Bantu untuk kurangkan bau kucing dengan menggunakan ini sahaja. Wanita ini kongsi cara pemasangan

kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pencinta kucing yang tengah membaca ini. Antara banyak banyak haiwan peliharaan, kucing menjadi salah satu haiwan yang sentiasa diberi perhatian. Tetapi ada satu yang merisaukan apabila satu rumah berbau najis kucing. Macam yang kita tahu, bau yang kurang senang ini semestinya menganggu emosi seseorang.

Tak dinafikan bahawa najs kucing akan membuatkan satu rumah berbau dan membuatkan tuan rumah berasa kurang selesa. Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh Ain Mn di dalam Grup Stray Cats Seluruh Malaysia yang menjaminkan keadaan rumah anda senitisas bersih dan tak berbau busuk. Katanya, dia mahu berkongsi idea ” ventilated cat litter box” Harap bermanfaat utuk semua pemilik kucing yang duduk dalam rumah apartment dan condo nyang tak ada yard dan balcony. Tetapi bagi yang ada laman, yard dan balcony dan nak extra rumah boleh lah guna cara ini.

Dia memohon maaf terlebih dahulu kerana perkongsian yang dibuat agak panjang. Bagi sesiapa pemilik kucing yang masih ada masalah ini walaupun dah bersihkan litter box 2 kali sehari, dah tukar pasir, dah pakai air purifier tetapi bau kucing masih kuat, boleh lah guna cara ini. Sesungguhnya cara ini sangat membantu anda semua untuk dapatkan suasana rumah yang segar dan bersih walaupun ada litter box di rumah.

Bagi rumah yang takde yard atau balcony, boleh la guna idea sorok litter box dalam cabinet and then t3buk sikit lubang dekat cabinet untuk pasang ventilation fan ni dan halakan hose ke luar tingkap.Dan bau yang kurang menyenangkan dalam litter box akan disedut keluar melalui ventilation fan yang dipasang tadi. Tapi janganlah terus hala ke tingkap jiran rumah sebelah pulak ya. Halakan la ke kawasan yang tak mengganggu ketenangan sape2.InsyaAllah memang dijamin takde bau. Kalau nak lagi best, boleh pasang carbon filter dulu (and pleaseee bersihkan litter box hari-hari ya walaupun dah pakai ventilation fan ni).

Tambahnya lagi, saya dah buat ventilated litter cabinet ni untuk kucing-kucing saya dan saya letak di balkoni. Sebelum ni letak di balkoni juga tapi takde ventilation fan, so bau kucing tu still menusuk ke dalam rumah especially masa bangun pagi dari tidur or kalau kita keluar pagi balik petang ponn sama.Sekarang since dah guna cara ni alhamdulillah dah takde masalah bau litter box satu rumah dah.Dekat gambar bawah ni saya ada kongsi contoh ventilated cat litter box yang saya ambil dari google & yang saya dah buat untuk kucing2 saya juga.

Saya guna cara ni dan pasang ventilation fan. Cuma saya tak letak cabinet dalam rumah, tapi letak di balcony.Kalau nak letak dalam rumah, make sure install pet door tu ya untuk mengelakkan pasir bertaburan dalam rumah dan maximise sedutan bau busuk dalam cabinet tu. Sebab dalam rumah kan, kena lah extra bersih. Boleh beli di Mr Diy. Shopee dan Lazada pon banyak.

1. PC fan. Kalau boleh beli yg 12V ye.

Saya beli size 12cm sebab size kipas tu sesuai dengan capacity cabinet saya tu.

2. Contoh hose yang sesuai

3. Pet door ni saya beli di Mr Diy.

Ada promo dapat rm6.50 je. Tapi ada satu size ni je. Kalau kucing gemok atau mainecoon confirm tak muat.

4. Macam ni lah bila dah tebuk lubang ikut size PC fan tadi.

Make sure pasang kipas ni betul-betul ya. Yang berangin belah luar. Lepas tu jangan lupa pasang jaring ni dekat belah dalam untuk elakkan kucing anda main dengan kipas ni.Bahagian luar tu cantum dan sambungkan dengan hose. By the way, dont worry kipas ni senyap sangat.

Pertama, Litter box bertutup @ cabinet. Kedua, PC fan 12v (saya beli size 12cm dan dah siap ada usb. Kipas ni senyapp sangat kucing tak takut pon). Tiga,. Usb adaptor 12v (pakai adaptor hp pon lepas). Empat,. Vacuum hose/aircond hose (beli size lubang yang muat untuk cover pc fan tadi). Lima,. Alatan untuk tebuk lubang kipas (dan pet door jika perlu untuk cabinet). Terakhir Pet door (saya beli dekat mr diy je).

Kanak Kanak Ini Terpaksa Makan Makanan Kucing. Sedih Sekali Semasa Kanak Kanak Ini Ditemukan

Sebak sungguh kisah kanak kanak perempuan ini yang dilpaorkan telah berjaya diselamatkan dan ditemukan dala m keadaan yang sedih untuk diungkap. Kanak kanak itu dipercayau tinggal di unit apartment yang kotor dan jijk di Taldom, Rusia. Berdasarkan sumber dari sana, kanak kanak itu berusia lingkungan 5 tahun tersebut ditemui bersama 19 ekor kucing.

Difahamkan kanak kanak itu makan makanan kucing bagi meneruskan hidup dan paling menyedihkan sekali bila dia hanya merangkak semasa ditemui. Seterusnya, budak itu didapati tidak pandai bercakap dan dipercayai diabaik oleh ibunya. Susulan itu, ibunya telah dithn oleh pihak polis bagi kes tersebut. Tak lama kemudian, olis mendapati kanak kanak itu ditinggalkan bersama seorang lelaki bernama Alexander sebelum ibunya bertindak keluar rumah beberapa hari sebelum.

Sedih dan geli! Itu je yang min boleh cakap tentang kisah ni.Syukur, seorang kanak-kanak perempuan berjaya diselamatkan apabila ditemukan dalam keadaan menyayat hati tinggal di sebuah unit apartment yang kotor dan jijik di Taldom, Rusia.Menurut sumber, kanak-kanak malang berumur dalam lingkungan usia 5 tahun itu ditemui bersama 19 ekor kucing. Dia dikatakan makan makanan kucing untuk meneruskan hidup dan dia juga hanya pandai merangkak ketika ditemui.

AKhir sekali, Jurucakap polis Tatiana Petrova memberitahu bahawa pihak polis ada membuat rondaan di kawasan tersebut dan bila terserempak dengan lelaki itu dia terus melarikan diri“Pegawai polis dari unit rondaan mengesan seorang lelaki  yang mencurigakan, apabila terserempak dia cuba menyembunyikan diri dan memasuki sebuah rumah yang terletak di Jalan Saltykov-Shchedrin.“Polis mengekorinya kemudian menemui tiga individu termasuk kanak-kanak malang berkenaan,” katanya. Dilaporkaan kanak-kanak itu telah dihantar ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut. Selain itu, Jawatankuasa Penyiasatan Rusia kini melancarkan siasatan awal terhadap kes tersebut.

Demi 32 Ekor Kucing Kesayangan. Adik Beradik Ini Sanggup Utamakan Kucing Berbanding Selamatkan Benda Lain

Jika diberi pilihan antara 32 ekor kucing atau peralatan rumah bernilai hampir RM10k, yang mana jadi pilihan anda. Terdahulu rumah dua beradik ini menjadi antara 30 rumah di Bukit Kecil yang dilna banjir kilat buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun susulan hujan lebat.Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam. Azila dan adiknya, Azmi segera pulang sebaik sahaja dapat tahu rumah mereka dilanda banjir kerana terlalu risaukan dengan keselamatan 32 ekor kucing mereka. Difahamkan ketika itu mereka sedang dalam perjalanan pulang dari pasaraya.

Dapat dilihat kucing peliharaan mereka kebanyakkannya oyen.Sebaik sahaja tiba, dua beradik tersebut mencari di sekeliling rumah mengalihkan haiwan comel ini ke atas tempat yang lebih tinggi. Ada juga beberapa kucingnya berada dalam air.Dilaporkan 95 peratus perkakasan rumah rosak.Kata Azila kepada sumber, disebabkan busy sangat tolong kucing, dorang sampai tak sempat nak selamatkan perabot dan perkakas elektrik dalam rumah.Nilai kerugian keseluruhannya lebih kurang RM10,000 tapi tak mengapa ujarnya.

Barang-barang itu boleh diganti jika ada rezeki lebih nanti, yang penting nyawa kucing-kucing kesayangan kami.”Mereka juga membuat keputusan untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana jika pindah ke sana mereka tak boleh bawa kesemua kucingnya itu.Oleh kerana itu, mereka rela tinggal di rumah yang dinaiki air. Mereka juga meyakini air akan surut tak lama lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *