sebagai pemilik kucing boleh mencuba sama ada ia berkesan atau pun tidak.

Sumber: kendahlsss(tiktok)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Anak Kucing Ini Berjaya Diselamatkan Selepas Berada Di Bahagian Enjin Kereta Selama Ini. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Seekor anak kucing yang telah berjaya diselamatkan dari bawah bonet sebuah kereta didapati masih hidup selepas mengharungi perjalanan sejauh 30 batu bersamaan 48 kilometer dan kelajuan sekitar 65 kmj. Kereta yang dipandu oleh seorang wanita itu dikatakan menuju ke rumah ibunya di Neston dari rumahnya di Winsford, Cheshire.

Dia mendengar kucing mengiau di dalam kereta namun tidak menemui haiwan comel berusia tujuh minggu tersebut yang dipanggil sebagai Yaris. Wanita itu juga mengatakan bahawa dia ada melihat Yaris di luar rumahnya pada malam sebelum kejadian namun kucing itu melarikan diri apabila didekati olehnya.

“Kali terakhir saya melihatnya adalah semasa dia berada berdekatan dengan kereta. Saya tidak melihat atau mendengar suara kucing itu pada waktu pagi dan saya juga sudah memeriksa di bawah kereta namun tidak menemuinya. Saya kemudian memandu ke rumah ibu saya yang sejauh 30 batu. Dengan kelajuan 65 km/j, nasib baik tak terbakar. Saya tidak mendengar apa-apa di dalam kereta namun muzik semasa itu juga agak kuat,” katanya.

Inspektor Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA), Caren Goodman-James berkata agak sukar untuk mengeluarkan kucing tersebut. “Saya terpaksa berbaring di tanah dengan keadaan basah dan kotor ketika saya menggerakkan bahagian enjin sehingga kami dapat membebaskannya,” katanya. Yaris kemudiannya dibersihkan dan akan tinggal bersama wanita itu sehingga ia menginjak dewasa.

Sumber: Daily Star

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Satu Perkongsian Ini Apabila Si Bulus Peliharaannya Bantu Ambil Sesuatu Ini Untuk Tuannya. Sekali Ada Pula Warganet Fikir Begini.

Bila dah terlalu banyak shopping online, satu masalah yang dihadapi korang pastinya siapa yang nak ambik parcel yang korang order kalau korang tak ada di rumah. Benci tau!   Tapi seorang gadis yang berasal dari Indonesia ni untung tau. Dia ada kucing yang boleh tolong ambil parcel yang dihantar ke rumah. Waaah kucing pun boleh terima parcel dari posmen sekarang! 

“Abang posmennya WhatsApp, kerana kucing aku naik ke jendela… ditulis yang menerima (parcel) ‘kucing’”  Menurut posting yang viral di Twitter, gadis yang bernama Amalia ni kebetulan tak ada di rumah masa abang posmen dari J&T datang nak hantar barang.

Abang posmen tu pun WhatsApp lah dia tanya ada kat rumah ke tak. Apa yang posmen tu nampak ada seekor kucing je dok mengintai kat jendela. Dia apalagi, terus tulis penerima parcel tu “kucing” dan letak barang kat tepi tingkat je. Amboi abang posmen ni! 

“Kucing be like “Oh ya mas taro aja disitu””

Rata-rata warganet yang membaca posting ni memang gelak habis lah dengan gelagat abang posmen dan kucing tersebut. Siap ada yang reka-reka dialog lagi perbualan kucing tu dengan si abang posmen. Hadoii lawak! 

“Kucingnya lucu, kepo dia ya!” 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *