Beri makanan pada kucing sampai menganggu jiran. Mufti WP perjelaskan hukum terhadap isu ini

kucing

Tak salah bukan kalau berkongsi reseki sesama makhluk. Sesungguhnya perbuatan tersebut merupakan amalan mulia yang semestinya dilakukan semua orang. Selain manusia , kita juga digalakkan memberi haiwan jalanan yang kelaparan . Namun begitu,apakah hukumnya memberi makanan kepada kucing jalanan sehingga mengganggu jiran tetangga disebabkan najis yang berselerakan? Ikuti penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan. Berikut soalan dari seseorang.

Soalannya, Assalamualaikum, saya ingin bertanya satu soalan. Apakah hukum memberi makan kucing jalanan sehingga mengganggu jiran-jirannya disebabkan najis-najisnya yang berselerakan. Terima kasih.

Ini jawapan dari Mufti WP sendiri. Pada asalnya sunat untuk memberi makanan kepada kucing jalanan selagi mana tidak mengganggu ketenteraman awam.Justeru, keutamaan wajib diberi berdasarkan keadaan di tempatnya, sekiranya memberi makanan tersebut akan mengganggu dan menyusahkan jiran tetangga disebabkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka perbuatan memberi makan itu adalah tidak digalakkan bagi menjamin keharmonian hubungan antara jiran.Sebaiknya kebijaksanaan dalam mempertimbangkan kaedah yang terbaik bagi mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan dalam menjaga hubungan di antara jiran dan juga kebaikan dengan memberi makan kepada kucing jalanan

Manakala huraian untuk jawapan pula.Memberi makan kepada kucing jalanan merupakan salah satu sikap yang terpuji dan Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik sesama makhluk sekalipun terhadap haiwan. Ini adalah sifat ihsan yang diterapkan di dalam agama Islam. Nabi SAW menceritakan berkenaan dengan kebaikan yang dilakukan oleh seorang pelacur sehingga diampunkan dosanya hanya dengan memberi minum seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا

Maksudnya: Sesungguhnya soerang pelacur wanita melihat seekor anjing mundar-mandir mengelilingi telaga pada hari yang sangat panas dengan lidahnya yang terkeluar kerana kehausan, lalu perempuan itu memberi minum menggunakan kasutnya, maka dia diberi pengampunan segala dosanya. Riwayat Muslim (2245)

Selain itu, tanggungjawab untuk menjaga nafkah dan keperluan haiwan yang dipelihara adalah wajib di atas tuannya. Sekiranya seseorang itu gagal memenuhi keperluan haiwan peliharaannya itu maka ia akan menanggung dosa di atas perbuatannya, seperti tidak menyediakan makanan, tempat tinggal dan kebersihannya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, sabda Nabi SAW:

دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ

Maksudnya: Seorang wanita dimaksukkan kedalam neraka disebabkan seekor kucing yang ditambatnya, tidak diberi makanannya, dan tidak melepaskannya untuk mencari makanan di atas muka bumi.Riwayat Muslim (2619).Kesimpulannya, berdasarkan kepada persoalan yang dituju di atas serta nas yang diberikan, pada asalnya sunat untuk memberi makanan kepada kucing jalanan selagi mana tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, keutamaan wajib diberi dengan berpandukan keadaan ditempatnya, sekiranya dengan memberi makanan tersebut akan mengganggu dan menyusahkan jiran tetangga disebabkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka perbuatan memberi makan itu adalah tidak digalakkan bagi menjamin keharmonian hubungan antara jiran.Sebaiknya kebijaksanaan dalam mempertimbangkan kaedah yang terbaik bagi mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan dalam menjaga hubungan di antara jiran dan juga kebaikan dengan memberi makan kepada kucing jalanan.Wallahu’alam

Menarik Sekali Kucing Jenis Maine Coon . Berikut 7 Fakta Mengenai Kucing Ini

Untuk pemilik kucing atau pencinta kucing, anda pasti akan terpikat dengan kucing baka Maine Coon yang oversized ini. Rasanya kalau dapat bela satu pun puas hati rasanya. Siap ada jadikan kucing tersebut sebagai bantal peluk. justeru itu, kami Kucingasm Media ingin berkongsikan tentang kucing baka ini.

Kita teruskan dengan sejarah asal usul mereka. Asal usul MAine Coon ini kekal misteri sehingga sekarang. Kucing yang kedua terbesar di dunia ini banyak bersandarkan kepada teori, dongeng ,fiksyen dan bukannya penemuan saintifik. Malahan kucing ini dipanggil Maine Coon atas sebab mula dikenali di Maine dan ia merupakan kucing rasmi Maine pada tahun 1985.

Kedua, Maine Coon ini juga disenaraikan di kedudukan kedua kucing baka terbesar dunia di antara kucing hutan Norway yang mencapai berat 16 kilogram dan ragdolls dengan berat yang mencecah 20 kilogram. Bahkan berat Maine Coon jantan boleh mencecah 13 kh sehingga 18 kg manakala bagi Maine Coon betina pula mencecah 8 kg sehingga 12 kg. Untuk pengetahuan, Kucing gergasi ini mempunyai badan yang sangat muscular, ekor yang panjang dan corak pada bulunya seakan-akan gegelung cincin yang menyerupai seekor raccoon.Tidak hairanlah ramai yang membuat teori genetik Maine Coon ini berkaitan dengan haiwan Procyon tersebut.Telinga Maine Coon juga lebih kurang sama seperti bentuk telinga Lynx.

Ketiga, ia mempunyai enam jari kaki. Bagi sesetengah Maine Coon juga mempunyai keadaan polydactyl iaitu mempunyai lebih jari kaki disebabkan mutasi genetik, dalam kes ini selalunya 6 jari kaki.Sesetengah pakar menganggarkan bahawa keadaan ini hanya terjadi kepada 40 peratus Maine Coon sahaja.Kekurangan ini sebenarnya adalah satu kelebihan kerana ia berfungsi sebagai kasut salji semula jadi kepada Maine Coon sewaktu musim salji.

Keempat, ia sangat sukakan air. Amatlah jarang bagi kucing sukakan air sebenarnya, tapi bagi Maine Coon lain pula kesnya.Kucing ini sangat teruja apabila terlihat air, pasti mereka akan terjun terus ke dalam air tersebut.Maine Coon merupakan perenang yang mahir dan akan menikmati masa mereka di dalam air sebagaimana yang dilakukan oleh manusia.Keadaan ini disebabkan ketumpatan badan Maine Coon, serta coating badannya yang kalis air berbanding kucing baka lain

Kelima, ia merupakan kucing gergasi berpewatakan lembut. Maine Coon mudah adaptasi keadaan persekitaran dan personaliti, mereka sangat gemar berada dekat dengan tuannya dan mempunyai perangai mengekori kemana sahaja tuan mereka pergi.Sekiranya tuan mereka berada dalam kesibukan, Maine Coon ini hanya akan memerhati tingkah laku tuannya sahaja dan tidak bersifat clingy.Maine Coon juga mempunyai perwatakan yang sangat sabar. Jika tuannya menutup pintu, si Maine Coon ini akan menunggu tuannya membuka semula pintu tersebut.Kucing jenis ini lebih suka duduk di bawah berbanding memanjat tempat yang tinggi.

Yang keenam, mereka sangat mahir dan bijak.Tidak ada seekor pun haiwan roden yang berani muncul sekiranya rumah tersebut didiami oleh Maine Coon ini.Kucing ‘oversize’ ini akan membvru roden seperti tikus untuk menajamkan kemahiran mereka.Sekiranya tiada tikus dirumah, Maine Coon akan kekalkan kecekapan mereka dengan bermainan permainan di rumah seperti mengejar bola kecil.Maine Coon sangat bijak mempelajari helah dan bermain permainan yang mencabar otak mereka

Akhir sekali ia merupakan ‘Frozen’ versi kucing.Bulu Maine Coon sangat panjang dan tebal yang melindungi mereka daripada kesejukan.Kakinya berfungsi sebagai natural snow shoes manakala badannya yang besar sentiasa membuatkan mereka berasa hangat.Maine Coon dikenali sebagai baka yang evolved dalam keadaan sejuk sejak berkurun lamanya membuatkan mereka ini kebal dengan keadaan sejuk.Sesiapa yang membela Maine Coon ini boleh la bawa mereka bermain salji bersama-sama.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yangs ebenarnya dah lam korang perhatikan.

Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *