Kucing jalanan sanggup kirim hadiah ini atas tanda terima kasih. Rupanya selama ini yang berlaku.

Haiwan kucing Viral

Baru-baru ni, seorang gadis di Twitter kongsi kisah menarik tentang seekor stray cat yang dijaganya sering bawa ‘hadiah’ pelik-pelik balik ke rumah. Tapi kali ini, hadiah yang dibawa si kucing bernama Mama ni lain dari lain apabila dia bawa nasi bungkus kepada tuan rumah tersebut. Wow! 

“Selalu bawakan hadiah tanda terima kasih, tapi kali ini dia bawakan nasi bungkus laa” 

Meskipun admin tak tahu apa kebaikan yang gadis ini dah buat pada kucing tersebut, menurut pengguna Twitter bernama Effy, seekor kucing jalanan bernama Mama sering menjadi penjaga pada rumahnya sejak beberapa bulan ini.

Lebih menarik, Mama ni bukan saja rajin jaga rumah tapi dia juga selalu bawakan ‘hadiah’ untuk tuan rumah. Kali ini tuan rumah bertuah sebab dapat nasi bungkus!. Amboi, amboi nasi siapalah ye yang awak rembat ni!

“Sekali dua bungkus dia rembat… terliur jugak sis sebab ada sambal belacan tapi…”  Tweet yang meletop di media sosial ini mendapat perhatian warganet yang suka akan kucing. Dalam banyak-banyak soalan yang warganet tanya dengan Effy, ada yang curious sama ada Effy makan atau tak nasi yang dibawa kucing tu.

Dalam pada tu, ramai juga yang kongsi pengalaman mendapat ‘hadiah’ pelik-pelik daripada kucing jalanan yang dijaga mereka.

“Ada hamba Allah nak full sponsor vaccination Mama gaiss!” 

Di tweet sebelum ni, Effy ada mengatakan yang dia tak boleh bawa Mama masuk ke dalam rumah sebab kucing ini masih tak vaccine, grooming dan neuter lagi kerana Effy masih belum ada budget untuk melakukan perkara sedemikian. Tapi syukurlah selepas tweet ini viral, ada seorang pengguna Twitter yang sanggup sponsor full vaccination buat Mama untuk tujuan bersedekah kerana ingin berkahwin tak lama lagi. Alhamdulillah…

Terharu admin baca kisah kucing bernama Mama ni. Dari satu kebaikan, muncul lagi beberapa kebaikan lain. Sebab itulah nabi sayangkan kucing. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Kelabu Ini Didapati Terkunci Di Dalam Kontena. Tak Sangka Si Bulus Ini Boleh Kekal Hidup Walaupun Tidak Dapat Keluar Selama Ini.

Seekor kucing telah mengejutkan pekerja syarikat perkapalan ketika keluar dari sebuah kontena yang terkunci selama tiga minggu di laut tanpa makanan. Awal bulan ini, syarikat logistik Ukraine Star Shine Shipping LTD telah memuat naik kisah tersebut di Facebook bagi menceritakan cerita tentang kucing yang luar biasa itu.

Semasa mereka membuka kontena yang telah menempuh perjalanan lebih dari dua ribu kilometer dari Ukraine ke Israel, dalam jangka masa tiga minggu, kakitangan syarikat itu telah menemui seekor kucing berwarna kelabu di dalamnya. Kucing tersebut dilaporkan kelihatan agak takut, namun dalam keadaan baik, walaupun telah menempuh perjalanan yang jauh tanpa makanan dan air. Foto yang dikongsikan di laman Facebook Star Shine ShipPing LTD  menunjukkan seekor penumpang yang tidak diundang duduk di atas timbunan kotak, dan kemudiannya meregangkan kakinya di pelabuhan Israel. Salah satu daripada foto yang dikongsikan juga turut menunjukkan beberapa kotak yang dipenuhi dengan gula-gula Ukraine telah dikoyakkan.

Walaupun pasti ramai yang berspekulasi tentang bagaimana kucing itu dapat bertahan selama tiga minggu di dalam kontena tersebut, namun kucing tersebut dipercayai memakan makanan yang bergizi untuk nutrien, dan menjilat pemeluwapan yang terhasil di bahagian dalam permukaan logam kontena tersebut untuk air. Setelah menjumpai kucing tersebut, syarikat tersebut telah memeriksa rakaman video bagi mengetahui bagaimana kucing itu boleh terkurung di dalam kontena berkenaan. Menurut Oddity Central, kucing tersebut telah masuk tanpa pengetahuan orang lain semasa kontena itu sedang dimuatkan di pelabuhan Odessa.

Walaupun beberapa persoalan mengenai kelangsungan hidup kucing itu selama tiga minggu perjalanan yang jauh masih belum dijawab, yang penting ialah haiwan berkenaan telah pulih dan sihat sepenuhnya dalam jagaan pengarah syarikat logistik tersebut, Alexander Vinnik.

Sumber: Oddity Central

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terpaksa Panggil Pasukan Ini Disebabkan Beg Yang Mencurigakan Ini. Sekali Ternyata Hanyalah Perkara Ini Didalamnya.

Sepasukan skuad penyahaktifan b0m yang dipanggil susulan penemuan satu beg yang mencurigakan mendapati bahawa beg tersebut mengandungi anak kucing yang baru dilahirkan, lapor Lad Bible. Unit itu daripada Pejabat Syerif Butler County di Ohio telah bergegas keluar bagi bertindak balas berkenaan laporan penemuan beg mencurigakan yang ditinggalkan di luar sebuah gereja.

Namun begitu, apabila mereka melihat isi kandungan beg tersebut, mereka telah mendapati bahawa terdapat enam ekor anak kucing di dalamnya. Dalam satu perkongsian di Facebook, pejabat syerif menyatakan: “Unit itu Butler County telah dimaklumkan dengan penemuan satu beg yang mencurigakan di gereja di New Miami.

“Ketika Pakar Mige Grimes dan Det. Detherage tiba, mereka tidak mendengar bunyi berdetik sebaliknya terdengar bunyi kucing tersebut! Terdapat ibu kucing bersama enam ekor anaknya yang berusia sehari di dalam beg tersebut. Terdapat juga satu nota yang tertulis “Sprinkles” telah melahirkan anak pada semalam (17/2). Ibu kucing dan anaknya itu tidak kesejukan, selesa dan telah diberikan makan di Animal Friends Shelter!”

The Animal Friends Humane Society telah memuat naik kemas kini berkenaan kucing itu dan anak kucing tersebut di Facebook: “Kami akan memulakan Feline Friday dengan tambahan ahli keluarga baharu untuk keluarga haiwan kami – Sprinkles dan enam ekor anaknya yang baru dilahirkan! Ketika beg tersebut ditemui ditinggalkan di luar pintu gereja, Unit County Butler telah dipanggil untuk menyiasat. Di dalamnya, mereka mendapati bahawa seekor ibu kucing sedang menjaga enam ekor anaknya yang baru lahir. Catatan nota di dalam beg itu menyebut nama ibu ekor kucing iaitu Sprinkles, dan dia mula melahirkan anaknya pada pukul 2:00 pm pada hari Rabu. Sprinkles dan anaknya yang baru lahir segera dibawa ke Animal Friends untuk dirawat pada petang Khamis. Mereka semua diselaputi dengan air kencing dan memerlukan mandian ketika mereka tiba. Sprinkles telah diberikan vaksin dan telah membuat ujian darah dan kini berada dalam keadaan baik.

Sumber: Lad Bible

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Juga Berpeluh Dan Tak Ramai Yang Tak Tahu. Berikut 15 Fakta Yang Bakal Mengejutkan Anda

Macam yang kita tahu kucing adalah antara haiwan peliharaan yang manja sama seperti anjing. Namun begitu, kucing sebenarnya ada fakta yang terkait pada nya dan ramai yang tak tahu termasuklah pemilik kucing mahupun pencinta kucing. Tak dinafikan kucing bukan sahaja menjadi tempat untuk bermain bersama malaham ia juga mampu menghilangkan tekanan pada manusia.

Kucing juga antara haiwan yang boleh beri ketenangan kepada pemiliknya di samping menghilangkan tknn yang dilalui manusia. Justeru itu, kami ingin berkongsikan 15 fakta yang anda perlu tahu tentang si bulus ini agar segala persoalan yang berada di minda anda sudah terjawab.

Pertama, percaya atau tidak kucing boleh mengesn gmpa bumi. Bila fikir balik dan ya ia boleh masuk akal. Tapi menurut teori, ia masih belum dipastika kesahihannya. Berdasarkan penulisan Readers DIgest,, tapak kaki kucing mampu kesan sekiranya ia akan berlaku. Tambahan pula, tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuh yang snsitif dan sangat peka pada ggrn bumi.

Kucing boleh mengesan gempa bumi. Secara logik, ianya juga boleh masuk akal. Tetapi dari segi teori, ia masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mengesan gempa bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi.

Kedua, menarik sekali kucing juga boleh menelan dan mencerna makanan tanpa perlu mengunyah. Kalau boleh cuba perhatikan kucing anda ketika makan. Anda akan melihat perkara sebegini akan berlaku. Ketiga, kucing juga mengalami alam mimpi. Kita semua pasti tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Dan di saat kucing anda sedang tidur nyenyak, ia juga akan menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka seperti kita sedang yang dibuai mimpi.

Fakta seterusnya, kucing sememangnya tidak memahami sebab mereka dihkm sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sebenarnya mereka harus diberi pujian dan beri ganjaran kerana kita sedia tahu haiwan tiada akal untuk berfikir. Terkadang kucing juga menghidu masing masing tatkala bertemu. Kemungkinan ia salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Bahkan tak semua kucing buat perkara ini.

Besar kemungkinan hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat sedemikian. Seterusnya, difahamkan saintis juga masih tidak dapat mengenal pasti aoakah punca kucing purring. Dan kucing akan menghasilkan purring ketika hela nafas dan juga menghembus karbon dioksida. Untuk pengetahuan, kucing muda akan mempunyai nada purring secara monoton berbanding kucing yang sudah tua.

Difahamkan merek juga mengekalkan kadar vokal anak kucing untuk berkomunikasi dengan pemilik. Seterusnya amatlah berbahaya sekiranya anjing dan kucing diberikan coklat. Selain itu, jika terlihat kucing anda memejam dan mengedip mata secrara tak senaga ia mempunyai hubungan mata dengan manusia. Jika anda berniat untuk jinakkan kucing yang agak l1ar, cuba kedip mata dan pandang arah lain kala merenung matanya.

Kalau boleh, berkan kucing daging metah tiap ari demi memastikan gusi dan giinya sentiasa kuat dan sihat. Kita teruskan fakta seterusnya, kucing boleh terima haba dengan baik atas sebab keturunan kucing dahuku kala adalah haiwan yang menetap di gurun. Nadi sekor kucing juga berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit. Tengok juga pada faktor umur seekor kucing. Makin lanjut usia kucing, maka makin lambatlah kadar nadinya.

Akhir sekali, kucing juga berpeluh seperti manusia dan bukan pada bulu atau kulitnya. Malah mereka berpeluh melalui tapak kakinya. Kalau korang rasa lempabapan pada sekitar tapak kaki kucing, maka berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel boleh kekal hidrat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *