Tak sangka dengan perbuatan wanita ini. Si bulus ini terus tidur dengan lenanya.

Haiwan kucing Viral

Kucing merupakan haiwan berkaki empat yang tidak asing bagi kehidupan seharian manusia. Haiwan berbulu ini dianggap haiwan yang bersifat comel, manja bahkan mencuit hati dengan karenah yang ditunjukkan. Kebanyakkan daripada kita menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan malah teman di rumah agar suasana bertambah ceria. Kebiasaannya kucing akan lebih aktif pada waktu malam yang boleh meyebabkan keadaan rumah menjadi huru-hara dan kerosakkan barangan berharga.

Oleh itu, kita sebagai pemilik perlu melakukan sesuatu bagi mengelakkan si comel berkelakuan nakal dan duduk diam. Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita ini menunjukkan cara bagi mendiamkan kucing dengan memasukkan hujung jari pada mulut si comel. Difahamkan, cara itu memberi kesan sehingga membuatkan kucing wanita itu tertidur. Walau bagaimanapun, cara tersebut belum dikenal pasti mampu berkesan kepada kucing-kucing yang lain. Maka, anda sebagai pemilik kucing boleh mencuba sama ada ia berkesan atau pun tidak.

Sumber: kendahlsss(tiktok)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Anak Kucing Ini Berjaya Diselamatkan Selepas Berada Di Bahagian Enjin Kereta Selama Ini. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Seekor anak kucing yang telah berjaya diselamatkan dari bawah bonet sebuah kereta didapati masih hidup selepas mengharungi perjalanan sejauh 30 batu bersamaan 48 kilometer dan kelajuan sekitar 65 kmj. Kereta yang dipandu oleh seorang wanita itu dikatakan menuju ke rumah ibunya di Neston dari rumahnya di Winsford, Cheshire.

Dia mendengar kucing mengiau di dalam kereta namun tidak menemui haiwan comel berusia tujuh minggu tersebut yang dipanggil sebagai Yaris. Wanita itu juga mengatakan bahawa dia ada melihat Yaris di luar rumahnya pada malam sebelum kejadian namun kucing itu melarikan diri apabila didekati olehnya.

“Kali terakhir saya melihatnya adalah semasa dia berada berdekatan dengan kereta. Saya tidak melihat atau mendengar suara kucing itu pada waktu pagi dan saya juga sudah memeriksa di bawah kereta namun tidak menemuinya. Saya kemudian memandu ke rumah ibu saya yang sejauh 30 batu. Dengan kelajuan 65 km/j, nasib baik tak terbakar. Saya tidak mendengar apa-apa di dalam kereta namun muzik semasa itu juga agak kuat,” katanya.

Inspektor Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA), Caren Goodman-James berkata agak sukar untuk mengeluarkan kucing tersebut. “Saya terpaksa berbaring di tanah dengan keadaan basah dan kotor ketika saya menggerakkan bahagian enjin sehingga kami dapat membebaskannya,” katanya. Yaris kemudiannya dibersihkan dan akan tinggal bersama wanita itu sehingga ia menginjak dewasa.

Sumber: Daily Star

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Satu Perkongsian Ini Apabila Si Bulus Peliharaannya Bantu Ambil Sesuatu Ini Untuk Tuannya. Sekali Ada Pula Warganet Fikir Begini.

Bila dah terlalu banyak shopping online, satu masalah yang dihadapi korang pastinya siapa yang nak ambik parcel yang korang order kalau korang tak ada di rumah. Benci tau!   Tapi seorang gadis yang berasal dari Indonesia ni untung tau. Dia ada kucing yang boleh tolong ambil parcel yang dihantar ke rumah. Waaah kucing pun boleh terima parcel dari posmen sekarang! 

“Abang posmennya WhatsApp, kerana kucing aku naik ke jendela… ditulis yang menerima (parcel) ‘kucing’”  Menurut posting yang viral di Twitter, gadis yang bernama Amalia ni kebetulan tak ada di rumah masa abang posmen dari J&T datang nak hantar barang.

Abang posmen tu pun WhatsApp lah dia tanya ada kat rumah ke tak. Apa yang posmen tu nampak ada seekor kucing je dok mengintai kat jendela. Dia apalagi, terus tulis penerima parcel tu “kucing” dan letak barang kat tepi tingkat je. Amboi abang posmen ni! 

“Kucing be like “Oh ya mas taro aja disitu””

Rata-rata warganet yang membaca posting ni memang gelak habis lah dengan gelagat abang posmen dan kucing tersebut. Siap ada yang reka-reka dialog lagi perbualan kucing tu dengan si abang posmen. Hadoii lawak! 

“Kucingnya lucu, kepo dia ya!” 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Tinggalkan Parcel Pada Kucing Peliharaannya. Sekali Tular Mesej Yang Dihantar Oleh Abang Kurier Ini Dan Rupanya Ini Yang Terjadi.

Perkongsian seorang pelayar Twitter, Ikha Suhaimi mengenai mesej lucu pekerja syarikat penghantaran dan gelagat kucingnya menghiburkan warganet. “Barang akak dah sampai dan saya letak kat (dekat) kerusi. Apa-apa hal boleh tanya kucing akak.” Demikian mesej yang ditulis oleh seorang pekerja syarikat penghantaran (kurier) kepada seorang gadis selepas tinggalkan bungkusan barang yang dipesannya di atas kerusi.

Bersama mesej itu, pekerja berkenaan turut menghantar sekeping gambar menunjukkan bungkusan (parcel) yang diletakkan betul-betul di sebelah kucing berbulu kelabu yang sedang tidur. Mesej itu kemudian dimuat naik oleh Ikha Suhaimi di laman Twitter miliknya, sekadar berkongsi mesej menghiburkan bersama para pengikutnya. Namun tanpa disangka, perkongsian itu meraih melebihi 26,000 retweet dan 33,000 likes daripada warganet yang rata-ratanya terhibur dengan ayat pekerja syarikat penghantaran berkenaan.

Ikha berkongsi mesej lucu yang dihantar oleh seorang pekerja syarikat penghantaran kepada adiknya baru-baru ini.

Ikha berkata bungkusan berkenaan adalah kepunyaan adiknya yang memesan barangan secara dalam talian. “Adik hantar mesej tu dalam WhatsApp group keluarga kami. Saya kemudian post dekat Twitter sebab rasa lucu. Memang tak sangka pula boleh jadi viral,” ujar gadis berusia 20 tahun ini. Bercerita lebih lanjut, Ikha berkata ketika pekerja syarikat penghantaran itu tiba di kediaman ibu bapa mereka di Rembau, Negeri Sembilan, kesemua penghuni rumah berkenaan keluar bekerja dan ada yang ke sekolah.

Ada yang kaitkan dengan Oyen. Selalu kucing warna oyen (Oren) yang ‘buat teruk’… yang ini warna kelabu pun ‘buat teruk’ juga.

“Sebelum sampai, pekerja tu dah hubungi adik saya. Adik beritahu tak ada orang dekat rumah. Jadi abang (pekerja) tu minta kebenaran untuk masuk dalam pagar dan letakkan di kerusi. Tak sangka dia letak di sebelah kucing kami, Bubu, dan hantar mesej lucu seperti itu, siap tangkap gambar pula tu,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

Gelagat Bubu yang tidur dengan mata terbeliak sempat dirakam oleh pekerja syarikat penghantaran tersebut sebelum gambarnya dihantar kepada adik Ikha.

Bukan sahaja mesej lucu pekerja syarikat penghantaran itu yang menjadi ‘bahan’ warganet, malah kucing peliharaan keluarga Ikha turut menjadi tumpuan warganet gara-gara matanya yang sedikit terbeliak sebagaimana gambar yang dimuat naik.

“Ramai yang bagi komen-komen lucu. Ada yang kata dia ‘buat teruk’ konon barang tu berat sangat tindih sampai biji mata terbeliak. Ada yang kaitkan dengan Oyen. Selalu kucing warna oyen (Oren) yang ‘buat teruk’… yang ini warna kelabu pun ‘buat teruk’ juga. Ada yang kata, mujur bukan Oyen… kalau Oyen, memang terkoyaklah parcel. Komen-komen tu buat kami semua ketawa. Sebenarnya Bubu kalau tidur, memang matanya macam tu, terbeliak sikit. Kerusi itu pula memang port dia tidur,” ceritanya yang merupakan pekerja syarikat swasta.

Sebahagian komen warganet yang terhibur dengan perkongsian Ikha.

Gelagat kucing berwarna oren atau sering digelar Oyen kerap kali menjadi perbualan gara-gara sering membuat onar dan kebanyakannya nakal. Antaranya, perkongsian seorang pelayar baru-baru ini yang memuat naik video si bulus itu mengoyakkan buku latihan milik adiknya. Sebelum itu, beberapa pelayar lain juga turut berkongsi gelagat Oyen masing-masing sehingga menjadi tular di media sosial.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Terpaksa Ambil Keputusan Ini Untuk Kebaikan 27 Ekor Kucingnya. Sekali Tak Sangka Ada Pula Penderma Misteri Yang Tampil Dan Beri Sesuatu Ini Untuknya.

Fairuz masih buntu untuk melepaskan kesemua kucingnya atau tidak. ‘Ditelan kehilangan emak, diluah kehilangan bapa’ perumpamaan ini tepat menggambarkan situasi seorang pemuda yang berat untuk melepaskan kucingnya tetapi terpaksa. Bagi pencinta kucing, bukan mudah mereka ingin melepaskan haiwan kesayangan begitu sahaja apatah lagi sudah hampir sembilan tahun membelanya. Begitulah kisah seorang pemuda yang tidak mampu menanggung 27 ekor bulus selepas tiada kerja tetap sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Bismillahirrahmanirrahim, mungkin ada yang akan terkejut tetapi inilah realiti. Dah lebih setahun saya menggangur. Dah tak mampu biaya mereka, keseluruhannya, 27 ekor di kawasan Kuantan. Dengan berat hati saya nak jual RM200 sahaja seekor. Kalau anda boleh tengok semua kucing saya gebu dan sihat, ” tulisnya di akaun Twitter. Perkongsian tersebut sehingga kini meraih hampir 7,000 likes dan 7,000 retweets.

Posting yang tular di laman Twitter.

Mohammad Fairuz Junaidi, yang berusia di awal 30an mengakui walaupun selepas memuat naik tweet tersebut dia masih buntu untuk melepaskan kucing-kucingnya atau tidak. Mesra disapa Fairuz, dia berkata sudah hampir setahun bertahan hinggalah tidak lagi mampu mulai bulan ini kerana ada beberapa kucingnya yang melahirkan gara-gara tidak membawanya ke veterinar untuk dimandulkan kerana kekurangan bajet.

“Sehingga kini saya masih buntu untuk buat keputusan, sampai tidur, mandi pun fikir hal kucing. Berat betul hati ini tetapi kos terlampau tinggi dan kalau saya kerja tak apa. Kucing pula bertambah banyak. Sejak PKP asyik beranak sahaja. Saya pula jenis jaga betul-betul. Pemakanan dan pemeriksaan berjadual di veterinar dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *