Rupanya begini cara kucing menunjukkan perasaannya. Ini 10 tanda kucing peliharaan lakukan.

Haiwan kucing tips

Kucing tergolong haiwan yang cenderung susah untuk difahami. Kadang terlihat agresif, kadang tidak peduli bahkan nampak malas. Akibatnya tidak semua pemilik kucing tahu bila waktunya kucing merasa kesal, sedih, atau sedang berusaha menunjukkan kasih sayangnya. Tentu saja kucing tidak akan berlari dan melompat ke tubuh kita saat kita tiba di rumah seperti yang biasa dilakukan seekor anjing. Kucing punya caranya yang tersendiri dalam menunjukkan kasih sayangnya kepada kita, menurut pakar perilaku kucing Rover Mikel Delgado. Begini cara kucing mencintai tuannya, jika anda ingin tahu.

1. Berdengkur

Kucing yang berdengkur menandakan dia bahagia. Jika ia mendengkur ketika kita mengusap telinganya atau ia berbaring di pangkuan kita, besar kemungkinan haiwan lucu ini mencuba memberi tahu bahawa ia sayang pada kita. Mendengkur juga boleh jadi tanda kucing sedang dalam masalah atau meminta perhatian.

2. Duduk di sebelah tuannya

Kucing secara diam-diam menunjukkan kasih sayang dengan duduk di sebelah kita, meskipun mereka membelakangi kita. Jika kita melakukan hal yang dibenci kucing, dia tidak akan menunjukkan kasih sayang seperti ini.

3. Duduk di pangkuan kita

Kucing yang menghampiri dan duduk di pangkuan kita jelas menandakan bahawa ia peduli dan selesa bersama kita.

4. Memperlihatkan perut

Jika seekor kucing berguling telentang untuk menunjukkan perutnya, itu ertinya dia percaya dan menyayangi kita. “Meskipun perut yang terbuka adalah tanda kepercayaan kucing, tapi itu bukan bererti ia mahu perutnya dibelai,” ujar Delgado.

5. Menjilat

Kucing merawat dirinya dan membantu merawat kucing lain dengan cara menjilat tubuh mereka dan ia juga akan melakukan hal serupa kepada kita. Lidah kucing akan terasa kasar saat terkena kulit kita, tetapi fahamilah ia sedang menunjukkan rasa cintanya.

6. Mengosokkan kepala pada kaki kita

Jika kita memelihara kucing, tentu kita sudah tahu apa alasannya dia mengusap kepala atau tubuhnya pada kaki kita. Itu ertinya, dia senang melihat kita sebagai tuannya.

7. Mencari perhatian

Kucing mencari perhatian dengan berbagai cara dan kadangkal itu agak mengganggu. Ketika kucing mencakar atau mengikuti pergerakan kita, ia sebenarnya mencuba menunjukkan kasih sayangnya.

8. Mengenyit mata

Kucing yang mengenyitkan matanya secara perlahan menandakan dia selesa berada dekat dengan kita. Mengenyitkan mata juga merupakan cara untuk memberi tahu bahawa dia berterima kasih kepada kita. Ketika dia memejamkan seluruh matanya, dia percaya pada kita.

9. Menegangkan ekor dan sedikit melekuk

Ekor kucing yang tegak dan melengkung di bahagian pangkalnya menunjukkan ia mencintai kita.

10. Mencuit kita dengan kaki

Sikap yang sederhana dan comel dari seekor kucing boleh memiliki erti yang dalam, seperti menyentuh tubuh kita dengan kakinya.

Sumber- Reader’s digest

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Tak Sihat . Berikut Anda Petanda Punca Kucing Anda Alami Perkara Tersebut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pencinta kucing yang sedang membaca ini. Buat pencinta kucing, sudah pasti anda akan khuatir dengan keadaan kucing kesayangan anda bila mereka tetap mntah tanpa tahu punca sebenar. Ikutkan keadaan tersebut tak seharusnya diabaikan dan ia juga mungkin menandakan yang kucing anda ada masalah dari segi kesihatan.

Berdasarkan portal Mntal Floss, dinyatakan beberapa petunjuk yang menyebabkan kucing anda mntah. Pertama, kucing anda mungkin makan terlalu cepat. Difahamkan makan terlalu cepat atau berlebihan boleh menjadi satu sebab mnth kucing yang paling biasa dan tak berbahaya. Bahkan tingkah laku ini dapat dielak dengan memberi makanan dalam bahagian yyang kecil atau menambah halangan seperti bola bersaiz sederhana ke mangkuk mereka. Dan jika masalah tersebut masih berlaku, mungkin ia disebabkan oleh perkara lain.

Kedua, hairballs ataupun orang panggil gumpalan bulu . Ini juga mungkin antara potensi yang menyebabkan kucing anda mnth. Berkemungkinan juga gumpalan bulu itu akan membuat anda rasa terganggu namun ia boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius untuk kucing anda. Sememangya kucing keluarkan bulu yang tak dapat dicerna oleh mereka, ia boleh menyebabkan penymbtn berbahaya pada usus mereka. Anda juga boleh menyikat bulu kucing bagi mengelakkan ia menjilat bulu tersebut.

Ketiga, masalah kesihatan. Bila kucing mnth, ia mungkin petanda kucing anda mengalami sakit radang usus, d1abetes,hipertiroidsme dan sakit ginjal teruk ada ada kemungkinan juga kucing anda makan sesuatu yang berbahaya. Keempat, mereka mengalami al3rgik pada makanan. Perhatikan perilaku yang ditunjukkan kucing anda sebelum dan selepas makan, adakah ia mengalami ciit-birit, kebotakan atau kulit gatal.Mereka terkadang memerlukan makanan khas atau terapi untuk mengatasi masalah tersebut.

Kelima, alami kercunan.Apabila kucing memakan sesuatu yang berbahaya, mekanisme pelindung tubuh mereka melawan menghilangkan raun tersebut melalui muntah.Racun merangkumi makanan manusia serta tumbuhan tertentu, ubat manusia, raun serangga dan bahan kimia tertentu.Kes kercunan boleh membahayakan kepada kucing, ia biasanya disertai dengan cirit-birit.

Akhir sekali, Jangkitan dan p4rasit .Dalam keadaan yang jarang berlaku, parasit dalaman boleh menyebabkan muntah.Antara parasit dalaman adalah cacing gelang, cacing pita dan cacing kuku. Jangkitan bakteria dan virus seperti salmonella dan giardia juga boleh menyebabkan muntah.Keadaan ini juga biasanya disertai dengan cirit-birit, penurunan berat badan dan kurang selera makan.Walau apa pun, segera pergi ke klinik haiwan untuk memberikan rawatan yang segera kepada kucing anda jika ia mengalami muntah yang berterusan.

Kucing Dah Mula Alami 4 Tanda Tiba Waktunya Kelahiran Kucing. Ini Cara Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pencinta kucing. Hari ini kita akan kongsikan 4 tanda yang bermaksud sudah tibanya waktu kelahiran kucing anda dan cara untuk membantunya. Di saat anda memiliki kucing yang hamil dan nampak macam dah siap sedia untuk melahirkan, berkemungkinan besar anda tak perlu buat apapun kecuali membantunya.

Tambahan pula, mesti acap kali anda nampak kucing sudah menyusui anak anak kucingnya, berkemungkinan besar ia lahir pada malam harinya. Walaupun kucing ada cara untuk mengurus dirinya sendiri, anda harus tahu cara mengenali potensi masalah dan apa yang mungkin perlu anda lakukan untuk membantu kucing yang mahu melahirkan. Berdasarkan kenyataan dari The Spruce Pets, berikut beberapa tanda kucing sudah tiba waktu untuk melahirkan dan yang harus anda lakukan untuk membantu.  Tanda kucing mahu melahirkan dalam tempoh kehamilan kucing kira-kira 60 hari. Jika anda tidak yakin sejauh mana usia kehamilan kucing anda, perhatiakan tanda-tanda bahawa kelahiran akan segera terjadi.

Berikut beberapa tanda kucing akan melahirkan. Yang pertama ialan bersarang. Untuk pengetahuan, satu atau dua hari sebelum persalinan, kucing akan mencari tempat yang tenang dan aman untuk melahirkan anak kucingnya. Dia mungkin memilih tempat yang anda buat untuknya atau mencari tempat persembunyian di belakang almari atau di bawah tempat tidur.

Kedua, perubahan pada tingkah laku. Cuba perhatikan kucing anda. Anda mungkin dapat melihat kucing akan mulai bergerak dengan gelisah, terengah-engah, pembersihan berlebihan terutama di area alat kelminnya, dan penyuaraan yang berlebihan. Dia juga akan berhenti makan.Ketiga, perubahan fizikal. Untuk pengetahuan, suhu kucing anda boleh turun hingga sekitar 37 darjah celcius dan mungkin muntah. Anda mungkin melihat perut kucing anda “jatuh” beberapa hari sebelum melahirkan, dan puting kucing mungkin menjadi lebih besar, lebih gelap atau lebih merah jambu.Seterusnya, tanda persalinan aktif. Kucing kelihatan akan membuat kontraksi atau pergerakan rahim yang menggerakkan anak kucing ke saluran kelahiran. Ini boleh menyebabkan kucing anda merasa sakit. Anda juga mungkin melihat darh atau cecair lain.

Seterusnya, kita ikuti proses kucing melahirkan anaknya. Pencetus proses kelahiran tidak diketahui, tetapi faktor-faktornya meliputi ukuran dan berat rahim, ukuran dan berat janin, serta keseimbangan hormonal janin dan ratu. Selama proses persalinan, kontraksi uterus dengan ritma secara bertahap meningkat untuk menolak  janin keluar dari rahim dan masuk ke laluan kelahiran.

Untuk makluman, Kelahiran satu anak kucing boleh berlaku dalam masa 5 hingga 30 minit. Anak kucing dilahirkan di dalam kantung ketuban mereka, yang akan dikeluarkan oleh induk kucing.   Induk kucing akan merangsang anak kucing untuk bernafas dengan cara memandikannya dengan lidah yang kasar. Dia juga akan memutuskan tali pusat dengan mengnyahnya kira-kira satu inci dari tubuh anak kucing. Dia mungkin juga memakan plasenta. Anak kucing akan segera tertarik ke arah puting susu, menempel dan menyusu.

Jika induk kucing mengabaikan anak kucing dan masih dalam kantungnya, anda harus memotong atau koyakkan kantong membran dengan hati-hati dan menstimulasi pernafasan anak kucing dengan menggosok hidung dan mulutnya dengan lembut menggunakan tuala kering yang kasar. Juga jika induk kucing mengalami kesukaran menggigit tali pusat, ikat erat benang gigi di sekitar tali pusar 1 inci dari tubuh anak kucing dan potong tali pusar di bagian sisi induknya.

Jika plasenta tidak keluar bersama setiap anak kucing, pastikan plasenta keluar dalam waktu 24 jam setelah lahir. Setiap anak kucing harus memiliki satu plasenta. Jika plasenta tertinggal di dalam perut kucing, anda perlu berjumpa doktor haiwan. Jika ada penundaan antara kelahiran lebih dari dua jam dan anda yakin masih ada anak kucing, anda memerlukan pemeriksaan oleh doktor haiwan. Baik persalinan berjalan lancar atau tidak, induk kucing dan anak kucing harus diperiksa oleh doktor haowan dalam waktu 24 jam setelah melahirkan.

Kita teruskan dengan jangka kelahiran.Rata-rata, kucing memerlukan waktu setengah hari bagi seekor ibu kucing untuk melahirkan semua anaknya. Anak kucing pertama akan lahir dalam waktu satu jam sejak awal persalinan aktif. Di sela-sela kelahiran anak kucing, induk kucing akan beristirehat dan harus diizinkan untuk mengasuh dan membersihkan anak kucing yang dilahirkan. Jika anda telah memelihara anak kucing di kotak lain, pindahkan kembali bersama induk kucing dan bantu mereka menemukan puting.

Akhir sekali, Istirehat dalam persalinan adalah saat yang tepat bagi anda untuk menawarkan makanan, pengganti susu anak kucing, atau yogurt tanpa rasa. Anak kucing yang sihat jarang lahir setelah tujuh jam. Jika menurut anda induk kucing belum melahirkan semua anak kucing, bawalah ibu dan anak kucingnya ke doktor haiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *