Tak sangka si bulus ini boleh pula lakukan ini untuk dapatkan perhatian orang ramai. Sekali ini tindakan yang diambil oleh pemiliknya.

Haiwan kucing Viral

Seorang pemilik kucing terpaksa menghantar nota kepada jiran-jirannya  untuk meyakinkan mereka bahawa mereka tidak membunuh kucingnya yang berterusan melakukan ‘prank’ kerana inginkan perhatian.

Kucing yang diberi nama Lolly itu dikatakan sangat suka untuk berbaring kaku di jalan dengan matanya yang tertutup dan lidah terkeluar. Aksinya itu terkadang berjaya memperdaya pemandu kenderaan yang menyangka bahawa haiwan itu telah tiada lagi akibat kejadian yang tak diingini. Pemilik haiwan tersebut, Lesley Southam mengatakan bahawa haiwan peliharaannya yang nakal itu mendapat perhatian sehingga menyebabkannya mencipta risalah yang dihantar melalui kotak surat untuk memberi amaran kepada orang ramai ketika berada di jalan di Banbury mengenai keletah kucingnya itu.

“Dia hanya suka orang ramai dan perhatian. Dia boleh berbaring tanpa bergerak sehingga membuatkan orang ramai berhenti untuk memeriksa sama ada dia masih hidup,” kata Lesley. Dia benar-benar terkenal di bandar ini. Semua orang mengenali Lolly,” tambahnya lagi. Bukan hanya melakukan ‘prank’ sebegitu, Lolly yang berumur 14 tahun itu juga gemar untuk melompat di atas kereta orang yang tidak dikenali.

Nota yang dihantar kepada jiran-jirannya mengandungi gambar kucing tersebut dan tulisan iaitu: “Hai, nama saya Lolly, perkara kegemaran saya ialah orang dan berpura-pura saya telah tiada di tepi jalan. Saya juga tidak tahu apa-apa dan agak tua. Mohon jangan risaukan saya. Semua peniaga tempatan dan doktor haiwan mengenali tuan saya. Jika anda betul-betul risau, hubungi ibu saya,” ujar nota tersebut. Lesley juga memasukkan nombor telefonnya untuk memudahkan orang ramai menghubunginya jika ada sebarang permasalahan.

Sumber: Mirror

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Mitos Yang Ramai Percaya Tapi Sebenarnya Tidak. Pakar Ini Jelaskan Tentang Segalanya.

Bagi sesiapa yang memiliki kucing mahupun menyukai kucing ini, anda sudah pasti mengetahui ada banyak mitos yang tersebar tentang haiwan ini. Antara itos nya ialah kucing adalah haiwan yang takut air dan kucing tak mudah hembuskan nafas terakhir sebab mempunyai banyak nywa. Namun begitu, adakah mitos ii tersebut betul? Ayuh ikuti kenyataan artikel dari Reader’s Digest.

Pertama, kucing adalah hauwan nocturnal. Untuk pengetahuan anda, kucing sebenarnya bukan haiwan yang berjaga pada waktu malam. Pakar kesihatan dan tingkah laku kucing Jackson Galaxy menyatakan bahawa kita sering menganggap kucing sebagai haiwan malam kerana mereka sering melakukan aktiviti pada waktu malam. “Kucing sebenarnya kusam, yang bermaksud mereka akan terjaga pada waktu senja dan subuh. Ini kerana di alam mereka, mangsa semula jadi mereka terjaga pada waktu senja dan subuh,” jelas Galaxy, yang juga menjadi tuan rumah My Cat From Hell di Animal Planet. Lama kelamaan, anda dapat menyesuaikan aktiviti kucing anda dengan jadual tidur anda. Anda harus memberi makan kucing pada masa yang sama setiap hari sehingga mereka mempunyai irama.

Kedua, kucing tak boleh dilatih. Sebenarnya kucing boleh dilatih seperti anjing. Kebanyakan orang tidak melatih kucing mereka kerana mereka tidak tahu bagaimana atau pernah mendengar mitos bahawa kucing tidak mendengar atau belajar,” ungkap behavioris dan pelatih anjing dan kucing yang diperakui Russell Hartstein.

Ada juga yang memaklumkan yang kucing suka menyendiri dan tidak penyayang“Dalam perbandingkan tingkah laku kucing dengan anjing, kita akhirnya memanggil kucing penyendiri, terlalu bebas, bahkan tidak menyayangi. Tidak adil bagi mereka, kita hanya menilai kucing kerana mereka tidak diprogramkan untuk menjadikan kita bahagia sebagai tujuan utama, “jelas Galaxy. Menurutnya, kita dapat melihat bahawa kebanyakan kucing berkembang dalam komuniti dan hubungan dengan manusia dan haiwan lain, dan mereka boleh dan memang menunjukkan cinta, tetapi cara kucing menunjukkan cinta berbeza dengan anjing.

Keempat, ada yang menyatakan kucing boleh minum susu lembu Sama seperti segelintir manusia, kucing boleh jadi tidak berkerja sama terhadap laktosa. Meskipun kucing sering dikaitkan dengan susu, anda tidak boleh memberi susu kepada kucing. “Semua mamalia dilahirkan dengan kemampuan mencerna susu kerana tubuh mereka mengandungi enzim laktase yang memecah protein laktosa. Namun, setelah anak kucing menyapih, ususnya berhenti menghasilkan enzim ini,” kata Dawn LaFontaine, sukarelawan perlindungan kucing, blogger kucing, dan pengasas Cat in the Box. Makan susu kucing boleh menyebabkan sakit perut, muntah dan cirit-birit. Makan susu kucing boleh menyebabkan sakit perut, mntah dan cirit-birit.

Kelima, kucing tak suka air. Ya tak dinafikan memang benar bahawa kucing tidak menyukai mandi, tetapi mereka tidak membnci air. “Kucing kurang ‘kedap air’ dibandingkan anjing, terima kasih kepada penjagaan berterusan mereka yang menjadikan kotnya bebas minyak dan sutera, jadi mereka cenderung lebih sejuk ketika basah, ”kata LaFontaine. “Tetapi banyak kucing dan anak kucing terpesona dengan air dan suka bermain-main di air paip, atau mencelupkan kaki mereka dalam air.”

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yangs ebenarnya dah lam korang perhatikan.

Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *