Tular apabila si bulus ini boleh pula menyamar seperti ini. Sekali bila balik rumah ini rupanya kehidupan sebenarnya.

Haiwan kucing Viral

Bagi penggemar kucing sudah pasti sentiasa terhibur dengan keletah atau perangai si comel kesayangan. Tak dinafikan di Malaysia, ramai diantara kita yang menjadi penggemar kucing dan ada yang sanggup mengutip kucing-kucing jalanan dan membela dengan penuh kasih sayang.

Tapi kisah ini mungkin akan mencuit hati anda apabila kucing ini yang tidak didedahkan namanya suka menyamar sebagai kucing yang kotor dan miskin tapi sebenarnya dia adalah kucing peliharaan seorang pemilik kedai binatang peliharaan (Pet Shop) dan dia akan dibersihkan selepas pulang ke rumah. Pergh, macam drama pkul 7 pulak. Menyamar, tup2 kaya rupanya. Ini lah dia seekor kucing kaya yang suka kelihatan Miskin. Suka merayau mengorat awek, minta simpati dari orang lain dengan muka gelandangan.

Dia sebenarnya anak tokey sebuah pet shops, dimana setiap kali dia balik, mereka akan mandikan dia dan bersihkan dia elok-elok. Tak caya tengok foto foto last.

Ada juga kucing yang pandai menyamar miskin sedangkan dia kaya untuk raih perhatian. Dah macam manusia pulak perangai tu. Namun ada berita sedih mengenai kucing ini apabila dia dikatakan sudah mati beberapa minggu lalu dan dia juga berasal dari Thailand. Semoga kau tenang di sana.

Sumber: Azha Nafi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Pula Yang Gayakan Patung Kucing Dengan Baju Kebangsaan. Sekali Rupanya Ia Mengikut Tema Negara.

Semua orang tahu negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan sepanjang tahun. Dari Hari Raya Aidilfitri, Tahun baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Hari Gawai dan banyak lagi. Hasil perkongsian @LeeroyTing di akaun Twitter miliknya, dia ada upload beberapa gambar patung kucing di Sarawak yang mengenakan pakaian kebangsaan mengikut tema perayaan. Cuba korang tengok sendiri gambar-gambar patung kucing tu kat bawah ni.

Menarik. Idea sapa ni?

Sapa punya idea yang nak bagi patung kucing pakai baju-baju semua tu memang genius lah. Pandai pulak tu ikut tema. Rajin pulak tu nak pakaikan dan jahit baju tu.

Admin rasa kucing tu betina sebab pakaikan saree kat dia. Tapi yang tadi pakai baju melayu. Hmm bercelaru sikit identitinya. Tapi masih comel.

Amboih time jerebu pakai topeng jerebu pulak. Pandai betul. Memang ikut trend betul. 

Admin pun nampak patung kucing tu cute je. Tapi kenapa nampak macam sedih je kucing tu. Kurang dapat makanan ke?

Buat korang yang tertanya-tanya kat mana patung tu, ni ada sorang netizen share lokasi dia. Nanti kalau nampak kat sana tu, share lah dengan admin dia pakai baju apa pulak. Admin rasa sekarng mesti dia pakai baju kebangsaan cina kan, iyelah nak dekat CNY dah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Banyak Yang Perlu Anda Lakukan Dalam Proses Penjagaan Kucing. Jangan Buat 6 Perkara Ini Pada Si Bulus Anda.

Kucing sememangnya haiwan yang comel dan manja tambahan pula jika kita menjaganya sejak kecil lagi. Namun tidak semua orang atau penjaga kucing tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan dalam proses penjagaan haiwan comel ini. Dalam penjagaan kucing, ambil berat dari setiap segi amatlah penting untuk kesejahteraan kucing dan juga diri sendiri. Dipetik dari artikel The Mercury News, berikut beberapa hal yang tidak sepatutnya anda lakukan dan perlu dielakkan.

Jangan memaksa kucing untuk memberi perhatian.

Walaupun kucing menikmati perhatian daripada manusia, tahap perhatian dan manja seekor kucing lebih rendah dari seekor anjing dan mereka mempunyai syarat yang tersendiri. Anda harus menghormati keperluan asas  kucing anda dan jangan sesekali memaksa mereka, seperti menahan mereka daripada kehendak mereka.

Jangan bawa tanaman ke rumah anda sebelum memastikan bahawa ia selamat untuk kucing.

Lili, yang sering dijumpai dalam karangan bunga, sangat beracun untuk kucing dan pengambilan mana-mana bahagian tanaman ini boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kehilangan. Sebenarnya, teratai sangat mempunyai barang terlarang kepada kucing sehingga menghirup air di dalam pasu yang mengandunginya pun boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Jangan biarkan kucing anda bermain dengan benang atau tali.

Menelan benang atau tali boleh menyebabkan apa yang disebut oleh doktor haiwan sebagai badan asing linear. Usus menjadi gatal dan diikat ketika mereka berusaha melepaskan benang. Ini mengakibatkan kehilangan bahagian usus yang mesti dikeluarkan melalui operasi. Mainan yang telah disahkan selamat untuk kucing adalah pilihan yang jauh lebih baik untuk kesenangan kucing. Rujuk doktor haiwan anda jika anda tidak pasti mengenai kesesuaian mainan haiwan kesayangan anda.

Jangan ajar kucing “bermain tangan.”

Sama ada penunjuk laser atau tali cahaya, kucing suka memukul benda yang bergerak. Tetapi semasa bermain, pemilik harus mengelakkan menggunakan tangan mereka sendiri sebagai gewang. Ini kerana kucing sukar dikejar dan diburu. Apabila manusia mengajar kucing mereka bahawa tangan adalah objek yang sesuai untuk diburu, hasil umumnya tidak menyenangkan dan berpotensi membahayakan manusia dan kucing. Cara yang lebih sesuai untuk bermain dengan kucing anda adalah dengan menggunakan biasanya mainan sebagai pilihan.

Jangan pernah menghukum kucing anda secara langsung, sama ada memukul belakang mereka atau menggunakan suara yang kuat.

Pemilik anjing  yang pertama kali menjaga kucing mungkin akan terkejut mengetahui bahawa melatih kucing untuk berkelakuan baik tidak semudah melatih anjing mereka. Memberi teguran secara langsung kepada kucing anda boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini. Kucing sangat sensitif terhadap suara yang kuat dan suara yang tinggi hingga boleh menakutkan mereka. Mereka dapat menganggap orang yang membuat suara ini sebagai bahaya dan akan mulai menghindarkan diri.

Elakkan memberi makan makanan kering sahaja pada kucing.

Kucing disesuaikan untuk hidup di persekitaran yang kering dan dapat memperoleh air yang cukup dari makanan mereka jika disajikan dengan diet yang betul. Oleh kerana kucing tidak mempunyai keinginan kuat untuk minum air ketika mereka dahaga, untu menjaga agar mereka tetap terhidrasi menggunakan makanan adalah sangat penting. Malah kucing yang minum banyak air tidak minum dengan kuantiti yang cukup. Kekeringan yang teruk terlalu kerap menyebabkan kerosakan gigi, batu karang pada pundi kencing dan jangkitan saluran kencing. Banyak masalah kesihatan dapat dicegah hanya dengan menambahkan makanan basah setiap hari ke dalam diet kucing anda.

Sumber- The Mecury News

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *