Sanggup belanja sampai RM32 ribu sebulan. Wanita ini raih perhatian lepas dedahkan dia menjaga 480 kucing dan 12 anjing

kucing

Seorang wanita ini tular kerana sanggup pelihara 480 kucing dan 12 kucing di rumahnya yang terletak di Oman, Muscat. Wanita itu menjelaskan bahawa dia sudah menganggap kesemua haiwan peliharaannya sebagai sahabat yang lebih baik dari manusia. Jelasnya,“Saya dapati haiwan, terutama kucing dan anjing, lebih setia daripada manusia,”

Difahamkan Maryam merupakan anak yatim pada usia muda dan dia mula kumpul kesemua haiwan dan kebanyakkannya diselamatkan dari jalanan leboh daripada 10 tahun yang lalu. Bahkan dia perlu membelanjakan sebanyak AS$7,800 yang bersamaan RM31,859 setiap bulan bagi memenuhi keperluan perubatan dan makanan haiwan kesayangannya.

Maryam juga sanggup pikul tanggungjawab untuk menjaga 17 ekor daripada haiwan peliharaannta yang tiada upaya untuk melihat dan perlukan kos untuk penjagaan rapi. Terang pegawai negeri yang sudah bersara dan berusia 51 tahun itu, minatnya terhadap kucing bermula ketika anaknya membawa pulang seekor kucing parsi.”Semuanya bermula pada tahun 2008 ketika anak saya membeli seekor kucing Parsi kecil.

Maryam Al Balushi feeds her pets in her home Oman’s capital Muscat on November 20, 2020. – Despite complaints from neighbours and mounting expense, she has accumulated 480 cats and 12 dogs, describing her pets as a mood-lifter and better companions than her fellow humans. (Photo by MOHAMMED MAHJOUB / AFP)

Tambahnya, “Seperti banyak ibu, saya enggan menjaganya kerana saya tidak menyukai haiwan dan anak saya tidak terlalu memperhatikan atau menjaga kebersihannya,” katanya.Tetapi, dua tahun kemudian dia mula menjaga kucing lain dan pendekatannya juga berubah.“Saya mendapati diri saya benar-benar berubah. Saya menjaga sepenuhnya, memberi makan, memandikannya dan menghabiskan banyak masa dengannya,” katanya.Maryam mula mengambil lebih banyak kucing setelah berpindah dengan membeli rumah sendiri pada tahun 2014.

Jaga 1404 Haiwan Peliharaan Di Dalam Rumah. Wanita Ini Kongsi Cara Dia Jaga Dia Tangani Tugas Yang Agak Besar

Sebelum ini, tular kisah seorang wanita menjaga sebanyak 492 ekor haiwan peliharaan dalam rumah. Nampak macam banyak dan ternyata ada yang juga yang menjaga lebih dari jumlah tersebut. Mengisahkan seorang wanita dari China menjaga sebanyak 1404 ekor haiwan peliharaan di dalam rumahnya.

Wanita yang sudah berusia 68 tahun itu dikenali sebagai Wen Junhong itu telah memelihara haiwan terbiar sejak lebih dari 2 dekad yang lalu. Kini, kediamannya dijadikan sebagai ‘rumah’ baru bagi 1,300 ekor anjing, 100 ekor kucing dan juga 4 ekor kuda serta beberapa ekor arnab dan burung!

Warga emas itu tidak menyangka bahawa kini dia mampu untuk membela sehingga lebih daripada 1,000 ekor anjing sewaktu pertama kali mengambil seekor anjing terbiar untuk dipelihara kira-kira 20 tahun yang lepas.Menurutnya, walaupun kini dia telah berupaya untuk membela sebanyak 1,300 ekor anjing, namun jumlah itu masih lagi tidak mencukupi. Dia mempunyai perancangan untuk menambah lagi bilangan haiwan untuk dibelanya pada masa yang akan datang.

20 ke 30 tong sisa ‘buangan’ , masak 500 kilogram makanan 

Dia yang menjadi seorang pencinta haiwan yang berdedikasi bukannya satu tugas yang mudah. Dia terpaksa bangun seawal 4 pagi setiap hari untuk membersihkan kesemua sangkar haiwan yang dipenuhi dengan sisa ‘buangan’ sebanyak 20 ke 30 tong.

Bahkan bukan itu sahaja, dia juga perlu memasak sebanyak 500 kilogram makanan yang terdiri daripada nasi, sayur-sayuran dan daging untuk kesemua haiwan peliharaannya.Wanita itu turut berperanan sebagai ‘ibu’ yang memastikan kesemua ‘anak-anaknya’ itu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan tidak bergaduh sesama sendiri.

Tambahnya, ada juga sesetengah orang di sekeliling yang menganggapnya sebagai seorang psik0pat gara-gara ‘taksub’ untuk membela haiwan peliharaan sehingga mencecah ribuan ekor. Namun, wanita itu menyifatkan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang penting untuk kita sebagai manusia untuk menjaga haiwan-haiwan terbiar ini kerana bumi ini bukan sahaja hak milik manusia semata-mata, tetapi perlu juga dikongsi bersama haiwan dan makhluk-makhluk yang lain.

Ia penting untuk menjaga haiwan-haiwan ini, setiap daripada kita perlu hormati benda hidup. Bumi ni bukan untuk manusia semata-mata tetapi untuk haiwan juga. Menurut wanita ini lagi, dia sentiasa ‘membuka pintu’ kepada sesiapa sahaja yang ingin menderma haiwan-haiwan ini gara-gara takut dan risau dengan nasib mereka sekiranya hidup di jalanan sama ada dilnggr oleh kereta atau sebagainya

Akhir sekali, wanita ini bernasib baik apabila dia mempunyai seramai 6 orang pekerja sukarelawan yang membantunya untuk menguruskan haiwan-haiwan peliharaannya ini.Tambahnya, ia memerlukan usaha yang sangat besar dan setiap seorang dari mereka mempunyai kesan calar dan gigitn sebagai ‘bukti’ usaha gigih mereka menjaga haiwan-haiwan terbiar ini.

Ada Banyak Kelebihan Dari Segi Kesihatan Kalau Jaga Kucing. Berikut Antara Kebaikan Menjaga Kucing

Percaya atau tidak, ramai sebenarnya tidak mengetahui tentang kebaikan menjaga kucing. Berdasarkan laman FB Public Health Malaysia, ada beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa kucing mampu membuktikan kucing mampu memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

“Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui pemilik kucing mempunyai 30 peratus risiko yang lebih rendah untuk mendapat sakit jantung dan str0k berbanding individu yang tidak membela kucing.

“Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan drah yang lebih baik.”Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik,” kata pengendali akaun tersebut.

Tambahnya, kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja”Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif,” katanya.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yangs ebenarnya dah lam korang perhatikan.

Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *