Kumpulan kucing ini kelihatan sangat teruja apabila melihat pak cik ini. Rupanya ini yang selama ini dia lakukan.

Haiwan kucing Viral

Kucing merupakan antara haiwan yang manja dan rapat dengan manusia. Tak kira kucing peliharaan atau liar, pencinta haiwan biasanya mempunyai cara untuk memikat haiwan tersebut menjadi jinak. Dalam video dikongsikan seorang pengguna Twitter, Tok Tek, kelihatan hampir sepuluh ekor kucing jalanan menyambut kehadiran seorang lelaki berbaju merah yang menaiki basikal. ‘Keterujaan’ haiwan tersebut terserlah apabila mereka mengekori dan mengelilingi lelaki tersebut tanpa sempat dia turun dari basikalnya.

“Kucing pun tahu mana satu hamba Allah yang baik hati. Belum turun basikal semua kucing nak ikut hamba Allah ini.”

Sumber: Tok Tek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Kecerdikan Si Bulus Ini Yang Ambil Keputusan Ini Setelah Terduduk Dalam Kereta. Sekali Ada Warganet Yang Perasan Sesuatu Ini.

Setiap orang yang memilik kucing pasti mudah terhibur dengan telatah dan perangainya. Telatah mereka tu kadang-kadang sampai ada yang tak masuk akal dan tak kurang juga bijak dalam perkara tertentu. Kali ni admin nak share pasal seekor kucing yang terperangkap dalam kereta dan minta bantuan dari tuannya dengan tekan double signal. Bijak sungguh kan. Cuba korang tengok tweet dan video oleh @hanisschokman kat bawah ni.

Bijak betul

Admin tak tahu macam mana kucing tu boleh masuk dalam kereta. Lepas tu yang admin paling tak boleh brain dia pandai tekan hazard light pulak tu. Mungkin kebetulan macam tikus tekan button dalam cerita Avengers: End Game tu. Itu yang menjadi tanda tanya. Macam mana dia tahu hazard light kat mana. Pastu tahu pulak tu function hazard light utk kecemasan. Hebat betul kucing ni.

Kann. Geram admin tengok perangai kucing tu. Kenapa lah pegi lepak dalam kereta pastu terlock dalam tu. Nasib baik tuan dia nampak. 

Rasanya memang ada spesis kucing yang suka lepak dalam kereta kot. Lepas tu tidur dalam tu. Nasib baik tak berak kencing dalam tu. Kalau tidak satu kerja pulak nak bersihkan.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Kelakuan Kucing Ini Yang Kekal Tenang Apabila Pemiliknya Lakukan Ini. Ternyata Ini Yang Ingin Ditunjukkannya.

Tular seorang lelaki di Vietnam oleh kerana kaedahnya yang unik untuk mengajar anaknya bagaimana cara memandikan baby dengan menggunakan kucing. Yang menakjubkan, kucing tersebut sangat tenang dari mula hingga tamat sesi pembelajaran tersebut.

Video yang dimuat naik di Facebook pada 7 November lalu oleh Vinh Quang Phạm menunjukkan Ông nội (lelaki tersebut) memegang kucing peliharaan keluarganya pada tangannya dan menjelaskan kepada anaknya bahawa dia haruslah menyokong kepala bayi semasa mencuci badan. Dia menunjukkan cara-cara untuk membasuh kepala bayi dengan selamat, ibu atau orang yang lebih dewasa harus memangku bayi dan seterusnya balutkan tuala pada badannya untuk elak dari demam.

Lelaki tersebut turut mengajarkan cara memercikkan air ke wajah bayi dengan betul dan berhati-hati agar air tidak masuk ke dalam telinga bayi. Sepanjang proses itu, kelihatan mata kucing tersebut tertutup rapat seolah-olah menikmati khidmat percuma itu. Walaupun lelaki itu berhak mendapat pujian kerana amat mementingkan keselamatan bayi, banyak juga pengguna media sosial kagum dengan ketenangan yang ditonjolkan kucing itu sepanjang prosesnya.

“Kucing ini seharusnya menjadi ‘Alien Impostor’ mana ada kucing di Bumi ini yang berkelakuan baik seperti itu. Saya juga mempunyai banyak kucing di rumah, jadi saya tahu,” kata seorang pengguna laman muka buku itu di ruangan komen dalam bahasa Vietnam.

Sumber- Nextshark, Facebook Vinh Quang Phạm

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Tak Sangka Dikejar Oleh Si Bulus Peliharaannya Selepas Ambil Sesuatu Ini. Sekali Sebabkan Ini Abang Tak Boleh Maju Ke Depan.

Muhammad Amirul menjadi perhatian selepas videonya berlari dikejar kucing menjadi tular. Fuh! Berdesup laju. Seperti acara lumba lari di balapan, seorang pemuda dirakam sedang berlari membuat pusingan di halaman rumah yang luas. Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, selain kepantasan larian pemuda berkenaan, turut dapat dilihat beberapa ekor kucing yang mengejarnya. “Jap, ni abang you takut kucing ke atau dia ada pegang makanan kucing yang kucing tu kejar macam tu?” komen warganet.

Muhammad Amirul membela empat ekor kucing di kampungnya.

Pengguna akaun Twitter yang memuat naik video tersebut di laman sosial, Nur Fazera Natasha Kamaluddin berkata, pemuda dalam rakaman itu adalah abangnya, Muhammad Amirul Hanis yang berusia 16 tahun. Remaja berusia 15 tahun itu memberitahu, aksi abangnya bersama empat ekor kucing itu dirakamkan oleh ibu saudara mereka di sebuah kampung di Johol, Negeri Sembilan.

“Abang bukan takut kucing, tapi sebenarnya dia adalah pencinta kucing. Kucing-kucing yang kejar itu peliharaan abang, dia tinggal dengan nenek di kampung. Masa tu abang bawa lari makanan kucing, tapi saya pun tak sangka pula kucing-kucing tu gigih kejar dia sampai macam tu sekali,” katanya.

Nur Fareza berkongsi video mengenai abangnya.

Nur Fazera berkata, abangnya yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu berlari membuat pusingan kerana halaman rumah nenek yang luas.

“Abang tak boleh terus lari ke depan sebab ada kebun dan kawasan hutan. Jadi, abang terpaksa pusing balik untuk kembali kepada kucing-kucing dia dan bagi makan.

Abang tak boleh terus lari ke depan sebab ada kebun dan kawasan hutan. Jadi, abang terpaksa pusing balik.

“Sebab abang lari laju sangat, dia sendiri tak perasan yang kucing-kucing tu kejar dia dari belakang,” katanya yang menetap bersama keluarga di Seremban. Siapa sangka di sebalik kelincahan pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Abdul Manap itu, dia rupa-rupanya bergiat aktif dalam sukan olahraga.

Begitu jinak kucing-kucingnya.

Menurut Nur Fazera, abangnya mula terlibat dalam sukan terutama acara olahraga sejak di sekolah rendah dan pernah merangkul gelaran beberapa kali.

“Abang pernah dapat johan dalam acara merentas desa darjah 5, naib johan merentas desa (darjah 4), naib johan bagi larian 5 x 50 meter (darjah 3). Di sekolah menengah pula abang menyertai acara larian 100 meter, pernah dapat johan. Kali terakhir abang sertai sukan semasa Hari Sukan di sekolah pada awal tahun sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Tapi ketika itu, abang tergelincir semasa acara 1,500 meter. Kaki abang sampai terseliuh dan dia terpaksa berehat buat sementara waktu,” tambahnya.

Walaupun keadaan kaki abangnya kembali pulih, remaja itu memberitahu, abangnya kini tidak lagi bergiat aktif dalam acara sukan. “Sekarang ni abang lebih ‘sibuk’ dengan permainan video dia. Selalu main video game PUBG. Tapi dia tetap pencinta haiwan terutama kucing-kucing dia, sayang sangat,” ujar Nur Fareza.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sekelip Mata Je Kehidupan Berubah. Kucing Ni Dilantik Menjadi Peguam Di Sebuah Syarikat. Rupanya Ini Yang Berlaku Sampai Dia Boleh Jadi Peguam.

Kucing yang mempunyai tuan, dipelihara dengan penuh kasih sayang dan cukup segala keperluan memang bertuah. Namun jika kucing yang tidak bertuan dan hanya mampu tinggal berpeleseran di jalanan, memang kesian melihatnya.

Makan pun kadang-kadang perlu ‘mengemis’ pada manusia. Kalau jumpa yang baik hati untunglah boleh tumpang rezeki, tapi kalau nasib tidak menyebelahinya jumpa yang tidak suka dengan kucing…Alahai. Namun berbeza dengan nasib kucing jalanan ini.

Pada asalnya kehadiran kucing ini yang sering berkeliaran di depan pintu firma guaman di Brazil menjadi satu isu kepada orang ramai yang berurusan di situ. Selepas menerima banyak aduan, pemilik firma itu tidak menghalau atau membuang kucing ini jauh dari pejabat itu, tapi melantiknya menjadi ‘pekerja’ di situ.

Wow, nasib baik kucing yang diberi nama ‘Leon’ ini berjumpa dengan orang yang baik hati. Difahamkan Leon datang ke firma tersebut pada awal Februari lalu ketika itu hujang sering turun di Brazil, jadi ia tumpang berteduh di situ.

Sepanjang seminggu Leon tumpang berteduh, kakitangan di firma berkenaan sangat prihatin kepadanya. Mereka menyediakan kotak untuk ia berlindung dan memberikannya makanan.

Bagaimanapun semua itu tidak kekal lama. Orang awam yang berurusan dengan syarikat itu mula mengadu tidak senang dengan kewujudan Leon di situ. Pihak firma kemudiannya bertindak melantik Leon sebagai ‘peguam’ dan diberikan tag nama syarikat tersebut.

Leon kini menjadi terkenal di sosial media selepas kisahnya tular. Malah Leon turut memiliki akaun Instagram miliknya sendiri dan meraih lebih dari 90,000 pengikut sehingga ke hari ini.

Sumber: Bored Panda / Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *